Halaman

Khamis, 23 Januari 2014

Tindakan Biadap PR ,Rakyat Malaysia Di Jepun Yang Jadi Mangsa





Susahlah kalau kerana perbuatan tak bertamadun PKR tapi  rakyat yang kena.PKR hanya pentingkan diri sendiri.tengok yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia di Jepun.

Bodoh betullah macai-macai PR ni.Tindakan Kumpulan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh ketuanya Shamsul Iskandar bukan sahaja dicemuh oleh penyokong kerjaan  tetapi  ramai juga penyokong pembangkang yang mencemuh tindakan PR itu.




'Gugur Azmin bukan arahan Abdul Khalid'

Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penguguran Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan atas arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar mengulangi kenyataannya bahawa seorang pengurus besar tiada hak membuat surat arahan bagi meminta mana-mana ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan.

"Saya dah bincang dengan  Khalid (Menteri Besar ), dan beliau sudah menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan sama sekali (pengguguran Azmin).

"Melihat kepada fakta (kes ini), Pengurus Besar tulis surat, Menteri Besar tidak ada sebut sedemikian dan tidak ada arahan sedemikian, walaupun ada mesyuarat Exco, pengurus besar syarikat tidak boleh menulis tanpa arahan daripada kerajaan negeri berhubung penguguran mana-mana ahli majlis, lembaga itu ialah tuan punya syarikat atau setiausaha syarikat, bukan pengurus syarikat," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menyokong tindakan PKR Selangor yang menghantar nota bantahan kepada di Ibu Pejabat PKNS berhubung tindakan Abdul Khalid yang mengarahkan penukaran serta-merta kepada Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan juga Setiausaha Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek yang berkuat kuasa 20 Januari lalu.

"Saya akan menasihatkan mereka, tidak perlu tindakan sebegitu dan saya akan menasihatkan ahli-ahli PKR untuk tunduk kepada Majlis Pimpinan parti, dia boleh bagi pandangan, teguran dan telah dikemukakan dan dia juga harus mendengar penjelasan kerajaan negeri," katanya.

Pada sidang media yang sama, PR sekali lagi mengajak kerajaan BN bermuzakarah bagi membincangkan isu semasa.

Ketua Pembangkang itu berkata perbincangan itu bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi apabila isu peristiwa berdarah 13 Mei dibangkitkan ketika demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kita ingin jelaskan isu ekonomi, kemiskinan, kenaikan harga barang adalah isu rakyat.

"Tidak harus diputarbelitkan dan menakut-nakutkan dengan mengaitkan 13 Mei. Selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Sebab itu kami menggesa Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi BN segera menyambut saranan ini," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, bukan setakat DAP, malah semua pihak termasuk PKR dan Pas tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali.

"Tak pernah dalam negara kita lalui zaman macam ini. Ada satu pihak rela cetuskan kebencian kaum dan agama berasaskan kenyataan palsu dan tidak benar untuk menunjukkan keadaan tak baik di negara ini," katanya.

Minggu lalu, lebih 600 ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah tindakan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyuapkan kangkung kepada replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam demonstrasi tersebut, peserta turut didakwa membawa sepanduk tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?

Sumber:Sinar Harian