Halaman

Jumaat, 13 Disember 2013

Cadangan tubuh 'polis syariah' diperhalusi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi.

Terdahulu dalam program itu, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan Jakim untuk membendung penularan ajaran sesat, namun ini perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dulu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang bahaya sikap taksub terhadap seseorang pemimpin kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan tidak wajar.

Beliau turut menyentuh tentang penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) bulan lepas.

"Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu Jakim dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya," tambahnya. - Bernama

PKR desak kerajaan beku kenaikan tambang

PKR mendesak kerajaan BN membekukan sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam melibatkan LRT, monorel seperti yang heboh diperkatakan - sehingga 2017.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pelbagai kenaikan sama ada harga barangan mahupun perkhidmatan ini akhirnya membuktikan amaran yang diberikan pihaknya selama ini benar.

"Saya pernah memberi amaran bahawa BN merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

"BN tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihan raya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Pada Rabu lalu, heboh diperkatakan tambang monorel dan LRT akan dinaikkan Januari tahun depan setelah sekian lama tambang pengangkutan itu tidak dikaji semula.

Dakwa Rafizi, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan itu, perancangan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sudah dibuat.

"Malah sejak 2009, Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali. Ini melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

"Kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana BN takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13," katanya.

Lebih malang ujar Rafizi, apabila kenaikan harga ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain.

Tegasnya, jika kerajaan mahu menafikan kenaikan-kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini sudah dirancang, sebuah akujanji kepada rakyat mesti dibuat.

"Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini," ujarnya.

Air oh Air

Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Selangor & KL 17 Disember

Gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad).

Sediakan tempayan untuk tadah air..............

Isu gaji Adun Selangor akan diselesai

Kerajaan Negeri Selangor bakal menamatkan kontroversi kenaikan gaji Adun pada awal Januari 2014.

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau belum mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan seluruh pimpinan PR dan menjangkakan isu ini bakal diselesaikan menjelang Januari.

“Ya, saya selaraskan gaji sederhana tetapi bukanlah dalam kadar segera kerana kita perlu selesaikan banyak lagi perkara.

“Bagaimanapun persidangan Dun Selangor telah meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Adun berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau turut berkata, tangga gaji sesuai yang bakal dibincangkan kelak masih belum boleh dijangkakan.

“Rakyat dan sesiapa saja boleh memberi pandangan tetapi gaji yang sesuai bakal kita putuskan nanti.

“Lagipun kenaikan gaji Adun Selangor yang baharu ini bukanlah gaji terbaik dalam negara sekiranya dibandingkan dengan Dun Sarawak. Mereka menerima 30 peratus kenaikan lebih daripada Selangor,” katanya.

Sebelum ini, beliau ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, Mesyuarat Exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan barisan Exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Bagaimanapun kenaikan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Kumpulan Penyokong Kelab Kerajaan (BBC) Selangor, Azmin Ali dan pemimpin BN yang menyifatkan kenaikan gaji itu tidak munasabah.

Masing-masing mengusulkan supaya kenaikan itu dikaji semula.

Jangan Sampai Rakyat Membenci Kerajaan



Sejak kebelakangan ini rakyat selalu diberikan "kejutan" ataupun "suprise" oleh kerajaan...
Tak cukup dengan kenaikan harga petrol, disusuli dengan kenaikan tarif elektrik,kemudian cukai pintu dan yang terbaru kenaikan tambang LRT dan monorel...

Sampai bila rakyat hendak bersabar dengan kerenah kerajaan???????Kerajaan Barisan Nasional perlu melakukan sesuatu kalau tak nak rakyat terus menerus membenci dan meluat dengan segala kenaikan ini..

Jangan sampai amarah rakyat ini akhirnya memberi kesusahan kepada kerajaan..Mana janj-janji BN dulu yang mahu  mengutamakan rakyat?????????

Sarang tebuan jangan dijolok,kalau dijolok buruk padahnya..

Renung-renungkanlah..........

Kenaikan tambang LRT, monorel bebankan pengguna

Belum pun reda dengan isu kenaikan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa 1 Januari ini, pengguna bakal dibebankan pula dengan kenaikan  harga tambang transit aliran ringan (LRT) dan monorel.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bahawa kenaikan itu tidak membebankan pengguna adalah sangat janggal.

Beliau berkata, rakyat khususnya di Kuala Lumpur sudah tentu menerima impak akibat kenaikan tambang LRT dan monorel itu kerana selain kenaikan tarif elektrik, mereka juga bakal berhadapan dengan kenaikan cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Oleh yang demikian, saya mendesak agar Kabinet memikirkan secara mendalam bebanan yang dipikul oleh rakyat apabila ada kenaikan seperti ini. Saya mohon agar tidak ada lagi berita buruk kepada warga Kuala Lumpur terhadap apa sahaja yang melibatkan kos hidup mereka," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Hamid Albar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan dilakukan.

Ketika ini tambang LRT berkadar antara 70 sen ke RM5.90.

Mohd Razlan berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan sepatutnya menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan LRT dan monorel dengan harga tambang yang rendah memandangkan sistem trafik yang seringkali sesak di kawasan Kuala Lumpur.

"Seharusnya ada formula lebih baik menggalakan rakyat khsususnya warga Kuala Lumpur untuk menggunakan LRT dan monorel. Oleh itu, kami desak untuk tangguh atau lupakan sebentar kenaikan tambang ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, nampak seakan-akan ada 'perlumbaan' di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) menaikkan harga perkhidamatan tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mengalakkan rakyat menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang LRT dan monorel sahaja akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi malah boleh menyebabkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) goyah.

"Adakah cadangan ini mahu menguji kesetiaan rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN  pada PRU13 yang lalu? Justeru, Pemuda Umno mendesak kerajaan menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan kepada rakyat khususnya warga kota yang berpendapatan sederhana," katanya.

Ketua Pemuda Umno Titiwangsa itu berkata, SPAD sepatutnya meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam itu untuk memberi keselesaan kepada pengguna daripada memikirkan keuntungan dengan menaikkan tambang semata-mata.


Jangan terus menerus membebankan rakyat..Jangan sampai amarah rakyat terhadap kerajaan tidak dapat dibendung lagi..Buruk padahnya.....

Lawaskan Kencing

1. Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, mudah sahaja cara untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.
2. Jika anda menghadapi kencing tak lawas tentu amat menyeksakan. Untuk menghilangkan sakit itu anda hanya perlu merebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. InsyaAllah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.
3. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir. Tapi kalau emak atau isteri anda yang selalu masak nasi, pesanlah kat mereka supaya menyimpannya. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda tu sembuh.


Petua Melawaskan Kencing Dan Cara Pencegahan 2 Petua Melawaskan Kencing Dan Cara Pencegahan

SPA, Utamakan 45,000 Penjawat Awam Berstatus Kontrak Diserap Ke Jawatan Tetap - Cuepacs

CUEPACS meminta SPA mengutamakan 45,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkhidmat lima hingga 10 tahun diserap ke jawatan tetap.

Adakah permintaan ini akan dilayan oleh Perdana Menteri kita.........??? 

Tunggu dan lihat sahaja...........

Dihalau macam anjing oleh Dap

1.Penduduk melayu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang telah mengundi DAP Parlimen Bukit Bendera telah menerima notis akan dirobohkan semua rumah di kampung mereka dan tiada pampasan akan diberikan. Penduduk melayu Kampung Mutiara, Bukit Ferringhi yang telah duduk sejak 60 tahun dulu telah tidak dapat duduk lagi buat selama lamanya. Slogan yg selalu melayu Batu Ferringhi laungkan adalah:
"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Sehingga ramai penduduk melayu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang telah mengundi DAP berasa makan hati, menangis dan terkejut atas notis tanpa yang diarahkan oleh exco-exco DAP Pulau Pinang. Begitulah keadaan penduduk Melayu Batu Ferringhi yang telah memilih DAP sebagai wakil rakyat mereka akhirnya memakan diri.

2.Penduduk melayu Batu Ferringhi sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Batu Ferringhi sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kelapan tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

3.Kira-kira 90 keluarga Melayu di Kampung Mutiara dilema kerana diarah keluar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Penduduk Melayu, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu. Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah di perkampungan lain dan merempat dalam masa terdekat luahan Melayu Batu Ferringhi yang mengundi DAP pada PRU13 yang lalu.

4.“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang sudah 60 tahun saya duduk sekarang akan diambil oleh orang cina hasil kerajaan negeri Pulau Pinang jual kepada pemaju cina. Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menghadiahkan kami tapak badminton" -kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU13 lalu.

5.Bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, dia mahu kerajaan negeri sediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan "Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti". Abdul Rahim Hamid selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera telah berkata "mana kami mampu beli rumah disini, harganya semua dalam RM1.5 juta, dulu DAP kata akan tolong nasib kami. Gerakan walau parti cina pun, tak la sekejam macam ni. Saya rasa tertipu dengan slogan ini kalilah!" -katanya sambil teresak esak menangis kepada wartawan Sinar Harian.

6.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata "tidak sangka kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012 kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP". Jamaludin Hashim merupakan individu yang paling kuat memujuk semua orang Melayu di Batu Ferringhi untuk mengundi DAP. Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan merobohkan kampung kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sekejam ini katanya kepada wartawan Sinar Harian.

7.“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju cina kerana DAP hanya berkata jangan risau kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak bermakna lagi"

8.Batu Ferringhi terletak dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera dimana 4 kampung Melayu antara penyokong kuat DAP kerana diberikan tapak badminton setiap satu kampung iaitu di Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Sekarang Kampung Mutiara adalah kampung Melayu pertama dalam kawasan Batu Ferringhi dibawah Bukit Bendera yang akan dirobohkan oleh kerajaan Negeri hasil persetujuan wakil rakyat DAP Bukit Bendera.

9.PAS selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendesak DAP Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini. Tetapi kerajaan negeri DAP berkata "PAS diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu sudah setuju dengan dasar dan cara kerajaan negeri Pulau Pinang uruskan jika DAP menang, jadi jangan cuba melawan kami selaku kerajaan disini"

10.“Kita orang PAS bukan membantah untuk dirobohkan Kampung Mutiara itu kami mahu penduduk Melayu dapat pampasan yang sewajarnya, jika ada rumah ganti rumah perlu mempunyai keluasan dari 500 hingga 600 kaki persegi. Tetapi ini tidak ada langsung! Apa guna kami perjanjian tahaluf siyasi kami?" kata PAS selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang kecewa.

Bukti Kampung Mutiara, Batu Ferringhi akan dirobohkan tanpa pampasan:
http://www.sinarharian.com.my/90-keluarga-diarah-keluar-1.225690

Bukti pada 2012 penduduk Batu Ferringhi gembira DAP hadiahkan tapak badminton:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/fokus-tanjung-jkkk-yakin-pr-menang-1.66843

Jurutera Profesional Selar Tindakan Keyboard Warrior Lantang Kritik Proton

Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu 

“Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”


Semuanya tak kena,memang sikap manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..Macam manalah nak maju kalau ada mentaliti tahap "zero" macam ni????????????

Mangsa Banjir Dapat RM500




 Wang bantuan RM500 kepada penduduk terjejas banjir dijangka mula diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya menunggu senarai lengkap mangsa daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


Jika JKM bagi senarai itu Isnin (16 Disember), pada Khamis kita boleh mula agihkan kepada penerima. Apa yang penting, penduduk terbabit banjir minggu lalu dan belum mendaftar, sila berbuat demikian segera supaya tiada yang tercicir daripada mendapat bantuan, katanya. 



Shahidan berkata demikian selepas mengiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Kenal pasti jumlah mangsa 

Sementara itu, Rohani berkata, JKM sedang mengemas kini data mangsa banjir bagi mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang layak menerima bantuan, sekali gus mengelak pertindihan dan pelbagai masalah lain. 

Kita kena tengok betul-betul perkara ini sebab dalam sebuah rumah tidak semestinya ada satu keluarga saja, katanya. 
Di Johor Bahru, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi, berkata kerajaan negeri akan membantu membaik pulih kediaman mangsa banjir yang rosak teruk dan kini dalam proses menilai jumlah kerugian ditanggung mangsa. 

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan peruntukan sewajarnya bagi menjayakan usaha ini. Kita bercadang menyalurkan bantuan tunai kepada mangsa selain yang disumbangkan Kerajaan Pusat, katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Smart Growth, semalam.

JPJ laksana MyLesen April depan

Orang ramai boleh mendapatkan lesen memandu dengan kos lebih murah dan cara mudah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan program MyLesen, mulai April depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad, berkata JPN memperkenalkan program itu selepas mendapati lebih 3.5 juta pengguna jalan raya di negara ini, tidak memilik lesen memandu yang sah.

MyLesen adalah kesinambungan kepada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang sedang dilaksanakan JPJ bagi membolehkan pemandu berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen memandu dengan cara lebih mudah. 


Untuk tujuan itu, Ismail berkata JPJ sudah mengadakan perbincangan dengan semua sekolah memandu bagi membolehkan program MyLesen dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan. 

Tetap harga maksimum 

Kita harap hasil perbincangan ini dapat menetapkan harga maksimum bagi urusan mendapatkan lesen memandu untuk motosikal hanya RM198, berbanding lebih RM300 ketika ini. 

Menerusi program ini, individu yang gagal melepasi ujian bahagian pertama beberapa kali dengan menggunakan komputer boleh mengambil semulanya secara bertulis, sekali gus memudahkan calon kurang mahir dalam teknologi maklumat, katanya selepas majlis penutup Program SKSJ di sini, semalam. 
Sementara itu, Ismail berkata, JPJ akan meneruskan program SKSJ berikutan sambutan menggalakkan masyarakat terutama mereka berusia 45 tahun ke atas yang belum memiliki lesen memandu. 

Kita akan berbincang untuk memperkasakan SKSJ dan mungkin akan laksanakan empat kali setahun berbanding tiga kali sekarang, katanya.


Apa lagi,rebutlah peluang yang ada ....

Harga tambang LRT

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar membayangkan kenaikan Harga tambang LRT melalui Statement Beliau?!

Nampak seakan-akan akan perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan Harga perkhidamatan tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima Rakyat khususnya di kawasan bandar ini. Tolonglah Jangan buat kerja tanpa berfikir berkali-kali dengan otak! 

KERAJAAN sebelum ini telah mengalakkan Rakyat khususnya Warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan jerat untuk pengguna khususnya Warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos Sara Hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan Rakyat yang telah memberikan kemenangan Kepada BN Dalam pilihanraya umum ke13 yang lalu?

SPAD seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yg rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang.

Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Akhir Februari Depan



 Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini, Khamis.

Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.

Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.

Melayu Pulau Pinang Ditindas



Penduduk melayu Batu Ferringhi sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Batu Ferringhi sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kelapan tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

Adakah rakan-rakan sekalian yang berkaum Melayu akan sedar setelah berkali-kali ditindas?

1 juta alami gangguan air

Kira-kira satu juta pengguna air di kawasan Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 13 jam bermula jam 8 pagi, Selasa ini.

Gangguan itu adalah berpunca daripada pemberhentian operasi sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) di bawah kendalian Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) membabitkan 217,694 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). 

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata pihaknya menerima permohonan dari PNSB bagi melaksana kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama di loji berkenaan. 


Permintaan air meningkat

Antara komponen kerja yang akan dilaksana termasuk menaik taraf papan suis bagi alat ubah (transformer) nombor 1 di muka sauk, pembaikan paip keluli, dan penggantian Sluice Valve di Rumah Pam Air Bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar.

SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rizab kapasiti bekalan air daripada 34 loji sedia ada sudah menyusut ke tahap kurang daripada satu peratus sekali gus menyebabkan tiada lagi bekalan air alternatif ketika waktu kecemasan, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Sehubungan itu, SYABAS akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning ketika loji berkenaan tidak beroperasi. 
Priscilla berkata, pemulihan bekalan air secara berperingkat dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama sehingga 22 Disember.

Beri notis awal

Susulan gangguan bekalan ini sudah diberikan notis awal, pihak SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang tempoh gangguan kecuali kepada pengguna kritikal di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS menyediakan 66 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya di kawasan yang masih belum menerima bekalan air selepas tempoh 24 jam namun tertakluk kepada kapasiti kemudahan sedia ada SYABAS, katanya.

Pengguna di kawasan berkenaan dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu.

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL(jarak)aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Maklumat lanjut mengenai lokasi terjejas bekalan air berkenaan, layari www.syabas.com.my

'Saya Bukan Robin Hood', - Tegas Menteri Besar Terengganu

"Perbuatan 'Robin Hood' merompak untuk membantu orang miskin tetap salah walaupun niatnya murni. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar, jadi tak perlulah umpamakan saya seperti Robin Hood."



Macam-macamlah...Bila di bantu di cop macam-maca..Ada ke patut!!!!