Halaman

Khamis, 21 November 2013

Anwar Lupa atan Nyanyuk???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaESimSWMSp6l5DvkggcDMjy-u8l4gXRf4pE4OcTm6yQ_hSCTQ2eT5Cwb1xSn4q9SMUjA_IT06cLUTRheyQH6Os0K_sQvyLP6Hve359ZtXmooIUtMq8xdLkHm-2U0Jo2URiviXOyNq2A/s640/1014383_515169415221540_564076041_n.jpg


Cakap tak serupa bikin.Patut dihapuskan orang macam ini.

Guan Eng Perasan Lebih!!

Sudah Kalah Kalahlah - Banyak Songeh Pula Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng misalnya masih bertegas menegakkan benang basah mendakwa pakatan pembangkang yang dikenali PR merupakan pemenang PRU-13 kerana telah menang dengan undi popular 51%.
Menurutnya lagi BN hanyalah kerajaan minoriti, dengan demikian pembangkang adalah kerajaan sebenar kerana berjaya menguasai undi popular. Betulkah BN kerajaan minoriti dan layakkah Guan Eng mendakwa pembangkang adalah pihak majoriti?

Perasanlah Guang Eng ni..Sedihnye

Anwar Mungkin Lupa Azizah Bininya

Takkan baru 66 tahun, Anwar dah tunjuk simptom nyanyuk.  Botox baru saja buat itu hari, tak puas lagi memandang pipi yang kembung tu, takkan nyanyuk dah.

Inikah rupanya yang pembangkang bersungguh-sungguh benar nak angkat jadi Perdana Menteri?  Mintak jauhlah, nanti bila dah dapat jadi Perdana Menteri, senang-senang dia kata ”saya tak pernah janji nak  hapus PTPTN”, “saya tak pernah janji nak hapus Tol” – saya pernah cakap tapi saya tak janji.

Anwar tahu sajalah, kaki putar alam 1Malaysia.  Jangan kata mustahil, tengoklah macam mana sekarang.
Sebab itu kita dah lama promo, jangan percaya orang lidah biawak macam ini.  Jangan berani-berani nak pertaruhkan nasib negara dengan mengangkat penipu ini sebagai Perdana Menteri, konon-kononnya belum cuba belum tau.

Anwar boleh pusing cakap macam itu saja dan kemudian berlalu pergi tanpa rasa bersalah apa-apa.  Macam tak ada apa yang berlakulah.  Itu jenis manusianya Anwar ni.
Padanlah dia selalu terlibat dengan kegiatan yang bunyi bunyi sejenis ni.  Mungkin dia terlupa yang depan dia tu jantan, bukan perempuan. Apa pun, jangan bangun tidor pagi esok dia lupa yang Azizah tu bini dia dahlah.

Apa Kena Mengena Judi Dan BN??

Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut

Kalau betulalah,Maknanya pastilah negeri-negeri Pakatan tidak ada masalah dari segi sosial dan salah laku.Tapi yang pelik ada juga..Cakap tak serupa bikin 

Wanita pertama PDRM kendali anjing K9

Wanita pertama PDRM kendali anjing K9
Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali seorang anggota polis wanita dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama.

Koperal Hilda AK Wilson, 29, berkata. minat membela anjing sejak kecil antara faktor anak bongsu dari empat beradik itu menyertai unit K9 PDRM.

“Saya menjalani kursus selama empat bulan di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengendali anjing K9 jenis Labrador bernama Da Hei, sebelum menjalankan tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol),” katanya.

Siapa kata wanita tak boleh,wanita memang boleh dalam semua bidang..Cayalah!!

Polis hilang ASET RM1.33 Juta

Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.

Rekod Ketua Audit Negara menunjukkan PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.

Daripada jumlah itu, statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM mendapati, aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

"Pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," dedah laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melapor kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; dan Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir.

Kelemahan lain termasuk soal pengurusan aset seperti Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan agar pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan.

"Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera.

"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai atau anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan," syor laporan audit.



Satu jumlah yang besar  dan tinggi .Ketirisan ini perlu dibaiki dan diharapkan tidak akan berlaku lagi.

Surat Daripada Azmin Ali



Dari Azmin Ali

Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang”telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon.

Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Memang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atauisolated case.

Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.

Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberikan peringatan kepada pimpinan untuk tidak ‘washing the linen in public’. Media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?

Penyelesaian yang terbaik ialah melalui semangat muafakat dan ‘consultation’ dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat. Struktur organisasi Pakatan Rakyat juga perlu dimantapkan bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi sehingga peringkat Daerah dan Cawangan.

Dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.

Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi Pakatan Rakyat perlu menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka atau ‘success story’ menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa Pakatan Rakyat di persada Putrajaya. Insya Allah.

Saya masih yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia Baru yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

AZMIN ALI

IMB pun kena "balon" dengan Laporan Audit Negara

18 daripada 27 program lawatan ke luar negara syarikat milik Tabung Amanah Melaka, Invest Melaka Berhad (IMB) melibatkan kos sejumlah RM0.28 juta tidak dibajetkan, lapor Ketua Audit Negara 2012.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang objektif kualiti IMB menetapkan untuk melaksanakan empat lawatan kerja ke luar negara dan mengadakan pameran bertaraf antarabangsa sebanyak dua kali setahun.

Namun, lawatan kerja ke luar negara itu dilaporkan melebihi objektif kualiti.

“Analisis Audit mendapati 18 daripada 27 program lawatan melibatkan kos sejumlah RM0.28 juta tidak dibajetkan,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang .

Ketua Audit Negara berpendapat keseluruhan pengurusan aktiviti IMB kurang memuaskan.

Misi pelaburan IMB ke negara-negara tertentu dilaporkan kurang menarik pelabur dan pengurusan bahan promosi kurang teratur serta laman sesawang kurang informatif.

Malah, perjanjian sewa beli komputer One Number Call Centre (ONCC) juga tidak disediakan dan bayaran sewa beli masih tertunggak.

Laporan audit: 39 berdepan tindakan sivil, jenayah

 Seramai 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.

Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Berani buat mesti berani tanggung kan..Jangan kira nila setitik rosak susu sebelanga.

Sidang Dun Kelantan Tegang

Sidang Dun Belanjawan yang masuk hari kedua semalam, tegang apabila berlaku perang mulut antara Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah dan beberapa Adun ketika membangkitkan beberapa isu khususnya melibatkan hak rakyat.
Ketegangan tercetus ketika Nozula mengeluarkan kenyataan Melayu kini diambang maut dan menggesa agar dihentikan perbalahan sesama Islam sebelum sesi perbahasan dicelah Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas- Wakaf Bharu).
Che Abdullah bertanya sama ada Nozula ingin menarik balik kenyataan ‘Melayu kini diambang maut’ atau sebaliknya, sebelum ditekankan dengan perkataan ‘diambang’ beberapa kali oleh Adun Paloh itu.
“Nak tanya Yang Berhormat (YB) Paloh, tok se (tak nak) tarik ke kenyataan tadi bahawa Melayu diambang maut, 60 tahun Umno memerintah tiba-tiba Melayu diambang maut.

“Diambang..kalau kita berbalah begini, sememangnya akan mampus, sekarang ambo (saya) kata diambang, kerana perbalahan kita, sebelum terlambat, sebelum menjadi hancur, mampus, kita perlu berbaik- baik menyatupadukan Melayu untuk menjadikan ia sebagai kekuatan Melayu,” katanya.

Suasana tegang yang berlaku sekitar lima minit itu turut mengundang ketawa media, pemerhati dan orang ramai yang mengikuti sesi perbahasan tersebut.

Biar ramai kawan ,dari ramai musuh..

Sidang Dun: Agenda belum selesai

Sidang Dun: Agenda belum selesai - kel18

Persidangan Dun Belanjawan 2014 yang bermula Isnin dan berakhir Khamis lalu dihiasi dengan pelbagai cerita.

Sidang yang dikawal oleh bekas Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakub ini sememangnya ditunggu-tunggu di atas pelbagai faktor termasuk perubahan kepimpinan negeri khususnya jawatan Menteri Besar yang kini ditunjangi Datuk Ahmad Yakob.

Semasa pembentangan Belanjawan oleh Ahmad, tiada perubahan atau agenda besar yang dibuat, melainkan kejutan pengurangan hasil kerajaan negeri. Sudah tentu ia bukan berita yang baik kepada kerajaan negeri yang sebelum ini diketahui mempunyai kantung yang kecil.

Alasan pengurangan kutipan premium tanah disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar adalah berita baik, namun kerajaan negeri harus kreatif mencari hasil kewangan  dengan tidak bergantung kepada hasil tanah, hutan  dan galian semata-mata.

Dalam belanjawan 2014 yang berjumlah RM549.26 juta itu, beberapa sektor diberi penekanan. Peruntukkan RM72 juta  kepada Yayasan Islam Kelantan  (YIK) adalah menefistasi kerajaan negeri memberi penekanan kepada pendidikan sekali gus menutup ruang  dakwaan sekolah-sekolah di bawah YIK akan diserahkan kepada pusat.

Namun timbul persoalan, peruntukkan sekitar RM11 juta untuk sektor pertanian sudah pasti tidak  mampu memberi satu impak yang besar kepada industri ini. Seolah-olah hasrat bekas Menteri Besar,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat negeri ini menjadi negeri pertanian jauh dari sasaran.

Kelebihan faktor geografi  strategik, tanah yang luas, apatah lagi berhampiran dengan Thailand yang diketahui negara yang berjaya dalam industri  pertanian dilihat tidak berjaya membawa satu gagasan bagi boleh memasyhurkan negeri  dalam industri ini.

Adakah cukup dengan pembentangan yang menjelaskan Jabatan Pertanian akan memberi keutamaan kepada ternakan lebah madu, tanaman herba dan juga pertanian organik?

Begitu juga industri pelancongan yang masih belum menjadi tumpuan utama dalam belanjawan kali ini. Kelantan mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang dikurniakan ALLAH secara semula jadi. Di sini ‘syurga’ kesenian, membeli belah, makanan, lokasi menarik, mahupun sosio agama dan politik yang menarik, tetapi tidak didedahkan dengan semaksimum mungkin.

Beralih kepada sesi perbahasan, masih ada exco yang menggunakan sidang ini untuk berceramah seperti di hadapan penyokong parti.

Betul, dakwah sepatutnya di mana-mana sahaja, tetapi tempoh 20-25 minit seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi member penjelasan atau penerangan dari aspek teknikal supaya idea yang dibentangkan boleh di bahas bersama.

Bagaimanapun, ada  exco-exco baru juga diberikan kredit kerana berjaya mengimbangi kekurangan yang ada walaupun ada kalanya hanya membaca sepenuhnya teks yang disediakan pegawai.

Di pihak pembangkang, walaupun mempunyai peningkatan sekali ganda berbanding sebelum PRU12, suara kritikan atau teguran masih belum efektif sepenuhnya.

Aura Datuk Nozula Mat Diah selaku Ketua Pembangkang masih belum kelihatan walaupun lantang bersuara. Namun pujian harus diberikan kepadanya yang mengatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memberi faedah rakyat.

Umum mengetahui, bekas Exco kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa membuat kejutan dengan membuat teguran panas sehingga berlaku pertikaman lidah antara exco.

Ada sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan Husam yang dilihat menjadi ‘bayangan pembangkang’  dengan membidas rakan seperjuangan sendiri, sedangkan beliau mempunyai banyak saluran selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.

Namun sikap Husam itu ada baiknya, kadang-kadang perkara dalam selimut tidak dapat akan diselesaikan sekiranya tidak dibongkar dan dihujahkan di tempat terbuka.

Kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed mewakili Dun Ayer Lanas menambah seri persidangan. Sehari sebelum berada di Dun, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di persidangan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Bali.

Nyata kesibukannya di peringkat pusat tidak membantut dirinya yang turut memberi teguran kepada kerajaan negeri. Antaranya, Mustapa mempersoalkan kenapa kerajaan negeri tidak guna secara maksimum peruntukan pembaik pulih jalan  berjumlah lebih RM132 juta  yang dilihat membantu membangkitkan pihak kerajaan negeri tentang cara kegunaan wang itu. Masalah jalan berlubang dan bertampal-tampal di negeri ini bukan perkara baru dan ia harus ditangani bersama.

Bagaimanapun persidangan kali ini agak janggal apabila Dun tidak membincang sepenuhnya projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai. Melihat kepada situasi semasa, projek mega ini harus menjadi perhatian utama kerajaan negeri, ia bukan lagi projek politik, tetapi keperluan mendesak.

Konsultan sudah bertukar, Exco yang melaksanakan pun sudah bertukar, tetapi hasrat rakyat tidak pernah bertukar untuk melihat projek ini dapat dimajukan lebih-lebih kerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat.

Ahmad individu yang bersifat sederhana dan terbuka seharusnya membuka jalan kepada kerjasama pembinaan lebuh raya ini, sementelah Mustapa yang kini sudah berada di Dun, sekali gus memudahkan setiap penyampaian maklumat dilakukan bagi merealisasikan projek ini.

Dun Sabah tolak usul bincang kes Semporna

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah di sini hari ini menolak usul untuk membincangkan kes pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lepas.

Speaker Dun Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said semasa menolak usul dikemukakan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) itu berkata usul itu tidak perlu dibincangkan memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
"Ia (usul) tidak perlu disegerakan sehingga kita terpaksa menangguhkan persidangan Dun. Lagipun, saya difahamkan keselamatan di sana (Pulau Pom-Pom) adalah terkawal dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) serta pihak berkuasa lain," katanya.
Pada 15 November lepas, pelancong Taiwan Hsu Li Min, 57, ditemui mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. - Bernama

Budaya 'chai' kini menular

Muktamar: Budaya 'chai' kini menular
Menjelang pemilihan kepimpinan Pemuda Pas hari ini, 'chai' atau senarai pilihan bagi pasukan tertentu sudah mula disebarkan di kalangan perwakilan.

Satu kumpulan yang menggelar mereka sebagai pasukan dinamik diketuai Suhaizan Kaiat sebagai ketua dengan timbalannya Ahmad Zamri.

Sementara itu, satu lagi kumpulan dengan motto 'Pemimpin Harapan Pemuda' meletakkan Kamaruzaman Mohamad sebagai ketua bersama timbalannya Khairil Nizam.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua 'chai' itu mendapat restu atau disediakan sendiri oleh calon Ketua Pemuda yang bertanding dalam pemilihan kali ini. Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tiada dalam kedua-dua senarai itu.

'Tarik balik notis kenaikan'

Ahli Parlimen PR di Wilayah Persekutuan mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik notis kenaikan nilaian tahunan hartanah yang dikeluarkan 18 November lalu.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, pembatalan itu perlu dibuat serta-merta sehinggalah satu perbincangan meja bulat dilakukan terlebih dahulu bersama semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurutnya, kenaikan itu dibuat dengan kadar lebih 100 peratus dan akan dikuatkuasakan bermula Januari 2014.

“Dalam Bajet 2013, DBKL mencatatkan anggaran lebihan belanjawan sebanyak RM217 juta. Manakala anggaran pendapatan hasil pula meningkat kepada RM1.62 bilion berbanding RM1.45 bilion pada 2012 iaitu 11 peratus meningkat.

“Sementara cukai tafsiran adalah RM800 juta iaitu 54.2 peratus daripada hasil keseluruhan. Jadi apakah alasan DBKL nak naikkan cukai ini? Angka-angka ini disebut sendiri oleh Datuk Bandar (Datuk Seri Ahmad Phesal Talib) dan beliau turut menyatakan hasil cukai meningkat kerana penambahan bilangan hartanah yang dikenakan cukai tafsiran,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Ahli-ahli Parlimen PR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dijadualkan  mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini bagi membincangkan isu berbangkit.
Menurut Tian Chua pula, jika Datuk Bandar ikhlas dengan perjumpaan sebelum ini, kenapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada mereka.

“Sudah beberapa kali kami adakan pertemuan dengan DBKL sebelum ini, namun kami tidak dimaklumkan proses menyemak semula cukai tafsiran. Ini satu keputusan yang drastik.

“Oleh itu, kami bertegas mahu notis tersebut dibatalkan dahulu sehingga satu kajian dibuat dengan betul yang mencerminkan keperluan semasa baru notis baru diberikan semula,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada gunanya untuk DBKL meminta orang ramai menulis surat bantahan jika tidak bersetuju dengan nilaian itu memandangkan kadar yang dikenakan adalah tidak wajar.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, DBKL sepatutnya lebih telus dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan rakyat.

"Harapan kami, dalam pertemuan itu nanti DBKL akan membentangkan Pelan Draf KL berserta salinan draf dan pengezonan terbaru yang dibuat DBKL sebelum proses pewartaan.

“Kami tidak pernah dapat draf itu, malah terpaksa beli sendiri untuk mengetahui perkara lebih lanjut. Seharusnya kami ahli-ahli parlimen dimaklumkan sebarang pindaan yang ingin dibuat,” katanya.

Ubah persepsi terhadap Pas

Pemuda Pas perlu mengubah persepsi orang ramai terhadap Pas yang lebih dilihat sebagai pemimpin 'berkopiah putih'.

Calon Ketua Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Sharif ketika mengemukakan visi dalam hala tuju Pemuda Pas berkata, imej streotaip yang dibina Pas menyebabkan orang muda takut untuk mendekati parti itu.

"Sudah ada dalam 'mind set' orang ramai sejak dulu bahawa orang Pas mesti pakai kopiah putih, mesti pakai kurta atau jubah dan berimej Islamik.

"Jika pakai songkok hitan atau pakai t-shir, mereka bukan orang Pas," katanya ketika Wacana Hala Tuju Dewan Pemuda Pas anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur dan Pemuda Pas Batu Gajah di sini, semalam.

Menurutnya, Pemuda Pas kini perlu berubah dari sudut pendekatan untuk merapatkan jurang antara anak muda dengan parti.

"Masalah kita Pemuda Pas adalah cara mendekati orang muda. Sebab itulah saya menggunakan slogan Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi calon, Suhaizan Kayat berkata, beliau menggariskan lima agenda bagi memacu hala tuju Pemuda Pas.

Menurutnya, pertama, Pemuda Pas perlu menjadi juara rakyat dengan mengumpul maklumat tepat dan bertanggungjawab untuk mengetahui isu-isu berkaitan negara.

Manakala kedua, Pemuda Pas harus dilihat inklusif, bukan eksklusif selain menjadi penyemak dan pengimbang kepada parti sebagai agenda ketiga.

"Keempat, kita perlu memposisi Pemuda Pas dengan meletakkan mereka pada tempat yang betul dan menonjolkan mereka.

"Dan yang terakhir adalah tarbiah yang menjadi sistem penting untuk menyatukan pemimpin Pas selepas wujud usaha-usaha melabel kumpulan tertentu di dalam Pas," katanya.

Pas hati-hati diajak perintah bersama

Pas terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negara, namun, jika diajak memerintah bersama, parti itu memilih untuk berhati-hati.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Umno mengintai Pas apabila parti itu hilang 2/3 majoriti undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Kita sekali-kali tidak menolak untuk berbincang atau bertemu dengan sesiapa bagi kepentingan rakyat dan negara.

"Apabila kita menang besar pada tahun 2008, mereka hilang 2/3 majoriti, mereka cuba mengenyit mata pada kita... melambai-lambai tangan," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Beliau juga menyentuh soal penyertaan Pas dengan BN serta menasihatkan penyokong Pas agar tidak menyalahkan pemimpin sebelum ini yang disifatkan terpaksa bergabung dengan BN.

"Pemimpin Pas waktu itu berfikir dan mengambil keputusan melalui muktamar menyertai kerajaan campuran dan kemudian, BN.

"Kita jangan mengutuk pemimpin yang terdahulu," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menegaskan Pas akan lebih berhati-hati jika diajak memerintah bersama.

"Bagi kita, bertemu untuk berbincang dalam pelbagai persoalan dengan sesiapapun, Pas tidak pernah menutup pintu.

"Tetapi ajak memerintah bersama, kami amat berhati-hati," katanya.

PRU14: Pas bakal bawa anak muda ke Putrajaya

Pemuda Pas bakal mengagaskan program anak muda ke Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu disuarakan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucaptama di Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Pemuda Pas turut menyasarkan peningkatan sokongan undi anak muda dalam PRU14 kelak.

"...untuk mengagaskan satu program anak muda ke Putrajaya untuk PRU14.

"Dengan sasaran ditingkatkan 15 peratuslagi ke 20 peratus undi anak muda di setiap Dun dan Parlimen dalam negara kita ini," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menyentuh soal pemilihan Pemuda yang bakal berlangsung esok.

"Saya tidak mahu pemilihan dalam muktamar kali ini merosakkan hubungan dan ukhwah sesama kita.

"Apa yang lebih penting, tidak mengganggu agenda yang kita gariskan sejak lama.

"Saya tidak mahu pemilihan kali ini merancakkan fitnah antara satu sama lain," katanya.

Isu Karpal: Selesai selepas Muktamar Pas?

Pas menyatakan akan "menoktahkan" isu Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pembatalan pendaftaran parti itu selepas selesai Muktamar Pas ke-59, pada 20 hingga 24 November ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, PR akan mengadakan satu mesyuarat sekaligus Pas akan mengambil kesempatan untuk turut membincangkan perkara itu secara bersemuka bersama pemimpin nombor satu DAP itu.

Menurutnya, melalui pertemuan itu Pas akan meminta penjelasan dan maksud sebenar Karpal berhubung kenyataan tersebut.

"Saya sendiri, nak juga dengar sendiri daripada mulut Karpal mengenai perkara itu apa yang dimaksudkan dengan mengharamkan pertubuhan atau parti politik berasaskan kaum dan agama.

"Kita akan bincang isu dengan Karpal dan bersemuka dengannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan PR yang akan diadakan selepas muktamar ini untuk selesaikan isu ini," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika satu wawancara khas, di ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan untuk bersemuka dengan pemimpin DAP itu menunjukkan Pas mengambil kira setiap yang dituntut oleh pemimpin di peringkat bawahan seperti gesaan Pemuda Pas.

"Kita pandang serius apa yang digesa dan diperkata di peringkat bawah, jadi kita akan bawa perkara ini ke peringkat tertinggi dan cari penyelesaiannya," ujarnya.

Semalam, media melaporkan Naib Ketua  Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar telah memberi tempoh lima hari kepada Karpal untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berhasrat untuk menghapuskan parti politik berasaskan keagamaan.

Raja Ahmad dalam satu kenyataannya yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia menyebut, barisan pemimpin DAP sepatutnya meminta Karpal memohon maaf kepada Pas atas kenyataan kontroversi bertarikh 5 November itu.

Katanya, beliau memperolehi rakaman sidang media Karpal bertarikh 5 November, yang didakwanya berbeza daripada penjelasan oleh pengerusi DAP berkenaan.

“Kami menuntut kepimpinan DAP meminta Karpal maaf kepada Pas dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

“Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti diasaskan kepada pertimbangan keagamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau akan melihat kenyataan terbaru Karpal mengenai perkara itu setelah menerima gesaan sayap parti.

Katanya gesaan Pemuda Pas terhadap Karpal dengan memberi tempoh lima hari itu juga turut mewakili Pas Pusat.

"Saya nak tengok selepas ini apa pula kata Karpal.

"Selepas itu baru saya akan jawab sendiri isu itu

"Itu Pas Pusat gesa pun, mereka wakil kita (Pas Pusat) juga," katanya.

Harun: Saya sedih, kecewa

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berpendapat, resolusi Multaqa Ulama Pas yang berlangsung di Kedah sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara Pas atas dasar Islam.

Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada parti dan ahli kerana Pas sejak awal ditubuhkan oleh ulama yang melibatkan profesional.

"Apa yang berlaku adalah luahan perasaan untuk memelihara Pas, saya rasa tidak jadi apa-apa masalah semua ahli parti terbuka, " katanya.

Dalam pada itu, Harun juga berkata serangan yang berlaku adalah perkara yang menyedihkan.

Bagaimanapun, beliau berkata perasaan itu tidak akan melemahkan Dewan Ulama Pas untuk meneruskan kajian kerjasama politik tersebut untuk kebaikan parti itu.

"Saya rasa sedih hati, kecewa, tapi perasaan itu tidak akan lemahkan kita.

"Saya akan teruskan tugas kita itu untuk menyemak.

"Tahaaluf Siyaasi ini kita akan semak bukan kita nak pecahkan atau putuskan hubungan dengan rakan, tapi kita nak tengok ada keuntungan kepada Pas," jelasnya lagi di hadapan kira-kira 600 perwakilan Dewan Ulama di Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-52 sebentar tadi.

"Tuhan Harun" kena tangkap

Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu.

Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang  anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata,  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.

“Saya tidak mengesyaki sebarang yang mencurigakan kerana perwatakan lelaki itu kelihatan biasa dengan mana-mana individu yang bertanya rumah sewa sebelum ini.

“Saya memberikan nombor telefon pemilik rumah itu yang merupakan seorang guru dan dimaklumkan lelaki itu sewa rumah tersebut sebanyak RM700 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Roslan berkata, sebelum ini rumah itu dijadikan  inap desa dan Harun adalah penyewa ketiga selepas pensyarah kolej matrikulasi berpindah kerja ke tempat lain.

Katanya, Harun berambut sedikit panjang tidak mesra dengan jiran dan penduduk di kawasan itu.  Lelaki itu  juga akan mengelak daripada bertemu jiran dengan masuk ke dalam rumah  apabila terserempak dengan mana-mana jiran di luar rumah.

“Saya pernah ke rumah dia untuk berkenalan dan mendekatinya  sebagai jiran baru, tetapi rumahnya sentiasa kosong setiap hujung minggu.

“Minggu lalu, dia ada hubungi saya minta pertolongan untuk mencari mekanik kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex rosak, tetapi beberapa hari kemudian dia memandu kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV),” katanya.

Katanya lagi, kira-kira jam 3 petang dia melihat kereta Hundai Starex Harun berada di hadapan pintu masuk taman tersebut dan tidak lama kemudian menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan banyak kenderaan polis berada di rumah jirannya itu.

Roslan berkata, rumah berkenaan terletak tiga unit daripada rumahnya dan terkejut apabila mengetahui jirannya itu adalah suspek yang diburu pihak polis sebelum ini.

“Kelibat Harun tidak pernah dilihat sejak keluarga itu menyewa rumah berkenaan sehinggalah kes penangkapannya hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu di Kuantan Ketua Polis Pahang, Datuk Shariffuddin Abdul Ghani mengesahkan Harun ditangkap di Bandar Baru Tangkak, hari ini.

Rabu minggu lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun, selepas gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya semalam.

Dia yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Shafie kekal pendakwa untuk kes liwat II

Liwat II: Shafie kekal ketuai pendakwaan
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat.
 
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan keputusan itu.
 
Melalui laman mikro Twitternya, Anwar berkata, “Mahkamah Persekutuan: Seperti dijangka mengekalkan perlantikn ShafieAbdullah (yang selama ini dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).
 
Ogos lalu, pasukan peguam yang mewakili Anwar memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.
 
Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

Siti Nurhaliza nak cabar Khairy


SUKAN, khususnya bola sepak bukan bidang kegemaran penyanyi diva, Siti Nurhaliza berbanding minat semula jadinya pada nyanyian. Bagaimanapun berbanding dengan Siti, Khairy Jamaluddin atau KJ, tokoh muda yang dipilih semula menjadi Ketua Pemuda Umno baru-baru ini meminati sukan bola sepak. Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai portfolio sukan, ia bukanlah perkara baru jika minat itu menjadi satu profesion pula.

Dalam setahun boleh dibilang dengan jari siti dan suaminya Datuk K, hadir dalam pertandingan bola sepak. Justeru bagi orang ramai komen Siti mengenai KJ bukannya komen mengenai prestasi sukan bola sepak yang menjadi bahan kritik rakyat sejak kebelakangan ini. Ia bagaimanapun menjurus kepada usahanya membela Presiden FAM Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang.

Selain sebagai anak jati Pahang, Siti juga memperoleh anugerah yang membawa gelaran “Datuk” daripada baginda. Siti dilihat melihat kritikan terhadap FAM seolah-olah kritikan peribadi terhadap kepimpinan Tuanku sebagai Presiden FAM. Ia harus dibela bagi memperlihatkan kasih dan sayangnya tertumpah kepada duli tuanku.

Ironinya kita lihat ada elemen double standard dalam memperkatakan sikap Siti dalam banyak hal. Apabila PM Najib Razak dikritik seperti dalam isu Altantuya dan submarine scorpion, Siti tidak tampil mempertahankan Najib. Sedangkan Siti sedar, Najib juga seperti Tuanku, anak jati Pahang.

 Siti memilih mengkritik KJ. Kalau ikutkan Siti bukanlah duta FAM, malah badan sukan itu tidak memerlukan sokongan Siti dalam usaha pertahankan diri daripada dikritik.

Kalau bahasa perundangan Siti dilihat tidak ada loci standi. Kalau sebagai duta produk sekalipun, ia bercakap tentang produk bukan aspek negatif. Adalah malang, Siti dengan tidak faham konflik dan sejarah yang mencetuskan kontroversi cuba menjadi juara dengan menganggap kritikan KJ biadab. Siti mungkin terlupa sebagai menteri, KJ bertanggungjawab mengenai sukan termasuk FAM dan bola sepak.

Malaysia pernah menjadi gergasi bola sepak Asia tapi itu dulu. Tetapi sekarang mutu bola sepak di Malaysia jatuh merosot seolah-olah para pemain kita dan jawatankuasa FAM baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Siti kena terima hakikat mengkritik FAM tidak bererti mengkritik Sultan Pahang. Tuanku dan FAM adalah dua entiti berlainan. Tidak ada siapa menganggap prestasi bola sepak kita merosot kerana faktor Tuanku. Siti atau sesiapa saja harus pisahkan antara dua entiti ini apabila mereka memberi pendapat dalam sukan bola sepak ataupun FAM.

Terlanjur kita bercakap pasal mutu sukan ini kebelakangan ini, kita ingin menambah bahawa dari segi pentadbiran, FAM jauh lebih baik dari persatuan sukan yang lain. Setengah persatuan sukan bukan saja gagal melahirkan jaguh-jaguh dalam bidang tertentu, tetapi lebih menyedihkan rebutan kuasa berlaku sehingga berlaku saman menyaman dan sebagainya.

Dari segi organisasi, Tuanku Sultan menjadikan FAM sebuah persatuan elit yang dihormati bukan saja kalangan kita, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. Malang atas padang kegemilangan FAM gagal diterjemahkan dalam bentuk keputusan pertandingan. Para pemain kita masih jauh dari kualiti sebenar. Tak malu kalau kita katakan jika kerajaan import Alex Ferguson untuk membantu mengurus pasukan kebangsaan pun mutunya tetap tidak berubah. Dan akhirnya Alex pulang semula ke negara asal dengan 1,001 macam kekecewaan.

Bola sepak Malaysia memerlukan satu keajaiban untuk pulih daripada demam kejuaraan bertaraf antarabangsa seperti zaman supermokh atau Namat Abdullah. Malaysia boleh jadi kuasa baru bola sepak jika kita lebih berani dan bersifat praktikal. Ia sama seperti kata orang sekarang, berfikir di luar padang.

Justeru bagi saya apa yang KJ lakukan ialah membawa pandangan rakyat ke pengetahuan FAM. Sebelum ini KJ membuktikan keupayaan mengasaskan MyTeam tanpa FAM. KJ ada kebolehan yang mahu ditunjukkan kepada FAM.

Sebagai peminat bola sepak kita melihat apa yang KJ lakukan berniat baik dalam mengembalikan mutu sukan ini melalui kaedah tidak konvensional. Kita tidak hairan jika anjuran KJ tidak disenangi jawatankuasa FAM tetapi inilah yang membezakan antara kritikan dan memberi pandangan.

Elok sekiranya Siti fokus saja bidang nyanyian, tinggalkan sahaja bidang sukan dan bola sepak kepada ahli-ahlinya.