Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

DR M Undur Diri

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung Umno, menimbulkan sedikit tanda tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya.
Dalam masa yang sama pengunduran Dr Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara.
Sebelum Dr Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Tun Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Dr Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut?
Dr Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat.
Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan.
"Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Dr Mahathir lagi.
Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat penting.
Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari dan jika hanya tidur di rumah saja pun, tiada siapa yang akan marah atau menegurnya.
Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan?
Pada masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Dr Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton.
Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton?
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," katanya.
Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini.
Malah, semalam juga, ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam Umno dan kerajaan, Dr Mahathir berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam Umno dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut.
Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini.
Namun, apa pun alasan mengenai pengunduran Dr Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli Umno terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan beliau terus sihat, cergas dan panjang umurnya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 3 Disember, 2013.

Dr M sah letak jawatan penasihat PETRONAS


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan peletakan jawatannya sebagai penasihat PETRONAS, berkuat kuasa kelmarin. 

Beliau berkata, surat rasmi berhubung keputusan itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. 

Katanya, beliau membuat keputusan itu berikutan faktor usia dan kesihatan supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian pada rawatan susulan. 



“Saya sudah 10 tahun menjadi penasihat PETRONAS. Sepanjang pembabitan saya, ramai usahawan Bumiputera dilahirkan dan pencapaian PETRONAS pun sudah menepati sasaran,” katanya pada sidang media selepas jamuan tengah hari Persidangan Antarabangsa UMNO 2013 bertajuk ‘Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan’, di sini, semalam.

Terus perjuangan dalam Proton 

Sebelum ini, Dr Mahathir menerima rawatan di wad Institut Jantung Negara (IJN) selama 10 hari kerana jangkitan dada pada 16 November lalu. 

Bagaimanapun, laporan doktor mengesahkan beliau perlu menjalani fisioterapi dan meneruskan program senamannya. 
Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatannya dalam Proton Berhad kerana faktor sama, Dr Mahathir menafikan spekulasi itu. 

“Proton bukan milik kerajaan. Ia milik DRB-Hicom Bhd. Saya masih akan meneruskan perjuangan saya dalam Proton,” katanya. 

Mengulas pelantikan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang diumum Najib, Jumaat lalu, Dr Mahathir menyifatkannya keputusan tepat dan seiring dengan perkembangan politik semasa.

Rabu, 13 November 2013

KHUATIR TAHAP PENGUASAAN BI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar kerana ia menjejaskan masa depan mereka.

Beliau berkata, ada graduan yang langsung tidak menguasai bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di sektor pekerjaan.

Negara Berpendapatan Tinggi


Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia , Oktober 20, 2013 (Sumber Artikel diperolehi dari Facebook, Dr. Mahathir bin Mohamad)

1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hiup Negara.2. Apabila upah atau gaji dinaikkan tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna samasekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kea rah sasaran menjadi Negara maj.

5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampong, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain. Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.
6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara dari pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju.

7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar (produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing (competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.

8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.

9. Umpamanya kenaikkan upah minima katakanlah dari RM 700/- sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka. Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih tinggi akan meminta kenaikkan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikkan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikkan gaji atau upah di semua pringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikan kos sara hidup.

10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.

12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer). Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income)

13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.

14. Kefahaman Bahasa Inggeris tetap akan menyumbang kepada penambahan pendapatan. Ini tedapat dimana-mana sahaja.

15. Untuk pengekalan dan perkembangan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran. Kita perlu hadkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pengajaran sains dan matematik sahaja. Mata pelajaran lain mestilah disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

16. Dimasa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Pada kebiasaan untuk menuntut ilmu ke peringkat Masters (sarjana) dan Phd (doctorate) penuntut Malaysia kerap ke universiti luar negara. Bahasa pengantar di luar negara ialah Bahasa Inggeris, walaupun ada juga bahasa-bahasa lain yang diguna. Kebanyakkan buku teks yang diguna seluruh dunia didapati dalam Bahasa Inggeris.

17. Yang jelas ialah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bahasa dagang dan industri. Jika negara ingin menaikkan pendapatan melalui dagangan dan industri yang canggih dengan nilai ditambah yang tinggi, Bahasa Inggeris amatlah penting dan utama.
18. Oleh itu untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, langkah pertama ialah peningkatan penguasaan ilmu moden di kalangan rakyat, bermula dari sekolah-sekolah lagi.

19. Etika kerja juga perlu ditingkatkan. Satu contoh berkenaan keburukan etika kerja merosakan ekonomi negara boleh dilihat di United Kingdom. Kerana kesatuan sekerja menjadi begitu kuat sehingga dapat mendiri Kerajaan tuntutan dari kesatuan untuk kenaikan upah melalui ugutan menyebabkan pendapatan naik tanpa kenaikan daya pengeluaran. Akhirnya semua industri British gulung tikar dan ekonomi negara merosot.

20. Kenaikkan pendapatan memang baik bagi pekerja dan pengusaha. Tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya melalui dasar. Banyaklah yang perlu dipertimbangkan dan diselaraskan jika kenaikkan pendapatan tidak akan memburukkan ekonomi Negara dan kemajuannya

Rabu, 17 Julai 2013

Pasangan lucah hina Islam harus dihukum, kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata perbuatan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Setuju dengan cadangan Dr M.Harap kerajaan jangan bagi muka sangat dengan pasangan porno murahan ini.!!

Khamis, 20 Jun 2013

Tian Chua Bidas Tun Mahathir

Pembangkang menyifatkan kenyataan mantan perdana menteri,Tun M yang mahu kebebasan dikurangkan adalah tidak sesuai lagi dipraktikkan zaman sekarang.
Tian Chua berkata, kenyataan itu menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bercakap pada zamannya dan bukannya untuk generasi sekarang. Tian Chua menyifatkan Tun Mahathir ketinggalan zaman dan  disifatkan sebagai pemimpin autokrasi politik dan tidak faham dengan dunia sekarang.
Saranan Tun M agar rakyat Malaysia hidup dalam kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik.Jika banayak kebebasan akan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan eksploitasi kebebasan.

Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ada kebenarannya.Kebebasan tetap ada hadnya.Harap rakyat Malaysia terutama pembangkang faham dengan konsep kebebasan di Malaysia ini.
Jangan nak buat negara ni macam mak bapak korang yang punya!!!

Isnin, 17 Jun 2013

Lepaskanlah Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad.
PR mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gusar dengan perubahan rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu ekoran kenyataannya yang meminta kerajaan supaya tidak berlembut dengan pembangkang.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata komen yang disuarakan Dr Mahathir memperlihatkan kekhuatiran terhadap  kerajaan Umno yang akan jatuh ekoran hilangnya kepercayaan rakyat pada PRU13.

Menurutnya, Dr Mahathir tidak perlu campur tangan urusan pentadbiran pemimpin negara kerana zamannya telah berlalu.
Mantan perdana menteri keempat itu menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya.

Disebabkan sikap tanggungjawab Tun lah yang membuatkan pembangkang takut,Tun memang mementingkan rakyat dan keharmonian Malaysia.Harap Tun tak berunder disebalikkan sikap pembangkang.Kami rakyat Malaysia tetap memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad.