Halaman

Isnin, 29 Oktober 2012

Anwar cadang MB pertahan Bandar Tun Razak


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Anwar dipetik portal berita Media Selangorku berkata, beliau yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kecekapan dan ketokohan Abdul Khalid serta prestasi memberangsangkan dalam mentadbir Negeri Selangor.


Abdul Khalid pada sidang medianya berkata, beliau mempunyai beberapa cadangan yang akan dilaksanakan jika memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam PRU13.

“Saya akan menyediakan pucuk pimpinan pelapis selepas PRU13 sebab jika saya menang dua penggal saya tidak patut untuk terus menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

“Pengumuman itu tidak akan menjejaskan peluang saya untuk bertanding dalam dua kerusi dalam satu masa untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Tujuan pengumuman ini adalah supaya masyarakat di Parlimen Bandar Tun Razak tertanya-tanya,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

LA: Tunaikan dulu,janji utk PRU12 dulu,barulah PKR boleh berangan-angan untuk menang PRU13.Jangan pandai buat janji sahaja,tapi tidak reti nak tunaikan.

DAP: 'Ada baiknya rahsia nama calon'

DAP percaya tindakan merahsiakan nama calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh membawa manfaat tertentu kepada parti.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, pendekatan yang diambil oleh pihak kepimpinan adalah terbaik dan mereka di peringkat negeri sentiasa memberikan sokongan.

“Jika membuat pengumuman lebih awal mungkin ada juga baiknya kerana sudah tentu ramai yang ingin mengetahuinya dan tertunggu-tunggu. Kebiasaannya, DAP atau PR tidak akan membuat pengumuman lebih awal dan ini yang kita lakukan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut kepimpinan kedua-dua parti itu, mereka tidak mahu terikut dengan rentak BN.

Sementara itu, beliau berkata, dengan usaha yang dilakukan DAP dan rakan dalam PR yang lain, pihaknya percaya bakal menumpaskan BN di Pahang pada PRU kelak.


Sumber: Sinar Harian

LA: Mengapa perlu berahsia, kalau mereka betul telus dan tulus?Ataupun DAP dan PR takut dengan nama-nama calon yang tak setanding dengan calon-calon BN.