Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Amaran Keras Sesiapa Yang Terlibat Perhimpunan Gulingkan Kerajaan



Jangan cuba-cuba mencabar undang-undang..Buruk padahnya..

PDRM Ambil Tindakan Tegas Kepada Sesiapa Yang Terlibat Pada 31 Dis 2013


JANGAN BUAT SPEKULASI –PDRM

Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan parti pembangkang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang kononnya akan dilakukan pada 31 Disember ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan poster mengenai perhimpunan itu di Internet.

Tan Sri Khalid memberi amaran keras kepada mana-mana individu termasuk ahli politik atau pertubuhan bukan kerajaan agar tidak menyokong perhimpunan dan pihaknya akan menahan mereka terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012.

Sumber: Utusan Malaysia

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

Al-Qaradawi adalah antara ulama yang menyatakan keizinan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan agama selain Islam.

Dalil-dalil yang digunakan oleh beliau adalah seperti berikut;

satu;
Firman Allah yang bermaksud, "Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu, bahawa kamu melakukan kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melaksanakan keadilan" (Surah al-Mumtahanah, ayat

Menurut al-Quran, ayat ini adalah panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dalam hubungan antara muslim dengan non muslim.

Dua:
Firman Allah yang bermaksud, "Hari ini dihalalkan kepada kamu perkara baik; makanan mereka yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu dan makanan kamu halal bagi mereka; perempuan yang baik dari kalangan mukminat dan perempuan dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu" (Surah al-Maidah, ayat 5)

Dalam ayat ini, Allah swt pamerkan keharusan memakan sembelihan ahlu kitab dan dibenarkan berkahwin dengan perempuan mereka, sedangkan al-Quran nyatakan pernikahan adalah untuk capai kasih sayang.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" (Surah al-Rum, ayat 21)

Tiga:
Setengah yahudi telah datang berjumpa dengan Rasulullah dan mereka berlumba-lumba mengucapkan salam. Aisyah maklumkan bahawa mereka berkata "al-sam" (mati), bukan "al-Salam" (sejahtera)

Dijawab nabi dengan kata baginda yang bermaksud, "Allah itu menyukai kasih sayang pada semua urusan" (muttafaq alaih)

Dari hadis ini, dipamerkan bahawa Islam menggalakkan kasih sayang dalam hubungan bersama dengan orang bukan Islam dan melarang mengambil sikap keras terhadap mereka.

Empat;
Firman Allah yang bermaksud, "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Nisa' ayat 86)

Ayat ini mengajar bahawa sesuatu ucapan itu hendaklah dibalas dengan yang lebih baik. Ekoran itu, dibenarkan memberi ucapan kepada mereka jika mereka berlumba-lumba untuk memberi ucapan baik kepada kita.

Tidak baik bagi muslim bahawa dia kurang memberi penghormatan. Ini kerana, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud, "Mukmin yang sempurna iman adalah mereka yang baik akhlak"

Dan hadis bahawa nabi saw ada bersabda, "Aku dibangkitkan untuk sempurnakan keindahan akhlak"

Lima;
Diriwayatkan bahawa majusi berkata kepada Ibn Abbas, Assalamualaikum.

Ibn Abbas menjawab, Waalaikum salam wa rahmatullah.

Setengah rakan-rakan beliau bertanya, apakah kamu mengatakan rahmat Allah untuk mereka?

Dijawab ibn abbas yang bermaksud, "Apakah tidak kerana rahmat Allah mereka hidup?"

Dari dalil-dalil yang dikemukakan ini al-Qaradawi menyatakan bahawa keizinan bagi muslim mengucap tahniah dengan kedatangan perayaan agama mereka, sama ada dengan menghantar kad atau dengan ucapan lisan yang tidak merangkumi mengagungkan syiar dan ucapan keagamaan mereka. Juga, ucapan itu tidak bermaksud akui dan redha dengan agama mereka. Dengan maksud, ia sekadar ucapan mujamalah atau ucapan kesopanan, pamerkan sikap hormat dan berbudi bahasa.

al-Qaradawi juga mengomentari dengan menyatakan bahawa tidak dilarang menerima hadiah dari mereka kerana melihat bahawa Nabi saw menerima hadiah non muslim seperti muqawqis mesir dan sebagainya. Namun, hadiah itu hendaklah bukan perkara yang diharamkan Islam seperti arak dan daging babi.

al-Qaradawi juga memandang bahawa tidak boleh muslim itu menyambut perayaan keagamaan tersebut seperti menyambut aidul fitri dan aidul adha, tetapi ia tidak salah jika sekadar memberikan ucapan.

al-Qaradawi ada juga mengomentari pendapat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang melihat keras tentang perkara ini dalam kitab iqtida' Sirat al-Mustaqim. Komentar al-Qaradawi adalah bahawa fatwa Ibn Taimiyyah merujuk kepada situasi di zaman beliau. Dengan maksud, jika Ibn Taimiyyah berada di era kini; era dunia semakin berhampir-hampiran, keperluan manusia kini berhubungan antara satu dengan lain, ada sebilangan muslim menuntut ilmu dari orang bukan Islam dan berbagai lagi, sudah pasti dia perlu hargai perubahan fatwa di era kini yang tidak sama dengan era dahulu.

(al-Qaradawi, Fatawa Maasarah, Dar al-Qalam li al-Nasyr wa al-Tawzi' - kaherah, Kuwait : 2002 - 1422, hlmn 668 - 673)

Ramai keliru mengapa Najib lantik Wardina



Ramai juga yang keliru mengapa Perdana Menteri, Najib Razak melantik artis Wardina Safiyyah menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter. 

“Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?” tanya blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, komposisi ahli-ahli majlis MKPN itu juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain. 

Menurutnya, Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN.

“Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya,” tulisnya lagi.
Ahli-ahli MKPN:

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Tol Tetap Dinaikkan

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.
"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.
"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.
"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" tegas Najib dalam ucapannya di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.
Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.
"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.
"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib ~ The Malaysian Insider

Suka atau tak suka,rakyat Malaysia terpaksa akur dengan kenaikan harga tol.

Rakyat Jangan Termakan Pujukan Pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.
Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.
"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.
Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ~ Sinar Harian

Denda Kepada Yang Hilang MYKad dinaikkan

Nampaknya semua nak naik.Tak ada yang nak turun.Dari minyak,tol,harga barang,semuanya lah nak naik..yang terbaru denda kepada yang hilang MYKad akan dinaikkan.


“Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?

Bagi golongan yang tidak mampu,terutama yang tinggal di Sabah dan Sarawak pasti mereka tidak mampu semata-mata datang ke bandar untuk membuat atau menukar kad pengenalan baru.

Antara sebab lain kehilangan MyKad penduduk di pedalaman ialah tercicir atau terjatuh ke dalam sungai ketika perahu karam dan sebagainya.
“Jadi pihak kerajaan harus menimbang semula cadangan untuk menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad,

Pihak kerajaan perlu memikir cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat bukan dengan cara menaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah hutang negara.
 Kerajaan harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang bukan dengan membebankan kehidupan rakyat yang telah memberi amanah untuk mereka terus memerintah negara ini.
“Kita menggesa pihak kerajaan mengkaji semula dan menyiasat apa punca sebenar berlaku kehilangan MyKad,” ujarnya.
Katanya lagi, kos untuk bayaran kehilangan MyKad kali pertama sekarang sebanyak RM110 pun dikira cukup mahal dan seterusnya akan dikenakan sehingga mencapai kepada RM310.
Menruutnya, bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan ianya sudah dikira mahal.
“Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula denda keatas kehilangan MyKad amat dihargai,” katanya lagi.



Kerajaan harus memikirkan mekanisme yang terbaik agar rakyat tidak merasa yang mereka sentiasa dibebankan dengan tindakan kerajaan.


Sekali dua terbeban mungkin mereka tahan lagi,tapi kalau da selalu terbeban,siapa yang akan tahankan,..Fikir-fikirkanlah...

PDAM gesa selesaikan isu kekurangan diesel

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) hari ini menggesa kerajaan menyelesaikan segera isu kekurangan diesel di stesen minyak di seluruh negara yang kerap berlaku terutama hujung bulan.
Presiden PDAM Datuk Hisham Othman berkata masalah itu telah berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas dan penjualannya kepada pengguna berjalan lancar.
"Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna. 
"Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata penghantaran diesel ke stesen minyak dibuat oleh syarikat dan ini di luar kawalan pengusaha. 
Katanya bekalan diesel yang mencukupi adalah kritikal terutama dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung ketika ini termasuk sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu 2014. - Bernama

Diharapkan ada jalan penyelesaian terhadap masalah ini.Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana jika di biarkan akan menyusahkan banyak pihak.Diharap kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menangani masalah ini.

Perak rugi RM10 juta kes curi pasir

Eksklusif:  Perak  rugi RM10 juta kes curi pasir


Kerajaan Perak menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kegiatan mencuri pasir yang turut menggunakan khidmat tonto bagi melindungi kegiatan itu. 

Kerugian ditanggung kerajaan negeri bukan saja akibat pengeluaran pasir tanpa doket yang kebanyakan dihantar ke Selangor, malah membabitkan kegiatan memalsukan doket dengan cara meminda maklumat bagi mengaburi Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri



Kegiatan tertumpu di kawasan lebih 150 hektar di Chenderiang dan Temoh Stesen, berdekatan Kampung Baru Temoh di daerah Batang Padang itu juga membabitkan penggunaan lori lebih 14 tayar.

Diahrap pihak yang berwajib tidak memandang sepi kejadian ini.Jika berterusan akan merugikan negara.Ada pihak yang membuat untung di atas angin..bestlah kan macam tue.....


Khalid dipilih lagi Presiden MTUC

Khalid dipilih lagi Presiden MTUC


 Pemilihan kepemimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam menyaksikan penyandang jawatan, Mohd Khalid Atan dipilih semula sebagai presiden kesatuan itu bagi penggal 2013-2016. 

Khalid mengalahkan pencabarnya yang juga bekas Setiausaha Agung, Abdul Halim Mansor selepas memperoleh 297 undi, mengatasi Abdul Halim yang mendapat 173 undi atau majoriti 124 undi. 

Jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dengan memperoleh 213 undi manakala N Gopal Krisnan dipilih Setiausaha Agung MTUC mengatasi tiga calon lain selepas mendapat 216 undi. 



Keputusan itu diumumkan Pengerusi Pemeriksa dan Pengiraan Undi Pemilihan itu, Roy Raja Sehgaran pada jam 9.16 malam selepas lebih lima jam menunggu proses kiraan undi selesai. 

Tujuh orang dipilih mengisi jawatan Naib Presiden bagi mewakili sektor awam, swasta dan berkanun. Antara yang terpilih termasuk Ahmad Helmi Ibrahim yang mewakili kesatuan sekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Kira-kira 501 perwakilan dari 129 kesatuan mewakili pelbagai sektor layak memilih kepemimpinan baru MTUC pada persidangan dua hari, berakhir semalam di Institut Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, di sini. 

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menghantar delegasi teramai iaitu 42 perwakilan ke persidangan tahunan dan pemilihan tiga kali tahun itu. 
Pemilihan kali ini juga malakar sejarah apabila buat pertama kali sejak kongres itu ditubuhkan pada 1949 menyaksikan pertandingan antara penyandang Setiausaha Agung dan presiden bagi merebut jawatan nombor satu dalam kesatuan itu. 

Sebanyak 16 resolusi dibincang dan dibahas antara lainnya menyentuh mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan, penambaikan perlembagaan kesatuan serta menambahbaik kebajikan pekerja. 

MTUC mempunyai keahlian kira-kira 620,000 terdiri daripada 162 kesatuan gabungan meliputi badan swasta, awam dan berkanun.

Malaysia teruskan aliran pertumbuhan mantap 2014

AHLI ekonomi menjangka Malaysia akan meneruskan aliran pertumbuhan ekonomi yang mantap tahun depan, dengan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar antara 4.5 dan 5.3 peratus berbanding 4.5 hingga lima peratus tahun ini. 

Pertumbuhan akan disokong oleh pembaharuan fiskal berterusan, pengurangan dalam defisit bajet dan disiplin kewangan, yang menjurus kepada perkembangan ekonomi, walaupun wujud cabaran luaran. 

Ketua Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias, berkata kenaikan harga barangan adalah kebimbangan utama dalam kalangan pengguna, selaras komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal. 


Pertumbuhan ekonomi yang mantap tahun depan akan turut didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, persekitaran luar yang bertambah baik, serta aliran masuk pelaburan yang lebih tinggi ke dalam negara. 

Angka-angka perdagangan juga menggalakkan untuk ekonomi, dengan eksport meneruskan aliran pertumbuhan pada kadar 1.6 peratus pada 2014 berikutan permintaan yang lebih baik bagi produk dan barangan elektronik. 

Bank Dunia dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia baru-baru ini menjangkakan pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh komoditi tenaga yang lebih tinggi dan pengeluaran petrokimia berikutan pelaburan baharu mula masuk. 

Dagangan Januari hingga Oktober tahun ini meningkat 3.4 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding RM1.09 trilion pada tahun lalu dengan eksport meningkat 0.9 peratus kepada RM591.8 bilion. 
Sebahagian pertumbuhan itu disumbang oleh aktiviti promosi yang agresif yang dilaksanakan MATRADE. 

Lima rakan niaga utama dalam tempoh itu ialah China, Singapura, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. 

Ahli ekonomi juga berkata, hasil keseluruhan dijangka meningkat menerusi pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari 2014. 

Mereka berkata, ia akan memberi kesan sederhana ke atas ekonomi, dan menambah prospek perdagangan yang lebih cerah berikutan pemulihan dalam persekitaran ekonomi global, yang sepatutnya mengimbangi permintaan dalam negeri yang lemah. 

Bank Dunia berkata prestasi yang lebih kukuh dalam ekonomi maju secara meluas dijangka disertai pengurangan kuantitatif AS. 

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa pembelian bon yang kini bernilai AS$85 bilion sebulan akan dikurangkan sebanyak AS$10 bilion mulai Januari 2014. 

Belian bon yang juga dikenali sebagai program pelonggaran kuantitatif, dilancarkan 15 bulan lepas bagi memulakan pertumbuhan dalam ekonomi terbesar di dunia itu. 

Menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Malaysia berupaya menarik beberapa projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

ETP berjaya menarik RM220 bilion pelaburan dalam tiga tahun pelaksanaannya dan diunjurkan menyumbang RM144 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK). 

Program transformasi negara juga telah mewujudkan 435,000 pekerjaan baru dan menjana kesan lanjutan yang akan menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi yang lebih besar dalam negara. - BERNAMA

Pentingkan Diri Sendiri


Perlukah sikap ini ada di dalam diri kita??Mementingkan diri tak tentu pasal.Sikap ini adalah sikap yang dikeji dan hars dijauhi dalam diri kita.
Kerana sikap mementingkan diri inilah boleh menyebabkan kita hilang kawan atau orang lain tidak menyukai kita.
Lebih-lebih lagi bila diamalkan di tempat kerja,sikap ini memang akan membawa kerugian dalam kehidupan kita sahaja.
Orang yang pentingkan diri sendiri memang tidak digemari oleh orang lain.Malah mereka akan dipulauakn oleh orang lain.
Jadi baiklah kita hindari sikap ini yang hanya akan membawa keburukan dalam diri kita sahaja.

Lunturkan semangat demonstrasi



Dalam kebimbangan orang ramai terpaksa menyambut tahun baharu di sebalik bayangan perhimpunan haram pada 31 Disember ini, rupanya secara 'senyap-senyap' telah berlalu satu perhimpunan lain di Kuala Lumpur minggu lalu.
Pelancaran kempen anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) pakatan pembangkang minggu lalu dikatakan hanya menarik 200 'pengunjung' sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka sanggup hadir sama mengikut laporan sebuah portal propembangkang.
Bagi menutup malu, ada pemimpin pembangkang menyalahkan rakyat kurang memahami isu dan kerana belum merasai kesan GST sebagai punca kurangnya peserta hadir menyertai kempen tersebut, kononnya itu cuma pelancaran kempen dan bukan perhimpunan raksasa.
Agak melucukan bila ada juga yang berucap menyuruh rakyat yang menyokong GST berpindah ke negara yang mengamalkannya seperti Kemboja dan Laos sedangkan mereka sendiri sebelum ini 'meroyan' bila disuruh berpindah ke negara lain jika merasakan tertindas di Malaysia.
Seorang lagi pemimpin pada majlis tersebut mengaitkan kebankrapan dengan pelaksanaan GST seperti yang berlaku di Greece tetapi 'ketua pasukan' mereka pula bersetuju tiada masalah dalam sistem tersebut, kononnya sistem itu berkesan dan telus selagi tiada 'ketirisan'.
Sama ada laporan portal itu sedikit tersilap lapor atau mungkin beberapa pemimpin politik yang 'keliru' tentang alasan untuk mereka mengajak orang ramai berhimpun menolak GST, hakikatnya umum tidak ambil pusing kempen tersebut mungkin kerana penganjur sendiri seolah-olah tidak pasti apa yang mereka 'anti' sebenarnya.
Majoriti rakyat sebenarnya mengharapkan apa yang berlaku itu antara petanda demam demonstrasi jalanan sudah berlalu tetapi cukuplah jika sampai masanya lebih banyak akal rasional mengatasi darah panas membuak-buak yang mahu turun ke jalan raya atas apa jua alasan, asalkan 'meriah'.
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpendapat sambutan dingin dalam kempen tersebut petanda orang ramai sudah jemu dengan pembohongan dan janji kosong pihak terbabit.
"Masing-masing mahu meniru Siam dan Arab (adakan demonstrasi jalanan). Mereka ini peniru kejahatan dan penjahat, tidak boleh berlembut lagi, kena gunakan kata-kata kasar. Mereka hanya tahu mengganggu kesenangan hidup kita, mereka tidak senang hati bila perdana menteri berjaya melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat maka perlu juga menipu, mahu berdemonstrasi konon nak guling kerajaan," katanya.
Beliau yakin orang ramai sudah faham dengan janji-janji kosong golongan tersebut dan sudah malas menunjukkan sokongan dalam agenda dan program yang mereka anjurkan.
Tambahnya, rakyat melihat dan nampak kerajaan tetap membantu dalam bermacam situasi dan tuduhan pembangkang, maka sudah tidak peduli bila diseru keluar berdemonstrasi.
"Orang Cina pun sudah ambil iktibar dan semakin kurang menyertai program sedemikian, begitu juga orang Melayu dalam PKR. Mereka cuba burukkan kerajaan tapi tidak berlaku demonstrasi, sampai masa kita buang sahaja manusia seperti ini (penganjur) yang cuba merosakkan hidup kita.
"Pada 31 Disember ini juga sama, nak tiru Siam dan Arab tapi tak ada sebab nak demonstrasi seperti rakyat di sana. Saya rasa ramai tidak keluar turut serta, tak tahu pula jika orang DAP di Pulau Pinang kerana dikatakan perhimpunan itu akan dianjur di sana," dakwanya.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan pula melihat kempen anti-GST gagal mendapat sambutan kerana rata-rata rakyat sudah memahami kenapa GST perlu dilaksanakan.
"Isu GST melangkaui politik kerana melibatkan kepentingan negara. Mereka yang boleh fikir secara rasional akan terima kenapa GST itu perlu dan kerajaan juga sudah mengambil iktibar daripada beberapa siri demonstrasi sebelum ini.
"Kerajaan menggerakkan usaha penerangan isu GST, jelaskan kenapa ia perlu dilaksanakan. Semangat berdemonstrasi boleh dilunturkan dengan fakta dan logik akal dan akhirnya seruan perhimpunan itu tidak akan mendapat sambutan yang diharapkan," katanya.
Beliau melihat trend sambutan demonstrasi yang semakin luntur momentumnya hasil usaha kerajaan menerangkan persoalan dan kekeliruan tentang isu yang cuba dimainkan pembangkang untuk meraih sokongan politik.
Beliau juga yakin penganjur kempen anti-GST tahu dan memahami mengapa GST perlu dilaksanakan tetapi demi laba politik mereka tidak mahu memperakuinya, menentang dan menuduh ia tidak sesuai.
"Mereka bukannya terkeliru tetapi demi kepentingan politik tetap menentang dan membiarkan fakta bertindih dalam isu GST ini, malangnya ia tetap tidak mendapat sambutan.
"Perhimpunan yang dirancang pada 31 Disember ini juga mungkin menghadapi nasib sama. Untuk mengajak rakyat ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan, mereka perlukan pemangkin yang besar," ujarnya.
Tambahnya, di Thailand pemangkin untuk beramai-ramai ke jalan raya adalah rakyatnya membenci Thaksin sementara di Kiev, Ukraine pula kerana rakyatnya bencikan Rusia.
Beliau menegaskan amat sukar untuk pembangkang menarik ramai peserta kerana perlu ada salah laku yang besar dalam kerajaan di mata majoriti rakyat untuk menarik mereka ke jalan raya.
"Segelintir kecil mungkin akan hadir tetapi untuk satu jumlah besar sukar dicapai kerana tiada salah laku besar dalam kerajaan kita.
"Tentu sekali pembangkang boleh mainkan isu kenaikan harga pelbagai produk dan perkhidmatan, itu isu paling mudah tetapi jika kerajaan beri penerangan yang cukup, mereka yang rasional akan terima dan menolak untuk ke jalan raya," jelasnya.
Mengambil contoh kenaikan tarif elektrik, beliau mengulangi penjelasan kerajaan bahawa ia bukan untuk keuntungan TNB mahupun pihak swasta sebaliknya rasionalisasi kos bahan api yang digunakan bagi menjana elektrik.
"Kerajaan perlu teruskan penerangan berlandaskan fakta, saya yakin rakyat boleh terima. Langkah penerangan ini penting walaupun pembangkang mainkan isu habis-habisan agar rakyat tidak menjadi mangsa diheret ke jalanan," tegasnya. – utusan.com.my, 24 Disember, 2013.

MCA set to rejoin Cabinet but still no love from the Chinese

New MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai (right) and vice-president Datuk Dr Wee Ka Siong are likely to rejoin the Cabinet. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, December 24, 2013.


A new leadership elected over the weekend could see MCA finally reviewing its decision against joining the Barisan Nasional (BN) Cabinet but analysts say ministerial appointments will still not attract Chinese support.
At the very least, MCA is to get one ministerial and one deputy ministerial post but this hinges on the Chinese party calling an extraordinary general meeting (EGM) to overturn its earlier decision not to accept government posts.
“With hindsight, opting out of Cabinet was a wrong decision. We are denying voters better, efficient service which no one benefitted when we decided to stay out,” former MCA vice-president Datuk Chor Chee Heung told The Malaysian Insider.
The party had four ministerial and seven deputy minister posts previously but it opted to stay out of Cabinet as it won only seven federal and 11 state seats in GE13, down from the 15 federal and 32 state seats gained in election 2008.
Delegates at its annual general assembly on Sunday made their feelings on the subject clear, saying that it does not augur well for the party not having a say in government policies and decisions.
This was on top of the wishes of 58 Chinese non-governmental organisations urging the party to return to the Cabinet to voice out the community’s needs and aspirations more effectively, including suggesting good and fair government policies
In a scathing assessment, Centre for Policy Initiative director Dr Lim Teck Ghee said the move was aimed at helping themselves and their cronies rather than for the benefit of the community.
“They must be in total self-denial if they believe that they can do more in the Cabinet now with their reduced numbers, weak leaders and reduced political clout than they have done in the past when they were a stronger political force.
“The Chinese community is fully aware that all this talk about more effective Chinese representation if they are in the Cabinet is just hot air and empty promises, driven by self-interest and opportunism,” he said.
Although newly elected MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai did not give a firm answer on the matter, MCA looks set to hold an EGM earliest by next month to pave the way for its return to the Government.
And if delegates give their green light, then the party is expected to be given the Transport Ministry portfolio, which is temporarily headed by Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Liow is expected to helm the ministry based on his position as the number one man of a senior BN component party.
MCA is also likely to get a deputy minister post in the Finance Ministry and the party’s number two Datuk Dr Wee Ka Siong  is most likely to be appointed.
Currently, the ministry only has one deputy minister – Umno’s Datuk
Ahmad Maslan.
The Umno-controlled English daily New Straits Times had reported that the party might be given Federal Government posts under the “2+2” or “1+3” formula.
The “2+2” formula refers to two ministerial and deputy minister posts each, while the “1+3” denotes one minister and three deputy minister posts.
“The Transport Ministry will be given to Liow and if the prime minister wants Wee to be part of his team, then perhaps the Finance Ministry needs an MCA representative,” the daily quoted a BN source as saying.
MCA Wangsa Maju division chief Datuk Yew Teong Look, however, insisted that MCA should be given back its status quo of four ministers and seven deputy spots.
“We were with BN during the good and bad times. As such, BN must show its sincerity by giving back the same allocation.
“Just because MCA is weaker now does not mean BN should not cut the number of cabinet posts.”
Despite the party’s belief that it can make a difference when it is back in power, the reality is it is unlikely to find any traction with the Chinese community.
Political analyst Oh Ei Sun that if MCA made it back to the Government and wanted to regain its clout in time for GE14, then it must be fierier rather than succumb to its previous subservient role.
“If they don’t agree with a certain policy, they must not only make some noise but at the end still vote for it.
“Rather, they should refuse to vote on principle, or even pull out of the coalition just like many other minority parties in coalition governments in other countries like Japan, Italy, Israel and Germany,” said the analyst from Singapore’s S. Rajaratnam School of International Studies. – December 24, 2013.

Malaysian pupils performing poorly because of centralised system, says World Bank

The World Bank says Malaysia's centralised spending on education means many schools are not accountable for their performance. – The Malaysian Insider pic, December 24, 2013.
Malaysia's centralised education system that controls recruitment and spending plans has contributed to schoolchildren performing badly, says a World Bank report released this month.

The Wall Street Journal reported today that the Education Ministry dictated the expenditure, teaching staff recruitment, syllabus and textbooks while little information was available on each school’s performance.
“Around 65% of teacher hires are done by the national government rather than individual schools, compared with 5% in South Korea, where public schools have more autonomy,” the global business daily quoted the World Bank report as saying.

World Bank Southeast Asia director Ulrich Zachau said parents hardly provided feedback to school administrators and with all the factors combined, schools became less accountable.
Malaysia had performed poorly in the Programme for International Student Assessment (Pisa) conducted by the Organisation for Economic Cooperation and Development, coming in No. 52 out of the 65 countries polled.

The country’s 15-year-olds were tested on Mathematics, Science and reading.
Ranking in the bottom third, Malaysia lagged behind even 17th place Vietnam, a low-income country.
The Wall Street Journal reported that despite the World Bank saying that there were enough teachers in Malaysia, parents argued that the quality of teaching was debatable.

Parents have said that teachers were not committed in their job, citing examples of teachers who were more engrossed in their handphones than they were with students during classroom hours.
However, teachers said that it was unfair to label teachers uncommitted.
“Teachers today adopt different methods in teaching subjects to students,” the daily quoted Adele Phang, a teacher, as saying.
The parents’ concern also extended to the Government’s shifting polices of alternating between Malay and English as the medium of instruction in Mathematics and Science.
“The Government’s frequent education policy shifts, such as switching the (language) of instruction to Bahasa from English, just add confusion in an already muddled system,” the newspaper quoted Sarah-Jane Thomas, a single mother in Ipoh, saying.

In a grand ambition to improve its education system, the ministry has allocated huge sums of money to its Education Blueprint and is banking on it to raise the quality of education in Malaysia.

The blueprint aims to shift the mindset so Malaysians would start to view teaching as a professional career while handing more autonomy to state and district education offices.
It also hopes to promote parents and community involvement in the education system.

The Education Ministry has also been allotted RM54.6 billion in Budget 2014, highest for any sector.

Citing the “urgent need to transform Malaysia’s education system”, the World Bank report noted that the country’s education has failed to undergo the necessary reform that would meet the demands for high-skilled professionals.

“I think in any country an improvement in education is a long-term agenda, and that’s not going to happen overnight,” said Zachau.

But Malaysia is also facing a daunting issue of brain drain, recruitment firm Kelly Services reported that 20% of the country’s highly educated were leaving for richer economies.

This leaves the country with less mettle to compete against its neighbour Singapore, a high-income economy with plenty of skilled professionals. – December 24, 2013.

NGO minta kerajaan bantu jaga kebajikan pengamal media

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pro Barisan Nasional Sabah meminta kerajaan agar turut menjaga kebajikan pengamal media di Sabah.
Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata meskipun kebanyakan mereka ditanggung oleh majikan masing-masing terutama ketika ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya, namun perhatian pihak lain perlu diberikan kepada wartawan yang menjalankan tugas mereka untuk rakyat dan negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat wartawan kanan akhbar Daily Express, Barnard M. Yaang, 44, yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu akibat diserang strok sederhana.
Barnard pengsan pada Isnin lepas di kediamannya di Penampang dan kini dilaporkan stabil.
Zulkarnain turut menyampaikan sumbangan kepada isteri Barnard, Jenny Juannis. - Bernama, 23 Disember, 2013.

Amaran gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember

Penduduk di sekitar Pahang dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi gelombang kedua banjir. Gambar fail.

Jabatan Meteorologi Pahang hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Dalam tempoh yang sama juga air pasang turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan banjir untuk gelombang kedua di Kuantan, hari ini.
Turut hadir dalam sesi taklimat banjir itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Azemi berkata mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 Disember hingga 6 Disember lepas, yang mengakibatkan banjir buruk di Pahang.
"Sesi kedua diramalkan berlaku pada 18 Disember hingga 22 Disember lepas, bagaimanapun ia tidak berlaku.
"Jadi, peringkat kedua itu diramalkan berlaku pada 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan, dan akan disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac," katanya.
Banjir buruk di Pahang baru-baru ini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Sebanyak sembilan daerah terbabit banjir iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Temerloh, Raub, Bera, Lipis dan Maran.
Berdasarkan laporan sebelum ini, lebih RM65 juta kerugian harta benda akibat banjir itu, dan turut mengorbankan tiga nyawa akibat lemas. - Bernama, 24 Disember, 2013.

Anwar Kata Selesaikan Masalah Politik Malaysia



Sebenarnya siapa yang selalu buat onar di dalam negara ini,kalau tak lain dan tak bukan adalah Anwar sendiri.Siapa yang suka buat kekacauan di negara ini kalau tak lain tak bukan adalah Anwar dan sekutunya.
Mereka hanya tahu membuat kalau bilau di dalam negara sendiri kerana begitu tamakkan kuasa untuk mentadbr negara ini.
Anwar memang sangat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.Sejak dari dahulu lagi,memang semua orang tahu yang Anwar begitu menginginkan jawatn tersebut.
Dah lah Anwar tak perlu nak berdrama lagi,semua orang dah tau tembelang kau ni...Kau ni je yang tak sedar diri dan tak nak bertaubat lagi.

PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
 
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
 
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 
 
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
 
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
 
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini," katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
 
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
 
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
 
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Ahli politik disaran fokus agenda negara

Dr Mansor Mohd Noor

Ahli politik di negara ini disarankan berhenti memainkan isu perkauman sebaliknya perlu lebih fokus kepada agenda negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ketaksuban ahli politik memperjuangkan isu perkauman itu menyebabkan berlaku keretakan dalam masyarakat.

“Parti politik di Malaysia sering kali mengorbankan agenda negara. Mereka lebih memperjuangkan kepentingan parti dan komponen lain yang diwakili sehingga berlaku keretakan dalam masyarakat.

“Contohnya,  mereka sibuk memperkasakan sekolah etnik masing-masing. Sepatutnya, kita kena fikir bagaimana nak memperkasakan sekolah kebangsaan. Supaya anak-anak kita berada di dalam satu sistem pendidikan, satu bumbung dan tidak terasing antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, murid-murid dipisahkan daripada kecil sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat majmuk.

“Negara kita ada pelbagai etnik, kalau anak-anak kita dipisahkan daripada awal, bagaimana kita nak pastikan mereka hidup bekerjasama?

“Ini menyebabkan mereka jahil tentang kaum lain. Akibatnya, mereka datang dengan persepsi buruk. Bagaimana nak terbinanya penyatupaduan dalam negara kalau begitu?,” katanya.

Beliau turut menyatakan desakan agar sekolah kebangsaan diperkasakan demi kebaikan masa depan negara.

“Soal pendidikan, perkasakan sekolah kebangsaan dengan bahasa ibunda. Ini yang kita nak desak.

“Kita semua akan bersekolah di sekolah kebangsaan, sebelah petang ajarlah bahasa ibunda masing-masing. Supaya tak perlu belajar sekolah Cina, sekolah Tamil ataupun sekolah agama rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan agar mata pelajaran sains sosial diajar di sekolah kebangsaan.

“Kalau kita nak pastikan orang pergi belajar di situ, maka setiap sekolah kerajaan mesti satu sesi. Tak boleh ada pagi sekolah lain, petang sekolah lain.

 “Kita kena ajar mereka dengan mata pelajaran sains sosial. Ajar mereka apa itu budaya, agama, kehidupan bermasyarakat supaya mereka mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengenal pasti diri mereka dan kumpulan-kumpulan lain serta perhubungan dengan yang lain,” katanya.

 Beliau yang juga Setiausaha Tugas Khas Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat, ahli politik terlalu meletak kepentingan diri dalam mendapatkan sokongan rakyat.

“Saya lihat resolusi mereka tak habis-habis dari merdeka sehingga kini. Itu juga yang mereka tuntut. Sampai bila kita nak capai tahap ekonomi yang maju, negara yang aman damai kalau begini? Kita tak fikir untuk membangun bersama. Asyik sibuk pertahan ketidakpuasan agenda etnik.

“...ini kerana ahli politik terlalu meletak kepentingan diri dalam mendapat undi daripada meletakkan agenda negara sebagai keutamaan. Mereka salah fokus. Beritahu mereka ini.

“Jadi, ahli-ahli politik dan parti-parti politik, patut hentikan daripada bermain agenda politik etnik yang sempit,” katanya.