Halaman

Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Pas Baru Sedar Ke???

kartun-hudud-dap-pas-pakatan-rakyat

Persoalannya, adakah PAS baru sedar perlunya penguasaan di peringkat Pusat selain wujud kekangan dalam Perlembagaan yang memerlukan pindaan sekiranya mahu melaksanakan hukum hudud?

Tentu sekali tidak, kerana alasan sebegini sudah lebih dua dekad kita mendengarnya semenjak kegagalan PAS di Kelantan. Maksudnya, PAS sudah lama sedar batasan kemampuannya tapi terus juga berjanji dan bercakap mengenainya kerana mahu meraih perhatian buat mengumpan undi demi kepentingan politik.

Sebab itu asal sahaja menjelang pilihan raya PAS akan sibuk memperkatakannya, demikian juga bila makin dekat pemilihan parti pun mereka semakin bersemangat mengungkitnya. Tapi kuasa yang ada cuma di peringkat negeri namun bila berjanji seolah-olah memiliki kuasa di peringkat Pusat.
Bila gagal disebabkan tiada kemampuan, mereka mencari jalan mudah menyalahkan orang lain walau hakikatnya yang sibuk menabur janji adalah mereka sendiri. Itulah wajah sebenar PAS, tidak pernah belajar ukur baju di badan sendiri sebab itu mudah baginya menabur janji terutama bagi meraih undi.

Janji Tinggal Janji



Biasanya HUDUD kedengaran masa nak pilihanraya sahaja .Tapi apabila Brunei mengumumkan untuk melaksanakan HUDUD,memberi tamparan hebat pada Pas yang selama ini menjadikan HUDUD sebagai modal untuk meraih undi.


Selama ini Pas hanya menuding jari kepada Umno setiap kali ditanya bila nak laksana HUDUD??Pas menyalahkan Umno.
Bertambah parah lagi bila Hakim Syarie Kelantan sendiri sudah bersedia dan hanya menunggu lampu hijau daripada kerajaan Pas sahaja.


23 tahun Pas memerintah Kelantan rakyat Kelantan mula celik yang Hudud hanya dijadikan modal untuk meraih undi oleh Pas.
Kalau betul-betul serius ,dah lama HUDUD ini dilaksanakan.Bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja.



















Sampai bila nak berdalih Pas??



Dah janji,kena tunaikan Pas..

Pas:Nak buat mahkamah khas





 Untuk melaksanakan undang-undang hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
   
Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaannya akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu meneliti pelbagai perkara terutama berkaitan aspek perundangan bagi mengelakkan pertembungan.
   
Beliau juga berkata, setakat ini perkara itu sudah dibincangkan sebanyak empat kali oleh jawatankuasa teknikal.
   
"...mungkin dalam  bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta  pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan hudud," katanya.
  
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kota Baharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini hari ini.
   
Rabu lepas, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilapor berkata, Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan negeri pimpinan Pas itu mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
   
Ini kerana kata Daud segala prasarana berkaitan pelaksanaan hudud sudah lengkap termasuk hakim untuk mengendalikan kes. 


Boleh ke camtue???

PAS YG ADA RAKAN YG RAMAI DI PARLIMEN MAMPU BUKTIKAN MEREKA SEKATA DLM HAL HUDUD PAS DAN PR BOLEH BAWA USUL PINDA PERLEMBAGAAN

Tan Sri Annuar Musa

Dalam soal HUDUD jangan sesiapa cuba buat seperti main bola..nak passing long ball dan short passes..BAGI UMAT ISLAM KITA WAJIB USAHAKAN PELAKSANAANNYA "SEDAYA MUNGKIN"dan"SETAKAT MANA TERMAMPU"...dan ianya mesti sama kita pastikan KESIAPSIAGAAN pelaksanaannya supaya bertepatan dengan kehendak Allah SWT..Dalam konteks KELANTAN saya fikir ia sudah terlalu lama digembar gembur secara politik TETAPI sedikit sekali usaha konkrit yg di buat..Justeru kita Amat gembira bila mendengar KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN mengumumkan Kelantan sudah siap utk laksanakan..KITA HARAP SEMUA PIHAK TERUTAMA UMAT ISLAM HARUS BEKERJASAMA ATAS DASAR AGAMA...bukan semata mata Parti...Ada yg secara lucu bercakap soal jambatan atau penghubung..itu tanda masih tidak memahami isu sebenar atau manifestasi PERCUBAAN MENCARI ALASAN DAN MELETAK SALAH PD ORANG LAIN...cara begini biasanya berkesudahan dgn tuduh menuduh secara POLITIK yg membawa kpd kerja sebenar akhirnya dilupakan...AKHIR AKHIR INI SEMAKIN BYK CARA BEGINI DI AMALKAN OLEH SESETENGAH PIHAK TERTENTU....

Petikan Facebook Tan Sri Annuar Musa 

Banyak yang nak komen TAPI basic pun tak tau..basic bahasa..basic adat..basic undang2..basic agama..semua tak Ada..YANG ADA HANYA SEMANGAT PUAK DAN PARTI dan pandai cakap semata-mata..

Siapa harus laksanakan HUDUD??






Tunggu apa kata kerajaan pusat...

Isnin, 25 November 2013

PAS ketepi bantahan DAP

 PAS tetap meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan DAP. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata hukum hudud adalah perjuangan parti itu sejak sekian lama dan tidak menjadi halangan dilaksanakan berikutan tidak termaktub dalam perjanjian bersama pakatan pembangkang. 


Pengerusi DAP, Karpal Singh, semalam merayu PAS tidak meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang Islam itu di Kelantan. 

Karpal berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai hak melaksanakan hudud di negeri itu kerana hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa menggubal undang-undang berkenan


Pas jangan haraplah yang Dap nak bagi muka kat diorang untuk laksanakan hudud.Janji Dap hanya boleh "dicapati" bukan ditepati.

Selasa, 19 November 2013

Sultan dah bagi perkenan,apa tunggu lagi??


Sultan Kelantan sudah memberi perkenan baginda dan tempoh pemerintahan PAS di Kelantan berterusan selama 23 tahun (28 tahun pada 2018). 

Lagipun, PAS berkuasa majoriti dalam DUN dan prasarana juga cukup. Dalam manifesto dan ceramah pilihan raya, pemimpin PAS masih menjaja isu ini. 

Menjelang PRU-13, PAS Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal (entah untuk kali ke berapa) bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud yang dipengerusikan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, kini Timbalan Menteri Besar.

Namun, jawatankuasa ini tidak pernah dilaporkan bermesyuarat. PAS juga menambat hati pengundi Melayu-Islam Kedah dengan menjanjikan pelaksanaan hukum hudud jika menang dalam PRU-13. 

Apabila PAS menang, Menteri Besar (Allahyarham) Tan Sri Azizan Abdul Razak memberi alasan pentadbirannya akan melaksanakan hukum hudud di Kedah selepas Kelantan.

Sebenarnya bukan pasal Dr Mahathir, perkenan Sultan atau sekatan Perlembagaan. Hakikatnya ialah PAS takutkan DAP. Karpal pernah memberi amaran untuk langkah mayatnya jika PAS mahu melaksanakan hudud. 


Karpal kini berusia 73 tahun. PAS mungkin mahu tunggu Karpal benar-benar mati untuk merealisasi matlamat parti. Tapi percayalah, andainya Karpal meninggal dunia, masih ada ‘karpal’ lain dalam DAP yang akan tetap membantah hasrat PAS. Maknanya, selagi PAS bersama DAP dalam pakatan politik, selama itulah ia terpaksa menggigit jari.

Apa sudah jadi Hudud Pas bukan Hudud Islam??

hudud-pas
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

 Ini bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

Mengapa Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sanggup bermain dengan hukum Allah SWT.Tidakkah mereka takut dilaknat oleh Allah SWT.?? Jangan hanya nak mengejar kuasa di dunia sehingga sanggup menggadai maruah agama dan Islam.Pas harus kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.


Hudud di Kelantan sahaja??

Salahuddin Ayub

"Kelantan akan menjadi "permulaan" bagi Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri bawah naungan PR yang lain, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub."

Jika Kelantan berjaya melaksanakan hudud, maka wajar Pas mencadangkan undang-undang itu diperkenalkan di negeri PR yang lain.

Masalahnya adakah Dap dan Keadilan setuju Hudud dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka.??Dap nak ke??

Adakah Pulau Pinang yang ditadbir oleh Dap akan melaksanakan hudud?? Adakah Pas bermimpi di siang hari??

Pas tak boleh laksanakan hudud sendirian

Tak mampu laksana hudud tanpa kerjasama Pusat


Lihat sahajalah akhbar Sinar Harian 19 Nov 2013.
"Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun mengakui kesungguhan Pas Kelantan dalam pelaksanaan hukuman syariah itu, namun pelaksanaannya mungkin dapat dilakukan sebahagian sahaja.

Ini sebab katanya, Pusat masih tidak memberi sebarang reaksi untuk memberi kerjasama dengan Pas dalam merealisasikan hudud di Kelantan sedangkan sesetengah undang-undang itu berada di bawah bidang kuasa Pusat.
"

Rasanya dalam Pas lagi ramai "cerdik pandai".tidaklah mereka terfikir hubung kait kerajaan negeri dan kerajaan pusat??
 
Pas ni suka sangat lah berdrama.........Apa pun tak boleh..:)

Hudud: Perlu pinda Perlembagaan dulu.

Kalau perlembagaan tidak dipinda, bagaimana hendak laksana (hukum hudud) di negeri-negeri yang tidak ada kuasa bagi menyelaraskan perkara itu?

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri itu.

Nampak macam mudah nak laksanakan hudud,tapi banyak faktor yang perlu diambil kira.Memang sebagai umat Islam saya tak menolak hudud tapi setiap benda yang hendak dibuat perlu diambil kira baik buruknya untuk semua rakyat kerana di Malaysia ini ada rakyat berbilang kaum dan agama.

Hudud oh Hudud

 Majlis Fatwa Kebangsaan sedia menyeragamkan pelaksanaan hukum dan fatwa secara holistik di seluruh negara bagi memudahkan penguatkuasaan diambil terhadap kes yang berkaitan. 


Mengikut undang-undang, fatwa dikeluarkan pada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah hak negeri. Mereka ada kuasa mutlak dan perlu mematuhi enakmen yang berkuatkuasa di negeri masing-masing” Abdul Shukor Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

340 fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.Tetapi secara peribadi, beliau berpendapat hanya satu dua negeri tidak melaksana atau mewartakan fatwa yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jumaat, 15 November 2013

Pesanan untuk Pas dari Ustaz Kasim

Jangan mainkan isu HUDUD untuk meraih undi simpati dari rakyat.
Macam kata Ustaz,ni bukan lagu raya,bila nak dekat-dekat raya baru main,sama juga yang dilakukan oleh Pas ,bila nak pilihanraya sahaja mainkan isu HUDUD..


Ustaz Kazim Elias minta PAS hentikan isu Hudud. Kedah, Kelantan, Selangor

Isnin, 29 April 2013

Hudud: MCA hails DAP man for speaking the truth


JOHOR BARU (April 28, 2013): Johor DAP deputy chief Norman Fernandez's call on Saturday to non-Malays not to vote for PAS which is hell bent on creating an Islamic state, has drawn mixed reactions from both sides of the divide.
Fernandez, in a blog posting at syedsoutsidethebox.blogspot.com, had said that as a non-Muslim, he will not be voting for PAS.
"PAS's insistence and open pronouncement of its unilateral stand will once again come to haunt PAS and non-Muslims, now knowing of PAS's agenda, must decide if they want to gamble and risk their future with PAS," he wrote.
"PAS has made the implementation of hudud as its holy grail. Despite assuring non-muslims that hudud will not be applicable to non-Muslims, PAS leaders such as Datuk Hadi Awang has obviously forgotten that he is on record stating that non-Muslims will also be subjected to hudud," Fernandez added.
The MCA immediately declared itself vindicated as it claims Fernandez's statement proves that "a vote for DAP, is a vote for PAS".
MCA president Datuk Seri Chua Soi Lek publicly congratulated Fernandez for his bravery in speaking out the truth.
"He upholds justice and supports what has been said all this while by MCA, which is that non-Muslims have to be careful before voting for PAS," Chua told a press conference today.
Chua said Fernandez had pointed out that DAP and PAS are close allies, and that the latter will not so easily give up its "mission" to implement hudud.
"Coming from a senior DAP leader... It carries a lot of weight. (This means) that a vote for DAP is a vote for PAS," he said, hitting the table for emphasis.
Chua said people have accused the MCA of 'spinning' the hudud issue, but now with Fernandez's statements, he hopes the Chinese community will "open its eyes".
He also challenged DAP to sack Fernandez if what he had written is untrue.
On Saturday, PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali reiterated the party's determination on the issue, saying it will not waver from its "Islamic state" agenda and implementation of hudud law.
He stressed, however, that hudud is only PAS's agenda and not that of the Pakatan Rakyat, adding that its implementation is not automatic if the coalition becomes the federal government.
In an immediate response, Johor DAP chief Dr Boo Cheng Hau chided Fernandez for his article, which was described as "ill-timed".
"He should be careful when issuing such statements at this time as it will cause confusion," Boo told a press conference this morning, but declined to elaborate further.
In Penang, DAP secretary-general Lim Guan Eng said the party will leave it to the Johor DAP leadership to decide on the next course of action in dealing with Fernandez.
"This is his own view and is not that of the party," said Lim.
He urged the public to continue supporting Pakatan Rakyat in the general election.
"If you see PAS (logo), vote for PAS, if DAP, vote for DAP, if PKR vote for PKR," Lim said.
PAS vice-president Salahuddin Ayub also dismissed the statement as being Fernandez's personal view.
"It will not affect the solidarity and understanding among top Pakatan Rakyat leaders, nor will it jeopardise grassroots support for the coalition in Johor.
"I don't think there will be any impact. We are all focused and united towards achieving the same goal," Salahuddin said.
He said it is normal for "friends" to have differences in opinion and it is something accepted by top leaders from both PAS and DAP.
"Even a married couple will have occasions when they disagree with one another ... let alone in politics," said Salahuddin, who has been named as Pakatan Rakyat's candidate for Johor mentri besar should it wrest control of the state government from Barisan Nasional.

Rabu, 24 April 2013

Bila ada 3 nakhoda dalam 1kapal,karamlah jawabnya!!!


Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
"Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.
"Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud," katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.
Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.
Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah 'memberi dan menerima' dalam usaha untuk bekerjasama.
Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.
Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.
Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.
"Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam," katanya pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.
Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung..Mstaronline

DAP tak akan laksanakan,PKR pastikan tiada hudud lepas menang tapi PAS nak hudud.Kata sekepala ,tapi dalam kes hudud pun da tak ngam..ape cite nie ??

Khamis, 17 Januari 2013

Sejarah akan hukum Hadi

hadi anwar


Terbaru, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud mengikut acuan demokrasi yang wujud di negara ini.
Katanya PAS sudah lama cuba memperkenalkan perlaksanaan hukum hudud di dalam sistem perundangan negara melalui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.
Presiden PAS itu bagaimanapun tidak rasa pelik dengan tentangan dari DAP untuk melaksanakan hudud berbanding UMNO yang kononnya “menolak” perlaksanaan hukum berkenaan di dalam sistem perundangan syariah di negara ini.
Malah dia menuduh bahawa UMNO menyekat usaha melaksanakan hudud dengan sepucuk surat yang kononnya memberi amaran kepada PAS di negeri Kelantan dan Terengganu ketika itu untuk tidak melaksanakan draf berkenaan.
Nampaknya Hadi cuba bermain kotor. Dari kenyataannya itu, bolehlah saya tegaskan di sini bahawa ia adalah tuduhan fitnah terhadap UMNO dan menunjukkan kebejatan cara Presiden PAS ini berfikir secara adil.
Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1990’an itu ketika mana PAS “cuba tunjuk pandai” dengan membuat draf hukum hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.
Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil.
Dan Kerajaan PAS Kelantang kemudiaannya membuat sedikit pembetulan di dalam draf tersebut dan ia ditolak kali kedua oleh Kerajaan Pusat dengan alasan yang sama, iaitu draf undang-undang itu tidak adil perlaksanaannya kepada umat Islam.
Ketika Hadi menjadi Menteri Besar di Terengganu, dia juga cuba membuat draf hudud di negeri itu, namun draf berkenaan juga ditolak oleh Kerajaan Pusat.
kepada Hadi dan puak-puak PAS yang ada ketika itu, apakah benar UMNO menolak draf hudud tersebut kerana Kerajaan BN tidak mahukan hukum Allah itu dilaksanakan di negara ini?
Dan sekira Kerajaan BN menolak draf berkenaan, apakah ia boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Allah SWT?
Sebenarnya, alasan Kerajaan Pusat menolak ketiga-tiga set draf enakmen berkenaan disebabkan oleh sifat draf itu yang tidak adil sama sekali. Bukan setakat satu atau dua akta yang didapati tidak wajar, malah lebih dari tiga akta berkenaan yang didapati tidak adil.
Draf-draf berkenaan bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu.
Pas tak perlulah menunjukkan kebodohan mereka lagi.Cukup sudah cukup dengan kebodohan yang selama ini telah mereka tunjukkan.


Khamis, 27 Disember 2012

PAS jangan jadi bacul!!

takde selindung
takde kias
terus cakap tanpa ada tapis

DAP  laknatullah desak kalimah ALLAH boleh digunapakai oleh penganut kristian.

amacam  PAS ?

nak bantai dap tak ?
atau nak sokong dap ?
atau nak senyap lagi ?
Takkan Pas nak terus senyap dan tengok sahaja dengan  sifat kurang ajar DAP nie!!PAS jangan jadi bacul!!

'Beware of Pakatan's hidden traps'


PAS' aspiration to introduce its interpretation of the Islamic law, or hudud, if the opposition coalition came into power was strongly criticised at the MCA Youth and Wanita assemblies yesterday.

MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong called on Malaysians to reject laws based on religious theocracy and to denounce Pas' call to implement hudud.
He also cautioned the people to be wary of the opposition's "hidden traps".
"They are hoping to take over the country from the Barisan Nasional. The people need to see the hidden traps that will surface if this happens.
"Pas still insists on creating an Islamic state and to set up a political system based on religion. To date, Parti Keadilan Rakyat and DAP are unable to reject Pas' agenda," he said in his speech.
Wee likened the mindset of Pas leadership to one that belonged to the Dark Ages.
"They are trying to force our country to return to an old system which every country in the world had fought hard to discard. It is worrying and it saddens us."
Wee also lambasted the DAP for conspiring with Pas to gain political mileage.
"What is worse is that DAP, which had been adamant in rejecting an Islamic state in the past, is now working hand-in-gloves with Pas. They are now willing to sacrifice their stance and belief. Where is their integrity?"
Wee said he sympathised with DAP stalwart Karpal Singh, the only party leader who had openly spoken up against Pas' aspiration to implement hudud.
"Karpal's famous response 'over my dead body' with regard to the creation of an Islamic state has been drowned by the howls of new DAP leaders.
"We pity Karpal, who is powerless, as he is betrayed by party supremo Lim Kit Siang and his son, Lim Guan Eng."
Wee recounted that in the past, Kit Siang had launched a campaign to protest against former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad when he announced that Malaysia was an Islamic country.
"Yet, when Pas leaders announced that the Constitution will be amended for the implementation of hudud, Kit Siang kept his mouth shut."
.
Tourism Minister and MCA vice-president Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (centre) arriving for the launch of the MCA Youth and Wanita and general assemblies yesterday. Pic by Salhani Ibrahim


Rabu, 12 Disember 2012

PAS cemar imej hudud




Kontroversi pelaksanaan undang-undang Islam terhadap bukan Islam di negeri ini yang hangat diperkatakan dalam akhbar berbahasa Inggeris ketika ini telah menjejaskan imej agama suci tersebut.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, isu tersebut timbul disebabkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberikan kefahaman tentang undang-undang Islam sebelum ia dilaksanakan.
Beliau berkata, sewajarnya kerajaan negeri perlu berhati-hati ketika merangka dan melaksanakan undang-undang berkaitan Islam agar ia tidak disalahtafsirkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.










PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!