Halaman

Isnin, 30 Disember 2013

2 kementerian jalin usaha sama tambah doktor pakar

 Kementerian Kesihatan menjalinkan usaha sama dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha menghasilkan lebih ramai doktor pakar bagi mengatasi kekurangan golongan berkenaan di negara ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahaya, berkata pelbagai latihan dan biasiswa ditawar kepada doktor muda yang berminat untuk mempertingkat kepakaran mereka dalam bidang perubatan lain. 

“Pihak kami dalam proses menarik lebih ramai menjadi doktor pakar dengan menyediakan mereka pelbagai program pengajian perubatan selain biasiswa.

Doktor yang mengikuti program itu akan menjalani latihan selama dua tahun dan setiap enam bulan, mereka ditukar ke unit lain di hospital. Cara ini melatih doktor muda menjadi doktor serba boleh” Dr Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan

“Setakat ini, maklum balas yang diterima terhadap pendekatan penawaran biasiswa diterima baik apabila terdapat peningkatan permohonan program dan biasiswa pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan sehari ke Labuan, semalam.

Beri 1,000 biasiswa

Berdasarkan statistik pada 2013, sebanyak 1,000 biasiswa dikeluarkan bagi program perubatan di universiti tempatan dan luar negara berbanding hanya 800 pada tahun lalu. 
“Doktor yang mengikuti latihan program perubatan itu akan menjalani latihan selama dua tahun dan pada setiap enam bulan, mereka akan ditukar ke unit lain di hospital.

Ganti kekurangan doktor pakar

“Cara ini juga dapat melatih doktor muda ini untuk menjadi doktor serba boleh bagi menggantikan kekurangan doktor pakar di masa depan,” katanya.

Mengulas masalah kekurangan doktor pakar di Labuan, Dr Hilmi berkata, kerajaan sentiasa berusaha menyediakan bilangan yang mencukupi.

“Dahulu Labuan hanya ada dua doktor pakar, tetapi kini hospital sudah memiliki lapan doktor yang masing-masing mempunyai kepakaran di bidang perubatan am, pembedahan am, pakar tulang, pakar X-ray, pakar perubatan keluarga, pakar perbidanan dan sakit puan,” katanya. - BERNAMA

Terengganu perkenal program perkasa Bahasa Inggeris di 32 DUN

 Kerajaan Terengganu akan melancarkan Program T'English iaitu program yang memberi fokus menguasai Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan tiga dan empat di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib, berkata program itu akan bermula di 32 sekolah iaitu satu sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). 

"Kita bermula dengan memilih sekolah-sekolah yang prestasi peperiksaannya rendah, sekolah yang ramai murid dan sekolah-sekolah yang berada di pedalaman supaya mereka tidak ketinggalan jauh ke belakang. 


"Kami sudah siapkan rangka kerja untuk melaksanakan program baharu itu dan kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM3.3juta bagi tujuan itu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang cemerlang dalam peperiksaaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM di sini hari ini. Turut hadir Pengarah YT Azmi Razik. 

Pada majlis itu seramai 1,033 pelajar lulusan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STPAM diberi hadiah kecemerlangan antara RM100 hingga RM250 tiap seorang. 

Mengenai kebakaran universiti Al-Azhar di Mesir semalam, Ghazali berkata tiada penuntut tajaan YT yang terlibat dalam kejadian itu. 
Pada masa ini terdapat 221 penuntut tajaan YT mengikuti pengajian perubatan dan 27 penuntut pengajian Islam di beberapa universiti di Mesir. 

- BERNAMA

KDN Jangan Lepaskan Dalang #gulingkerajaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta segera bertindak termasuk menangkap serta mendakwa dalang serta penganjur perhimpunan mengguling kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan pencegahan segera perlu diambil terhadap dalang berkenaan sebelum ‘nasi menjadi bubur’. 

"indakan tunggu dan lihat pihak berkuasa hanya mengundang padah, apatah lagi kita sudah saksikan kemusnahan yang dibawa dalam demonstrasi sebelum ini” Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO"
Harap KDN lebih arif mengenai perkara ini dan membuat sesuatu untuk kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta ini.

Bantuan persekolahan RM100 diagih 15 Januari

Bantuan persekolahan RM100 diagih 15 Januari

 Bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan mula diagihkan selepas 15 Januari depan. 

Harap bantuan ini dapat meringankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.Dan untuk adik-adik gunakan wang ini dengan sebaiknya.

Pelbagai pihak terus buat laporan polis bantah himpunan guling kerajaan

Pelbagai pihak terus membuat laporan polis di seluruh negara bagi membantah perhimpunan haram yang dikatakan untuk menggulingkan kerajaan. 

Antara yang membuat laporan hari ini ialah Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kunak dan Pemuda Umno Putrajaya. 


Ini negara "Demokrasi Berparlimen".Negara yang ada undang-undang.Bukan negara ayng semua boleh buat sesuka hati.Jadi kalau tak setuju demonstrasi bukan caranya. Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakarnya.Jangan kerana marahkan seseorang habis negara di kucar kacirkan..
Ingatlah kepincangan ini hanya akan membuka peluang kepada pihak tertentu menangguk di air yang keruh.

Fikir dulu sebelum pergi ke Dataran Merdeka nanti,..

Poster Minta Rakyat Turun Sertai Himpunan Guling Kerajaan



Jangan terpedaya dengan "drama" pembangkang kononnya melakukan demonstrasi untuk mewakili rakyat yang sengsara dengan segala kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan.
Jadilah rakyat yang rasional dan waras dalam membuat keputusan.Jangan kerana amarah dan terpengaruh dengan "drama" pembangkang ada yang menyertai perhimpunan itu nanti.Ingatlah anak bini di rumah.Kalau dah kena cekup dengan polis nanti ,barulah anda tahu.Tak adanya PR nak datang jamin anda.
Gunakan akal yang waras dalam membuat keputusan.Ini negara demokrasi.Kalau tak suka sangat dengan kerajaan sekarang,tunggu lagi 5 tahun untuk memilih kerajan yang anda suka.Sekarang anda dah pilih,tapi mengapa sekarang nak gulingkan pulak??
Bukan ke pelik tue??Masa undi dulu pun tak ada siapa yang paksa.Mengapa sekarang nak pertikaikan pula??


Bekas Ketua Polis Negara Yakin Himpunan Secara Aman

Tan Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka esok akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan.
Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan kemampuan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga sikap rasional rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan keganasan.
"Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud.
"Kedua, saya yakin dengan masyarakat Malaysia yang rasional.
"Atas dua premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Badan bukan kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru membantah kenaikan kos sara hidup.
Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran penganjuran himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan.
Kenaikan kos sara hidup telah menjadi tajuk hangat sejak beberapa bulan ekoran penstrukturan semula subsidi, yang mana menyaksikan kenaikan harga minyak, pemansuhan subsidi, kenaikan harga barang dan juga kenaikan tarif elektrik. – 30 Disember, 2013.

Kalau secara aman tak pe,tapi takut bila dah ramai-ramai berhimpun akan jadi perkara lain pula.Kan mencegah itu lebih baik dari mengubati.

#gulingkerajaan: Ada Peserta Bawa Bom Tangan Dakwa Polis



Pastikan anda tidak memakai pakaian berwarna Hitam dan berhimpun di hadapan Dataran Merdeka di malam tahun baru nanti.Bukan apa takut nanti akan ditangkap polis,kerana pihak yang membuat kacau akan memakai baju warna hitam dan berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggulingkan kerajaan.

"Kempen Nyah Taib" GAGAL


Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Che ‘Gubard berkata SAMM akan mengadakan kempen ‘Nyah Taib’ yang akan dilancarkan pada 29 Disember di Kuching.
“Kempen ‘Nyah Taib” ini ialah kempen untuk mengajak semua rakyat Sarawak termasuk penyokong parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) untuk turun ke bawah.
“Ini juga untuk menyedarkan rakyat Sarawak mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan.
Beliau juga berkata Taib juga gagal dalam memajukan Sarawak seiring dengan ‘sedutan’ kekayaan hasil buminya.
Tapi kesian,kempen itu tidak mendapat sambutan langusung.Tidak ada soerangpun yang berhimpun di hadapan kediaman Taib.Yang adalah hanya Polis yang mengawasi di depan pintu masuk kediaman itu sejak  pukul 2 petang lagi.
Nampaknya pembangkang tidak berjaya meracuni rakyat Sarawak.BN masih relevan lagi untuk rakyat Sarawak.Kesian PR,kerana kegagalan di Sarawak di bawa pula ke Kuala Lumpur untuk berhimpun.Pandai sungguh penyangak-penyangak politik ini berdrama.
Cukup-cukuplah PR "main wayang'.Tak letih ke??

#gulingkerajaan :Betul Ke ni??

Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh bantah kenaikan kos kehidupan


Demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan aktivis kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi.

Demonstrasi raksasa 1 Mei akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin PR selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Langkah ini dilihat untuk mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu.

Bantahan kecil-kecilan disasarkan untuk membangkitkan sentimen kemarahan terhadap apa yang mereka dakwa sebagai percubaan Barisan Nasional (BN) untuk menutup kelemahan menguruskan ekonomi dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengurangkan subsidi.

Menurut Mohamad, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR. Bagaimanapun, tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.

“Kami akan menganjurkan demonstrasi pada Hari Buruh untuk meraikan golongan pekerja. Peningkatkan kos kehidupan dan GST akan menjejaskan golongan pekerja.

“Rakyat mesti dididik tentang bebanan yang diberikan kerajaan dengan cukai baru dan pengurangan subsidi,” kata Mohamad semasa wawancara di pejabat Radio Bangsar Utama di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ini berlaku semasa rasuah dan pembaziran berterusan. Pada ketika isteri Perdana Menteri menggunakan dana awam untuk keluar negara dan jabatan kerajaan membelanjakan RM3,000 untuk membeli jam dinding yang berharga RM100.”

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan untuk menjayakan demonstrasi raksasa itu.

Menurut Mohamad, satu perhimpunan awal akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur malam esok.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga tol di 15 lebuh raya di Lembah Klang akan meningkat tahun hadapan sebaik sahaja mereka mengumumkan kenaikan tarif elektrik dan harga pengangkutan awam.

Ini merupakan tindakan susulan selepas mereka mengurangkan subsidi petrol dan gula yang menyebabkan kenaikan harga kedua-dua barang itu dan memperkenalkan GST pada 2015.

Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajian terbaru penilaian penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh mendadak daripada 62% pada Ogos 2013 kepada hanya 52% pada Disember.

Kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan GST dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad mengatakan Bersih juga akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan pengerusi baru Bersih sedang menyusun pasukannya. Sebaik sahaja selesai, mereka akan mula merancang demonstrasi yang mungkin akan diadakan tahun hadapan atau tahun berikutnya.”
 -TMI

Jangan cakap lain,buat lain dahlah PR oii..Tak serik-serik mereka ni kan..

Husam Kecewa Dato Ahmad Yaakob Tak Nak Hantar Untuk #gulingkerajaan

Pas Kelantan tidak akan menyertai himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.Pendirian itu telah dizahirkan dalam Mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad  Yaakob  pada 24 Disember lalu.
Pas Kelantan tidak akan menghantar rakyatnya untuk menyertai perhimpunan itu.
Kesian Husam  kerana rakan sendiripun tidak setuju dengan tindakannya.Kalau Nik Aziz dulu, pasti dia akan hantar.Tapi apa nak buat,Menteri Besar sekarang tak buta hati macam Menteri Besar dulu.
Keputusan Ahmad Yaacob adalah rasional kerana PAS telah terlibat dalam pilihanraya umum dan terlibat dalam proses demokrasi dalam menentukan kerajaan. Satu hipokrasi bagi PAS atau mana-mana parti pembangkang dan ahlinya untuk terlibat dalam himpunan bodoh oleh kanak-kanak tak keluar hingus.
Mari kita sama-sama gagalkan himpunan yang hanya menyusahkan rakyat Malaysia.Jangan kita benarkan diri kita diperbodohkan oleh pembangkang untuk kepentingan mereka.

Malah beberapa Pas kawasan mahu menghantar wakil untuk membantah perhimpunan ini.Tiada siapa yang suka dengan idea bodoh ini.Kecuali mereka yang bodoh sahaja.

Rafizi Tawar RM1,000 Peraduan Cipta Emel Palsu


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mencipta emel palsu atau fitnah terbaik.

Katanya tawaran itu juga terbuka kepada pemimpin politik termasuk Barisan Nasional yang didakwa kerap kali menjuarai cubaan memfitnah dan dakwaan palsu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, pertandingan itu bertujuan untuk melihat sejauh mana tindakan pantas polis terhadap e-mel palsu lain yang boleh menarik minat pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan siasatan segera.

“Oleh sebab e-mel fitnah ancaman bom yang didedahkan blogger pro-Umno itu sudah menjadi bahan lawak jenaka, saya sendiri adakan anjurkan pertandingan mencipta e-mel palsu yang paling menarik dengan menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk dihantar kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis Kuala Lumpur.

“Kita hendak tengok berapa banyak e-mel palsu ini yang akan disiasat oleh PDRM dan hadiah itu daripada gaji saya sendiri kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas diambil keterangan berhubung e-mel ancaman bom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, satu entri blog pro-Umno mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Rafizi yang dihubungi Sinar Harian Online semalam turut menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Rafizi juga mencabar blogger pro-Umno yang menyebarkan e-mel palsu tersebut supaya membuat pengakuan secara terbuka bagi mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

“Kalau Papa Gomo lebih pandai memintas e-mel orang, biarlah dia jadi ketua polis negara,” katanya.

Sehubungan itu, katanya esok beliau akan membuat satu laporan polis terhadap blogger pro-Umno terbabit di Balai Polis Tropicana bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan terhadap mereka sekali gus membersihkan nama beliau daripada dakwaan komplot terancang menanam bom di ibu negara pada 31 Disember ini.

“Kita akan pastikan dalam Parlimen selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, Menteri Dalam Negerin akan terus diserang, kenapa tidak diambil tindakan terhadap blogger pro-umno yang jelas melanggar undang-undang dengan wujudkan kucar-kacir dan menyebarkan berita palsu,” katanya lagi.

Apa nak lah dengan Rafizi ni,tak ada kerja ke?? sampai sanggup menyuruh orang menfitnah.Agaknya Nik Aziz lupa nak bagitahu Rafizi apa hukum memfitnah.Meh sini ,cheq nak habaq.Hukum memfitnah adalah " Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat: 6)".orang yang membuat fitnah jugak tidak mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.
Tak takut ke Rafizi??jangan kerana kejarkan dunia,dosa pahala di tolak tepi.Dan jangan kerana RM1,000 perintah Allah SWT sanggup di langgar..Renung-renungkan ....

Kenaikan Lesen Perniagaan Oleh MBSA Bebankan Rakyat Selangor



Kalau lesen perniagaan naik sudah tentu harga barang pun naik. Yang ini kenapa mereka tak nak bising pulak? Jangan buat - buat diam. 
Adakah tindakan ini  tidak menjejaskan rakyat negeri Selangor?? Adakah berita ini disambut baik oleh rakyat??nak tahu jugaklah kan.Sebab Mereka suka tuding jari kepada kerajaan atas apa yang terjadi.Bila jadi macam ni apa yang alasan mereka bagi kepada rakyat??.
Jangan mengata orang lebih,tapi baju sendiri yang koyak tak perasan.Mana dia "tin Kosong" Pakatan Rakyat.Kalau kerajaan yang buat bukan main lantang lagi si Rafizi mengkritik.Tapi bila PR yang buat, buat-buat senyap pulak ye..
Bukan ke kenaikan ini membebankan rakyat jugak??
Gajah di depan mata tak nampak,kuman diseberang dah nampak.Kalau betul-betul jujur, apa lagi sila la kritik juga tindakan geng-geng hang ni Rafizi oii..


Mantan PM Tegur Najib



Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

"Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak," katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

"Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial. – 26 Disember, 2013.


Memang bijak Tun Mahathir.Malaysia memerlukan Perdana Menteri yang berakal seperti ini.Melihat masalah di dalam masalah.Bukan seperti sekarang..Tolong lah berfikir di luar pemikiran sikit Najib!!

#gulingkerajaan: PolisMinta Lelaki wajah TerteraDalam Poster Serah Diri



Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.

Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

"Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian
Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124  C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Khalid berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan. - SH.

Begini ke cara PR ajar golongan muda??



Aduh,sedihnya bila tengok seorang  beruk  sorang ni,kerana parti sanggup mengungkit apa yang diberikan ibu bapa nya.Ingatlah tanpa ibu bapa kau bukan sesiapa pun!!Jangan kerana taksub berparti,sampai sanggup sisihkan orang tua anda.
Weh!! agak-agak ler kalau pro PR sangat pun.Tue mak ayah yang yg melahir dan membesarkan kau sampai kau leh dapat kerja yang bagus,tapi ini balasan kau bila da gila sangat berparti.Sampai sanggup buat mak ayah macam "ayam".
Memang dasar kurang ajar perempuan ni!!
Inilah hasil didikan PR..bagus-bagus,sangat "berbudi bahasa" betina ni.

#gulingkerajaan :Pastikan Perhimpunan Itu Gagal!!



Berdasarkan risikan polis himpunan haram yg dirancang oleh kumpulan yg dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang akan menggugat keamanan negara. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan. Empat kumpulan yang dikenal pasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Kalau dah tahu kumpulan ini berbahaya mengapa hendak biarkan mereka meneruskan hajat mereka???tak  fikir keselamatan awam ke??Kadang-kadang pelik dengan Polis ni,dah tahu merbahaya untuk orang awam tapi masih biarkan pihak yang nak kacau ni meneruskan hajat mereka...
 wake up lah polis-polis Malaysia...

#gulingkerajaan : Segera Ambil Tindakan Terhadap Dalang


 Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta segera bertindak termasuk menangkap serta mendakwa dalang serta penganjur perhimpunan mengguling kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan pencegahan segera perlu diambil terhadap dalang berkenaan sebelum ‘nasi menjadi bubur’. 

Katanya, pihak berkuasa tidak perlu bimbang mahu pun apologetik terhadap sebarang tindakan pencegahan yang mampu membawa kekacauan kepada masyarakatnya. 

Tindakan tunggu dan lihat pihak berkuasa hanya mengundang padah, apatah lagi kita sudah saksikan kemusnahan yang dibawa dalam demonstrasi sebelum ini” Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Di harap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada kumpulan terbabit.Biar kasi pengajaran pada yang lain.

Berita Baik:Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans




 Mangsa banjir penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Razak. 

“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tuntutan insurans,” kata Perdana Menteri dalam Twitter semalam. 

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian bagi mengulas pautan twitter BERNAMA bertajuk ‘Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam’. 



Tuntutan daripada panel

BERNAMA memetik makluman Kementerian Kewangan, iaitu penjawat awam mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.

Tuntutan insurans meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah ketika banjir.

Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir talian 03-8880 2121. - BERNAMA

Berita baik untuk penjawat awam yang ditimpa musibah.


BR1M Untuk Yang Layak Sahaja !!

Anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York

Laporan yang memaparkan berita anak Rosmah membeli harta bernilai RM110 juta di New York.

Menurut Malaysiakini, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan Sarawak Report memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal menyatakan Riza membeli rumah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
atu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza juga pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. – 28 Disember, 2013.

Tak ada yang mustahil.Sebab dia kerja oversea.Apa yang nak hairannya.Ada-ada saja pembangkang ni.Tak abis-abis nak mencari salah orang je.