Halaman

Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Sejuta penduduk KL, Selangor bakal berdepan gangguan bekalan air

Gambar hiasan
 Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal berdepan gangguan bekalan air bermula Selasa depan.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana proses henti tugas sementara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Dua.
Henti tugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
Gangguan berkenaan akan bermula pada 8 pagi 17 Disember manakala tempoh pemulihan dijangka bermula 9 malam secara berperingkat.
Menurut Syabas, keseluruhan pengguna hanya akan dapat menerima bekalan air pada 8 pagi 22 Disember.
Gangguan bekalan air berkenaan melibatkan 217,694 akaun pengguna.
Ia turut melibatkan beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam.
Kawasan tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan terakhir yang akan pulih sepenuhnya.
Ekoran perkembangan itu, pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya.
Ini kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu kecuali hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat, memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Khamis, 20 Jun 2013

Syabas kena tegur lagi??

Syabas diminta lebih cekap dalam menyelesaikan kejadian paip bocor selain memantau loji serta rumah pam bagi mengelakkan kerosakan yang boleh menjejaskan kehidupan pengguna di Lembah Klang dan Putrajaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan terus memantau kerja penyelenggaraan yang dibuat syarikat konsesi itu dalam memastikan bekalan air terawat mencukupi.

“Oleh kerana isu penyusunan semula industri air kita akan bincangkan dengan kementerian berkaitan minggu depan, kita juga memantau kerja yang dibuat Syabas supaya bekalan air terawat berterusan.

“Lembaga Urus Air Selangor (Luas) juga memaklumkan paras air di semua kolam takungan di negeri ini dalam keadaan memuaskan walaupun cuaca panas ketika ini,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengemukakan permohonan untuk membuat kerja penggantian injap sluis (Sluice Valve) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1).

Beliau berkata, kerja penggantian itu memerlukan operasi separuh daripada loji berkenaan perlu dihentikan selama lapan jam, kelmarin.

“Kerja penggantian berjadual ini menyebabkan gangguan bekalan air di Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekalkan air ke kawasan Petaling dan Kuala Lumpur.

“Pihak SPLASH telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna air dan kerja penggantian injap sluis itu telah siap sepenuhnya jam 4 petang semalam (kelmarin) dan loji berkenaan telah beroperasi secara normal dengan membekalkan 750 juta liter sehari.

“Kita dimaklumkan bekalan air sepatutnya telah kembali pulih sepenuhnya pagi hari ini  (semalam) kecuali kawasan tinggi yang mengambil sedikit masa kerana masalah tekanan air rendah,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air dengan cermat sebagai langkah berjaga-jaga.

Bilalah nak jumpa jalan penyelesaian nie,asyik tuding menuding jari je, yang menderita rakyat Selangor.Apapun tak boleh...

Isnin, 17 Jun 2013

Hak pengguna air Selangor VS hak pemegang konsesi air ...mana lagi penting??

 Kerajaan negeri dinasihatkan agar mengutamakan hak pengguna air di Selangor berbanding pemegang konsesi air.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, pemegang konsesi air di Selangor tidak penting sebaliknya hak pengguna diutamakan.

“Siapa ambil atau urus air tidak penting, asalkan masalah dan bebanan pengguna air di Selangor dapat di selesaikan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa surat yang dikirimkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mendapat respons positif daripada Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan telah menetapkan pertemuan pada minggu depan.

Dalam pertemuan itu Abdul Khalid dijangka akan membincangkan harapan agar konsesi air di Selangor dapat diuruskan oleh kerajaan negeri.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Jacob berkata, siapa yang bakal menjadi pemegang konsesi air bukanlah perkara utama sebaliknya masalah ini dapat diselesaikan dan hak pengguna air terpelihara.

“Misalnya taraf perkhidmatan ditingkatkan, paip pecah diganti, harga air terawat tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

“Diharapkan masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku seperti sekarang ini dapat diatasi kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata keputusan PRU13 jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor marah dan diharapkan kerajaan negeri bersedia merungkai permasalahan ini.

“Hak pengguna diutamakan dengan hati terbuka, tambahan pula menjelang musim  perayaan ini krisis air dapat  diselesaikan secara kompetensi.

“Fikirkan hak pengguna bukan agenda politik,” katanya.

Sampai bila permasalahan ini nak berlanjutan??yang menjadi mangsa adalah rakyat..Kesian rakyat negeri Selangor.Nak tunggu lagi 5 tahun tue,bukan sekejap,tapi lame sangat..Harap @Khalid Ibrahim ,tak lepas tangan.

Rabu, 15 Mei 2013

Hentikan 'Sandiwara' Pengambilalihan Syabas


 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata lebih baik kerajaan Selangor menghentikan "sandiwaranya" kononnya perlu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan isu air di negeri itu.
"Jikalau kerajaan negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Khamis.
Beliau berkata oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 unit perumahan baru yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.
Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersil baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit premis perniagaan baru dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.
"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat," kata Noh. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak ada masalah jika kerajaan Selangor hendak mengambil alih Syabas tetapi jangan kaitkan isu berkenaan sehingga pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka dapat mengelakkan Lembah Klang daripada menghadapi krisis air selama 20 tahun akan datang masih lagi tertangguh.
Noh berkata Kerajaan Persekutuan yang berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasarnya yang menjaga kepentingan rakyat telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau hairan mengapa orang luar termasuk MEDIU boleh kagum dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan tertarik untuk datang melabur di Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai faktor-faktor itu.
. -BERNAMA
Rakyat Selangor yang pilih,jadi biarkan mereka rasa.Nak sangat Pakatan yang mentadbirkan.Padan muka!!

Jumaat, 12 April 2013

Punggah penduduk kampung lain anjur demo isu air-dakwa Pas

Pas mendakwa yang  penduduk dari beberapa kampung diangkut ke Kampung Pauh Dal membantah kerajaan negeri kononnya tidak menyediakan bekalan air bersih ke kampung mereka.

Antaranya penduduk dari Kampung Badang diangkut ke tempat perhimpunan bagi memperlihat ramai yang hadir. Namun usaha Wanita Umno Pengkalan Chepa tidak memadai kerana tidak ramai datang.

Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, bekalan air bersih di tiga kampung iaitu Che Deris, Pauh Dal dan Pauh Binjai sehingga sekarang menggunakan air dibekalkan Jabatan Kesihatan Negeri.

Katanya, sebelum ini penduduk tidak mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bekalan air diurus Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memandangkan sudah ada bekalan air di bawah Jabatan Kesihatan.

Hassan yang juga wakil peribadi Adun Chempaka berkata, sebelum ini penduduk kurang berminat menggunakan air AKSB kerana ramai selesa menggunakan perigi.

Lagi pun katanya, sebahagian yang lain mendapat bekalan air di bawah projek Jabatan Kesihatan.

“Jadi tidak berbangkit kerajaan negeri menyinsih penduduk di kampung terbabit mendapat air bersih. Cuma sekarang setelah ada permohonan AKSB mulai memasang paip ke kampung terbabit sejak tahun lepas," ujarnya.

Menurutnya kerja-kerja pemasangan paip utama sudah hampir siap dan sekarang dalam proses menyambung paip ke rumah penduduk serta pemasangan meter.

“Penduduk tidak perlu membayar sesen pun kerana projek berkenaan ditanggung kerajaan. Malah pendaftaran pun percuma. Sepatutnya setiap pengguna perlu membayar antara RM300 hingga RM500 kos penyambungan paip dan pemasangan meter.

“Namun penduduk dibantu bagi membolehkan mereka mendapat sumber air bersih dibekalkan AKSB,” katanya.

Senangnya Pas menyelesaikan masalah airnya,hanya dengan menuding jari ke arah orang lain.Mengapa Pas tak nak mengaku salahnya sendiri????Pas yang "fail" ...

Rabu, 10 April 2013

PR tuduh Manifesto BN 'racun' untuk rakyat

 PAS melihat manifesto BN lebih kepada 'racun' kerana pada amalan biasa parti itu, perlaksanaan janji manifesto hanya akan meningkatkan hutang negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Idris Ahmad berkata, berbanding Pakatan Rakyat, perlaksanaan manifesto khususnya dalam pemberian bantuan kepada rakyat dibuat menggunakan wang lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan.

"Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat.

"Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat boleh menilai bagaimana Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat memberi 20 meter padu air percuma, bantuan RM2500 di bawah tabung kifalah serta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi, namun pada masa yang sama pendapatan negeri juga meningkat.

kalau betul seperti yang dikatakan oleh PR, takanlah Selangor mengalami krisis air yang teruk.PR ni buat lawak ke??

PAS Kelantan tuduh rakyat Kuantan terseksa tiada air.

Kelantan cuba mengalihkan pandangan rakyat sekali lagi bila mana menuduh Kuantan yang terjejas teruk akibat ketiadaan air.Betul ke ni???Ke atau Pas yang da ketandusan idea untuk cuba memenangi hati rakyat Kuantan??


Apa komen rakyat Kuantan sekalian??betul ke atau tipu nie???

Selasa, 5 Februari 2013

PM bantu Syabas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.

Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat ibunegara, Najib, yang juga menteri kewangan berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di
bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera.


Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada SYABAS sebelum ini.

"Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada SYABAS yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.

"Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta," katanya.

Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat.

"Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba.

Beliau berkata masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut.

Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan.

Di majlis itu, perdana menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo.

- Bernama

Selangor fails to set aside suit by water consumers


 The High Court here Monday rejected with costs the application by the Selangor government and Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to set aside a suit filed by 711 water consumers.

The suit is over Khalid and the Selangor government's failure to provide free water as promised in the opposition coalition's election manifesto in 2008.

Judicial Commissioner Datuk Hashim Hamzah made the decision after hearing submissions from both sides. He fixed April 15 for case management.

On Sept 11 last year, 711 water consumers in Selangor became the first group to file such a suit, demanding compensation of over RM400,000 and named Khalid, the Selangor government and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) as defendants.

Lawyer Kamarudin Ahmad for the plaintiffs said the court's decision showed that the people of Selangor had the basis to drag the state government and Khalid to court for making an empty promise.

In their statement of claim, the consumers stated that during the last election in April 2008, the people of Selangor were promised free water for the first 20 cubic metres of domestic use monthly.

Based on the election manifesto, each domestic consumer in Selangor having an account with Syabas was eligible to receive a subsidy of RM11.40 per month, regardless of whether the consumer was using an individual meter or a bulk meter.

They said that after winning Selangor in the election, the state government started implementing the free water scheme on June 1, 2008.

However, they claimed that they had not been receiving the free water promised and found no deduction in charges for the first 20 cubic metres of water usage in their water bills issued by Syabas.

The plaintiffs also claimed that Khalid in a press statement issued on Aug 30 last year said that water consumption still using the bulk meter was not eligible for the subsidy.

They claimed that Syabas should be replacing their meters as the state government had instructed it to change the bulk meters to individual meters since 2007 but Syabas failed to do so.

The plaintiffs are demanding a compensation of RM405,270 from the state government and/or Syabas or alternatively, be paid compensation for the first 20 cubic metres of water monthly, which they have paying since June 2008.

They are also seeking a declaration that the free water scheme promised by the Selangor government covers all water consumers in the state, regardless of whether they are using the individual or bulk meter. -- Bernama

 Khalid  fail to manage Selangor as well...

Isnin, 4 Februari 2013

Khalid cakap tak serupa bikin


Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri.  Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi. Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.
Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2  siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik?  Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Jumaat, 18 Januari 2013

Isu Air: MB Kedah dalam dilema


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaannya enggan membayar jumlah tersebut manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata, bekalan air mentah itu tidak perlu dibayar kerana air adalah ‘anugerah Tuhan’.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata,berdasarkan enakmen tersebut mana-mana sahaja pihak yang menggunakan bekalan air mentah dari punca kawasan tadahan air hujan dikenakan bayaran.

Caj tersebut ialah tiga sen setiap kubik meter bagi menampung kos perbelanjaan, operasi dan memulihara kawasan tadahan air hujan serta sumber air negeri ini.

Azizan dalam dilema berkenaan isu ini.Sama-samalha kita lihat apa keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar kedah ini.Jangan jadikan Kedah mangsa seperti Selangor sudahlah. Menderitalah rakyat Kedah nanti.Tapi nak buat macam mana ,dah rakyat Kedah yang pilih Pas kan.Jadi tanggung je lah natijahnya.


Selasa, 30 Oktober 2012

PKR gesa wujud garis panduan iklan pembantu rumah


PKR menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mengeluarkan satu garis panduan khusus kepada agensi pembantu rumah supaya tidak mengeluarkan iklan yang boleh memberi implikasi kurang baik.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, iklan tersebut tersebar luas sehingga menerima surat protes yang dihantar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Seharusnya, kementerian memantau iklan-iklan seperti ini supaya tidak menyentuh maruah dan sensitiviti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Katanya, iklan tersebut jelas menunjukkan sikap kurang bijak dan tidak wajar dipaparkan.

“PKR akan menghantar surat kepada syarikat ini supaya menarik iklan ini dan dihentikan serta-merta.

“Jika perlu, mereka boleh membuat permohonan maaf di atas sikap kurang sensitif dan menyentuh maruah seperti ini,” katanya.


Sumber:Sinar Harian 30 Oktober 2012

LA: PKR lebih fokus isu remeh dari isu besar di Selangor.Isu air lagi pentinglah PKR oi.

Isnin, 29 Oktober 2012

Anwar cadang MB pertahan Bandar Tun Razak


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Anwar dipetik portal berita Media Selangorku berkata, beliau yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kecekapan dan ketokohan Abdul Khalid serta prestasi memberangsangkan dalam mentadbir Negeri Selangor.


Abdul Khalid pada sidang medianya berkata, beliau mempunyai beberapa cadangan yang akan dilaksanakan jika memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam PRU13.

“Saya akan menyediakan pucuk pimpinan pelapis selepas PRU13 sebab jika saya menang dua penggal saya tidak patut untuk terus menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

“Pengumuman itu tidak akan menjejaskan peluang saya untuk bertanding dalam dua kerusi dalam satu masa untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Tujuan pengumuman ini adalah supaya masyarakat di Parlimen Bandar Tun Razak tertanya-tanya,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

LA: Tunaikan dulu,janji utk PRU12 dulu,barulah PKR boleh berangan-angan untuk menang PRU13.Jangan pandai buat janji sahaja,tapi tidak reti nak tunaikan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Selangor lebih maju dibawah BN

Kalau hendak melihat maju atau mundurnya sebuah negeri atau negara ,lihat sahaja pada pemimpinnya.Lihat sahajalah apa yang terjadi pada Kelantan dan sekarang Selangor.Amat menyedihkan,baru sepenggal Selangor jatuh ke tangan pembangkang tapi kesannya amat memilukan.Bagaikan jatuh ditimpa tangga,tidak selesai lagi satu masalah,sudah timbul masalah baru.
Kepimpinan itu lahir daripada kebijaksanaan, pengetahuan, ilmu dan  kemahiran yang ada.Jika rakyat Selangor mahukan anjakan para digma,mereka perlu berani untuk menukarkan tampuk pimpinan yang sedia ada kepada yang dahulu.Jika dahulu,tidak pernah timbul isu air,tetapi sekarang, keperluan paling asas pun tidak mampu disediakan oleh PKR. Bagaimana mereka hendak menyediakan keperluan-keperluan  lain??? Mampukah rakyat Selangor menerimanya sekali lagi??Ataupun masih ada istilah "tidak serik' lagi dalam diri mereka??hanya jauhari yang mengenal manikam.

Sumber: Sinar Harian
Misteri Air Empangan Sungai Selangor Menyusut

 Berita mengenai Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang mana jumlah airnya sudah pun menyusut sehingga 40 peratus.
Hari ini kami meletakan sebuah gambar baru yang memperlihatkan perbezaan situasi air di empangan itu beberapa bulan yang lalu dengan situasi terkini.
Sangat jelas bukan perbezaan itu.
Situasi kehilangan air dalam jumlah yang terlalu banyak itu kini menimbulkan persoalan dan agak misteri memandangkan negara ini secara umum dan negeri Selangor secara khususnya belum mengalami sebarang musim kemarau.
Gambar-gambar yang diambil jelas memperlihatkan empangan berkenaan sedang melalui fasa kehilangan air takungan yang banyak.
Jadi, persoalan yang paling wajar untuk ditanya ialah, ke mana perginya 40 peratus air dalam Empangan Sungai Selangor?
Gambar besar di atas memperlihatkan satu bahagian penting di empangan itu nyata sudah hampir kering.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selalu berkata bahawa empangan-empangan di negeri itu tidak mempunyai masalah air.
Namun, mengapa Empangan Sungai Selangor dengan begitu jelas sedang mengalami kekurangan air?
Apakah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini terpaksa memproses air dalam jumlah yang terlalu tinggi di empangan berkenaan bagi menampung permintaan di seluruh negeri?
Orang kata biar takda elektrik jangan takda air….Empangan Sungai Selangor dah mula bagi petanda bahawa yang sebaliknya akan berlaku tidak lama lagi.
Air duk menyusut entah ke mana…siap sedialah kalau tidak ada jawapan yang munasabah.


Khamis, 4 Oktober 2012

Azmin mahu tukarkan Khalid

MB anggap sebar video cerita lucu


Inilah namanya "gunting dalam lipatan" .Sanggup menikam kawan sendiri semata-mata untuk merebut kuasa. Menang pilihan raya pun belum lagi,tapi dah mula nak merebut kuasa.Itulah yang terjadi antara Azmin dan Khalid apabila Azmin mengeluarkan kenyataan yang Khalid tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor pada pilihan raya akan datang nanti.
Nampaknya seperti ada ketidak puas hati antara mereka berdua.Dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang berlaku.Nampak dalam Keadilan sendiri,berlaku ketidak adilan sesama mereka.Dan dari cara Azmin mengulas seperti dia hendak merampas kuasa MB dari Khalid.
Isu air Selangor yang semakin meruncing,tidak pula mereka mahu fikirkan,tetapi sibuk pula dengan isu siapa yang mahu jadi MB.nampak sangat yang mereka semua ini hanya gilakan kuasa dan bukannya kebajikan rakyat.jadi,buka mata dan bukalah minda wahai Rakyat Selangor sekalian.

Jumaat, 28 September 2012

Works going well, now for okay from Selangor


Construction work for the Pahang-Selangor raw water transfer project are on track with several vital components moving ahead of schedule.
Pahang Housing, Public Amenities and Transport Committee chairman Datuk Mohd Soffi Abdul Razak said that with the exception of the Langat 2 water treatment plant for which the Selangor Government has yet to give the green light work on the other major components was progressing smoothly.
“Up to Aug 31, 67% or 22.9km of the 44.6km long tunnel has been completed,” Mohd Soffi said. “Work on the water pumps and valves are at 47.2% while 59.7% of the dual piping system is already done.
“Only the Klau Dam is behind schedule by 17% due to a delay in acquiring land to resettle the 115 orang asli households,” he said yesterday.
Mohd Soffi said he felt obligated to respond to statements by Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar on Tuesday, challenging Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob to revoke the water agreement deal between the two states.
Mohd Soffi said Dr Xavier was not aware of the full details of the agreement, adding that Pahang had given much for national development, including setting a price of just 10 sen per cubic metre.
“We have to relocate an orang asli settlement in Lembah Klau and some plantation land belonging to Felda scheme, so that the project can take off.
“The fact is, Selangor is not going to pay a single sen as the RM8bil project is to be financed by international funding arrangements with Japan and the Federal Government,” he said, adding that approval for the tunnel entering both states had already being obtained earlier even before Pakatan Rakyat came to power.
Mohd Soffi said the only hindrance now was the absence of an approval by the Selangor Government for a “development order” to construct the Langat 2 treatment plant.
“We expect work on all the components to be completed by the middle of 2014, and if Langat 2 plant is not given the go-ahead, the whole project will not take off.
“Its construction requires about two years and if it is to proceed now, would be completed in about the same time,” he said, while pointing out that a 80ha site for the Langat 2 plant had already been earmarked and acquired.
Mohd Soffi said he was willing to extend an invitation to the Selangor Government to see for themselves the progress of the project in Pahang.
The water transfer project was supposed to pump 1,890 million litres of raw water daily from Sungai Semantan in Pahang to the Hulu Langat water treatment facility in Selangor.

Rabu, 26 September 2012

Kerajaan Selangor dikecam oleh MB Pahang

BENTONG 24 Sept. - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.

Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.

"Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
 
Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini.

Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.

Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015.

Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.9 bilion.

Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir.

.Sumber: KL Pos.

Makin terseksa Selangor bila Pahang tarik diri...

Politik MB Selangor Dan Krisis Air Yang Menyeksa Rakyat


AWAL minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.
Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.
Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.
Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.
Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.
Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.
Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.
Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.
Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.
Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?
Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan ‘ugutan’ dari MB Pahang.
Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.
Tambah kelakar lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Selasa, 28 Ogos 2012

Selangor patut bayar tunggakan

Patutlah kerajaan pembangkang fobia dengan slogan "janji ditepati" oleh kerajaan Barisan Nasional kerana sehingga sekarang masih ada janji pembangkang kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan walaupun pilihan raya 13 akan diadakan tidak lama lagi.
Terutama janji subsidi air percuma 20 meter padu pertama  sejak 2008 kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal. Kerana pemberian air subsidi itu hanya dinikmati oleh mereka yang bukan menggunakan meter  pukal.Kerajaan Selangor lupa,kebanyakan yang menggunakan meter pukal adalah penduduk miskin dan kebanyakannya tinggal di flet-flet buakn di rumah banglo.
Dan tuntutan badan bukan kerajaan (NGO)  Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal adalah sangat munasabah dan harus disokong oleh mereka yang terlibat.

Sumber: BH 28 Ogos 2012
LA: Da janjikan haruslah bagi pada semua bukan untuk sesetengah orang sahaja.