Halaman

Memaparkan catatan dengan label SYABAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SYABAS. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Sejuta penduduk KL, Selangor bakal berdepan gangguan bekalan air

Gambar hiasan
 Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal berdepan gangguan bekalan air bermula Selasa depan.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana proses henti tugas sementara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Dua.
Henti tugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
Gangguan berkenaan akan bermula pada 8 pagi 17 Disember manakala tempoh pemulihan dijangka bermula 9 malam secara berperingkat.
Menurut Syabas, keseluruhan pengguna hanya akan dapat menerima bekalan air pada 8 pagi 22 Disember.
Gangguan bekalan air berkenaan melibatkan 217,694 akaun pengguna.
Ia turut melibatkan beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam.
Kawasan tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan terakhir yang akan pulih sepenuhnya.
Ekoran perkembangan itu, pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya.
Ini kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu kecuali hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat, memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Jumaat, 13 Disember 2013

1 juta alami gangguan air

Kira-kira satu juta pengguna air di kawasan Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 13 jam bermula jam 8 pagi, Selasa ini.

Gangguan itu adalah berpunca daripada pemberhentian operasi sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) di bawah kendalian Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) membabitkan 217,694 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). 

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata pihaknya menerima permohonan dari PNSB bagi melaksana kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama di loji berkenaan. 


Permintaan air meningkat

Antara komponen kerja yang akan dilaksana termasuk menaik taraf papan suis bagi alat ubah (transformer) nombor 1 di muka sauk, pembaikan paip keluli, dan penggantian Sluice Valve di Rumah Pam Air Bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar.

SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rizab kapasiti bekalan air daripada 34 loji sedia ada sudah menyusut ke tahap kurang daripada satu peratus sekali gus menyebabkan tiada lagi bekalan air alternatif ketika waktu kecemasan, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Sehubungan itu, SYABAS akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning ketika loji berkenaan tidak beroperasi. 
Priscilla berkata, pemulihan bekalan air secara berperingkat dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama sehingga 22 Disember.

Beri notis awal

Susulan gangguan bekalan ini sudah diberikan notis awal, pihak SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang tempoh gangguan kecuali kepada pengguna kritikal di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS menyediakan 66 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya di kawasan yang masih belum menerima bekalan air selepas tempoh 24 jam namun tertakluk kepada kapasiti kemudahan sedia ada SYABAS, katanya.

Pengguna di kawasan berkenaan dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL(jarak)aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Maklumat lanjut mengenai lokasi terjejas bekalan air berkenaan, layari www.syabas.com.my

Khamis, 20 Jun 2013

Syabas kena tegur lagi??

Syabas diminta lebih cekap dalam menyelesaikan kejadian paip bocor selain memantau loji serta rumah pam bagi mengelakkan kerosakan yang boleh menjejaskan kehidupan pengguna di Lembah Klang dan Putrajaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan terus memantau kerja penyelenggaraan yang dibuat syarikat konsesi itu dalam memastikan bekalan air terawat mencukupi.

“Oleh kerana isu penyusunan semula industri air kita akan bincangkan dengan kementerian berkaitan minggu depan, kita juga memantau kerja yang dibuat Syabas supaya bekalan air terawat berterusan.

“Lembaga Urus Air Selangor (Luas) juga memaklumkan paras air di semua kolam takungan di negeri ini dalam keadaan memuaskan walaupun cuaca panas ketika ini,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengemukakan permohonan untuk membuat kerja penggantian injap sluis (Sluice Valve) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1).

Beliau berkata, kerja penggantian itu memerlukan operasi separuh daripada loji berkenaan perlu dihentikan selama lapan jam, kelmarin.

“Kerja penggantian berjadual ini menyebabkan gangguan bekalan air di Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekalkan air ke kawasan Petaling dan Kuala Lumpur.

“Pihak SPLASH telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna air dan kerja penggantian injap sluis itu telah siap sepenuhnya jam 4 petang semalam (kelmarin) dan loji berkenaan telah beroperasi secara normal dengan membekalkan 750 juta liter sehari.

“Kita dimaklumkan bekalan air sepatutnya telah kembali pulih sepenuhnya pagi hari ini  (semalam) kecuali kawasan tinggi yang mengambil sedikit masa kerana masalah tekanan air rendah,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air dengan cermat sebagai langkah berjaga-jaga.

Bilalah nak jumpa jalan penyelesaian nie,asyik tuding menuding jari je, yang menderita rakyat Selangor.Apapun tak boleh...

Isnin, 17 Jun 2013

Hak pengguna air Selangor VS hak pemegang konsesi air ...mana lagi penting??

 Kerajaan negeri dinasihatkan agar mengutamakan hak pengguna air di Selangor berbanding pemegang konsesi air.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, pemegang konsesi air di Selangor tidak penting sebaliknya hak pengguna diutamakan.

“Siapa ambil atau urus air tidak penting, asalkan masalah dan bebanan pengguna air di Selangor dapat di selesaikan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa surat yang dikirimkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mendapat respons positif daripada Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan telah menetapkan pertemuan pada minggu depan.

Dalam pertemuan itu Abdul Khalid dijangka akan membincangkan harapan agar konsesi air di Selangor dapat diuruskan oleh kerajaan negeri.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Jacob berkata, siapa yang bakal menjadi pemegang konsesi air bukanlah perkara utama sebaliknya masalah ini dapat diselesaikan dan hak pengguna air terpelihara.

“Misalnya taraf perkhidmatan ditingkatkan, paip pecah diganti, harga air terawat tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

“Diharapkan masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku seperti sekarang ini dapat diatasi kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata keputusan PRU13 jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor marah dan diharapkan kerajaan negeri bersedia merungkai permasalahan ini.

“Hak pengguna diutamakan dengan hati terbuka, tambahan pula menjelang musim  perayaan ini krisis air dapat  diselesaikan secara kompetensi.

“Fikirkan hak pengguna bukan agenda politik,” katanya.

Sampai bila permasalahan ini nak berlanjutan??yang menjadi mangsa adalah rakyat..Kesian rakyat negeri Selangor.Nak tunggu lagi 5 tahun tue,bukan sekejap,tapi lame sangat..Harap @Khalid Ibrahim ,tak lepas tangan.

Rabu, 15 Mei 2013

Hentikan 'Sandiwara' Pengambilalihan Syabas


 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata lebih baik kerajaan Selangor menghentikan "sandiwaranya" kononnya perlu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan isu air di negeri itu.
"Jikalau kerajaan negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Khamis.
Beliau berkata oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 unit perumahan baru yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.
Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersil baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit premis perniagaan baru dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.
"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat," kata Noh. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak ada masalah jika kerajaan Selangor hendak mengambil alih Syabas tetapi jangan kaitkan isu berkenaan sehingga pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka dapat mengelakkan Lembah Klang daripada menghadapi krisis air selama 20 tahun akan datang masih lagi tertangguh.
Noh berkata Kerajaan Persekutuan yang berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasarnya yang menjaga kepentingan rakyat telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau hairan mengapa orang luar termasuk MEDIU boleh kagum dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan tertarik untuk datang melabur di Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai faktor-faktor itu.
. -BERNAMA
Rakyat Selangor yang pilih,jadi biarkan mereka rasa.Nak sangat Pakatan yang mentadbirkan.Padan muka!!

Rabu, 10 April 2013

PR tuduh Manifesto BN 'racun' untuk rakyat

 PAS melihat manifesto BN lebih kepada 'racun' kerana pada amalan biasa parti itu, perlaksanaan janji manifesto hanya akan meningkatkan hutang negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Idris Ahmad berkata, berbanding Pakatan Rakyat, perlaksanaan manifesto khususnya dalam pemberian bantuan kepada rakyat dibuat menggunakan wang lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan.

"Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat.

"Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat boleh menilai bagaimana Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat memberi 20 meter padu air percuma, bantuan RM2500 di bawah tabung kifalah serta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi, namun pada masa yang sama pendapatan negeri juga meningkat.

kalau betul seperti yang dikatakan oleh PR, takanlah Selangor mengalami krisis air yang teruk.PR ni buat lawak ke??

Jumaat, 28 September 2012

Works going well, now for okay from Selangor


Construction work for the Pahang-Selangor raw water transfer project are on track with several vital components moving ahead of schedule.
Pahang Housing, Public Amenities and Transport Committee chairman Datuk Mohd Soffi Abdul Razak said that with the exception of the Langat 2 water treatment plant for which the Selangor Government has yet to give the green light work on the other major components was progressing smoothly.
“Up to Aug 31, 67% or 22.9km of the 44.6km long tunnel has been completed,” Mohd Soffi said. “Work on the water pumps and valves are at 47.2% while 59.7% of the dual piping system is already done.
“Only the Klau Dam is behind schedule by 17% due to a delay in acquiring land to resettle the 115 orang asli households,” he said yesterday.
Mohd Soffi said he felt obligated to respond to statements by Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar on Tuesday, challenging Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob to revoke the water agreement deal between the two states.
Mohd Soffi said Dr Xavier was not aware of the full details of the agreement, adding that Pahang had given much for national development, including setting a price of just 10 sen per cubic metre.
“We have to relocate an orang asli settlement in Lembah Klau and some plantation land belonging to Felda scheme, so that the project can take off.
“The fact is, Selangor is not going to pay a single sen as the RM8bil project is to be financed by international funding arrangements with Japan and the Federal Government,” he said, adding that approval for the tunnel entering both states had already being obtained earlier even before Pakatan Rakyat came to power.
Mohd Soffi said the only hindrance now was the absence of an approval by the Selangor Government for a “development order” to construct the Langat 2 treatment plant.
“We expect work on all the components to be completed by the middle of 2014, and if Langat 2 plant is not given the go-ahead, the whole project will not take off.
“Its construction requires about two years and if it is to proceed now, would be completed in about the same time,” he said, while pointing out that a 80ha site for the Langat 2 plant had already been earmarked and acquired.
Mohd Soffi said he was willing to extend an invitation to the Selangor Government to see for themselves the progress of the project in Pahang.
The water transfer project was supposed to pump 1,890 million litres of raw water daily from Sungai Semantan in Pahang to the Hulu Langat water treatment facility in Selangor.

Rabu, 26 September 2012

Makin terseksa Selangor bila Pahang tarik diri...

Politik MB Selangor Dan Krisis Air Yang Menyeksa Rakyat


AWAL minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.
Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.
Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.
Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.
Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.
Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.
Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.
Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.
Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.
Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?
Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan ‘ugutan’ dari MB Pahang.
Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.
Tambah kelakar lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Khamis, 30 Ogos 2012

Muak tagih janji SPNB

Kesian sungguh dengan nasib pemilik rumah teres kos sederhana di Taman Nuri Indah, Olak Lempit yang terbengkalai sejak 2000,muak menagih janji Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang gagal menyiapkan projek itu.Projek ini telah diserahkan kepada SPNB pada 2009 setelah terbengkalai selama sembilan tahun.
Punah harapan 54 orang pembeli apabila mengharapkan serahan kunci rumah pada tahun lalu tetapi masih tidak diserahkan kerana projek perumahan masih terbengkalai dan masih gagal disiap dalam jangka waktu yang sepatutnya.
Pembeli memerlukan pembelaan yang sepatutnya kerana sudahlah mereka menanggung hutang dengan pihak bank,tapi rumah yang diidamkan masih tidak di miliki.SPNB tidak seharusnya menganaktirikan projek berskala kecil seperti ini hanya kerana mahu menumpukan pada projek berskala besar.Janganlah membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.Cubalah fikirkan nasib-nasib mereka yang teraniaya itu.
Memiliki rumah sendiri memang menjadi impian setiap orang lebih-lebih lagi bagi yang tidak berkemampuan,sudahlah untuk mendapatkan rumah idaman mengambil masa yang lama,lebih parah lagi bila rumah yang diharapkan untuk didiami masih tidak disiapkan walaupun sudah lama berlalu tempoh masa yang ditetapkan.
Diharap ada pihak bertanggunjawab yang sudi membela nasib 54 orag pembeli ini.Doa orang-orang teraniaya ni lebih mudah makbul .Harap masalah ini dalam diselesaikan dalam tahun ini juga,

Sumber: BH 30 Ogos 2012

Selasa, 28 Ogos 2012

Selangor patut bayar tunggakan

Patutlah kerajaan pembangkang fobia dengan slogan "janji ditepati" oleh kerajaan Barisan Nasional kerana sehingga sekarang masih ada janji pembangkang kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan walaupun pilihan raya 13 akan diadakan tidak lama lagi.
Terutama janji subsidi air percuma 20 meter padu pertama  sejak 2008 kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal. Kerana pemberian air subsidi itu hanya dinikmati oleh mereka yang bukan menggunakan meter  pukal.Kerajaan Selangor lupa,kebanyakan yang menggunakan meter pukal adalah penduduk miskin dan kebanyakannya tinggal di flet-flet buakn di rumah banglo.
Dan tuntutan badan bukan kerajaan (NGO)  Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal adalah sangat munasabah dan harus disokong oleh mereka yang terlibat.

Sumber: BH 28 Ogos 2012
LA: Da janjikan haruslah bagi pada semua bukan untuk sesetengah orang sahaja.



Kaji semula air percuma

Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu. 

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM)
“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Bersikap realistik

“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya kepada BH semalam.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua. 
“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.


LA: Janji harus ditepati bukan janji tinggal janji.

Selasa, 14 Ogos 2012

Tender terbuka Langat 2


» Projek loji air sedia dibida elak dituduh bantu kroni


Putrajaya: Proses pengeluaran tender terbuka pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sedang dilaksanakan walaupun kerajaan Selangor belum meluluskan pembinaannya.Kerajaan Persekutuan berpendapat penangguhan  pembinaan loji dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menjejaskan kapasiti air terawat menjelang 2014.

“Kita tidak boleh terus digantung tak bertali kerana projek ini kritikal, sekali gus menjamin penduduk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor tidak mengalami krisis air. - Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata permohonan dikemukakan pada 2010, tetapi kerajaan Selangor menerusi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hanya memberi jawapan keputusan permohonan ditangguhkan.


Keputusan ditangguh 


“Tangguh sampai bila kita tak tahu. Justeru, kita buat permohonan baru kepada MPKj dan pada masa sama, keluarkan tender terbuka kerana projek ini tidak boleh dilengahkan lagi.


“Kita tidak boleh terus digantung tak bertali kerana projek ini kritikal, sekali gus menjamin penduduk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor tidak mengalami krisis air. 
“Dulu, pakatan pembangkang tuduh Barisan Nasional (BN) nak tolong kroni dengan menawarkan projek ini secara rundingan terus. Jadi, kita buat tender terbuka,” katanya semalam.



Bagaimanapun, Noh berkata kerajaan Selangor tidak mahu membida tender itu tetapi tidak menolak kemungkinan mana-mana syarikat yang mendapat projek itu akan dituduh sebagai kroni BN.


Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu memutuskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan walaupun tanpa kebenaran kerajaan negeri.


Noh juga mendesak kerajaan Selangor berfikir sebagai kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat dan jangan terus berfikiran sebagai pembangkang sehingga mengabaikan masa depan penduduk.


RM600 juta diperuntukkan


Beliau memaklumkan, Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM600 juta bagi melaksanakan pelbagai pelan mitigasi untuk mengelakkan krisis bekalan air, termasuk membina Empangan Sungai Labu serta loji rawatan air dengan kos RM278 juta.


Selain itu, kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta bagi memperbaiki paip air pecah berikutan keengganan kerajaan Selangor menggantikan paip yang kebanyakannya usang.


Kerajaan Pusat biaya


“Pembinaan Empangan Sungai Labu dibiayai Kerajaan Pusat sepenuhnya, termasuk pembelian tanah Sime Darby dan sudah diserah untuk dikendalikan kerajaan negeri Selangor. Saya difahamkan penyerahan dilakukan tanpa sebarang perjanjian.


“Saya juga berharap, Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) jangan memutar belitkan isu penstrukturan semula pengagihan air dan hasratnya untuk mengambil alih SYABAS dengan pembinaan loji rawatan air sehingga orang ramai keliru.


“Apa gunanya mengambil alih SYABAS jika tiada loji bagi merawat dan membekalkan air. Tuduhan kononnya tarif air akan naik jika Loji Rawatan Air Langat 2 dibina perlu dirundingkan terlebih dulu,” katanya.

Khamis, 9 Ogos 2012

Loji Air Langat 2 diteruskan


Putrajaya: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan walaupun kerajaan Selangor atau pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pakatan pembangkang itu enggan memberi kelulusan pembangunan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekretariat jawatankuasa berkenaan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa asas selepas kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi pelaksanaan projek berkenaan. 

Kapasiti pengeluaran terhad 

Antara asas yang diambil kira termasuk hakikat bahawa kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang diluluskan Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga 2016.

Selain itu, pembinaan komponen terowong dan muka sauk bagi menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada 2014.

Pada masa sama, penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi. 
RM606j belanja tambahan

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020. 

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan kerajaan negeri Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula seperti mana yang dilaksanakan negeri lain, namun ia mesti mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Keputusan itu selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu turut menegaskan tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti syarikat konsesi di negeri itu kerana ia adalah transaksi komersial membabitkan dua pihak yang berkenaan saja.



LA: Utamakan kepentingan  rakyat dariapda kepentingan politik  sempit PKR.

Selasa, 7 Ogos 2012

Mohon Sultan campur tangan



Krisis air yang semakin meruncing di Selangor menyebabkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon Sultan  Selangor ,Sultan Sharafuddin  Idris Shah untuk campur tangan dalam permasalahan ini.
Dengan campur tangan ini diharapakn dapat mengelakkan rakyat menjadi mangsa dari pihak yang tidak bertanggungjawab. PPIM  mahu pihak istana desak kerajaan Selangor laksana projek Langat 2.Walaupun kerajan negeri mendakwa bekalan air mencukupi sehingga 2019,ia tetap menimbulkan rasa panik penduduk, di Lembah Klang, dan meletakakan mereka dalam keadaan berisiko.
Janganlah disebabkan fahaman politik yang berbeza antara keraajan negeri dan keraajan Pusat menyebabkan rakyat yang menjadi mangsa.Sepatutnya mereka duduk semeja untuk membincangkan isu ini untuk mengelakkan rakyat menjadi mangsa.

Sumber:BH 7 Ogos 2012

LA: kerana  salah pangkah,inilah akibat yang terpaksa  ditanggung oleh rakyat Selangor.



Jumaat, 3 Ogos 2012

Menangis tiada air

Tangisan dan rintihan penduduk Pangsapuri  Putra Budiman dan Puncak Perdana sejak seminggu lalu,terlerai seketika dengan kehadiran enam lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), yang membekalkan air bersih untuk mereka setelah tertekan menghadapi Ramadan tahun ini tanpa kemudahan asas tersebut.
Penduduk cukup sengsara kerana terpaksa mengangkut air dalam kuantiti kecil dari bawah pangsapuri lima tingkat itu dan menggunakan tangga setiap hari.
Bekalan air yang gagal diselenggarakan kerajaan negeri memberi tekanan kepada penduduk.Persiapan menyambut Aidilfitri terlalu kelam kabut jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pendudk juga,mengadu sudah tidak berdaya lagi mengangkat air naik ke rumah lima tingkat setiap hari dan muak dengan keadaan berebut-rebut untuk mendapatkan air kerana bekalan tidak cukup disediakan.Dan lebih teruk terpaksa beratur panjang sejak jam 2 petang mengisi kupon bagi mendapatkan bekas serta mengisi air dari paip tangki SYABAS di taman berkenaan.

Sumber:BH 3 Ogos 2012

LA:Rumahtangga sendiri tunggang langgang ada hati lagi PKR Selangor nak bidas pihak lain.Cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain.

Mesyuarat kedua is air Selangor


  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) semalam.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar;Menteri ;Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin;Menteri di jabatan Perdana Menteri  ,Datuk Seri Mohaamed Nazri Aziz dan Peguma Negara, Tan Sir Abdul Ghani Patail.
Jawatankuasa Kabinet  bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta menetapkan keutamaan untuk selesaikan isu berkenaan.

Sumber: BH 3 Ogos 2012

LA: Kesian kt rakyat Selangor.

                                                                                 

Rabu, 1 Ogos 2012

Selangor gagal selesai masalah air


 Sohaimi   (dua dari kanan) membantu penduduk  mengambil air    selepas   gangguan  selama lapan  hari di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan. - Foto Syarafiq Abd SamadSohaimi (dua dari kanan) membantu penduduk mengambil air selepas gangguan selama lapan hari di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan. - Foto Syarafiq Abd Samad
Serdang: Kerajaan Selangor masih gagal mengotakan janji mereka dalam menyelesaikan kemelut air kepada rakyat negeri itu apabila tidak mampu membekalkan keperluan air bersih secukupnya.

Masalah berlarutan lebih seminggu dihadapi penduduk dilihat semakin meruncing ketika umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata gimik politik yang dimainkan kerajaan Selangor berkaitan isu projek Loji Rawatan Langat 2 perlu diperjelaskan kepada penduduk negeri ini. 

Katanya, rakyat mendapatkan bekalan air bersih di beberapa daerah termasuk Seri Kembangan jelas membuktikan rakyat tidak dipedulikan pemimpin pakatan pembangkang ketika ini.

“Kami tampil bertindak membantu rakyat menjelaskan isu air yang dilihat semakin sukar diselesaikan mereka di negeri ini, termasuk loji berkenaan.

Selangor degil

“Bukan isu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang menjadi pokok persoalan, tetapi kedegilan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media sempena pengagihan tong air plastik percuma kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman, dekat sini, semalam. 
Hadir sama Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hong dan Ketua MIC Seri Kembangan, Datuk NK Sundram.

Pada majlis sama, Sohaimi mengagihkan 500 tong air plastik kepada penduduk taman itu yang gagal mendapatkan bekalan air sejak seminggu lalu.

Hantar bekalan sekali

Katanya, SYABAS membekalkan air secukupnya kepada penduduk di taman itu demi menjaga kepentingan pengguna, berbanding kerajaan negeri yang hanya sekali muncul menghantar satu lori tangki sehingga kini dalam tempoh seminggu lalu.

Tinjau loji Langat 2

Beliau berkata, GPRS turut merancang membawa pemimpin masyarakat seluruh Selangor termasuk ketua kampung, wakil penduduk taman dan individu terpilih melawat loji Langat 2 di Semenyih, esok.

“Peranan mereka adalah bagi menjelaskan fakta sebenar mengenai isu air yang menjadi sandiwara politik kerajaan Selangor selama ini,” katanya.


Sumber: BH 1 Ogos 2012

LA:Air oh air, bila lah nak selesai.

Jumaat, 27 Julai 2012

Bentang usul pecat Ketua Eksekutif SYABAS

Shah Alam - kerajaan Selangor akan membentangkan usul memecat Ketua Eksekutif Syariakt Bekalan Air Selangor BErhad (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail pada mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan depan.
Usul lai nadalah mengambil tindakan sama ke atas Ketua  Pegawai Operasi syarikat utiliti berkenaan, Datuk Lee Miang Koi.Pengerusi Jawatankuasa Tetap kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkatakerajaan negeri yakin mampu mempengaruhi pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga)untuk memecat Rozali dan Miang Koi.
Puncak Niaga menguasai 70 peratus saham SYABAS, manakala kerajaan Selangor melalui Kumpulan  Perangsang Sealngor BErhad, memegang 30 peratus saham. Xavier berkata, keyakinan mampu meraih sokongan pemegang saham minoriti itu bersandarkan hakikat pengurusan SYABAS dilihat tidak teratur dan syarikat itu kini mengalami masalah kewangan.

Sumber: BH 27 Julai 2012

LA:Memerhati dari jauh..

Tender terbuka projek loji


Putrajaya: Kerajaan Pusat akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataannya semalam, berkata semua anak syarikat kerajaan Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender itu. Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan itu. 
Dalam kenyataan sama, KeTTHA memperbetulkan banyak kenyataan pemimpin kerajaan Selangor berhubung isu air yang didakwanya salah dari fakta dan mengelirukan. 

Antaranya, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kapasiti 34 loji rawatan air di Selangor sekarang ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan pengagihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) 4,371 MLD. 

KeTTHA menjelaskan 34 loji itu direka bentuk bagi menghasilkan 4,581 MLD, tetapi pelbagai kekangan menyebabkan hanya 4,371 MLD diagih. 

Kapasiti 4,581 MLD hanya boleh dicapai jika Projek Mitigasi 1 dan 2 dengan kos RM606 juta yang disyor Kerajaan Pusat siap. 
Menurut KeTTHA, lima loji rawatan air iaitu di Sungai (Sg) Selangor 2, Sg Semenyih, Sg Langat, Sg Batu dan Bukit Tampoi kini beroperasi melebihi tahap reka bentuknya. 

Mengenai dakwaan Exco Selangor, Rodziah Ismail bahawa Kerajaan Pusat enggan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih SYABAS walaupun ia tidak mampu urus bekalan air, KeTTHA berkata ia tidak dapat dilakukan kerana ada kes mahkamah yang belum selesai. 

Kes itu membabitkan tuntutan pampasan SYABAS terhadap kerajaan Selangor kerana tidak menaikkan tarif air sejak 2009 mengikut jadual dipersetujui dalam perjanjian konsesi. 

KeTTHA juga menafikan kenyataan Exco, Dr Xavier Jayakumar, bahawa Kerajaan Pusat dan SYABAS bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor. 

Sebaliknya, kementerian itu menjelaskan, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air bertanggungjawab terhadapnya.
Sumber: BH 27 Julai 2012
LA: ape lagi, da org bagi peluang, jangan sia -siakan pula.

Rabu, 25 Julai 2012

Kuasai SYABAS penuhi agenda politik

Kerajaan Negeri selangor ada agenda tersembunyi apabila cuba menyekat Projek Langat 2. Pembinaan Loji di Sungai Labu oleh Pusat sebelum ini mendapat halangan kerajan negeri, namun selepas diberikan kebenaran mengurus operasi loji itu, kerajan negeri terus bersetuju.
SYABAS sudah mengemukan 48 cadangan kepada kerajaan negeri sejak 2005 untuk melaksanakan beberapa projek baru, termasuk pembinaan loji bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat tetapi mendapat kekangan daripada kerajaan negeri.

Sumber: BH 25 Julai 2012

LA: bila tembelang dah pecah.tunggu ape kata Khalid.