Bumburing (tengah) bersama Maijol (dua kiri) dan Herman (dua kanan) pada pengumuman  khas hala tuju perjuangannya   di Tuaran, semalam. - Foto Johary IndanBumburing (tengah) bersama Maijol (dua kiri) dan Herman (dua kanan) pada pengumuman khas hala tuju perjuangannya di Tuaran, semalam. - Foto Johary Indan
Tuaran: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mengesahkan beliau bukan lagi ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Timbalan Presiden parti itu. 


Sebelum ini, beliau mengumumkan melepaskan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran. Bumburing berkata, surat peletakan jawatan sudah diserahkan kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernad Dompok, minggu lalu. 



Katanya, keputusan itu atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan kecewa tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) atau tidak dilantik mengetuai UPKO bahagian Tuaran. 



Bumburing berkata, pada pemilihan UPKO baru-baru ini, beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua UPKO bahagian Tuaran tetapi menolaknya atas alasan ingin memberi peluang kepada pemimpin lain. 



“Presiden (Dompok) ada dua tiga kali memujuk saya terus menjadi calon PRU-13 di Tuaran tetapi saya menolak kerana tidak mahu menjadi calon mewakili BN. 


“Hari ini (semalam) saya umumkan keluar daripada BN manakala perjuangan politik saya diteruskan menerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebagai saluran baru politik yang akan bekerjasama dengan pembangkang,” katanya.


LA: macam-macam hal.