Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

Penduduk bimbang tiada imam

Lenggeng- Kelewatan menerima keputusan rasmi pelantikan imam Masjid Kariah Lenggeng,di sini, menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat. Mereka ingin tahu punca Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)belum mengeluarkan surat perlantikan terhadap dua imam yang dicalonkan penduduk sebelum ini.
Lebih mengelirukan , penduduk mendakawa JHEAINS melantik calon yang tidak dipersetujui majoriti ahli kariah sebagai pemangku imam masjid itu.
Penduduk tidak berpuas hati kerana individu berkenaan didakwa dicalonkan tanpa persetujuan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sebelum ini.
AJK bertindak masjid itu, Mohd Fahmy Mohd Tamin,mendakwa keadaan itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan penduduk, selain mengakibatkan mereka menjauhi masjid."Berpuluh tahun penduduk di kariah ini menghidupkan aktiviti masjid tanpa sebarang masalah.Saya bimbang isu ini akan memberi kesan buruk kepada komuniti Islam di sini.
"Menjelang Ramadan tidak lama lagi,kami harap JHEAINS segera mengisytiharkan imam yang kami calonkan supaya penduduk dapat mengimarahkan masjid,"katanya kepada BH Sentral ketika membuat laporan polis mengenai perkara itu. Antara laporannya ialah mendakwa ada pihak memutar belit dan tidak akur kepada keputusan mesyuarat  AJK masjid berhubung senarai calon imam serta pegawai masjid yang dihantar kepada JHEAINS.
Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Johani Hassan,berkata pihaknya sudah membuat keputusan mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada jawatankuasa masjid tidak lama lagi. "Pelantikan  dibuat mengikut peraturan semasa,"katanya ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BH Sentral.

Sumber:BH 24 Julai 2012

LA: Makmum ada, imam pulak tak da..masaloh jugak tue.

Buka plastik tak jejas nilai dinar Kelantan

Kota Bharu- Kerajaan negeri menafikan kenyatan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bahawa nilai dinar  Kelantan akan susut nilai apabila dibuka pembalut plastiknya.


Ahli Lembaga Pengarah KGT, Datuk Husam Musa. berkata nilai dinar dikeluarkan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) itu bukan terletak pada  plastiknya, tetapi pada emas (dinar) serta perak (dirham).
Beliau yang jugak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, berkata plastik digunakan sebagai pembalut itu hanya untuk mengawal nilai seniya saja.
"Saya tidak mahu buat sebarang komen terhadap kenyataan mufti , mugkin beliau dengar laporan mengatakan dinar Kelantan tidak laku apabila buang pembalut plastiknya. Beliau tidak buat pemeriksaabnteliti,hanay dengar laporan orang. Saya inigin menegaskan nilai dinar Kelantan tertakluk atas emas serta perak,"katnaya.
Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah KGT, di sini, semalam, Husam yang juga Ahli Lembaga Pengarah KGT turut bersetuju mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Melayu Sdn Bhd dan bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik MahaniMohamad.
Katnaya, notis guaman sudah dihantar kedua-dua pihak itu 10 Julai lalu dan memberi tempoh 14 hari untuk mereka membalasnya sebelum notis berkenaan tamat 25Julai.

Sumber:BH 24 julai 2012

 LA: Sebelum cakap fikir dulu dan selidiklah dylu jika tak pasti sesuatu perkara.


Swasta boleh mula persaraan 60 tahun


Putrajaya: Majikan yang mahu melaksanakan umur persaraan baru kakitangan swasta daripada 55 kepada 60 tahun, boleh berbuat demikian mulai sekarang.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata walaupun kerajaan belum menetapkan tarikh atau tempoh tertentu untuk penguatkuasaan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, majikan sememangnya digalak berbuat demikian sekarang. Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan menemui pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membincangkan isu terbabit. 
“Majikan yang mahu melaksanakan lebih awal, silakan. Namun, perkara berkaitan undang-undang untuk mewajibkan aspek tertentu seperti isu ini, perlu mengambil kira pandangan majikan dan pekerja. Justeru, bukan mudah untuk dilaksanakan dengan segera.



“Kita perlu ambil masa dan kena bincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum keputusan muktamad dicapai,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media berhubung perkembangan Projek Permulaan Kedua (EPP2) di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) Perkhidmatan Perniagaan, semalam.



Di bawah Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen, baru-baru ini, umur bersara wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu.



Mengulas lanjut, Dr Subramanian berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung had umur bagi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas membenarkan had umur persaraan minimum bagi pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun. 
Terdahulu beliau berkata, EPP2 di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan ialah membina pembekal penyumberluaran berdaya saing pada peringkat antarabangsa. 


Sektor itu membuka kira-kira 2,210 peluang pekerjaan baru dan menjana eksport perkhidmatan bernilai RM318 juta pada suku pertama 2012 iaitu peningkatan 50.2 peratus dari segi jumlah pekerjaan baru dan sembilan peratus nilai eksport perkhidmatan, berbanding 2010.