Halaman

Isnin, 3 Disember 2012

NIk Aziz pembela Nurul Izzah


Nik Aziz pertahan Nurul Izzah, anggap kenyataan celaru
Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.
Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.
Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.
"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.
"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.
"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
- UTUSAN

Janji Kosong Guan Eng!!

Pada 8 Mac 2008, tsunami politik berlaku membolehkan pembangkang membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Pelbagai janji manis dibuat oleh pembangkang sebelum pilihan raya seperti pengekalan Kampung Buah Pala sebagai kampung tradisional India, peluang pekerjaan lebih baik bagi rakyat Pulau Pinang, lebih banyak rumah kos rendah untuk penduduk Pulau Pinang, kerajaan CAT (Amanah, Kebertanggungjawaban, Telus) dan sebagainya. 
Propaganda itu amat menarik dan berkesan sehingga dapat menjana gelombang tsunami yang sangat kuat untuk meruntuhkan Kerajaan Pulau Pinang yang sekian lamanya diterajui oleh Barisan Nasional. 


Angka 308 dalam bahasa Kantonis mungkin membawa maksud Tiga Janji Kosong. Apakah 3 Janji Kosong itu. Pertama, janji untuk membentuk Kerajaan CAT itu ternyata janji kosong, kedua, miskin tegar sifar adalah sekadar propaganda saja. 

Ramai rakyat Pulau Pinang tidak mampu memiliki rumah akibat kos melambung tinggi. Tanah di kawasan perikanan dan pertanian di Pulau Pinang diluluskan untuk perumahan tetapi sampai hari ini tidak ada pun satu unit kos rendah yang didirikan oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. 

Projek rumah kos rendah yang ada sekarang, projek yang dimulakan dan dilaksanakan sejak dulu apabila Barisan Nasional menerajui negeri Pulau Pinang. 

Janji kosong ketiga kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ialah untuk mengekalkan Warisan Pulau Pinang. Selain Kampung Buah Pala, Kerajaan Pulau Pinang juga gagal memelihara bangunan warisan di Bandar Georgetown. 
Bangunan warisan yang pernah didiami oleh bekas Perdana Menteri Thailand diruntuhkan untuk pembinaan kondominium kos tinggi. Adakah kerajaan Pulau Pinang mengutamakan peniaga kaya dan mengabaikan rakyat jelata? 

Sudah tiga tahun lapan bulan penduduk Pulau Pinang diperdayakan oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah Pimpinan Guan Eng. K

Misi BN tawan Penang!!


DAP dan Lim Guan Eng yakin bahawa mereka akan menang di Pulau Pinang di dalam PRU13 nanti kerana faktor sokongan  kaum cina bandar khasnya.
Tetapi Penulis berpendapat BN akan menawan balik Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mempolopori kegiatan anti Islam dan anti hudud (Karpal Singh di Parlimen Bukit Gelugur), penyokong aktiviti LBGT, purulisma agama (persamaan agama Islam dengan agama lain), penyokong kuat negara Israel, Freemason, penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain dan pengamal LIWAT (Brother Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh) danpusat rasis dan penindasan kaum India dan Melayu termasuk peniaga Melayu dari sekecil perniagaan gerai kepada sebesar perniagaan Penswataan Pelabuhan Pulau Pinang , berkiblatkan PAP Singapura, Chin Peng dan Mat Indera, pemansuh (eraser) DEB dan pemaju rumah kos tinggi rakyat. (Lim Guan Eng di Parlimen Bagan)
Rakyat dan pengundi Pulau Pinang Melayu Islam wajib menghukum DAP dan Pakatan Rakyat dengan TIDAK MENGUNDI DAP atau PKR atau PAS kerana idealogi anti Islam dan anti hudud yang diperjuangkan, kemaksiatan yang di dilakukan dan ditaja, penindasan dan sikap rasis terhadap kaum Melayu dan India yang diamalkan.
BN boleh menawan Pulau Pinang jika polisi diumum dan dilaksanakan, bantuan kewangan kepada pendidikan Melayu, Cina dan India dihulurkan, program turun padang diPulau Pinang khasnya kubu kuat DAP.PKR dan PAS digembelingkan dan dikerapkan, program transformasi Kerajaan (ekonomi, politik dan sosial) digariskan dan dilaksanakan, serta cara dan stail pemerintahan yang mempunyai konsep 1 Malaysia-Rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.
Penawanan semula Pulau Pinang ini akan menjadi kenyataan jika Kerajaan Pulau Pinang terus memusuhi dan menindas rakyat (penduduk dan peniaga) dan keberkesanan jentera BN me `expose’ kecurangan dan kegagalan DAP dalam pentadbiran.