Halaman

Rabu, 28 November 2012

Jika Pusat tiada wang, Selangor sedia dahulukan


Selangor sedia mendahulukan wang rizab negeri bagi penyelenggaraan infrastruktur demi memberi keselesaan kepada rakyat sekiranya Kerajaan Pusat mengeluarkan jaminan surat hitam putih untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Kerajaan Pusat menunaikan tanggungjawab kerana ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.
Bagi melicinkan gerak kerja ini Kerajaan Negeri akan menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
Itu kata mereka. tapi realiti sebenar sebaliknya.kalau betul mereka ada duit yang banyak, mengapa MB Selangor tidak menyelesaikan isu air yang dihadapi rakyat negeri tersebut.Setakat cakap kosong semua orang boleh buat, Khalid patut buktikan pada rakyat  Malaysia.

Wakil NGO dakwa dihalau di Perhimpunan Agung Umno


Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini didakwa telah dihalau ketika cuba masuk ke dewan itu.

Enam orang wakilnya termasuk presiden NGO tersebut, Nazri Deraman telah dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk mesuk ke dewan.

Kumpulan mereka kemudian diiring keluar sehingga ke kaki lima luar dewan.

Menurut kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.


Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat satu sidang media di kaki lima di luar dewan

tak sudah-sudah nak buat kalau mereka ini,sampaikan Perhimpunan Agong Umno untuk ahli dan orang-orang yang menyokong UMNO pon mereka nak buat kacau juga.Busuk betul hati mereka ni.

Pakatan kata isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai


isu Perdana Menteri itu sudah selesai sejak tercapainya muafakat untuk bersama mara membebaskan Putrajaya. Apa yang dibangkitkan itu wajar dianggap tidak berlaku, kerana calon Perdana Menteri itu telah selesai kecuali dia tewas dalamengan suasana yang menyelubungi orang-orang yang berkuasa itu masih dilihat masih tidak berwibawa dibandingkan dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat walaupun ia dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam. Calon Perdana Menteri itu masih dihormati di peringkat antarabangsa.

Dengan ini isu Perdana Menteri Pakatan itu bukanlah suatu malapetaka kepada muafakatnya. pilihanraya.

itu kata pembangkang untuk mengaburi mata rakyat.tipulah kalau kata Hadi awang tak teringin untuk menjadi PM.Takkanlah dah lama berjuang hanay untuk bagi Awar jadi PM?tak perluklah Pas atau PKR nak hipokrit dengan mengatakan tidak kisah siapa yang nak jadi PM!

Sumber: Harakahdaily