Halaman

Selasa, 22 Januari 2013

MB Kedah cakap tak serupa bikin

"Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” kata MB Kedah.
Ada benarnya kata-kata beliau, tetapi tidak bijak berkata sedemikian.  Jika ada yang ingin bertanya kepada beliau selaku MB Kedah apakah perintah Al-Quran keseluruhannya telah beliau lakukan sepanjang mentadbir Negeri Kedah?   Sempurnakah kesemua yang diperintah oleh Al-Quran itu di bawah Kerajaan PAS Kedah sekarang?  Jika beliau menyebut Buku Jingga bukan Al-Quran, itu kita boleh terima kerana ianya memang benar.  Tetapi, kita yang jahil ini ingin bertanya pada beliau adakah di dalam Al-Quran dan ajarannya membolehkan undang-undang seperti AUKU?  Jika Al-Quran mengharamkan tindakan seperti AUKU itu, apakah tindakan Us Azizan selama ini tidak membantah AUKU hatta secara lisan sekali pun tidak berlawanan dengan Al-Quran?
Azizan seolah-olah memperlekehkan Buku Jingga di dalam komen beliau bagi `menghalalkan' tindakannya sebelum ini di dalam isu AUKU.

Pemimpin PAS kena perjelas

 PAS perlu membuat kenyataan rasmi berhubung tindakan ramai ahlinya keluar daripada Perhimpunan KL112 di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan. 

 Menerusi siaran akhbar The Straits Times Singapura sebelum ini, didapati gambar yang diambil dari sudut belakang dipaparkan stadium berkenaan kosong ditinggalkan peserta. 


Ini membenarkan dakwaan yang mengatakan ahli PAS mula bergerak meninggalkan stadium ketika Anwar mula berucap. Sehubungan itu, saya minta pemimpin PAS membuat pendirian dan terangkan secara rasmi mengapa keadaan itu berlaku. 

Adakah kerana mereka sebenarnya tolak Anwar dan mahukan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri... sebab itulah mereka meninggalkan Stadium Merdeka ketika Anwar berucap.Apa yang cuba diberitahu oleh ahli-ahli Pas kepada pemimpin atasan mereka.Adakah mereka sudah muak dengan kerjasama antara Pas dan PKR? atau mereka tidak berkenan dengan Anwar ?

DAP duri dalam daging untuk PAS

 “Kalau DAP tak mahu bersama Islam, kenapa dia dengan PAS? Saya ulang lagi sekali, kalau DAP menolak dasar Islam, jadi kenapa dia bersama PAS?”

Pada realiti dan secara jujurnya bolehkah PAS disetarafkan dengan Islam? Bukankah PAS hanya sebuah parti politik yang menganut ajaran Islam? Sebagai penganut ia mungkin sebuah entiti yang taat pada Islam dan mungkin juga tidak akur atau tidak acuh dengan ajaran Islam. 
 
Bagaimanapun Tok Guru Nik Aziz amat yakin dengan pemikirannya yang nampaknya menjadi pendirian politiknya berhubung DAP. 
 
“PAS ini adalah satu parti yang ada dasar, bila DAP boleh terima PAS maknanya DAP boleh terima dasar dan dalam masa itu...tiada apa-apa gangguan (daripada DAP),” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Pengerusi Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak bersetuju dengan sebarang usaha PAS melaksanakan hudud.


 Adakah hanya bersandarkan kesediaan DAP terus mahu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat, ia menjadi dalil bahawa DAP tiada sebarang kesumat terhadap PAS, apatah lagi Islam.?
 Bukti telah jelas dapat dilihat berhubung pendirian DAP terhadap isu kalimah.Kenapa Karpal nak masuk campur dalam urusan akidah umat Islam??apa motif sebenar DAP??dan mengapa PAS masih berdiam diri dan hanya menurut sahaja apa yang dibuat oleh DAP?