Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

Karpal mahu PAS henti bangkit isu negara Islam



Georgetown- Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam piilihan raya akan datang.
"Sebagai sebuah parti komponen dalam pakatan pembangkang, PKR dan DAP menyokong penuh keputusan MuktamarPAS 2011 yang akan mengamalkan konsep negara kebajikan.
"Sepatutnya tiada sesiapa dalam kepimpinan PAS termasuk Ketua Pemuda PAS, Nasarudin HassanTantawi mempunyai hak untuk memainkan lagi isu negara Islam atau melaksanakan hudud kerana ia jelas melanggar keputusan yang dipersetujui dalam muktamar," katanya dalam kenyataan semalam.
Kelmarin, Karpal menafikan dakwaan Nasarudin bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.
Ia susulan pendedahan Nasarudin ketika berdebat dengan Pengerusi JawatankuasaKerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat dalam sesi debat anjuran sebuah akhbar berbahasa Melayu,baru-baru ini.
Karpal berkata,beliau juga pernah mengingatkan PAS pada 23 Disember tahun lalu supaya menerima realiti bahawa Malaysia adalah negara sekular dan demi kepentingan pakatan pembangkang, isu negara Islam perlu diketepikan.

Sumber:BH 23 Julai 2012

LA: cmner la nk tadbir negara ,kalau sesama sendiripon bertelagah dan tak sependapat.

JPA lengah naik gred guru


400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit. 
Mula pengajian 2003

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.


LA: cikgu oh cikgu.

Kit Siang kena kota janji isu 13 Mei 1969


Lim Kit Siang profile picture

Putrajaya- Pemimpin pembangkang terutama Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta supaya  jangan cakap tidak serupa bikin berhubung isu peristiwa 13 Mei 1969. 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor, berharap Kit Siang dan pemimpin pembangkang mengotakan janji mereka untuk bersama Barisan Nasional (BN) memastikan peristiwa rusuhan kaum itu tidak berulang di negara ini.
Pembangkang punca 1969
"Apa  berlaku pada 1969 sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar beramai-beramai kerana berasa gembira selepas berjaya memenangi beberapa kerusi parlimen.
"Malah, saya sendiri yang tinggal di Kampung Baru ketika itu menyaksikan mereka keluar berarak beramai-ramaidi jalanan dengan membawa penyapu dan melaungkan pelbagai ungkapan berbaur perkauman.
Mahu Kit Siang kota janji
"Justeru,saya berharap pemimpin pembangkang terutama Kit Siang supaya jangan bersikap cakap tidak serupa bikin dan mengotakan janji untuk bekerjama dengan BN bagi memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang", katanya selepas berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di sini, kelmarin.
Tengku Adnan berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang kepada portal berita The Malaysian Insider, kelmarin yang antara lain menyebut pembangkang akan bekerjasama dengan BN unutk mencegah tragedi berdarah 13 MEi 1969 daripada berulang.

Sumber: BH 23 Julai 2012

LA: Adakah sejarah mungkin berulang?bersama-samalah kita menjaga keamanan sedia ada tanpa mengira fahaman politik.