Halaman

Khamis, 13 Mac 2014

Azizah Tagih Simpati di PRK Kajang

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, akan membawa isu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan partinya bertanding di DUN itu bagi mengantikan suaminya yang hilang kelayakan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
“Ini (PRK) menjadi referendum kepada ketidakadilan yang berlaku, yalah, memang keluarga kami terkena, tapi ini satu referendum kepada sistem kehakiman dalam negara kita,” katanya ringkas kepada pemberita selepas penamaan calon, di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) semalam.
“Saya berharap pengundi Kajang menyokong saya dengan memberi mesej kuat (menolak BN) secara menyeluruh,” kata Wan Azizah dilaporkan Suara Keadilan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan pemilihan Wan Azizah sebagai calon PKR sebagai strategi menagih simpati.
“Sehubungan itu, kita letakkan Mei Fun yang terbukti berjaya menggalas imej seorang wakil rakyat yang komited dalam menjaga kebajikan pengundinya.
“Mei Fun memiliki testimoni cemerlang dan berpengalaman luas dalam kerjanya termasuk di Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini. Ini yang kita tawarkan bukan seperti Wan Azizah yang membawa luahan simpati terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya
Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata strategi air mata tidak dapat membela kebajikan rakyat di DUN Kajang.
”Apakah rakyat memikirkan masa depan mereka hanya bergantung kepada air mata seorang?
“Atau air mata rakyat yang lebih ramai yang memerlukan pembelaan untuk negara aman dan makmur, namun ia terpulang kepada rakyat untuk menentukannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia berkata perletakan calon ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isterinya, Wan Azizah bukan perkara baru.
“Saya kira ini bukan kali pertama, beliau pernah menggantikan Anwar di Permatang Pauh suatu ketika dulu. Ini pilihan yang telah dibuat oleh parti berkenaan dan mereka berhak membuat pilihan.
“Ianya satu perkara yang menjadi strategi parti masing-masing, di mana pada awalnya PKR yang mahukan pilihan raya tersebut bukan sebab kematian dan sebagainya.
“Segalanya diatur oleh pihak PKR, jadi mereka juga mengatur siapa yang perlu jadi calon sepatutnya,” katanya lagi.

“Dr Wan Azizah pernah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan