Halaman

Rabu, 17 Julai 2013

Peniaga India tempatan protes tutup kedai

Peniaga India tempatan dari tempat membeli belah utama di seluruh negara akan menutup kedai mereka, sehari, pada 16 Julai sebagai membantah karnival beli belah dan pesta perdagangan di negara ini yang disertai peniaga asing.

Presiden Pertubuhan Peniaga Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia (MITA), R.Moorthy Ramasamy, berkata karnival yang dianjurkan semasa musim perayaan menjejaskan pendapatan peniaga tempatan terutama di Little India.
Setiausaha MITA, Maheswary Ramasamy, tindakan membawa peniaga asing dalam pesta perdagangan adalah tidak baik kepada ekonomi negara kerana ia menyebabkan pengaliran keluar wang.

Beliau berkata ramai peniaga kecil India tempatan mendapati sukar untuk pulang modal akibat pesta seumpama itu dan lebih buruk lagi ada yang terpaksa tutup kedai.

Vasantharajan dilaporkan sebagai berkata karnival yang membabitkan penyertaan peniaga dari India menyebabkan peniaga "Little India' kerugian RM10 juta.

Tak cukup lagi ke begitu banyak aliran mata wang negara kita mengalir ke luar negara?? mengapa hendak ditambah lagi??kali ni,nak bagi pada negara India pula!!! 
Kerajaan tolonglah kawal keadaan ini,kerajaan harus tegas jangan nak lembik sepanjang masa!!

Pendidikan sejarah pengukuh patriotisme

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.

Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.

Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.

Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.

Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.

Sebab itu guru-guru disarankan menjadikan subjek sejarah lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.Peranan guru amatlah penting,bukan setakat mengajar tetapi dalam membentuk jati diri anak bangsa.

Pasangan lucah hina Islam harus dihukum, kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata perbuatan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Setuju dengan cadangan Dr M.Harap kerajaan jangan bagi muka sangat dengan pasangan porno murahan ini.!!