Halaman

Rabu, 18 Disember 2013

Mengurus persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan persekutuan... isu tol..



Subsidi RM180 Yuran Pengasuh Kanak-Kanak Di Tempat Kerja Sektor Awam


Pemberian Subsidi RM180 Yuran Pengasuh Kanak-Kanak Di Tempat Kerja Sektor Awam

Permohonan ini hanya bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 38 ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Fitnah Tak Henggat Punye



Pesara JPA Fitnah Shabery Cheek

Semalam, tersebarnya satu gambar screen shot status seorang pengguna Facebook yang mendakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia ingin menubuhkan Jabatan Facebook Negara (JFN) dan akan mengenakan bayaran untuk laman sosial seperti Facebook memandangkan pengguna Facebook sangat ramai di Malaysia.

Kementerian Tidak Bercadang Untuk Melaksanakan Pendaftaran Media Sosial Atau Mengenakan Bayaran.




Tol Ohhh Tol

Mohd Sabu Nak Saman Zahid Hamidi

Mohamad Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.

Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah.

Beliau kemudian menggesa pihak bertanggungjawab mengendalikan kes itu

Susulan itu,  Ahmad Zahid menerusi kementeriannya mengemukakan 10 bukti bagi mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah dan menggesa pemimpin Pas itu membuktikan dirinya tidak terlibat dengan fahaman itu.

Selain 10 bukti yang didedah kepada awam, KDN berkata, beberapa bukti yang dikategorikan gred A akan diserahkan kepada Jakim bagi tindakan selanjutnya.

Namun Mat Sabu dilihat mengambil pendekatan relaks dan baru semalam secara rasminya menyatakan pendirian berhubung tuduhan penganut Syiah yang dilemparkan ke atasnya.
 
Beliau mengumumkan bakal memfailkan saman ke atas Ahmad Zahid kerana mendakwa menteri itu sebagai pencetus yang mengaitkan beliau dengan isu Syiah.

Dalam pada itu, Mat Sabu yang baru semalam diumumkan sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baru berkata, selepas ini beliau tidak akan lagi bercakap kepada umum isu berkaitan Syiah.

"Saya memang tak akan cakap isu ini lagi, saya akan cakap isu biasa saja," katanya.

MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan. 
 
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. 
 
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 
 
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 
 
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 
 
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.

Ahmad Said kesal dilabel Robin Hood

 Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kesal digelar sebagai Robin Hood berikutan tindakannya menahan dua buah lori yang membawa roti Gardenia untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di Chendor, Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau agak kecewa kerana niat murninya untuk membantu mangsa banjir yang terperangkap dan kelaparan yang ditemuinya dalam perjalanan pulang ke Kemaman dari Kuala Lumpur itu, menerima maklum balas berunsur negatif di laman blog dan laman Facebook.

“Saya bukan Robin Hood. Dia (Robin Hood) merompak orang kaya dengan niat untuk membantu orang miskin. Tetapi dalam hal ini saya tidak merompak, sebaliknya saya menawarkan untuk membayar harga keseluruhan roti yang diagih kepada mangsa banjir itu.

“Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar, jadi tak perlulah umpamakan saya seperti Robin Hood,” katanya.

Ahmad turut menafikan dakwaan mengatakan beliau memaksa pemandu lori itu membuka pintu lori dan memberitahu beliau turut menyimpan gambar yang diambil pada 4 Disember itu sebagai bukti.

“Bayangkanlah, ramai yang datang kepada saya dan beritahu anak mereka menangis kelaparan akibat terkandas setelah laluan Kemaman-Kuantan ditutup akibat dinaiki air.

“Pada mulanya, pemandu itu enggan membuka lori, tetapi bila saya menghubungi pengurusnya dan memberitahu sedia membayar harga kesemua roti itu, barulah pemandu itu berani membuka lori itu,” katanya.

Ahmad berkata, beliau turut menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan invois, bagaimanapun, pihak pengurusan Gardenia enggan menerima sebarang bayaran sebaliknya mereka amat berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir ketika keadaan benar-benar memerlukan.

“Surat daripada Pengurus Pemasaran Kanan Gardenia, Haslinah Harun antara lain menyebut bahawa pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir dan berterima kasih kepada Menteri Besar dan berbangga kerana diberi peluang berbuat demikian dalam keadaan memerlukan,” katanya.

Bukti.. Ahmad menunjukkan surat daripada Pengurus Pemasaran Kanan Gardenia, Haslinah Harun yang menyatakan pihak Gardenia enggan menerima bayaran sebaliknya berbesar hati kerana berpeluang membantu mangsa banjir di saat memerlukan.

Tak perlu lah nak menuduh sebarangan kalau tak tahu cerita sebenar,Dahlah tak membantu ,lepas tu,boleh tuduh orang yang membantu dengan pelbagai andaian,.

Bantuan banjir RM500 hujung minggu depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas RM500 bagi mangsa banjir akan diagihkan kepada mangsa selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Beliau berkata pengagihan bantuan itu akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Dalam usaha membantu mangsa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir.

"Diharap usaha-usaha ini dapat membantu mangsa banjir dalam menjalani kehidupan seharian apabila keadaan pulih seperti sediakala nanti," katanya dalam entri terbaru di laman Facebook beliau hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.

Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan disifatkan antara yang terburuk pernah melanda negara membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.

Setakat ini, Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai yang masih berada di pusat-pusat penempatan, sementara situasi di tiga negeri lain semakin pulih. - Bernama

Cara mudah pinjaman perumahan

Datuk Omar Osman

 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mencadangkan agar kerajaan menyediakan pinjaman perumahan berasaskan harga rumah kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini bagi memastikan kakitangan kerajaan dapat memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah.

“Pinjaman sekarang adalah berasaskan gaji. Ini bermakna, penjawat awam tidak mendapat pinjaman penuh dan selebihnya terpaksa meminjam bank.

“Sekiranya dapat pinjaman penuh daripada kerajaan, lebih mudah. Mereka boleh bayar pinjaman itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang pencen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Tri-Tahunan Ceupacs ke-26 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, Cuepacs turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula imbuhan tetap perumahan penjawat awam sebanyak RM180 sebulan dan kadar faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus.

“Harga rumah sekarang mahal dan hampir 35 peratus kakitangan awam tidak ada rumah sendiri.

"Jadi, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Selain itu, badan itu juga meminta kerajaan memberi cuti tanpa rekod kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.

Dalam ucapannya itu, Omar turut mengumumkan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden Cuepacs yang disandangnya sejak tujuh tahun lalu.

Konvensyen Cuepacs ke-26 akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok.

Jenice Lee Benggang Dihalang

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Teratai Jenice Lee Ying Ha membidas DAP Selangor yang menghalangnya daripada menghadiri konvensyen ke-17 parti itu hari ini, sebagai pemerhati.
Bekas setiausaha publisiti DAP negeri itu memberitahu pemberita, beliau telah memohon untuk menghadiri konvensyen parti sebagai pemerhati kira-kira lima minggu lepas, namun tidak mendapat sebarang jawapan.
"Tak masuk akal langsung untuk menghalang saya sedangkan pemberita dibenarkan masuk ke dewan konvensyen. 
"Saya boleh faham sekiranya tidak cukup ruang tetapi dewan tampak kosong dan terdapat banyak kerusi kosong," katanya dan menurutnya DAP turut mengeluarkan namanya daripada senarai kehadiran pada konvensyen itu.
Lee, yang tiba di dewan konvensyen pada kira-kira 9 pagi, meninggalkan tempat itu pada tengah hari selepas tidak dibenarkan masuk.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo, semasa mengulas perkara itu, mengesahkan Lee telah dipecat dari parti dan pegawai bertugas di dewan itu telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul apabila tidak membenarkannya menghadiri konvensyen.
Beliau berkata hanya anggota DAP, perwakilan dan tetamu jemputan boleh menghadiri konvensyen itu sebagai pemerhati. 
"CEC (jawatankuasa eksekutif pusat) memutuskan pada 18 Nov bahawa beliau (Lee) bukan lagi anggota parti," katanya kepada pemberita. 
Katanya Lee telah memohon injunksi sementara untuk mengekalkan keanggotaannya dalam parti tetapi permohonan itu ditolak mahkamah pada Rabu lepas.
Konvensyen DAP itu turut meluluskan usul untuk meminta Pendaftar Pertubuhan membatalkan arahannya yang melarang anggota CEC parti yang baharu dilantik daripada membuat sebarang keputusan. - Bernama


Apa dah jadi??

SMS baucar RM200 hanya fitnah

SMS baucar RM200 hanya fitnah
Penyebaran mengenai pemberian baucar RM200 untuk Program Jom Shopping Kembali Ke Sekolah kepada anak Selangor melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi ‘Whatsapp’ sejak kelmarin adalah fitnah semata-mata.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mengesahkan, pesanan yang tersebar adalah palsu dan tindakan tidak bertanggungjawab itu disifatkan sebagai sengaja ingin merosakkan nama baik kerajaan negeri.

"Orang ramai khususnya ibu bapa diminta tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia SMS yang tidak benar dan sengaja menyusahkan serta mengelirukan semua pihak selain mengecewakan ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Buat laporan polis

Sehubungan itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Selat Klang telah membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam, kelmarin selepas menyedari kewujudan SMS fitnah berkenaan.

"Tidak sampai 24 jam, kita dihujani lebih 2,000 panggilan telefon yang bertanyakan mengenai kesahihannya.

“Kita juga tidak pernah membuat pengumuman rasmi pemberian baucar RM200, sebaliknya hanya memberi baucar RM30 untuk keluarga berpendapatan rendah untuk membeli kasut sekolah anak-anak di kedai Bata,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat beberapa keraguan yang jelas dalam SMS itu yang menggunakan istilah 'pengajian tinggi' sedangkan portfolio Exco menggunakan 'pendidikan tinggi'.

“Nombor telefon pegawai seperti yang dicatatkan dalam SMS itu juga tidak tepat kerana ia nombor pegawai PKM Dun Selat Klang, bukannya nombor pegawai dari pejabat Exco Pendidikan," katanya.

Katanya, dalam SMS itu juga menyatakan, penetapan syarat penerima dari kalangan murid darjah satu hingga tingkatan enam atas hanya perlu membawa kad pengenalan dan hadir bersama ibu bapa (pengundi Selangor) boleh menebus baucar itu di semua pasar raya kecuali MyDin dan Kedai 1Malaysia.

"Ia juga menyatakan baucar boleh diambil di seluruh Pusat Khidmat Dun mulai 16 Disember hingga 28 Disember depan dan difahamkan. Semua itu tidak benar dan sengaja ingin memburuk-burukkan kerajaan negeri," katanya.

Turut menerima kesan katanya, semua 56 Pusat Khidmat Dun dan Pejabat Ahli Parlimen dihujani panggilan daripada rakyat berhubung dakwaan pemberian baucar itu.


Cubaan jatuhkan imej kerajaan negeri

Dalam pada itu, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan penyebaran maklumat palsu mengenai program tersebut bukan sahaja menjatuhkan imej kerajaan negeri, tetapi menyusahkan semua pihak.
“Tidak dinafikan kerajaan negeri ada menyediakan baucar kasut di outlet Bata untuk 600 peserta setiap Dun yang kurang berkemampuan.

“Namun, tiada pula peruntukan setiap anak Selangor yang mahu kembali ke sekolah akan diberi bantuan baucar RM200 di semua pasaraya kecuali Mydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia seperti yang disebarkan sehingga ramai ibu bapa datang ke pejabat bertanyakan maklumat itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Propaganda pihak pembangkang?

Sementara itu, Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa SMS palsu berhubung pemberian baucar RM200 oleh kerajaan negeri itu adalah tindakan propaganda pihak pembangkang.

Menurutnya, baucar itu memang tidak wujud dan cerita berkenaan sengaja direka-reka pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.

Kerajaan negeri katanya, hanya menyediakan 600 baucar RM30 di setiap Dun untuk membantu pelajar yang layak menerusi program ‘Back to School’.

“Saya percaya tindakan ini adalah propaganda pihak pembangkang di Selangor, Exco yang disebut dalam SMS juga tiada kena-mengena dengan sumbangan ‘Back to School’ berkenaan,” katanya.

Transaksi wang menerusi komputer 2014

 Jabatan Akauntan Negara akan membangunkan Sistem Perakaunan Luar Negeri (SPLN) secara berperingkat di 154 Pusat Tanggungjawab (PTJ) seluruh negara, selewat-lewatnya awal tahun depan. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, berkata SPLN adalah satu usaha kerajaan untuk mentransformasi sistem pengurusan kewangan dan perakaunan daripada sistem manual kepada berkomputer.

Sebelum ini, katanya, transaksi di luar negara membabitkan baucar bayaran yang di hantar melalui kurier dan mengambil masa dua bulan untuk sampai. 


“Perkara ini menyebabkan laporan kewangan selalu tidak seimbang dan lambat,” katanya sambil menambah pelaksanaan secara perintis SPLN dilakukan pada 2012 di Jakarta, Singapura dan New Delhi, manakala tahun ini diperluaskan di 90 PTJ di 53 lokasi di 36 negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran SPLN di kementeriannya di sini, semalam. Hadir sama, Akauntan Negara Malaysia, Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.

Perakaunan elektronik

SPLN adalah antara transformasi diwujudkan Kementerian Kewangan bagi membolehkan sistem pengurusan kewangan atau perakaunan elektronik membabitkan agensi kerajaan di luar negara dilaksanakan secara berkomputer. 
PTJ pula ialah agensi kerajaan di luar negara yang juga pemegang Panjar Tigaperduabelas (3/12) di bawah lapan kementerian yang berfungsi dalam proses pembayaran perbelanjaan di luar negara.

Ia termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Kementerian pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Imigresen serta Kastam Diraja Malaysia. 

Panjar Tiga Perduabelas adalah wang tunai yang diperuntukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan yang diguna untuk memudahkan perbelanjaan berkala luar negara dalam mata wang asing untuk kegunaan kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara.

Orang Awam Boleh Kritik Kakitangan Awam

 Orang ramai kini boleh mengemukakan aduan, maklum balas atau cadangan mengenai mutu perkhidmatan kerajaan dan kakitangan awam menerusi pos di cawangan Pos Malaysia seluruh negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata khidmat ditawarkan menerusi usahasama antara Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pos Malaysia itu turut dipanjangkan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman. 

Perbaiki perkhidmatan 


“Pendekatan ini memudahkan rakyat menghubungi kerajaan bagi membuat aduan, sekali gus membantu kerajaan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berdasarkan kemahuan mereka.

“Saya yakin budaya ini akan menghapuskan amalan bekerja secara bersendirian dikementerian, jabatan atau agensi kerajaan tertentu.

“Ia akan menggalakkan jalinan rangkaian kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan pegawai kerajaan merentasi kementerian, jabatan dan agensi,” katanya pada majlis pelancaran borang aduan pos itu di sini, semalam. 

Seng Kuan menjelaskan, saluran aduan terbaru yang disediakan itu selaras dasar kerajaan bagi mencapai kecemerlangan berterusan dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat. 
Borang aduan itu ditempatkan di 300 pejabat Pos Malaysia terpilih di seluruh negara mulai semalam dan borang yang sudah lengkap diisi akan dihantar ke alamat Peti Surat 9000 di ibu pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur dengan kandungannya disemak oleh BPA sebelum menentukan tindakan susulan. 

Seng Kuan juga yakin skim itu dapat mempertingkatkan keberkesanan dan memperkenalkan kaedah lebih holistik lagi bertanggungjawab dalam cara jabatan atau agensi kerajaan menangani aduan.






MARI BELAJAR UNTUK TIDAK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN

Entah mengapa, ada dari kita yang cenderung untuk mencari-cari kesalahan orang lain. Lihat saja betapa mudahnya seseorang menuntut dan mengkritik orang lain. Sebenarnya boleh saja mengkritik teman atau siapa pun, tapi dalam menyampaikan kritik, saran atau sebuah koreksi, sebaiknya kita tetap menghormati orang yang kita kritik. Kerana itu dalam menyampaikan informasi yang sifatnya sebuah koreksi, sebaiknya kita menyampaikannya dengan cara yang BAIK, RAMAH dan LEMBUT. Dan jangan pernah menyampaikan dengan cara yang langsung menyudutkan dan menyalahkan, tapi kemukakanlah pendapat kita dengan cara yang baik, santun dan bijak.

Berkatalah yang baik atau diam. Ya, kita sebagai manusia memang telah diberikan banyak sekali nikmat oleh Allah SWT termasuk nikmat dapat berbicara. Akan tetapi, banyak yang salah menggunakan nikmat ini. Mereka tidak mengerti bahwa mulut yang telah dikaruniakan oleh-Nya seharusnya dapat dijaga dengan baik dan digunakan hanya untuk kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Muttafaq ‘Alaihi) Lalu dalam hadist lain disebutkan: “Allah SWT memberi rahmat keapda orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan.”

(HR. Ibnul Mubarak)

Demikianlah, lidah seseorang itu sangat berbahaya sehingga dapat mendatangkan banyak kesalahan. Imam Ghazali telah menghitung ada 20 bencana karena lidah antara lain berdusta, ghibah (membicarakan orang lain), adu domba, saksi palsu, sumpah palsu, berbicara yang tidak berguna, mentertawakan orang lain, menghina orang lain, mencari-cari kesalahan orang lain, dsb.

Dalam mengkritik, kita harus bijak, kita juga harus memusatkan perhatian pada kemampuan orang yang kita kritik. Carilah satu kelebihan dalam diri orang tersebut. Walaupun tampaknya dimata kita kemampuannya kecil dan kita masih bisa jauh lebih baik dari orang tersebut. Namun, cobalah bertanya pada diri sendiri, bagaimana bila kita berada di posisi orang yang kita kritik, tanpa mempertimbangkan sedikitpun, kebenaran dan kemampuannya?

Kita juga harus memeriksa kembali apa motif kita mengkritik (tanyakan dengan jujur pada diri sendiri). Dan tanyakan juga apa keuntungan yang kita raih setelah mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Karena, apabila yang namanya kritik itu, hanyalah sebuah upaya untuk menonjolkan konsep tentang diri sendiri. Atau kadang untuk membuktikan bahwa kita lebih baik dari orang yang kita kritik. Maka segeralah berhenti untuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Ketahuilah, tidak ada orang yang luput dari salah dan khilaf, dan begitupun diri kita.

Daripada kita terus menyibukkan diri sendiri dengan mencari-cari kesalahan dan kelalaian orang lain, bukankah lebih baik kita berpikir positif. CUba tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik dari orang yang kita kritik atau kita cari-cari kesalahannya? 

Seorang ahli hikmah berkata, aku tidak pernah menyesali apa yang tidak aku ucapkan, namun aku sering sekali menyesali perkataan yang aku ucapkan. Ketahuilah, lisan yang nista lebih membahayakan pemiliknya daripada membahayakan orang lain yang menjadi korbannya.

(mengutip perkataan, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. M.A.)

Kita sebagai umat islam memang sudah sepatutnya untuk tidak mencari-cari kesalahan orang lain lalu menyebarkannya apalagi berusaha mempermalukan orang tersebut didepan umum, dengan menggunakan ilmu/kepandaian kita.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini: ”Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara”

(H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Perhatikan firman Allah SWT berikut ini: ”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”

(QS. Al Hujuraat [49] : 12)

Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini: ”Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi saw: “engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi SAW: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya.”

(HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)

Abdullah bin Umar ra menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, ” suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi :”Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari cari aurot mereka. Karena orang yang suka mencari cari aurot saudaranya sesama muslim, Allah akan mencari cari aurotnya. dan siapa yang dicari cari aurotnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya (HR. At Tirmidzi no. 2032, HR. Ahmad 4/420. 421, 424 dan Abu Dawud no. 4880. hadits shahih) (keterangan: yang dimaksud dengan aurot disini adalah aib/cela atau cacat, kejelekan dan kesalahan).

Bagi seorang mukmin yang senantiasa merasa diawasi oleh Allah, wajib mengerti bahwa “perkataan” itu termasuk amalannya yang kelak akan dihisab: amalan baik maupun buruk. Karena pena Ilahi tidak meng-alpakan, tidak pernah lalai ataupun menghapuskan satupun perkataan yang diucapkan manusia. Ia pasti mencatat dan memasukkannya ke dalam buku amal. Ingatlah bahwa semuanya, kelak harus kita pertanggung jawabkan. 

sumber: jalandakwahbersama.wordpress.com

ADALAH LEBIH BAIK JIKA KITA LIHAT KELEMAHAN DIRI SENDIRI DARI SIBUK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. HAYAT YANG ADA KINI SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK, INGATLAH GUNAKAN NIKMAT HAYAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN SEBAIK MUNGKIN. SEMOGA KITA SEMUA TERHINDAR DARI SIFAT TERCELA..MARI PERBAIKI DIRI BERSAMA. 

Siapa presiden baru CUEPACS??

Siapa presiden baru CUEPACS
1,4000 perwakilan tentukan nasib tiga calon Presiden CEUPACS hari ini selepas Datuk Omar Osman tidak mempertahankan jawatan. Tiga calon itu ialah Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Azih Muda; Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Shuhaimi Othman.

Siapakah yang akan menjadi pilihan ??Pilihlah yang betul-betul boleh perjuangkan nasib kakitangan awam.Jawatan ini adalah amanah dan tanggungjawab bukan hanya untuk glamer sahaja........

Permohonan BR1M

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Dari 23 Dis Hingga 31 Jan 



KUALA LUMPUR -- Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.