Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

Sampai bila PAS sanggup diperangkap DAP


Kenyataan terbaru Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang kecewa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, bukan saja menggambarkan isu sensitif itu belum selesai dalam kalangan pakatan pembangkang tetapi menimbulkan tanda tanya siapa antara dua pemimpin itu bercakap benar. 

Karpal, pada sidang media di Pulau Pinang kelmarin, berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP. 
Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu pada pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Isnin lalu. 


Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, Majlis Syura PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kenyataan Hadi bercanggah

Laporan akhbar sebelum ini memetik Abdul Hadi sebagai berkata, larangan ke atas bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai dan pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Nik Aziz dalam pertemuan dengan Karpal itu. 

Sebelum ini juga, Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. 
Kenyataan Karpal itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah beliau menuduh Hadi berbohong mengenai hasil pertemuannya dengan Nik Aziz, sesuatu yang pasti tidak dapat diterima ahli PAS atau mungkinkah Karpal tidak bercakap benar dan sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk menguji sejauh mana kesediaan pemimpin PAS mengikut telunjuk DAP dalam mencapai matlamat pakatan pembangkang.

Tidak kira siapa bercakap benar atau berbohong, isu penggunaan kalimah Allah yang dihidupkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini, hanya mengukuhkan kedudukan DAP sebagai ‘juara bukan Islam’ tetapi semakin mengikis rasa hormat umat Islam bukan ahli PAS terhadap parti yang mendakwa Islam sebagai dasar perjuangannya itu. 

Tindakan DAP yang tidak menghormati keputusan Majlis Syura PAS mengenai isu ini, turut mencalarkan maruah PAS di mata umat Islam dan penyokongnya.

Walaupun sebahagian ulama dan pemimpin PAS sendiri sudah mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai pendirian mereka berhubung isu ini, ia seolah-olah tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan parti.


Rugikan PAS

Yang jelas percanggahan pandangan secara terbuka dalam kalangan pemimpin PAS dan meningkatnya bantahan umat Islam di seluruh negara terhadap DAP yang memainkan isu ini, tidak menguntungkan politik PAS walaupun untuk jangka pendek. 

Lainlah jika pucuk pimpinan PAS berpendapat penyokong mereka masih setaksub dulu sehingga sedia menyokong apa saja arahan pemimpin walaupun ia jelas memberi peluang kepada bukan Islam untuk mencemarkan kesucian kalimah Allah.

Jika benar andaian banyak pihak bahawa isu kalimah Allah ini adalah perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan umat Islam/Melayu di negara ini untuk keuntungan jangka panjang politik mereka, ternyata parti itu sudah separuh berjaya. 

Percanggahan pendapat antara pemimpin Islam dalam pakatan rakyat dan dalam kalangan PAS sendiri mengenai isu ini menjadi bukti. Yang menjadi persoalan sekarang, sampai bila PAS sanggup diperangkap oleh DAP?

PKR tunduk pada Azmin!!!

 PKR tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah hari ini.

"Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja.

"Isu Azmin itu kita anggap selesai setelah Khalid angkat sumpah.

“Proses seterusnya adalah menunggu pemilihan exco kerajaan negeri Selangor daripada wakil ketiga-tiga kompenan parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata, isu melibatkan jawatan menteri besar itu tidak dianggap sebagai isu besar sehingga perlu diambil tindakan.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung wujudnya laporan bahawa isu Azmin itu telah dibawa ke jawatankuasa disiplin, beliau menafikan perkara itu.

"Tidak ada, mesyuarat lepas  turut dihadiri pengerusi jawatankuasa disiplin tidak ada perkara berkenaan diputuskan.

"Kalau ada kita tunggu mesyuarat biro politik esok kerana semua kes seperti itu biasanya ada di atas meja saya tetapi tidak ada,"katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau kesal dengan kenyataan Azmin yang mengkritik presiden PKR kononnya wujud dasar nepotisme dalam parti.

Ketuanya, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, kritikan Azmin secara terbuka itu melanggar disiplin parti dan perlu diambil tindakan.

Minggu lalu, Azmin dalam sidang medianya menyatakan kekecewaan beliau terhadap pimpinan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak mengamalkan konsesus dalam membuat keputusan.

Azmin juga melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di dalam lamam mikro tweeter miliknya sehingga banyak khabar angin tersebar kononnya beliau akan meninggalkan PKR.



Haha..orang-orang dalam PKR memang semua gila dan mereng.Baguslah tue bila, buku bertemu ruas.Baru si Anwar tau,nasibnya !!

PANAS!!! Malaysiakini Dibidas Manipulasi Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.
LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.
 Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.
Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 Media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

Malaysiakini jangan nak jadi batu api untuk melagakan perpaduan antara kaum di Malaysia ini.Kerajaan patut ambil tindakan tegas terhadap kelantangan MalaysiaKini.

Hentikan 'Sandiwara' Pengambilalihan Syabas


 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata lebih baik kerajaan Selangor menghentikan "sandiwaranya" kononnya perlu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan isu air di negeri itu.
"Jikalau kerajaan negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Khamis.
Beliau berkata oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 unit perumahan baru yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.
Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersil baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit premis perniagaan baru dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.
"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat," kata Noh. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak ada masalah jika kerajaan Selangor hendak mengambil alih Syabas tetapi jangan kaitkan isu berkenaan sehingga pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka dapat mengelakkan Lembah Klang daripada menghadapi krisis air selama 20 tahun akan datang masih lagi tertangguh.
Noh berkata Kerajaan Persekutuan yang berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasarnya yang menjaga kepentingan rakyat telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau hairan mengapa orang luar termasuk MEDIU boleh kagum dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan tertarik untuk datang melabur di Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai faktor-faktor itu.
. -BERNAMA
Rakyat Selangor yang pilih,jadi biarkan mereka rasa.Nak sangat Pakatan yang mentadbirkan.Padan muka!!

Gardenia nafi khabar angin harga naik


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang disenarai di Singapura, QAF Ltd, semalam menjelaskan harga produknya tidak dinaikkan. 

“Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan beberapa orang. Fitnah terbaru ialah harga roti kami naik. “Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung tidak dinaikkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yap Kim Shin dalam satu kenyataan. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia. 


Minggu lalu, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia. 

Sebar sabotaj di internet 

Khabar angin ini bermula di internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana. 

Kim Shin berkata, harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat menyerap kenaikan kos pengeluaran. 
“Syarikat yakin kenaikan harga hanya sebagai tindakan akhir jika semua aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani. 

“Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna khabar angin ini tidak benar dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di internet,” katanya. 

BERNAMA

Harga tak naik tapi pembangkang sibuk kata naik,apa punya oranglah mereka ni.!!