Halaman

Selasa, 18 Jun 2013

PKR berjanji akan menyusahkan rakyat dengan 'Blackout' pada Jun.

Perhimpunan "Blackout 505" akan diteruskan lagi pada bulan depan bagi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata Pengarah penganjur bagi perhimpunan itu, Datuk Johari Abdul.

 Katanya, perhimpunan itu akan diteruskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan mereka. Tiga tuntutan itu ialah meminta supaya anggota SPR letak jawatan, mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen serta menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula.

 "Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, latarbelakang dan umur telah menyertai blackout 505. "Ia menjadi lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus yang menyokong reformasi dan perubahan di negara ini," kata Johari (atas) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

 Sehubungan itu, menurut Johari, empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu: 10 Jun - Perlis 11 Jun - Sungai Petani, Kedah 12 Jun - Kota Bharu, Kelantan 14 Jun - Batu Pahat, Johor .

Ditanya sama ada bagi perhimpunan akan datang itu, pihak penganjur akan meminta kebenaran daripada pihak polis, Johari dengan ringkas menjawab "Ya".

PKR memang suka menyusahkan rakyat Malaysia.Harap kerajaan haramkan PKR ni!!!

Izzah tak habis-habis lagi ke dengan isu dakwat kekal!!

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, sewajarnya rakyat Malaysia yang sepatutnya menzahirkan rasa kekecewaan berhubung 'kegagalan' dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu dan bukannya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, kegagalan membendung penipuan dalam pilihan raya lalu telah menjejaskan "mood" rakyat.

"Kalau nak membangkitkan isu kecewa, kamilah paling kecewa kerana kami merupakan pengguna ataupun pelanggan yang menerima bahana dan akibat daripada sebarang kejayaan ataupun kegagalan dakwat kekal.

"Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat tersebut akan kekal sekitar lima hingga tujuh hari namun ia tidak berlaku. 

"Saya fikir ia tidak cukup dengan kekecewaan haruslah melihat kepada peletakkan jawatan utama dalam SPR," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Azizi Yusof di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang melahirkan kekecewaannya susulan kegagalan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menyebabkan badan bebas itu dikecam pelbagai pihak.


Dalam pada itu, beliau mendakwa, penjelasan yang dilakukan SPR terhadap laporan polis oleh seorang isteri anggota keselamatan yang berpangkat mejar di Lumut, Perak pada 3 Mei lalu tidak memadai.

"Dua hari sebelum pilihan raya, kami sendiri telah berjumpa Timbalan Setiausaha SPR mendapatkan penjelasan tentang penggunaan dan kelemahan ketara yang dibangkitkan menerusi laporan polis yang dibuat oleh isteri-isteri anggota tentera termasuk seorang mejar di Lumut, Perak.

"Kita sekarang ini harus meniliti proses dan audit menerusi tindakan mahkamah yang bakal diambil tentang isu penggunaan dakwat kekal.

"Justeru kita mahukan ketelusan yang benar-benar menunjukkan kepada rakyat SPR itu boleh melakukan sesuatu khusus dengan tuntutan sebesar itu, tuntutan dakwat kekal dilakukan dengan penuh suci hati dan sebaik mungkin," dakwanya.



PR macam bagus, Ni kan kali pertama SPR guna dakwat kekal, jadi mana ada sempurna.Jangan suka tengok salah orang je,PR ingat,PR tue bagus sangat ker??Tak yah nak perasan sangat ler, Nurul Jijah oii.

Sidang parlimen paling panas???

Sidang Parlimen ke-13: Lebih menarik, mencabar
TANGGAL 24 Jun ini akan menyaksikan permulaan episod baru dari kalendar Parlimen negara.

Sidang Parlimen ke-13 ini dijangka lebih menarik dan mencabar khususnya bagi Ahli Parlimen BN mahupun PR, susulan keputusan PRU13 yang berakhir Mei lalu.

Antara isu yang akan menjadi tumpuan di awal sidang Parlimen ini adalah persoalan sama ada Ahli Parlimen PR akan mengangkat sumpah pada sesi pembukaan Dewan Rakyat, Isnin ini.

Ramai pastinya tertunggu-tunggu adakah PR akan kotakan janjinya yang menegaskan akan tetap mengangkat sumpah, meskipun sebelum ini membiarkan ia menjadi tanda tanya.

15 Jun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh, menegaskan kesemua Ahli Parlimen PR tidak akan memboikot persidangan Parlimen ke-13 dan akan mengangkat sumpah 24 Jun ini.

Walaupun PR mengangkat sumpah, isu ini pastinya akan menjadi modal pihak lawan kerana PR masih lagi belum secara rasmi mengiktiraf keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

BN dijangka akan menggunakan isu ini sebagai 'perang psikologi' terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang sebelum ini menyatakan pendirian akan memboikot sidang Parlimen.

Selain itu, isu dakwat kekal juga dilihat akan menjadi tajuk utama perbahasan dalam tempoh awal sidang Dewan Rakyat.
 
Ini kerana penggunaan dakwat kekal pada mulanya diluluskan oleh Parlimen dan kemudiannya dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU13.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang baru dipilih rakyat, percaya isu dakwat kekal akan menjadi fokus utama dalam persidangan kali ini.

“Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini dan percaya, minggu pertama persidangan akan hangat,” katanya.

Dalam PRU13, perlaksanaan dakwat kekal dilihat tidak sempurna kerana wujud dakwaan dakwat tersebut boleh tanggal tidak sampai beberapa jam setelah dicalit petugas SPR.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, sendiri mengakui perlaksanaan dakwat kekal tidak seperti yang beliau jangkakan, walaupun pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk memastikan ia menepati matlamat.

“Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, isu-isu lain yang dijangka akan disentuh di peringkat awal persidangan adalah isu perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), janji manifesto PRU13, isu penurunan harga kereta dan isu bantahan pilihan raya seperti Himpunan Blackout 505.

Dalam sesi perbahasan kali ini, muka-muka baru ahli parlimen pembangkang yang dijangka mampu memberi impak adalah Rafizi dari PKR; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (Pas); Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan  Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas).

Bagaimanapun, PR kehilangan pemimpin yang boleh berhujah seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkifli Ahmad dan Salahuddin Ayub kerana kalah pada PRU13.

BN pula pastinya akan diketuai Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, setelah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana, yang bertanggungjawab ke atas Parlimen.

Muka-muka baru dalam BN pula antaranya, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Umno); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno).

Namun, BN pastinya kehilangan tokoh-tokoh pendebat seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana telah dilantik menganggotai barisan Kabinet.

Selain itu, BN juga kehilangan Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Mohamad Aziz kerana kalah dan tidak bertanding dalam PRU yang lalu.

Jika dilihat dari senarai ahli parlimen kali ini, BN banyak didominasi wakil dari Umno, manakala PR mempunyai jumlah ahli parlimen yang seimbang di antara ketiga-tiga parti.

Berdasarkan keputusan PRU13, Umno berjaya memenangi 89 kerusi dari 133 kerusi keseluruhan BN, manakala PR pula mendapat 89 kerusi, iaitu DAP (38), PKR (28) dan Pas (21).

Sidang kali ini juga menyaksikan ketiadaan Ahli Parlimen Bebas kerana semua mereka, termasuk Datuk Zulkifli Noordin, yang bertanding atas tiket BN di Parlimen Shah Alam, kalah pada 5 Mei lalu.

Namun, yang pastinya rakyat mahukan perbahasan dan hujah di Dewan Rakyat kali ini lebih baik, bernas dan bukan retorik.

Kegagalan BN mendapat majoriti dua per tiga dalam Parlimen juga dilihat akan memainkan peranan penting kerana berdasarkan perbezaan jumlah Ahli Parlimen kali ini, bukan mudah sesuatu keputusan berpihak kepada kerajaan.

Jika kesemua Ahli Parlimen komited untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, rakyat pastinya akan dapat menilai sejauh mana wakil rakyat mereka mampu berkhidmat untuk rakyat.

Tindakan Anwar tidak wajar



Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ PRU13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) merupakan tindakan yang tidak wajar.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, tindakan Anwar tersebut hanya memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berpolitik.


Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini.

Sementara itu menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Fuad Mat Jali, tindakan Anwar ini merupakan tindakan yang kurang bijak yang dilakukan oleh ahli politik berpengalaman sepertinya.

“Bagi saya ini merupakan tindakan yang kurang bijak dan sangat tidak wajar,” katanya.

“Bagi saya mereka hanya mendengar sahaja, kerana kita sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mereka. Oleh itu saya cadangkan Anwar menggunakan Parlimen yang akan bersidang ini untuk “mengadu” perkara ini,” katanya.


“Anwar seharusnya memberhentikan perkara ini, masanya telah tiba untuk Anwar mengatur strategi bagi memperkasakan barisan pembangkang.

"Dengan cara ini saya rasa PRU14 nanti, mungkin PR akan lebih berjaya,” katanya.

Apalah di bedebah nie, ada saja cara nak malukan Malaysia.Dia ni memang kemaruk sangat nak jadi perdana menteri.tu yang sampai jadi cmni.Kesian kat orang sakit ni.


TPP: Kerajaan tidak perlu berahsia

Muka depan
MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.


TPP: adalah perjanjian perdagangan bebas dengan matlamat dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara negara peserta,menggalakkan inovasi dan pembangunan ekonomi serta menyokong penghasilan peluang pekerjaan.

Diharap pihak MiTi dan kerajaan dapat memberi penjelasan kepada rakyat.Jangan buat rakyat keliru dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar.