Halaman

Jumaat, 14 Disember 2012

DAP NAK HAPUSKAN MELAYU PULAU PINANG!!



Apalah nasib Kampung Melayu di Pulau Pinang. Tiada langsung pembelaan dari Kerajaan Negeri.Inilah hadiah dari kerajaan DAP Pulau Pinang kerana telah memilih mereka sebagai kerajaan.Nanti bila tiba hari raya,anak cucu nak balik ke mana,kampung dah tak ada...
Apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu Pulau Pinang????

Dominasi Pas dalam pakatan pembangkang gagal


Islam membenarkan persepakatan antara orang Islam dan orang bukan Islam dengan syarat pemimpin Islam mempunyai kuasa yang lebih dominan dalam sesebuah pentadbiran.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak cukup sekadar menjadi seorang ketua, pemimpin Islam wajib memiliki keupayaan tersebut untuk memastikan pemerintahan tidak dikuasai oleh golongan bukan Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, dalam konteks tersebut, Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam dilihat gagal mendominasi pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Dalam keadaan sekarang Pas masih gagal mendominasi pemerintahan yang dikongsi bersama DAP sehingga terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan asal parti itu.
“Tidak seperti UMNO yang berdiri sebagai parti induk dan mempunyai pengaruh terhadap parti-parti di bawahnya,” katanya.



Dalam Surah Al-Maidah Allah SWT membenarkan persepakatan antara umat Islam dengan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan kebajikan dan taqwa.
“Itu dengan syarat mesti ada dominasi Islam, kalau tak ada itu yang jadi masalah sehingga kena ikut telunjuk golongan yang buat keputusan berasaskan hawa nafsu,” katanya.


Sumber : NSTP

LA: Pelik dengan PAS ni,sesama Islam tak nak pula bekerjasama,tapi dengan yang bukan Islam bukan main lagi.Apalah nak jadi dengan PAS ni!