Halaman

Jumaat, 6 Disember 2013

Tengok Apa Tu,Najib???



Dato Seri,takkan tinjau macam tue sahaja???Mengapa tak turun tengok apa yang rakyat rasa??Buat macam ni lagi lah orang menyampah dengan kamu Najib!!!!

Bah: Shabery Cheek Bertanggunjawab



Inilah yang kita harapkan,bukan hanya meninjau dari "Flight" sahaja.Syabas Datuk!!!!

Kisah Menyentuh Hati – Ayah..Boleh Tak Bagi Amin Pinjam 10 Ringgit?

Kisah Menyentuh Hati – Ayah..Boleh Tak Bagi Amin Pinjam 10 Ringgit?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah…Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
 Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni”Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyak ayah!”Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??”
Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..
“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
~Kadang-kadang kita takkan sedar betapa berharganya masa untuk bersama dengan orang yang kita sayangi…Kadang-kadang kita terlupa bahawa dia begitu memerlukan kita di setiap saat hidupnya..Kadang-kadang kita berasa bosan melayan kerenahnya…Tapi kita takkan pernah tahu mengapa sikapnya berubah tiba-tiba kerana sikap kita..Kita takkan pernah tahu seberapa bermaknanya kita dalam hidup dia..Kerana…Kita adalah kita…Kita mahu yang terbaik untuk diri kita tetapi kita terlupa bahawa masih ada yang sangat memerlukan kita~

TNB selenggara perkhidmatan lebih tinggi berbanding laba

Sebagai syarikat yang memiliki aset RM99 bilion, keuntungan RM4.6 bilion yang diraihnya boleh dianggap minimum berbanding konglomerat lain, yang untung sekurang-kurangnya separuh daripada nilai aset mereka.


Kajian semula tarif elektrik penting kepada TNB untuk menampung peningkatan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan bekalan yang lama serta membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berkualiti. 
Berkuat kuasa 1 Januari 2014 tarif purata elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj, atau 14.89 peratus, daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWh. 

Pelarasan itu adalah berdasarkan empat komponen, termasuk semakan semula tarif asas TNB sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen/kWj, daripada purata tarif semasa tarif.

Tarif 0.90 sen/kWj itu hanya menyumbang kira-kira 18 peratus daripada jumlah peningkatan tarif dan ia bagi menampung kos operasi TNB selain untuk pelaburan prasarana yang diperlukan untuk bekalan elektrik.

Dikaji setiap enam bulan

Tiga komponen lain yang menyumbang baki 82 peratus, adalah disebabkan kos bahan api yang meningkat membabitkan gas berpaip, gas asli cecair (LNG) selain harga arang batu.

TNB akan membayar RM15.20 mmBTU (Juta Metrik unit Termal British) untuk gas berpaip berbanding RM13.70 mmBTU pada masa ini.

Pada Mac 2009, kerajaan memutuskan bahawa harga gas akan dikaji semula setiap enam bulan, namun pelaksanaannya ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.

Semakan harga gas sebelum ini ialah pada Jun 2011, daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU yang sekali gus menyelaraskan tarif elektrik. 

Bagi LNG, TNB akan membayar harga pasaran sebanyak RM41.68/mmBTU manakala harga arang batu yang dilindung nilai pada AS$87.50/tan, lebih tinggi berbanding AS$85/tan sebelum ini.

4.6 juta pelanggan tak terjejas

Dalam melaksanakan struktur baru tarif elektrik, kerajaan memastikan golongan berpendapatan rendah, tidak terjejas.

Semakan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik, iaitu pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM77 dan ke bawah, tidak mengalami sebarang kenaikan tarif. 

Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan domestik menggunakan elektrik hingga RM20 sebulan masih dikekalkan, membabitkan kira-kira satu juta pelanggan domestik dalam kategori ini. - BERNAMA

Tips Bantu Mangsa Banjir




Membantu orang yang berada di dalam kesusahan merupakan tanggungjawab setiap individu. Bencana alam merupakan salah satu kesusahan yang sedang dialami orang sahabat-sahabat serta saudara kita semua. Marilah bersama-sama kita melakukan sedaya upaya kita untuk membantu mereka.

Kita Merancang Allah Menentukan Segalanya

Putrajaya, Cyberjaya penggerak ekonomi

Putrajaya sebuah bandar moden dengan infrastruktur lengkap, kualiti udara yang baik dan seni bina yang indah apabila digabungkan dengan Cyberjaya mampu menjadi nukleus baru yang terletak antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri


“Putrajaya sebuah bandar moden dengan infrastruktur lengkap, kualiti udara yang baik dan seni bina yang indah apabila digabungkan dengan Cyberjaya mampu menjadi nukleus baru yang terletak antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ramai penduduk Malaysia tidak nampak bahawa Putrajaya adalah setaraf dengan Sydney dan bandar raya terancang terkemuka lain di dunia,” katanya selepas merasmikan Persidangan Permulaan RMK-11 (Inisiatif Unit Perancangan Ekonomi – Bank Pembangunan Asia) di Port Dickson, semalam.

“Pembangunan terancang Putrajaya akan menjadi model kepada pembangunan bandar lain di negara ini,” katanya.


Beliau berkata, peranan bandar, termasuk kerjasama Kuala Lumpur dan bandar raya Asia Tenggara lain, terutama Singapura adalah antara idea awal yang mampu memberikan impak besar terhadap sosio ekonomi negara ini pada masa depan.

207 masjid diisytihar bebas asap rokok


Sebanyak 207 masjid di negeri ini diisytiharkan sebagai Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) bagi memartabatkan kesucian rumah ibadat itu. 

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) melalui mesyuarat pada 9 Julai lalu, memutuskan larangan itu membabitkan perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian masjid termasuk amalan menghisap rokok. 

Yang Dipertua MAIPP, Datuk Salleh Man, berkata semua jemaah yang memasuki pekarangan masjid perlu mematuhi peraturan baru itu. 



Didik masyarakat 

“Kita memberikan tumpuan terhadap usaha mendidik masyarakat khususnya umat Islam supaya menghormati dan memartabatkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri berkaitan pewartaan pengharaman rokok. 

“Kepentingan mewujudkan udara bersih dan sihat dalam melaksanakan ibadat penting bagi mencapai keredaan Allah ketika beribadat di masjid yang menjadi tuntutan setiap umat Islam,” katanya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin. 
Salleh berkata, MAIPP akan menjalankan kempen menyedarkan perokok supaya tidak merokok di kawasan masjid dengan semua pentadbir masjid diminta memasang papan tanda dan kain rentang MASBAR dengan sebahagian kosnya akan ditanggung MAIPP.

Umno Tempat Rakyat Berpaut

UMNO tempat rakyat berpaut

UMNO tempat rakyat berpaut


Umno pejuangkan bangsa,agama dan negara...

Nelson Mandela meninggal dunia



Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.

Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun. - AP 

Dewan Rakyat: PMR guna kaedah baru tahun depan

"PMR tidak dimansuhkan mulai tahun depan, sebaliknya penambahbaikan dengan penekanan terhadap pentaksiran pembelajaran” Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan"


“Ia meliputi dua aspek iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran,” katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) di Dewan rakyat, semalam.

Sapawi meminta penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai persediaan jika ada pelajar gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka tiada kelulusan akademik selepas PMR dimansuhkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran.

Iktiraf sumbangan guru

Kain Ching berkata, pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid.

“Jaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran,” katanya.

Bah di Kelantan, Terengganu makin teruk


 Banjir di Kelantan semakin buruk apabila 2,078 mangsa membabitkan 542 keluarga dipindahkan ke 28 pusat pemindahan sementara di lima jajahan di sini. 

Mangsa paling ramai dipindahkan di Kuala Krai iaitu seramai 762 orang, diikuti Machang (230); Tanah Merah (186); Pasir Puteh (219) dan Pasir Mas seramai 681 orang. 

Kuala Terengganu, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 6,052 orang membabitkan 1,559 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan di daerah Kemaman, Dungun, Besut, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu sehingga jam 8 malam tadi. 



Di Melaka, seramai 25 mangsa membabitkan lima keluarga yang dipindahkan dari penempatan mereka di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu malam kelmarin, masih ditempatkan di pusat pemindahan itu. 

Di Kuantan, cuaca panas di kebanyakan daerah di Pahang semalam, menyaksikan bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 28,836 orang apabila dibenarkan pulang ke rumah semalam berbanding 38,323 orang di sebelah pagi. 

Keadaan di Johor makin pulih 

Di Johor Bahru, keadaan banjir di Johor semakin pulih semalam apabila hanya 2,027 orang daripada 496 keluarga masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara. 
Setakat ini, seramai 7,206 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala 43 pusat pemindahan sementara turut menutup operasi. 

Cuaca panas sejak pagi semalam menyebabkan keadaan banjir di negeri ini menurun dengan mendadak. 

Sehingga petang semalam, pusat pemindahan di Batu Pahat masih menempatkan 503 mangsa, diikuti Segamat (476), Pontian (403), Kluang (233), Kota Tinggi (218) dan Mersing (194).