Halaman

Khamis, 1 November 2012

Kerajaan Selangor saman Utusan atas artikel PKNS

Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.
Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

LA: Nak duit mudah ke MB Selangor? kerja nak saman menyaman orang nie.

Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves-Anwar


Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

LA: Anwar memang duka menuding jari pada orang lain.Tengok je lah masa dia jadi Menteri Kewangan semasa dilanda krisis kewangan, dia tetap menempelak orang lain.Nasib baik masa itu, Malaysia ada Perdana Menteri yang bijaksana yang tidak mahu membuat pinjaman pada bank dunia,kalau ikut kepala otak Anwar yang singkat tu,memang kita da terjebak dengan bank dunia>sudah terbukti Anwar hanya pandai bercakap tapi bukan pada tindakan.

Pas: Hantar memorandum ke Istana Negara

Dewan Pemuda PAS Malaysia ( DPPM) merancang menghantar satu memorandum kepada Yang diPertuan Agong  bagi mengadu  tentang Presiden MCA ,Datuk Chua Soi Lek  kerana didakwa membuat kenyataan yang menghina Islam baru-baru ini.
setiausahanya , Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, langkah itu juga dirancang berikutan Soi Lek enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau mengenai hudud seperti yang diminta oleh PAS melalui satu memorandum lain sebelum ini. 
DPPM sedang merancang menganjur satu perarakan besar-besaran ke Istana Negara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Yang diPertuan  Agong dalam masa terdekat ini.
jelasnya sudah sampai masanya untuk Yang diPertuan Agong mengetahui tindakan Presiden MCA yang didakwa menghina Islam.

LA: Jangan sampai ada berlaku rusuhan sudahlah,berharap sangat pihak polis memandang berat berkaitan isu ini.