Halaman

Jumaat, 10 Ogos 2012

Selangor kurangkan hutang Talam RM 36j

 Kerajaaan Selangor yang didakwa cuba mengurangkan hutang talam Corporation (Talam) kepada Universiti Selangor (UNISEL) RM36 juta tanpa mendedahkannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chau Tee Yong,  mendakwa, berdasarkan perjanjian Penyelesaian Tambahan pada 8 Mac 2007, hutang patut dibayar Talam kepada UNISEL adalah RM284, juta,tetapi Kerajaan Selangor menyatakan jumlahnya RM248 juta.Beliau menyatakan,RM36 juta itu insentif bagi penyelesaian hutang lebih awal, sekali gus  menyifatkan berlaku pembohongan apabila keraajan Selangor menyatakan tiada cubaan dibuat anak syarikatnya untuk mengutip semula hutang daripada Talam.
Mengikut perjanjian itu, chua berkata, Talam memberi jaminan akan menyelesaikan hutang yang perlu dibayar kepada UNISEL dan kerajaan Selangor boleh mengambil tindakan jika syarikat gagal berbuat demikian.
Beliau mempersoalkan mengapa wujud "layanan istimewa"sedangkan Talam tidak berhak mendapat diskaun RM36 juta kerana gagal memenuhi perjanjian itu.
Chua turut mendakwa sesetengah tanah yang diterima kerajaaan Selangor mempunyai banyak kaveat pendaftar dan kaveat persendirian,termasuk tanah di Danau Putra dengan lebih 100 kaveat yang perlu dibuang sebelum tanah terbabit dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran.

Sumber: BH 10 Ogos 2012

LA: Macam-macam masalah dengan Kerajaan Selangor ni,apa nak jadi da.

BN sedia ditolak jika mungkir janji

Tema sambut kemerdekaan berlandas tuntutan agama: Najib

Kuala Terengganu: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya bersedia ditolak rakyat jika gagal menunaikan janji yang dibuat .Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata,komitmen gabungan parti berkenaan  untuk membela dan memelihara kepentingan rakyat bukan  suatau permainan politik,sebaliknya prinsip yang turut dituntu Islam.


Komitmen gabungan parti BN untuk membela, memelihara kepentingan rakyat bukan suatu permainan politik”. - Najib Razak, Perdana Menteri
Katanya, tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’, juga bukan retorik politik sebaliknya berlandas tuntutan agama.

Berpaksi rukun agama

“Tema itu bukti Kerajaan BN berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Tema itu berpaksikan rukun agama, kita berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita tepati janji untuk beri kepercayaan pada rakyat... kita juga mahu buktikan negara kita negara Islam contoh.

“Sehubungan itu, kita tak perlu tukar tema Hari Kemerdekaan. Kita tak boleh cakap, tapi tak boleh buat seperti kata orang Terengganu ‘kecek ngelak’,” katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di sini, semalam.
Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

 Najib yang kemudian menunaikan solat Maghrib bersama penduduk di Masjid Kampung Padang Nenas, disusuli solat Isyak dan Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu, berkata ‘Janji Ditepati’ bukan tema politik, tetapi berpaksi kepada hukum dan prinsip Islam yang jika tidak ditunaikan, boleh dianggap munafik.

Pertahan BN

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis sama, mahu BN dipertahankan kerana sudah terbukti ia berjaya membentuk kerajaan yang mampu membela nasib rakyat.

“Kita maklum selama ini PAS tidak pernah buat apa-apa untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya suka berjanji tetapi tidak ditepati. Saya harap rakyat tidak berbelah-bahagi menyokong kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN melaksana pelbagai program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, memberi imbuhan kepada peneroka dan sebagainya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Sumber: BH 10 Ogos 2012
LA: hanya yang berani berjanji dan menepati sahaj yang berani buat kenyataan seperti ini.

Kakitangan awam curi tulang

» Membeli-belah pada waktu bekerja dalam bulan Ramadan

Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.Selain kompleks beli belah dan pasar raya,mereka mengunjungi bazar ramadan  berhampiran pejabat,dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.


JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.


Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya. 
Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.



Sumber: BH 10 Ogos 2012
LA: Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Ingatlah kerja tu, amanh Allah pada kita,kalau da sampai curi tulang masa kerja,di mana berkatnya rezeki yang nak bagi kat keluarga dan anak-anak makan.??renung-renungkanlah.