Halaman

Rabu, 13 November 2013

Pembangkang terdesak, putar belit isu

JERAI 2 Nov. - Pakatan pembangkang yang terdesak untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kawasan itu kini memutarbelitkan pelbagai isu untuk meraih sokongan pengundi.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dalam kempen pembangkang khususnya Pas, mereka memberi maklumat tidak tepat berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pengundi di situ.
"Mereka dalam ceramah mengatakan GST yang akan dilaksanakan pada 2015 membebankan rakyat termasuklah orang kampung.
"Pada hakikatnya mereka tidak mengkaji dan memahami butiran serta kaedah pelaksanaan GST terlebih dahulu sebelum berceramah," katanya dalam program Bicara Santai bersama anak muda di Kampung Sungai Dedap, di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Jaya dan penyanyi Adam Akademi Fantasi bersama kira-kira 200 orang anak muda kawasan berkenaan.
Mengulas mengenai GST, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, ia hanya membabitkan golongan yang melakukan perbelanjaan tinggi.
Sementara itu, Khairy berkata, kerajaan juga tidak pernah berjanji untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1500 sekali gus sebaliknya secara berperingkat dan bergantung kepada pendapatan isi rumah.
Fathul Bari pula berkata, slogan Barisan Nasional (BN) 'Berani Berhijrah' yang diperkenalkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau harus diterima kerana ia mengandungi sentuhan Islam. "Kita mengajak berhijrah ke arah kebaikan dan mahu meninggalkan sisi permusuhan sesama Islam sehingga berlaku pecah-belah.
"Saya difahamkan, ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu mengadakan lawatan ke Bukit Choras baru-baru, tersebar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan sedangkan kerajaan bersikap terbuka malah jika mereka hendak berceramah hingga jalan sesak pun tiada larangan. "Adakah ugutan begitu selari dengan tuntuan Islam? Atas sebab itu kita anjurkan konsep berhijrah ke arah kebaikan," katanya.
Sementara itu, Adam ketika berkongsi pendangannya pula berkata, kerajaan BN telah terbukti berjaya menjalankan amanah yang diberikan rakyat dengan baik.
"Saya sebagai generasi muda memang memilih BN kerana rekod yang baik. Pada masa sama,semua golongan mendapat peluang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131103/po_07/Pembangkang-terdesak-putar-belit-isu#ixzz2kVl30YIh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangkang putar belit isu GST dan isu gula- Ahmad Shabery

YAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia dari masa ke semasa akan memberi penjelasan kepada rakyat tentang isu-isu yang diputar belit oleh parti pembangkang, terutama isu berkaitan dasar kerajaan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata parti pembangkang kini dilihat begitu ligat memainkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu subsidi gula ditarik balik dengan harga kini RM2.84 sekilogram berbanding
RM2.50 sebelum ini.
Kementerian itu akan menerangkan dengan serasional mungkin kepada rakyat bagi mereka memahami isu tersebut, terutama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang saban hari dihujani dengan pelbagai dakyah kotor pembangkang, katanya.
“Kita tidak guna emosi dalam hal ini sebagaimana yang dilakukan pembangkang. Ini bukan soal emosi dan kita akan uruskan dengan sebaik mungkin untuk jelaskan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gelam Tiga dekat sini, malam tadi.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran empat ‘otai’ dunia seni iaitu Datuk Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Sahabuddin, Datuk A. Halim, Datuk Malek Ridzuan dan ‘Raja Gelek’ Datuk M. Daud Kilau.
Ahmad Shabery berkata jika diikutkan cara pembangkang, apa yang dilakukan kerajaan sentiasa ada kesilapan, dan serba tidak kena pada mata mereka malah pembangkang terus menerus meracuni fikiran rakyat.
“Dulu kalau ikut pembangkang, kerajaan bina jambatan Pulau Pinang pun mereka tidak mahu. Sekarang apabila mereka memerintah Pulau Pinang, mereka minta pula jambatan kedua. Kerajaan nak bina lebuh raya pun mereka kata tidak boleh bina, tetapi sekarang mereka juga sebahagian pengguna jalan raya,” katanya.
Beliau berkata rakyat kini bijak menilai dan memilih, dan mampu membuat keputusan berdasarkan pemikiran yang rasional.
Menyentuh mengenai pengundi di DUN Sungai Limau, beliau berkata terdapat dua golongan pengundi di sini iaitu pengundi turun temurun dan pengundi atas pagar.
“Pengundi PAS turun temurun sebenarnya mereka tidak tahu tentang dasar tetapi sebab nenek moyang dan orang sekeliling sokong PAS, maka mereka turut sokong PAS.
“Manakala yang atas pagar ini pula merupakan golongan yang kita bagi tumpuan untuk tarik mereka kembali kepada Barisan Nasional (BN),” katanya. PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Samat.
– BERNAMA

Ajaran sesat 'Tuhan Harun' sebar sistem pengajian mirip universiti

KUANTAN - Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
   
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.
   
Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD.
   
"Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
   
"Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.
   
"Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam.
   
"Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya.
  
Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.
   
Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan.  - Bernama

Produk Halal digalakkan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setakat Jun tahun ini, Malaysia mengeksport produk Halal bernilai RM15.7 bilion.

"Daripada jumlah ini, 14.4 peratus atau RM1.6 bilion disumbangkan oleh syarikat-syarikat Bumiputera yang memperoleh persijilan Halal," katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan Kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal, SME Bank dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera, di sini, hari ini.

Daripada penyataan di atas maka jelas usaha yang berterusan telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan hasrat untuk menjadikan Malaysia ini sebagi sebuah negara pengeksport produk halal terbesar di dunia terlaksana. Dalam merealisasikan hasrat ini sudah tentu kaum bumiputra mendapat faedah yang besar dimana syarikat Bumiputra telah diberi keistimewaan dalam menyediakan/membekalkan prodok halal yang akan diekspot ke luar negara sekaligus menyaksikan peluang yang besar bagi kaum bumiputra untuk hidup dalam pasaran global.  Justeru, untuk terpilih salah satu syarikat yang dapat membekal produk halal ke pasaran global, maka syarikat Bumiputra ini dikehendaki memastikan produk keluaran syarikat mereka sentiasa mematuhi status halal seperti yang ditetapkan.
 Secara tidak langsung syarikat-syarikat ini akan mementingkan aspek halal sepanjang waktu bagi menjamin produk keluaran mereka ini terpilih dan  demi menjaga persijilan yang telah dianugerahan kepada mereka. Dari sini jelas akan memotivasikan syarikat-syarikat lain yang belum mendapat persijilan halal untuk turut berusaha lebih gigih seperti syarikat yang telah berjaya dan sterusnya manambahkan lagi syarikat yang mendapat persijilan halal tersebut. Jika ini terlaksana maka sudah pasti lambat- laun halal haram ini akan menjadi perkara pokok di dalam perniagaan dan dimasa itu wajar kita gelarkan usahawan Malaysia kususnya kaum Bumiputra adalah Usahawan Halal tanpa was-was.

MALAYSIAN FIGHTING IN SYRIA WAR

claim that a number of Malaysians have been employed as mercenaries by terrorist groups in her country's  civil war.

In revealing what had transpired in the war between armed opposition and Syrian President Bashar al-Assad's government, Mother Superior Agnès-Mariam de la Croix said Malaysians were among thousands of foreign mercenaries indoctrinated to take up arms in a holy war.


CLEANLINESS NEXT TO GODLINES

HYGIENE appears to still be an alien concept to some Malaysians. When the two eateries in Malacca were ordered closed recently, it was because the health inspectors had seen rats running around in one and vermin breeding in  broken-down refrigerators in the other.
 Of course, as to be expected, they were also  dirty in other ways. Simply put, the health standards were deplorable. One wonders how many more dirty eating places like these exist in the country.

NEVER A DAY OFF FOR ELECTED REPRESENTATIVES

A recent proposal by Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir for all Barisan Nasional   assemblymen in Perak to hold weekly meet-the-people sessions is   laudable.

The sessions are to enable assemblymen to attend to the grouses of their constituents promptly.

CAP: CHECK BRIDGES BEING BUILT

The Consumers Association of Penang (CAP) has called for public confidence to be restored over the safety of bridges.

In welcoming the statement by the Occupational Safety and Health Department (DOSH) that the Second Penang Bridge's ramp collapse was caused by the contractor's negligence, CAP president S.M. Moha- med Idris said DOSH should also inspect other bridges being built.

"Regular checks should be carried out on bridges undergoing construction.

LAM THYE: ANIMAL WELFARE BILL OVERDUE

Its patron, Tan Sri Lee Lam Thye, said the bill should be tabled at Parliament by year-end.

"It is a long-overdue legislation," he said, adding that better protection for animals could be ensured with the bill's early introduction.

NAKHAIE GESA NIK AZIZ LEPAS JAWATAN MURSYIDUL AM

Keputusan pengundi Kuala Besut memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) 24 Julai lalu, bukan bermakna mereka menolak Islam,sebaliknya lebih menyakini perjuangan BN dalam membela kesucian agama berbanding PAS.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie  Ahmad, berkata Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu melihat kelemahan partinya terlebih dulu sebelum menuduh pengundi Kuala Besut menolak Islam apabila memilih BN.

ENAM NGO LAPOR POLIS DESAK TINDAKAN TEGAS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada polis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mendapatkan maklum balas berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap individu yang menerbitkan video kontroversi memaparkan sambutan Aidilfitri bersama anjing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya kesal dengan penerbitan video menghina Islam yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

9 NGO DIPERCAYAI AKTIF SEBAR SYIAH

 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif menyebarkan fahaman syiah di negara ini.

NGO itu yang sebahagiannya berpangkalan di ibu kota mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin parti politik tertentu serta individu bergelar Datuk.

USAH TUNDUK DESAKAN DONG ZONG

Kejayaan sesebuah negara pada masa depan banyak bergantung kepada dasar pendidikan kebangsaannya.
Justeru, penggubalan dan pelaksanaan dasar itu perlu mengambil kira realiti semasa dan memenuhi aspirasi sesebuah negara itu.

Kementerian perlu tegas dalam membuat keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut

ESSCOM PERLU PASUKAN SIBER SEKAT KHABAR ANGIN

Tambunan, sebuah daerah di kawasan tanah tinggi pedalaman Sabah, tiba-tiba menjadi perhatian di seluruh negara susulan penyebaran surat tulisan "Komando Sulu" yang memberi amaran kumpulan pengganas akan melakukan kekacauan di daerah itu, baru-baru ini.

Walaupun kandungan surat diedarkan kepada kakitangan kerajaan,polis dan penduduk itu diragui,ia tetap membimbangkan masyarakat setempat sehingga ada yang tidak mahu gambar mereka dirakam ketika ditemu bual BH atas alasan keselamatan.

FATWA MENJAGA KEPENTINGAN MARUAH UMAT ISLAM

Umat Islam yang sejati percaya bahawa Islam adalah pegangan dan cara hidup Muslim. Justeru, umat Islam wajib mengetahui agamanya dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Jika kita tidak mempunyai ilmu mengenai sesuatu  berkaitan dengan hukum hakam agama, maka wajib kita bertanya kepada yang mengetahui,khususnya daripada mereka yang bergelar ulama.

GUNA ENAKMEN HALANG SEBAR FAHAMAN SYIAH

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam akan diguna ke atas pihak yang didapati menyebarkan fahaman Syiah di negara ini,kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata,enakmen itu memperuntukkan tindakan undang-undang serta pendakwaan di mahkamah sivil ke atas pihak menyebarkan fahaman Syiah yang juga boleh dikenakan tindkaan mengikut Akta Jenayah Syiah, iaitu mengingkari atau menentang fatwa berhubung pengharaman fahaman itu di negara ini.

HEZLIN DAKWA VIDEO CHETZ PAPAR KECINTAAN PADA HAIWAN

Seorang pecinta haiwan, Hezlin Fazreena Abdullah Hadi Nor, 34,yang mengaku membela seeokor anjing jenis "poodle" bagi menjaga keselamatan berpuluh ekor kucing dan rumahnya,berpendapat orang ramai tidak bersikap terbuka mengenai pemeliharaan anjing.

Pemilik pusat pemeliharaan dan pembiakan kucing, Cattery Kittun Katz itu berkata,kecaman yang diterima  Chetz atau Maznah YUsof berhubung tindakan memuat naik rakaman video menyambut Aidilfitri bersama anjing kerana orang ramai terutama Melayu sering dimomokkan sejak kecil mengenai "kejijikan " anjing.

GST baik untuk semua

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat juga.
Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5 juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat bertahan lama.

USAH TUNDUK BANTAHAN

Kerajaan tidak perlu tunduk bantahan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu,Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Dr Ding Choo Ming berkata pelaksanaan PPPM demi perpaduan dan sistem pendidikan negara pada masa depan.

ROS DIGESA KAJI STATUS PERTUBUHAN

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengkaji semula pendaftaran Persekutuan Persatuan-Persatuan Sekolah Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff,berkata Dong Zong selaku sebuah pertubuhan berdaftar perlu mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memartabatkan kedudukan Bahasa Malaysia.

SIKAP PENGGUNA PUNCA SESAK

Sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri antara punca utama kesesakan luar biasa di beberapa laluan utama di sekitar bandar Kuantan sejak beberapa hari selepas pengenalan sistem aliran trafik sehala. 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),Datuk Zulkifli Yaacob,berkata sikap negatif itu dikesan turut menjadi satu daripada faktor kesesakan akibat pengenalan sistem aliran trafik sehala oleh MPK pada 22 Julai lalu.

USAH TERPEDAYA JANJI DAPATKAN PROJEK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang menuntut bayaran,kononnya bagi mendapatkan mana-mana projek atau kontrak pembekalan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam kebanyakan penipuan,suspek memberi janji atau syarat kepada mangsa dengan mengenakan bayaran tertentu,kononnya untuk mendapatkan projek atau kontrak.

TARIK BALIK PRODUK TENUSU TERCEMAR

Kementerian Kesihatan akan menarik balik produk tenusu tempatan atau import jika ujian mengesahkan ia tercemar bakteria berbahaya.
Ia susulan tindakan New Zealand menarik balik lebih 1,000 tan produk tenusu dari tujuh negara,termasuk Malaysia selepas produk tenusu terbabit disahkan tercemar dengan sejenis bakteria yang menyebabkan botulism iaitu keracunan makanan serius.

PIBGN DESAK SIASAT PELAJAR PARUT RAHSIA

 Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendesak pihak sekolah di Selayang menyiasat jika ada pelajar mereka mempunyai parut rahsia yang terbentuk selepas mencakar belakang tangan sendiri.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata punca pelajar melakukan perbuatan itu perlu disiasat dan dicegah sebelum ia merebak dan menjadi ikutan remaja lain.

BENDUNG PENGARUH SYIAH DI IPT

Syiah boleh dianggap agama baru dan fahaman yang bertentangan dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Syiah bukan mazhab baru sebagai mana yang didakwa,bahkan secara keseluruhannya adalah ajaran baru yang jauh daripada Islam dari sudut akidah dan ibadat.

GERAKAN PEMUTIHAN KESAN SENJATA API

Satu gerakan pemutihan perlu dibuat bagi mengesan jumlah sebenar senjata api di negara ini bagi membendung keganasan bersenjata termasuk kes bunuh daripada terus berleluasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata langkah itu perlu bagi mengesan senjata api yang tidak berlesen, sekali gus memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan pencegahan.

KHUATIR TAHAP PENGUASAAN BI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar kerana ia menjejaskan masa depan mereka.

Beliau berkata, ada graduan yang langsung tidak menguasai bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di sektor pekerjaan.

MALAYSIA MASIH MAMPU BEBAS TANPA TPP

Malaysia tidak mungkin diboikot dalam peta perdagangan dunia jika tidak menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Profesor Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Baharuddin berkata dengan tidak menjadi anggota TPP pun, negara kita masih bebas menjalankan perdagangan dengan negara lain yang bukan anggota TPP.

MAS BUKTI KELEMAHAN URUS TADBIR

Kedudukan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) yang masih ditakuk sama walaupun selepas 15 tahun penstrukturannya dibuat menunjukkan kelemahan pengurusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), iaitu pemegang saham terbesar dalam MAS.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata, demikian turut mempersoal status syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. yang diwujudkan pada 2002 untuk mengendalikan pesawat milik MAS.

JETI NELAYAN PERNAH DIBAIK PULIH

Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Kuala Langat menangkis dakwaan nelayan Kampung Tongkah kononnya jeti pendaratan ikan yang berusia 25 itu tidak pernah naik taraf.

Pengerusinya, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, kenyataan itu seperti sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan nelayan di situ.

ZAHID FAVOURITE TAPI....

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai calon "favourite" untuk isi salah satu slot kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini.

Dan masih relevan untuk menjadi favourite dan sudah pun terbukti baru-baru ini.

LOKASI PASAR MALAM TAK STRATEGIK

Penduduk dan pengunjung pasar malam Paya Jaras mencadangkan agar tapak berkenaan dipindahkan ke lokasi lebih strategik bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Masalah kesesakan dilihat sering kali berlaku di laluan utama khususnya pada hari operasi pasar malam iaitu pada Selasa, Khamis,Sabtu dan Ahad.

TOLONG JANGAN GANGGU KAMI

"Kalau kaya kami pun tak mahu berniaga di gerai tepi longkang, tetapi kami orang susah, jadi kami minta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak ganggu perniagaan kami", luah peniaga-peniaga gerai makanan di Puchong Intan.

Take Note untuk MB Selangor.

BURU HINGGA KE LUBANG CACING

Ruangan Di mana bumi dipijak oleh Farush Khan memperkatakan tentang  Laporan Audit Negara  2012, di mana kita membaca Laporan Audit Negara tentang kelemahan dan penyelewengan tahun demi tahun perbelanjaan kementerian tetapi tidak melihatkan perubahan berkesan.

Sebab itu, pihak penguatkuasa di jabatan dan agensi kerajaan dan SPRM telah melakukan sesuatu yang tegas untuk memberi mesej jelas bahawa ia tidak bertolak ansur dalam perkara melibatkan integriti, tanggung jawab, maruah dan amanah.

SATU CARA JIMAT BELANJA NEGARA

Siapa yang tidak sakit hati apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 sekali lagi memaparkan kesilapan,kelemahan malah mungkin juga penyelewengan dalam sistem perolehan pelbagai jabatan,kementerian dan agensi kerajaan?

Benarkah tiris yang sudah menjadi bocor ini terjadi kerana pihak yang bertanggunjawab tidak cekap membuat bajet, tidak pandai mengurus dan mentadbir perbelanjaan atau tidak tahu cara memantau perlaksanaan sesebuah projek?

MAJORITI PENGIKUT KELUAR DARI ISLAM

Majoriti pengikut Syiah boleh diklasifikasikan keluar dari landasan Islam manakala sebahagian lagi adalah pembuat dosa besar kerana menolak iktikad(kepercayaan)Islam sebenar.

Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara,Ismail Omar berkata,Syiah secara terang-terangan mempertikai al-Quran, tidak berpegang kepada hadis diriwayatkan oleh Rasulullah SAW,dan berpendapat para sahabat telah kafir selepas wafatnya Rasulullah kecuali tujuh orang.

TATACARA KEMPEN PERLU RELEVAN

 Tatacara etika kempen pemilihan Umno yang menyukarkan calon berkempen perlu dikaji semula agar relevan dengan suasana politik semasa, kata Pengerusi Umno Negeri Sembilan,Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, ia selaras dengan pindaan perlembagaan pada 2009 yang membolehkan semua ahli Umno bertanding dan jumlah perwakilan meningkat kepada 146,500 orang berbanding hanya 2,500 orang sebelum ini.

PERUBAHAN SAAT AKHIR RUGIKAN CALON BARU

Penganalisis politik berpendapat perubahan syarat dalam pemilihan Umno dengan memberi peluang kepada calon mendekati perwakilan tidak sepatutnya dibuat di saat-saat akhir tempoh berkempen.

Ini kerana, perubahan ini hanya mengguntungkan calon yang sudah dikenali dan merugikan calon muka baru terutama di peringkat saingan pusat kerana tinggal tiga hari sahaja sebelum pemilihan 12 Oktober ini.

LARANGAN KEMPEN PERLU KEKAL

Ketika calon-calon lain menarik  nafas lega dengan keputusan Lembaga Displin yang membenarkan kempen secara terbuka diadakan , lain pula pendirian calon Ahli Majlis Tertinggi,Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut Shahidan, syarat tidak membenarkan calon berkempen pada pemilihan Umno sepatutnya dikekalkan pada masa kini bagi mengelakkan perbuatan mungkar dalam parti itu.

PPPM: KEMAHIRAN BERFIKIR

Ruangan Fikir-fikirkanlah tulisan Cikgu Sidek Baba memperkatakan tentang  enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk mampu bersaing pada peringkat global ialah mempunyai kemahiran berfikir.

Berfikir adalah proses kognitif yang membolehkan maklumat diperoleh, pengetahuan berkembang dan ilmu dijana. Proses transformasi ini amat dituntut supaya perubahan dan kemajuan terjadi.

JANGAN BIAR JERAM TERUS MURAM

Jika melalui jalan utama Klang ke Teluk Intan pasti ramai tidak terlepas berhenti untuk berehat sebentar dan menunaikan solat di Masjid Pekan Jeram  yang menjadi satu-satunya mercu tanda Pekan Jeram ,tersegam indah di tepi jalan.

Namun yang sedihnya, hanya bangunan masjid nampak gah tetapi tidak sekeliling pekan itu. Aspek pembangunan masih suram dan kelihatan seperti pekan koboi, ia tampak berbeza jika dibandingkan Sungai Sembilang dan Sungai Buloh.

MOHAMAD SABU BUKAN PILIHAN

Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut,Setiu,Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

FIKIR MASA DEPAN PERJUANGAN PARTI

Calon yang menawarkan diri seharusnya fikir masa depan parti, bukan kepentingan sendiri.

Ahli Parlimen Parit Sulong,Datuk Noraini Ahmad berkata, peluang berkempen diberikan meskipun pada saat akhir perlu dimanfaatkan.

PILIH CALON BERINTEGRITI BUKAN POPULARITI

Perwakilan Umno dinasihatkan supaya memilih calon benar-benar berwibawa dan berintegriti,bukan bersandarkan kepada populariti menjelang pemilihan parti pada 12 dan 19 Oktober ini.

Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, perwakilan perlu bijak membuat penilaian kerana keputusan mereka bakal menentukan masa depan parti.

DEBAT MAMPU TUNJUK KEMATANGAN PARTI

 Debat antara calon Naib Presiden Umno adalah langkah bijak yang mampu menunjukkan kematangan parti,kata penganalisis politik.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, ruang itu sepatutnya dibuka oleh mana-mana parti.

KENAPA HANYA BUKA 15 FAIL?

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuka lebih daripada 15 kertas siasatan membabitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, memandangkan terlalu banyak pembaziran dan ketirisan dilaporkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan laporan mengenai penyelewengan berterusan dalam laporan audit masih berulang.

PRASARANA MASIH TERPINGGIR

Sebilangan besar penduduk masih mengharapkan beberapa keperluan kemudahan prasarana dapat diberi perhatian termasuk kemudahan balai raya,mahu tapak pejabat pos dibuka semula dan jalan raya dinaik taraf.

'Tidak kiralah Dun Jeram dibawah BN, kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan apabila masalah itu melibatkan bidang kuasa mereka kerana rakyat perlu didahulukan dan ketepikan karenah birokrasi,' kata  Adun Jeram Datuk Amiruddin yang akan membangkitkan isu sama pada sidang Dun nanti.

'KELUARKAN KENYATAAN PENUH SAYA'

Jika sesuatu portal berita boleh mengkritik organisasi kerajaan,ia juga hendaklah bersedia menerima kritikan.

Itu bagi menunjukkan sesebuah penerbitan tersebut bebas.

Menteri Dalam Negeri (KDN),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesuatu kenyataan hendaklah disiarkan sepenuhnya,bukan sebahagian sahaja sehingga ianya menimbulkan salah fahamterhadap sesuatu yang diperkatakan itu.

Bukan keluar sekerat-sekerat atau part yang mana best je....

POLITIK WANG MASIH BERLAKU

 Pemilihan Umno kali ini menyaksikan budaya politik wang masih lagi wujud walaupun kaedah pemilihan diubah kepada memberi peluang lebih ramai perwakilan untuk memilih pemimpin.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamaed mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya, kebanyakan perwakilan tidak membuat laporan kerana mereka 'malu mata' kepada calon-calon yang bertanding.

KISAH DI SEBALIK PEGAWAI JKM 'KEJAM'

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat,Pertanian dan Asas Tani,Pembangunan Usahawan,Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini.

"Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tak mahu berjumpa dengan mereka, tetapi kerana situasi pada ketika itu membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu.

PECAT PENJAWAT AWAM SELEWENG

Tindakan buang kerja sepatutnya dikenakan kepada penjawat awam jika mereka menyeleweng wang kerajaan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tong Pua berkata, sekiranya langkah sedemikian diambil oleh kerajaan, beliau yakin penjawat awam akan takut melakukan penyelewengan.

Pac tiada gigi

Setiausaha Publisiti DAP, Tong Pua menyifatkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) tidak ada gigi.

Menurutnya, PAC hanya boleh mengaum, tetapi tidak ada kuasa mengambil tindakan ke atas salah laku dalam kerajaan.

PROSEDUR LEMAH, HENTI KETIRISAN

Saban tahun apabila laporan audit dikeluarkan, banyak pihak mengeluh kerana ada sahaja kes ketirisan yang dilaporkan Audit Negara.

Rakyat mempersoalkan kenapa kes ketirisan perlu berulang, seolah-olah tiada tindakan untuk mengatasi atau mengurangkannya diambil oleh pihak berkuasa.

Sambil bila nak biarkan sahaja???

KEMENTERIAN PENDIDIKAN DISYOR SEDIA GARIS PANDUAN

Sabak Bernam: Kementerian Pendidikan disyorkan menyediakan satu garis panduan supaya program ibadah korban yang dijalankan diperingkat sekolah dihormati penganut agama lain bagi mengelakkan perselisihan faham antara agama di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam,Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa,Sallehen Mukhyi berkata, sebagai sebuah kementerian yang menjunjung displin ilmu, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara yang mempunyai kepelbagaian kaum.

UMNO, PAS BERBEZA

Kota Bharu: Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas Umno dan Pas adalah dua parti yang berbeza.

"Hakikatnya Umno dan Pas tidak sama",katanya ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut Umno dan Pas banyak persamaan kerana asas perjuangannya tidak banyak berbeza.

MENTERI BESAR KENA KRITIK LAGI

Shah Alam: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat (PR)yang dianggotai 44 wakil rakyat PR di negeri ini menyerahkan memorandum sebagai teguran terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,Jumaat lalu.

Memorandum itu berikutan kegagalan Abdul Khalid mengadakan mesyuarat bersama BBC setiap dua minggu sekali seperti mana penggal lalu.

PERHALUSI NILAI PLKN SEBELUM TUDUH BUANG DUIT

Port Dickson: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menolak dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)yang dilaksana sejak 2004 itu menbazir dan tidak berkesan.

Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, keberkesanan program itu harus dinilai dari sudut objektif yang dilihat berjaya melahirkan anak muda dengan semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi.

PAS WILL NEVER AGREE TO IMPLEMENT GST,SAYS VP

YAN: PAS will never agree to the implementation of the goods and services tax (GST), says the party, contradicting opposition pact de factor leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who acknowledged that it is an efficient taxation system.


Pas vice-president Datuk Mahfuz Omar said the pary would never agree to its implementation as it would cause "leakage", which runs counter to Anwar's remarks that GST could contribute greatly to economic growth.


Mansuhkan saja kursus tidak relevan


MASALAH kebanjiran siswazah menganggur di negara ini bagaikan tidak terbendung lagi. Sejak dari penghujung 2001 lagi, kerajaan telah melancarkan pelbagai skim untuk membantu para pekerja yang diberhentikan, penganggur, dan tidak terkecuali lepasan siswazah.
Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Datuk Mustapha Mohamed ada mendedahkan bahawa antara punca siswazah menganggur adalah kerana memilih kursus yang tidak sesuai atau tidak relevan dengan pasaran pekerjaan. Ini ditambah lagi dengan sikap pelajar bumiputera yang lebih gemar memilih kursus yang mudah berbanding bidang lain yang lebih mencabar dan leka mengulang kaji pelajaran.
Bagaimanapun, kenyataan Pengerusi MTEN itu seolah-olah menunjukkan bahawa bidang `sastera' tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap kerjaya mahupun pembangunan negara. Bagaimana ini boleh berlaku? Kalau begitu, apa gunanya pe-ngajian tersebut ditawarkan selama berpuluh-puluh tahun di universiti jika tidak berguna langsung kepada masyarakat dan negara?
Kita seharusnya faham bahawa tidak semua kursus yang ditawarkan di universiti dapat diikuti oleh pelajar. Ia berdasarkan kelayakan pemohon juga. Kalau sudah kelayakan pelajar itu hanya setakat bidang sastera, takkanlah hendak memohon ke Fakulti Kejuruteraan, atau sekurang-kurangnya sains.
Ini bergantung pada pendidikan asas yang diterima pelajar semasa di sekolah. Jika belajar di aliran sastera atau perdaga-ngan, tak mungkin mereka dapat menguasai bidang sains ketika di universiti. Sekurang-kurangnya mereka boleh belajar kursus undang-undang, ekonomi, sejarah, geografi, komunikasi atau sebagainya.
Pada pandangan saya, itu memang benar kerana ia adalah berdasarkan kajian MTEN sendiri. Namun, hendak menyalahkan pelajar terutamanya bumiputera, tidak wajar juga kerana kursus tersebut ditawarkan dalam pengajian di universiti.
`Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. Kalau hendak menyalahkan pelajar sekalipun, eloklah kita kembali menilai dasar pendidikan negara terlebih dahulu. Kalau takut ramai siswazah sastera yang menganggur, tak perlulah dihadkan aliran sastera (40 peratus) dan sains (60 peratus) seperti sekarang ini. Lebih baik diperbanyakkan kuota untuk aliran sains, (80:20).
Ini berlainan pula dengan kenyataan Prof. Diraja Ungku Aziz yang mengatakan bahawa universiti bukan tempat menawarkan pekerjaan, tetapi menawarkan ilmu. Jadi, itu pandangan Pak Ungku, maka tidak salahlah kalau para pelajar bumiputera memilih bidang sastera (yang mengikut kajian MTEN sebanyak 95 peratus) sekadar untuk menimba ilmu pengetahuan.
Tetapi, masalah timbul apabila ilmu yang dipelajari tersebut tidak dapat diaplikasikan atau dimanfaatkan dalam bidang kerjaya mereka. Apatah lagi dengan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah menjadi batu penghalang untuk mendapat tempat dalam pekerjaan. Dalam keadaan ini, peluang mengikuti bahasa Inggeris untuk graduan harus direbut oleh siswazah bumiputera.
Kalau kita lihat senario pe-luang kerja sekarang, rata-rata majikan terutama swasta meletakkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai antara syarat penting selain kelayakan akademik. Malah, kemahiran menggunakan bahasa lain juga merupakan satu kelebihan. Jadi ke mana hendak dicampakkan lepasan graduan bumiputera ini?
Menyentuh tentang skim latihan graduan ini pula, pelbagai masalah yang timbul ekoran daripada perancangan dan pengurusan yang tidak teliti. Namun langkah kerajaan untuk mengkaji semula pengisian program dalam Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) ini adalah satu langkah bijak. Mana tidaknya, skim yang diharapkan dapat membantu lepasan siswazah menganggur berlaku sebaliknya, apabila bayaran elaun begitu lewat dan tertunggak lama. Ini menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dan mengambil keputusan menarik diri.
Persoalannya di sini, mengapa kursus yang sudah `lapuk' dan `jumud' serta tiada prospek kerjaya itu masih ditawarkan di universiti sedangkan kerajaan sendiri sedia maklum ia tidak menjanjikan peluang pekerjaan kepada lepasan siswazah. Bukankah ini hanya merugikan negara?
Sudahlah kerajaan menawarkan pinjaman pendidikan, tetapi apabila pelajar terbabit tamat pengajiannya, bagaimanakah ia hendak melunaskan hutangnya kembali?
Ada baiknya kursus-kursus yang dikenal pasti tidak menepati pasaran pekerjaan dimansuhkan sahaja atau diperbaiki dengan memasukkan sukatan atau silibus baru, sesuai dengan permintaan pasaran pekerjaan masa kini.
Namun, bagaimana pula de-ngan nasib para pensyarah yang ditugaskan mengajar kursus-kursus yang sudah tidak relevan itu sekiranya kursus tersebut dimansuhkan di IPTA? Apa gunanya pihak kerajaan dan universiti membayar gaji dan membiayai lanjutan pengajian serta penyelidikan mereka?
Ini akan menimbulkan pula masalah pengangguran di kala-ngan ahli akademik dan cendekiawan. Ke manakah mereka ini akan diserapkan? Sudah tiba masanya untuk kerajaan dan pihak universiti mengkaji semula kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA untuk diselaraskan bersesuaian dengan kehendak pekerjaan di negara ini.
`Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah'. Masih belum terlambat untuk melakukannya, asalkan pihak universiti, pensyarah dan kerajaan bekerjasama menggemblengkan tenaga demi membantu meringankan nasib para siswazah yang bakal menerajui pembangunan negara. Rakyat Malaysia harus sedar daripada mimpi, dan menerima hakikat bahawa negara ini bukan lagi lubuk rezeki seperti dahulu.

Rakyat Malaysia tolak revolusi ala 'Arab Springs'


Rakyat Malaysia pasti akan menolak revolusi ala-Arab atau Arab Springs kerana tiada alasan untuk terikut-ikut, apatah lagi setelah melihat kesan buruk berpanjangan akibat revolusi seumpama itu, menurut beberapa penganalisis dan pemerhati politik.

Lantaran itu sebarang usaha parti pembangkang untuk cuba membangkitkan penentangan rakyat terhadap kerajaan menerusi protes jalanan pasti tidak akan mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia.

Penganalisis politik Dr Kaisan Abdul Rahman memberikan lima alasan kenapa rakyat akan menolaknya, iaitu:

* Amalan demokrasi di Malaysia terbukti sudah cukup baik dengan pilihan raya tetap diadakan lima tahun sekali tanpa gagal dan proses demokrasi yang mapan sehingga membawa kemajuan negara yang membanggakan dan kesejahteraan hidup rakyat.

* Melalui pilihan raya umum, rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu dan suara majoriti sentiasa dihormati dengan bukti yang jelas apabila empat negeri kini diperintah pembangkang.
   
* Rakyat Malaysia yang bijak tahu muslihat sebenar di sebalik percubaan untuk mencetuskan huru hara yang didalangi pembangkang, yang bukan untuk memenuhi tuntutan yang mereka dakwa, sebaliknya untuk kepentingan pemimpin pembangkang yang rakus untuk berkuasa walaupun dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat dan imej negara.

* Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang disangka oleh pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, apatah lagi mengorbankan keamanan dan kerukunan hidup serta merosakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap yang telah dibina sejak lebih 50 tahun lepas.

* Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional sekarang begitu telus, malah sentiasa berusaha memperbaiki prestasi untuk meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai program dan bantuan, yang mana di negeri-negeri diperintah pembangkang hanya tinggal janji kosong.

"Saya yakin berapa kali lagi pun pembangkang menganjurkan perhimpunan, ia tidak akan berhasil mencetuskan Arab Springs, malah akan membuatkan rakyat lebih membenci kerakusan pembangkang. Rakyat Malaysia sangat menghargai keamanan yang dinikmati sekarang," katanya kepada Bernama.

Beberapa pemerhati politik pula berkata, Arab Springs tidak akan menjangkiti Malaysia kerana kerajaan hari ini cukup sedar dan peka dengan permasalahan dihadapi rakyat selain berusaha menyediakan langkah konkrit untuk menyelesaikan sesuatu kemelut contohnya rasuah, kemiskinan serta penggangguran.

Ini ditambah pula dengan keadaan negara yang aman damai serta maju yang kini dikecapi rakyat, tiada sebab untuk mereka berasa tidak berpuas hati dan turun ke jalanan untuk mengadakan protes seperti yang dilakukan di beberapa negara Arab.

Antara negara Arab yang terlibat dalam revolusi ialah Tunisia, Mesir, Yaman, Libya dan Syria, yang sehingga kini mengalami rentetan masalah keganasan yang berterusan dan impian mendapat sebuah kerajaan yang lebih baik hanya tinggal impian.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, revolusi di beberapa negara Arab berikutan sistem pemerintahan yang diamalkan tidak baik, yang membawa protes jalanan untuk menuntut sistem pemerintahan lebih demokrasi.

"Tetapi dalam konteks Malaysia, tiada rakyat yang mahukan revolusi sebab kita telah mempunyai sistem demokrasi yang baik dan kita juga telah maju daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

"Tak mungkin revolusi Arab akan berlaku di negara ini, cuma percubaan itu ada daripada pihak-pihak tertentu demi kepentingan sempit mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata di Malaysia, tiada keperluan untuk mengadakan revolusi kerana negara telah lama mengamalkan demokrasi dan adalah malang bagi rakyat jika percaya kepada momokan pembangkang bahawa sistem pentadbiran kerajaan bersifat menindas mereka.

"Jika mereka percaya kepada pembangkang, maka akan hancurlah negara. Adalah bodoh bagi mana-mana rakyat untuk menerima bulat-bulat hasutan pembangkang untuk mewujudkan revolusi yang nyata hanya untuk kepentingan individu tertentu sahaja," katanya.

Ahmad Atory yakin golongan kelas menengah yang besar di negara ini akan menjamin tidak berlakunya revolusi kerana mereka tentunya tidak mahu negara yang sudah sedia maju dalam pelbagai bidang kembali terkebelakang selepas berlakunya revolusi.

"Kalau ada golongan middle class di sesebuah negara, ini jelas menunjukkan negara tersebut maju. Jika pembangkang memerintah, adakah nasib golongan ini, golongan miskin akan terbela? Boleh ke pembangkang jamin pelaburan Amanah Saham Bumiputera, Tabung Haji kekal?

Rakyat yang kini terdedah dengan pelbagai maklumat akan berfikiran matang dan boleh menilai apa yang dilakukan kerajaan itu baik atau tidak dan membandingkannya dengan realiti di negara-negara lain, katanya.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Mohd Razali pula berpendapat ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam sesuatu isu tidak memungkinkan revolusi terjadi.

"Kecekapan pentadbiran kerajaan dan juga keterbukaan kerajaan untuk memberi maklum balas dalam sesuatu isu amat dihargai oleh semua rakyat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai 'check and balance'. Inilah bezanya Malaysia dengan negara-negara Arab tersebut.

"Di setengah negara Arab, mana-mana pihak yang memberi pandangan ke atas pentadbiran kerajaan akan ditangkap, berbanding Malaysia yang mana NGO sendiri bebas memberi pandangan dan kerajaan akan respons dengan baik. Inilah amalan demokrasi yang baik," katanya.

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah juga yakin revolusi negara Arab tidak akan menjangkiti Malaysia kerana kerajaan hari ini sentiasa melakukan perubahan demi kebaikan rakyat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun melaksanakan pelan transformasi yang baik. Lantaran itu saya yakin revolusi itu tidak akan berlaku memandangkan keadaan di negara Arab dan Malaysia berbeza selain perbezaan dari segi budaya," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Dr Kaisan pula meminta rakyat jangan menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang walaupun perhimpunan itu mendapat kebenaran kerana pembangkang tidak akan dapat menjamin ia berlangsung dengan aman dan jika berlaku sesuatu tidak diingini pembangkang tidak akan bertanggungjawab malah akan menyalahkan pihak lain seperti sebelum ini.

Peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia

Peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia. Berikutan itu, kerajaan
Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan tarafhidup mereka. Sehingga kini dorongan dan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputera supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya industri kecil dan sederhana, mewujudkan tindak balas yang positif. Pelbagai perubahan dijangka akan berlaku dalam arena perniagaan di Malaysia. perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Di sini jelas bahawa perniagaan bersaiz kecil dan sederhana amat penting dalam menyumbang terhadapn pembangunan negara. Aliran pertumbuhan ekonomi di Malaysia telah menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS), walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Didapati penduduk bukan Bumiputera telah menguasai sektor
ekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Bam gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan
bersama dengan agensi sokongan kerajaan, pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia telah bertambah baik dalam
tempoh Rancangan Malaysia ke-7. 
 
Pihak kerajaan telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkanasas keusahawanan di kalangan bumiputera bagi
melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung dan aktif dalam dunia
perniagaan. Pelbagai agensi telah disediakan untukmembantu usahawan Bumiputera. Banyak tabung yang bertujuan khusus untuk membangunkan usahawan bumiputera telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung Usahawan Bam, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan
membantu usahawan kecil dan sederhana. 
 
Terdapat beberapa kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan. pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai. faktor yang sarna juga telah menyebabkan kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan. Walaupun sistern pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap Bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan semangat bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak dilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di Malaysia. 
 
Sejauh manakah usahawan bumiputera mempunyai keupayaan melaksanakan kemahiran keusahawanan dari aspek pemasaran,
pengurusan dan kewangan?

GABEM kempen 1Keluarga ,1 Syarikat

Dalam paper Sinar Harian ruangan Bisnes m/s 56 tarikh 2 0ct 2013

Gagasan Badan Ekonomi Bumiputera (Gabem) akan melaksanakan "kempen 1 keluarga,1 syarikat" bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan bumiputra.

Pengerusi GABEM ,Tan Sri Rahim Tambh Chik berkata pertubuhan ini komited dalam membantu meperkasakan ekonomi Bumiputera selari dgn penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Isunya sekarang mampukah GABEM merealisasikan impian ini menjadi kenyataan kerana sehingga ini Bumiputera hanya menguasai 18-20 peratus ekonomi di Malaysia.

PUNB SALUR RM163J BANTU BUMIPUTERA

PUNB salur RM163j bantu Bumiputera


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyalurkan pembiayaan kewangan berjumlah RM163 juta kepada 416 syarikat dan agensi perniagaan Bumiputera di seluruh negara tahun ini dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan kaum itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pembiayaan itu juga bertujuan meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera supaya mereka dapat bersaing dengan kaum lain dalam pelbagai bidang perniagaan. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM22.45 juta diluluskan kepada 56 syarikat dan perniagaan Bumiputera pada bulan ini bagi memperkasakan ekonomi mereka, sejajar dengan agenda nasional seperti diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya. (Berita selanjutnya...BH Nasional Online 30 Sept. 2013)

Cuma apa yang diharapkan penyaluran pembiayaan kewangan tersebut dapat mencapai hasrat sepertimana yang diinginkan oleh YB Perdana Menteri kita.
Usahawan bumiputera seharusnya memanafaatkan peluang yang tersedia dengan sebaik-baiknya dan jangan lupa membayar semula pinjaman perniagaan tersebut agar peluang tersebut dapat di panjangkan untuk usahawan-usahawan lain pula.

Negara Berpendapatan Tinggi


Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia , Oktober 20, 2013 (Sumber Artikel diperolehi dari Facebook, Dr. Mahathir bin Mohamad)

1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hiup Negara.2. Apabila upah atau gaji dinaikkan tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna samasekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kea rah sasaran menjadi Negara maj.

5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampong, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain. Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.
6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara dari pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju.

7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar (produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing (competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.

8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.

9. Umpamanya kenaikkan upah minima katakanlah dari RM 700/- sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka. Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih tinggi akan meminta kenaikkan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikkan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikkan gaji atau upah di semua pringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikan kos sara hidup.

10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.

12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer). Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income)

13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.

14. Kefahaman Bahasa Inggeris tetap akan menyumbang kepada penambahan pendapatan. Ini tedapat dimana-mana sahaja.

15. Untuk pengekalan dan perkembangan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran. Kita perlu hadkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pengajaran sains dan matematik sahaja. Mata pelajaran lain mestilah disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

16. Dimasa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Pada kebiasaan untuk menuntut ilmu ke peringkat Masters (sarjana) dan Phd (doctorate) penuntut Malaysia kerap ke universiti luar negara. Bahasa pengantar di luar negara ialah Bahasa Inggeris, walaupun ada juga bahasa-bahasa lain yang diguna. Kebanyakkan buku teks yang diguna seluruh dunia didapati dalam Bahasa Inggeris.

17. Yang jelas ialah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bahasa dagang dan industri. Jika negara ingin menaikkan pendapatan melalui dagangan dan industri yang canggih dengan nilai ditambah yang tinggi, Bahasa Inggeris amatlah penting dan utama.
18. Oleh itu untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, langkah pertama ialah peningkatan penguasaan ilmu moden di kalangan rakyat, bermula dari sekolah-sekolah lagi.

19. Etika kerja juga perlu ditingkatkan. Satu contoh berkenaan keburukan etika kerja merosakan ekonomi negara boleh dilihat di United Kingdom. Kerana kesatuan sekerja menjadi begitu kuat sehingga dapat mendiri Kerajaan tuntutan dari kesatuan untuk kenaikan upah melalui ugutan menyebabkan pendapatan naik tanpa kenaikan daya pengeluaran. Akhirnya semua industri British gulung tikar dan ekonomi negara merosot.

20. Kenaikkan pendapatan memang baik bagi pekerja dan pengusaha. Tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya melalui dasar. Banyaklah yang perlu dipertimbangkan dan diselaraskan jika kenaikkan pendapatan tidak akan memburukkan ekonomi Negara dan kemajuannya

DRIVING SCHOOL OPERATORS CRY FOUL

KUALA LUMPUR: The flaws of the MySikap portal has infuriated driving school operators, with Ma-laysian Driving Institute Association (Pima) president Mat Aris Bakar describing it as a bad reflection of the Road Transport Department's (RTD) efficiency.

Mat Aris said driving schools were not given an introduction to the system prior to its implementation on Nov 1, adding that this had caused its implementation to be flawed.