Halaman

Khamis, 26 Disember 2013

Pas Tidak Setuju Guling Kerajaan

Pas Sokong Kerajaan

Pas menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Pas terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam Pas pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika
ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, malam semalam.


Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

 Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan. 

Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM. 


Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui  wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.

Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan.

Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Tidak ada yang akan terlepas..Salah tetap salah,tak kira lah siapa pun...