Halaman

Selasa, 28 Ogos 2012

Tetap berkeras gubal undang-undang antilompat

Baru tadbir negeri dah tunjuk besar kepala nak gubal undang-undang sendiri.Inilah rupanya orang bagi betis nak peha pula.Kedegilan yang ditunjukkan  oleh DAP untuk menggubal undang-undang antilompat  di negeri Pulau Pinang. DAP  ingin meminda perlembagaan negeri bagi menghalang wakil rakyat melompat parti,
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  bertegas cadangan itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan dan tidak mempunyai kaitan dengan hak asasi manusia termasuk kebebasan berpersatuan.

Walaupun bertentangan dengan  Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ,Guan Eng  yakin dapat dilaksanakan mengikut proses undang-undang.Betul-betul keras kepala Guang Eng ni.Baru tadbir satu negeri dah nak ubah semua perlembagaan.Macam mana lah agaknya kalau tadbir satu negara ,menderitalah rakyat nanti.

Sumber:BH 28 Ogos 2012

Selangor patut bayar tunggakan

Patutlah kerajaan pembangkang fobia dengan slogan "janji ditepati" oleh kerajaan Barisan Nasional kerana sehingga sekarang masih ada janji pembangkang kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan walaupun pilihan raya 13 akan diadakan tidak lama lagi.
Terutama janji subsidi air percuma 20 meter padu pertama  sejak 2008 kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal. Kerana pemberian air subsidi itu hanya dinikmati oleh mereka yang bukan menggunakan meter  pukal.Kerajaan Selangor lupa,kebanyakan yang menggunakan meter pukal adalah penduduk miskin dan kebanyakannya tinggal di flet-flet buakn di rumah banglo.
Dan tuntutan badan bukan kerajaan (NGO)  Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal adalah sangat munasabah dan harus disokong oleh mereka yang terlibat.

Sumber: BH 28 Ogos 2012
LA: Da janjikan haruslah bagi pada semua bukan untuk sesetengah orang sahaja.



Kaji semula air percuma

Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu. 

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM)
“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Bersikap realistik

“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya kepada BH semalam.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua. 
“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.


LA: Janji harus ditepati bukan janji tinggal janji.