Halaman

Isnin, 12 November 2012

Salahkan Nik Aziz dalam Kes Soi Lek!


Dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.

Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.

Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?

Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.

Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.

Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.


LA: Pas cakap tak serupa bikin.

PAS berangan nak rampas Jeli dari BN

Tengok dan nilai sendiri betapa para pemimpin dan ulamak Pas hanya reti 'menangguk di air yang keruh' setelah bertahun-tahun Tok Pa bertungkus lumus menjadikan Daerah Jeli membangun dengan pelbagai prasarana serta Hub Pendidikan. Tetiba muncul singboard yang paling 'bengong' di satu simpang isyarat bandar Jeli. PT tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca dengan memaparkan gambar ini. 
 Tidak terlintaskah anda siapakah yang menjadikan sesetengah kaum keluarga boleh hidup senang lenang atas segala pembangunan yang telah di tepati dari janji-janji BN dulu??? Atau puak2 anda sengaja buat pekak atau sengaja membutakan mata demi meneruskan sebuah Kerajaan yang penuh dengan berjuta janji yang langsung tidak ditunaikan dan jauh sekali ditepati???? Apapun kita ada otak dan akal fikiran maka fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

LA: Orang Jeli jangan perjudikan nasib di  tangan Pas.

PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.

“Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.

Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.
Beliau dipercayai sedang memberi respons kepada tindakan segelintir ahli PAS yang kecewa di dalam satu forum di Selangor, yang secara terbuka menuduh parti telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan menyeru parti mengkaji semula hubungan politik bersama DAP.


LA: Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak mengata.