Halaman

Selasa, 19 November 2013

Pas dan Memali

Isu AMANAT HAJI HADI sememangnya bersangkutan banyak dengan akidah umat Islam. Terlalu banyak bidaah yang dilakukan oleh puak-puak PAS yang konon-kononnya untuk menyucikan akidah mereka. Anehnya, AMANAT tersebut, seandainya tidak bersangkutan paut langsung dengan UMNO sepertimana yang dihujahkan oleh para pecacai PAS di media maya sekarang ini, bagaimana mungkin sembelihan, perkahwinan, imam solat dan sebagainya boleh dibubarkan dengan sebegitu mudah hanya kerana songkok hitam dan kepiah putih atau UMNO dan PAS? 
dalam isu TABUNG DERMA MEMALI dan AMANAT HAJI HADI, ada buku dari orang PAS sendiri yang menerangkan perkara sebenar. Perkara yang langsung tidak berani disentuh, dikupas, dan dijelaskan oleh para pemimpin PAS, melainkan mengerah pecacai mereka menghina peribadi si penulis kedua-dua buku berkenaan selain cubaan menghalang buku-buku tersebut daripada beredar di pasaran dan dibaca lebih ramai orang.
memali
Bagi mereka yang mahu penjelasan sebenar tentang AMANAT HAJI HADI dan TABUNG DERMA MEMALI yang seringkali cuba diputarbelit oleh para pemimpin PAS, dapatkan dengan segera kedua-dua buku ini kerana hanya menerusi buku ini sahajalah, gambaran sebenar kedua-dua isu berkenaan dapat dijelaskan dengan lebih mudah. 

Sultan dah bagi perkenan,apa tunggu lagi??


Sultan Kelantan sudah memberi perkenan baginda dan tempoh pemerintahan PAS di Kelantan berterusan selama 23 tahun (28 tahun pada 2018). 

Lagipun, PAS berkuasa majoriti dalam DUN dan prasarana juga cukup. Dalam manifesto dan ceramah pilihan raya, pemimpin PAS masih menjaja isu ini. 

Menjelang PRU-13, PAS Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal (entah untuk kali ke berapa) bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud yang dipengerusikan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, kini Timbalan Menteri Besar.

Namun, jawatankuasa ini tidak pernah dilaporkan bermesyuarat. PAS juga menambat hati pengundi Melayu-Islam Kedah dengan menjanjikan pelaksanaan hukum hudud jika menang dalam PRU-13. 

Apabila PAS menang, Menteri Besar (Allahyarham) Tan Sri Azizan Abdul Razak memberi alasan pentadbirannya akan melaksanakan hukum hudud di Kedah selepas Kelantan.

Sebenarnya bukan pasal Dr Mahathir, perkenan Sultan atau sekatan Perlembagaan. Hakikatnya ialah PAS takutkan DAP. Karpal pernah memberi amaran untuk langkah mayatnya jika PAS mahu melaksanakan hudud. 


Karpal kini berusia 73 tahun. PAS mungkin mahu tunggu Karpal benar-benar mati untuk merealisasi matlamat parti. Tapi percayalah, andainya Karpal meninggal dunia, masih ada ‘karpal’ lain dalam DAP yang akan tetap membantah hasrat PAS. Maknanya, selagi PAS bersama DAP dalam pakatan politik, selama itulah ia terpaksa menggigit jari.

Pemimpin Pas kena "SIKU" dengan Dap lagi

Karpal cadang Pas gugurkan nama Islam dalam parti mereka.Siapa yang kena tarbiah dengan siapa ni??

DAP tidak boleh menerima dasar Islam PAS dan perjuangannya untuk menegakkan undang-undang dan hukum Islam dalam pentadbiran. Buktinya, DAP membantah peraturan melarang penjualan arak di kedai 24 jam, penutupan premis hiburan sepanjang Ramadan serta membuka panggung yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Jika dalam perkara kecil seperti ini pun PAS tidak mampu berdepan dengan DAP, apatah lagi dalam perkara besar seperti hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Apabila Brunei mengumumkan pelaksanaan hukum syariah baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob merasa teruja lalu disebut lagi mengenai hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud di negeri itu. Padahal, ini sudah cerita basi dan tidak boleh menjadi modal politik PAS lagi. PAS sudah sebut hal ini lebih 30 tahun – sekali jadi, sekali tak jadi; sekali boleh, sekali tak boleh. 

Orang kata nak ukur baju biar di badan sendiri..Nampkanya Pas masih nak mainkan isu-isu basinya.

Rakyat Kelantan masih nak naik beca ke??

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Dunia dah berubah,semakin hari semakin maju tapi nampak gayanya rakyat Kelantan masih tidak mahukan perubahan.Nampaknya Kelantan akan terus ketinggalan berbanding negeri-negeri lain..
Mereka masih mahu naik "beca Nik Aziz daripada "naik Keretapi api laju Datuk Seri Najib".

Nampaknya Kelantan akan terus ketinggalan di belakang.
Mustapa berkata kerajaan negeri pimpinan Pas dilihat mengabaikan tanggungjawab mereka kepada orang muda, terutama dari segi peluang pekerjaan hingga  mengakibatkan ramai golongan belia terpaksa berhijrah ke luar Kelantan untuk mencari rezeki.

"Datuk Seri Najib kata kita nak buat tansformasi ini, nak wujudkan lebih tiga juta peluang pekerjaan di seluruh Malaysia. Dalam manifesto kita turut kata sekurang-kurangnya 30,000 peluang pekerjaan kita akan wujudkan untuk anak muda..

Nampaknya oghe-oghe negeri Cik Siti Wan Kembang ni,masih rela hati naik "beca" dari naik "keretapi laju".jadi biarkanlah mereka dengan "beca-beca" mereka.


Apa sudah jadi Hudud Pas bukan Hudud Islam??

hudud-pas
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

 Ini bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

Mengapa Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sanggup bermain dengan hukum Allah SWT.Tidakkah mereka takut dilaknat oleh Allah SWT.?? Jangan hanya nak mengejar kuasa di dunia sehingga sanggup menggadai maruah agama dan Islam.Pas harus kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.


Mansuhkan Tol ??

Pemansuhan Tol

Siapa tak suka kalau tol dihapuskan??memang semua akan sukalah kalau tol dihapuskan tapi kena ambil kira dari pelbagai sudut jika pemansuhan tol.
Pembangkang memanglah senang cakap,"Mansuhkan tol,mansuhkan tol !!tapi mengapa tidak dibuat di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka??
Mengapa hanya tahu tuding jari kepada kerajaan sahaja??Bila mereka tak mansuhkan tol di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka ,yang pro pada pembangkang tak pula bising.Hanya terima sahaja.Tapi bila kerajaan yang sudah macam-macam beri kesenangan kepada rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan ataupun penyokong pembangkang tetap juga di pandang negatif.

Memang susah nak puaskan hati semua orang.Pada saya kita patut bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini.


IJAZAH KELAS PERTAMA TAK PERLU BAYAR PTPTN

PTPTN dikecualikan dari Ijazah Kelas Pertama
Ramai di luar sana yang hanya tahu menghentam PTPN sahaja.Seolah-olah PTPTN tidak membawa sebarang kebaikan ataupun kesenangan untuk para pelajar di Malaysia ini.

Mengapa ramai tidak diwar-warkan bahawa sesiapa yang mendapat Ijazah Kelas Pertama dikecualikan daripada membayar PTPTN.Mengapa isu ini pembangkang tak "highlight"kan??
Pembangkang hanya tahu memainkan isu politik berkenaan PTPTN.Bukankah cukup adil di situ,siapa yang berusaha lebih pasti akan mendapat ganjaran.
Sama juga untuk isu PTPTN ini, yang  dapat Ijazah Kelas Pertama dikecualikan membayar hutang sebaliknya ditukar menjadi BIASISWA.
Tujuan PTPTN buat begitu adalah untuk melahirkan lebih ramai GRADUAN IJAZAH KELAS PERTAMA bukan hanya sekadar GRADUAN dengan "POINTER CUKUP-CUKUP MAKAN SAHAJA!!




Petronas umpama kacang lupakan kulit??

'Petronas tidak pinggir Melayu'

BUKAN mudah untuk menjadi syarikat yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, tetapi dalam masa sama perlu menjaga status sebagai antara syarikat antarabangsa terbesar di dunia.

Dilema itu dihadapi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), syarikat petroleum negara ditubuhkan hampir 40 tahun lalu yang kini mencapai kejayaan luar biasa sehingga tersenarai dalam kumpulan syarikat terbesar Fortune Global 500.
Disebabkan kedudukan unik itu, Petronas tidak pernah lekang dikaitkan dengan pelbagai isu dan kontroversi, dengan syarikat itu baru-baru ini dilabelkan sebagai kacang lupakan kulit selepas didakwa mengamalkan dasar baharu yang meminggirkan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya.

Sehubungan itu, pertemuan wakil Petronas dengan Sinar Harian diatur bagi menjelaskan dakwaan pelbagai pihak terhadap syarikat itu, terutama peranannya dalam membantu usahawan minyak dan gas Bumiputera dan Melayu.

Ternyata, syarikat itu kecewa dengan tohmahan demi tohmahan yang diterima mereka.

“Bukan kami mahu kata Petronas tak perlu perbaiki apa-apa, memang masih ada ruang penambahbaikan.

“Kami sedia terima kritikan membina, bukan hentaman,” kata pegawai kanan Petronas yang enggan namanya didedahkan.

“Selama ini kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan dalam industri ini untuk sentiasa menambah baik cara, prosedur dan dasar kami,” tambahnya.


Beliau adalah antara individu bertanggungjawab untuk Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas serta pemilihan kontraktor.


Sepatutnya kita berbangga dengan Petronas bukan hanya tau nak menghentam dan menjatuhkannya sahaja..

Hudud di Kelantan sahaja??

Salahuddin Ayub

"Kelantan akan menjadi "permulaan" bagi Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri bawah naungan PR yang lain, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub."

Jika Kelantan berjaya melaksanakan hudud, maka wajar Pas mencadangkan undang-undang itu diperkenalkan di negeri PR yang lain.

Masalahnya adakah Dap dan Keadilan setuju Hudud dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka.??Dap nak ke??

Adakah Pulau Pinang yang ditadbir oleh Dap akan melaksanakan hudud?? Adakah Pas bermimpi di siang hari??

Pas tak boleh laksanakan hudud sendirian

Tak mampu laksana hudud tanpa kerjasama Pusat


Lihat sahajalah akhbar Sinar Harian 19 Nov 2013.
"Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun mengakui kesungguhan Pas Kelantan dalam pelaksanaan hukuman syariah itu, namun pelaksanaannya mungkin dapat dilakukan sebahagian sahaja.

Ini sebab katanya, Pusat masih tidak memberi sebarang reaksi untuk memberi kerjasama dengan Pas dalam merealisasikan hudud di Kelantan sedangkan sesetengah undang-undang itu berada di bawah bidang kuasa Pusat.
"

Rasanya dalam Pas lagi ramai "cerdik pandai".tidaklah mereka terfikir hubung kait kerajaan negeri dan kerajaan pusat??
 
Pas ni suka sangat lah berdrama.........Apa pun tak boleh..:)

Hudud: Perlu pinda Perlembagaan dulu.

Kalau perlembagaan tidak dipinda, bagaimana hendak laksana (hukum hudud) di negeri-negeri yang tidak ada kuasa bagi menyelaraskan perkara itu?

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri itu.

Nampak macam mudah nak laksanakan hudud,tapi banyak faktor yang perlu diambil kira.Memang sebagai umat Islam saya tak menolak hudud tapi setiap benda yang hendak dibuat perlu diambil kira baik buruknya untuk semua rakyat kerana di Malaysia ini ada rakyat berbilang kaum dan agama.

Tak selamat ke Malaysia ni??

Pembunuhan Shaharuddin mungkin ada kaitan dengan tugas kastam
Adakah Malaysia sudah tidak selamat seperti yang selalu di war-warkan oleh pihak pembangkang seperti selalu.Berikutan sejak akhir-akhir berlaku banyak kes-kes jenayah di negara ini.
Tidak kira jenayah "high profile" ataupun melibatkan orang awam.Dari hari ke hari makin banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang?? Dah rasa macam kat Thailand pula.Senjata apai mudah jadi dimiliki oleh penjenayah-penjenayah ini.
Adakah anda juga setuju dengan dakwaan pembangkang ??Tapi sebelum itu,cuba anda tengok kadar jenayah di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.rendah ke atau tinggi kadar jenayah di sana??
Lepas itu, barulah anda memberi jawapan sebelum hanya menyalahkan satu pihak sahaja.


Pengawal keselamatan perlu diberi hukuman setimpal!!

Suspek pembunuhan
Jangan lepas orang macam ni.Hanya menyusahkan orang lain.Dah lah menyamun ,lepas tue membunuh pula.Harap mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal untuk tertuduh supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
Dengan hukuman yang berat dapat membuktikan yang undang-undang negara tidak pernah berkompromi dengan jenayah selama ini.Ini bagi menepis pandangan sesentengah pihak yang suka sangat menghentam pihak berkuasa di negara kita .

MyHome harapan untuk dapatkan rumah


MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. 
Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.

Mengenai pendekatan kementerian menjayakan projek pembinaan kediaman untuk rakyat, Abdul Rahman berkata, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat.

 laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana.

Harap generasi muda sekarang dapat membeli rumah dengan adanya program MyHome ini.

Usia bukan penentu segalanya.


Masa terus berlalu dan umur kita kian meningkat. Sepanjang tempoh umur dianugerahkan Allah SWT kepada kita, sejauh manakah kita menguruskannya?

Bagaimanakah kita umat Islam melaksanakan amanah yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya? Ada yang umurnya singkat, tetapi namanya diabadikan hingga dikenang orang, yang lain lahir ke dunia ini, tetapi ditutupi sejarah tersendiri. Usia seseorang tidak boleh ditentukan panjang atau pendek seperti mana anggapan ramai orang. Ia ditentukan oleh jasa atau karya besar dihasilkan. 

Pada asasnya kita disarankan untuk berlumba, mengejar melakukan kebaikan dan kebajikan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah melakukan kebajikan sebelum dihadapkan tujuh rintangan, adakah kamu sekalian menunggu kefakiran yang menyisihkan, kekayaan yang melupakan, penyakit yang menyukarkan, tua yang membuat ketidakupayaan, kematian yang pasti ataupun dajal kejahatan yang terburuk pasti datang atau kiamat yang amat dahsyat?” (Riwayat Tirmizi).

Kebanjiran "filem tangkap muat"

Tolak filem 'tangkap muat'

Kebelakangan ini industri filem negara senring kali disajikan dengan filem-filem yang tak berkualiti,tangkap muat, asalkan ada sahaja,dan karya-karya yang tak menunjukkan kreativiti dan kelaianan dalam indusrti filem kita.
Sering kali disajikan dengan filem-filem sendu dan yang entah apa-apa ntah.Ingat penonton sekarang makin cerdik dan pandai  bukan macam dulu-dulu lagi.
Peminat sekarang dahagakan filem yang berkualiti dan bermutu tinggi.Bukan Filem-filem tangkap muat.

Hudud oh Hudud

 Majlis Fatwa Kebangsaan sedia menyeragamkan pelaksanaan hukum dan fatwa secara holistik di seluruh negara bagi memudahkan penguatkuasaan diambil terhadap kes yang berkaitan. 


Mengikut undang-undang, fatwa dikeluarkan pada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah hak negeri. Mereka ada kuasa mutlak dan perlu mematuhi enakmen yang berkuatkuasa di negeri masing-masing” Abdul Shukor Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

340 fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.Tetapi secara peribadi, beliau berpendapat hanya satu dua negeri tidak melaksana atau mewartakan fatwa yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mustahil di Malaysia tiada kerja!!!

Menganggur?????masih menganggur lagi???
mengapa masih tak dapat-dapat lagi kerja??memilih?malas?gaji sedikit?tak ada pengalaman?
Soalan yang sering ditanya kepada mereka yang masih lagi tidak bekerja ataupun menganggur.
Semuanya atas sikap individu itu sendiri ..Kalau nak seribu daya bila tak nak seribu dalih.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa mencari rezeki halal untuk menjaga dirinya supaya tidak meminta-minta dan berusaha memenuhi keperluan hidup keluarganya, serta dapat pula membantu tetangganya, maka di akhirat kelak dia akan menemui Allah dengan wajah berseri-seri bagaikan bulan purnama.” (Riwayat Thabrani).

Sindiket palsukan MyKad

KDN gempur sindiket palsu MyKad

Makin berleluasa sindiket memalsukan MyKad.Ini memberikan tamparan hebat untuk KDN dan JPN,seolah-olah negara kita ini mempunyai undang-undang yang rapuh dan kawalan keselamatan yang longgar.
Diharap pihak berwajib tidak memandang sepi sahaja kes ini.Ambillah tindakan yang tegas terhadap mereka yang membuat onar ini.

Polis tembak adik teman wanita


Tidak puas hati kerana hajat untuk bertunang ditentang keluarga kekasih, seorang anggota Polis Bantuan menembak adik lelaki teman wanitanya itu dalam kejadian di Taman Megah, Sungai Jelok, di sini jam 8.30 pagi semalam. 

Lelaki berusia 27 tahun itu sebelum itu dipercayai ke rumah kekasihnya untuk menyelesaikan masalah peribadi, namun dihalang mangsa, T Solomon Stallin, 25, hingga kedua-dua mereka bertengkar sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan termasuk satu terkena mangsa yang menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam rumah. 

Amat membimbangkan apabila polis pun dah  sewenang-wenangnya memgunakan senjata api untuk menakut-nakutkan orang awam.Harap pihak KDN mengambil serius perkara ini.

Kes penculikan di Pulau Pom Pom masih di siasat

Motif kes bunuh, culik masih  dalam siasatan

Kecoh dengan kematian pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom baru-baru ini.Kes dan motif pembunuhan masih lagi disiasat.
Harap kes ini tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang nak "menanguk di air yang keruh ".