Halaman

Rabu, 20 November 2013

Selangor Bakal Bankrap

Rizab negeri Selangor dalam bentuk wang tunai mencecah RM2.7 bilion, nilai tertinggi pernah dicapai dalam sejarah negeri sejak tahun 1998, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid dalam pembentangan Belanjawan 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, jumlah itu dicatatkan setakat 31 Oktober 2013 selepas mengamalkan perbelanjaan berhemah.
Daripada jumlah itu, RM430 juta akan digunakan bagi membiayai pembangunan enam inisiatif; RM150 juta daripadanya bagi pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang sepanjang  dua kilometer termasuk jalan penghubung dan enam lorong bagi mengatasi kesesakan lalu linyas dijambatan sedia ada yang digunakan 200,000 kenderaan sehari.
Manakala RM100 juta digunakan untuk pembinaan rumah mampu milik, pembinaan sekolah (RM50 juta), pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia (RM50 juta), pembangunan desa (RM50 juta) dan pemberdayaan wanita (RM30 juta).
“Sepanjang lebih lima tahun kita mentadbir, banyak yang kita pelajari, antaranya adalah kelebihan amalan berbelanja dengan penuh disiplin dan berhemah yang membolehkan kita menabung untuk perbelanjaan masa hadapan.
“Budaya menabung ini sangat penting lebih-lebih lagi apabila kerajaan negeri tiada sebarang justifikasi membentangangkan belanjawan defisit tanpa kapasiti untuk meminjam mana-mana institusi kewangan jauh sekali untuk mengemis dan meminta sedekah daripada kerajaan Pusat untuk menampung perbelanjaan mentadbir negeri sendiri.
“Inilah antara sebab mengapa saya amat tekankan betapa perlunya kita menyimpan rizab pada paras yang selesa,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu,ketika membentangkan Bajet 2014, Khalid berkata Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion bagi Belanjawan 2014, satu jumlah perbelanjaan terbesar dalam sejarah negeri.
Melalui tema “Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat”, RM1.225 bilion (66.2%) daripadanya diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala baki RM624 juta (33.78%) digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.
Daripada RM62.4juta perbelanjaan pembangunan, 62.2%digunakan untuk infrastruktur, sosial (22.9%), dan ekonomi (14.47%).
Bagi sektor infrastruktur, RM357 juta (91%) digunakan untuk kemudahan awam, sains, teknologi dan inovasi RM22juta (5.91%), dan perumahan RM8 juta (2.19%).
Bagi sektor sosial, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diperuntukkan RM77.9 juta(54.37%), pendidikan RM26 juta (18.37%), modal insan RM8.6 juta (6.06%), sukan RM8 juta(5.59%), Kampung Baru RM5 juta (3.49%), Belia RM3.5 juta (2.44%) dan lain-lain RM13juta (9.67%).
Manakala bagi sektor ekonomi, kewangan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51 juta (57.1%) diikuti pertanian sebanyak RM17 juta (19.34%), pembangunan usahawan RM7.85 juta (8.68%), pelancongan RM5.4 juta (5.97%), sumber alam RM3.65 juta (3.65%), kajian dan penyelidikan RM2.8 juta (3.1%), serta pelaburan RM1.6 juta (1.77%).
Khalid turut mengumumkan sejumlah RM2.2 juta (84.36%) daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh Kerajan Tempatan manakala lebihan RM408,000 akan dibelanjakan untuk Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Ketam.
“Pendapatan kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mencecah RM1.72 bilion pada tahun 2012, lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.53 bilion iaitu bersamaan dengan lebihan operasi sebanyak RM183.2 juta,” katanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kes Culik di Sabah Jejaskan Malaysia



Malang bagi industri pelancongan Sabah apabila dalam masa terdekat ini, ia pasti kehilangan ramai pelancong berpotensi dari Taiwan gara-gara insiden bunuh dan culik pasangan dari negara itu ketika mengunjungi Pulau Pom Pom di Sempurna, Jumaat minggu lalu.
Ini diburukkan lagi selepas Taiwan mengeluarkan amaran warna ‘oren’ iaitu kedua tertinggi daripada empat warna sistem advisori pelancongan negara itu yang menasihatkan rakyatnya untuk mengelak daripada berkunjung ke Sabah.
Kejadian terbaru ini pasti menjejaskan usaha-usaha yang sudah digaris oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta pemain-pemain utama dalam industri pelancongan negeri memandangkan negara-negara dari Asia Utara seperti China, Hong Kong, Korea dan Jepun merangkumi lebih 50 peratus daripada kira-kira 100,000 pelancong yang tiba di negeri ini sehingga September tahun ini.
Menterinya, Datuk Masidi Manjun perlu inovatif dan panjang akal untuk menterbalikkan situasi jika keadaan tidak memihak kepada usaha-usahanya memandangkan ini merupakan tamparan kedua yang perlu dihadapi industri pelancongan tahun ini yang menjana pendapatan lumayan kira-kira RM5 bilion (angka tahun lalu).
Walaupun beliau optimis dan menjangkakan kejadian terbaru tidak akan memberi kesan yang ketara, sesuatu mesti perlu dilakukan untuk terus menjadikan kepulauan Sabah menjadi destinasi utama. Kerajaan mesti mengetatkan keselamatan.
Tidak dinafikan industri pelancongan negeri menghadapi banyak cabaran sejak akhir-akhir ini daripada krisis ekonomi hinggalah kepada wabak penyakit, bencana alam dan penggantungan penerbangan terus ke negara lain.
Pencerobohan pengganas bersenjata di Kampung Tandua Lahad Datu pada awal tahun juga memberi kesan kepada industri kerana ia memberi isyarat seolah-olah negeri ini tidak selamat untuk dikunjungi.
Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, kejadian pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom boleh berlaku di mana-mana di dunia ini tetapi jika ia berlaku berulang kali (di Sabah), ia boleh menghantar mesej kepada seluruh dunia mengenai kelemahan sistem keselamatan negara.
Oleh itu katanya, kerajaan perlu menyelaraskan segala jadual rondaan dan pemantauan manakala kemudahan keselamatan dan infrastruktur di pos keselamatan di pulau-pulau, terutama di pantai timur Sabah dipertingkatkan.
“Ini untuk memastikan ahli-ahli pasukan keselamatan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental apabila berlaku ancaman,” katanya membahaskan Bajet 2014 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa lalu.
Publisiti
Katanya, penting juga sistem pertahanan negara tidak terlalu didedahkan dengan publisiti berlebihan kerana bimbang penjenayah mungkin mengambil kesempatan daripada maklumat yang diperolehi itu,” katanya.
Mengambil contoh tanah yang diperolehi untuk tujuan logistik pertahanan dan kem tentera, katanya, pengambilan tanah itu baru sahaja di peringkat perancangan tetapi ia diberi publisiti secara meluas.
Keyakinan tinggi jelas terserlah terhadap Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diberikan oleh kerajaan berikutan pencerobohan rakyat asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna pada Februari tahun ini.
Nasir mengakui bahawa tidak mudah untuk mengawal kawasan pesisiran yang luas di Pantai Timur dan disebabkan itulah mudah bagi elemen asing memasuki Sabah dan keluar tanpa dikesan oleh pasukan keselamatan.
“Keadaan ini mempunyai kesan yang besar ke atas keberkesanan sistem keselamatan terhadap penduduk di sini. Dalam erti kata lain, kejadian di Pom-Pom harus memberi amaran memgenai prestasi sistem keselamatan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, kes bunuh dan penculikan di Pulau Pom-Pom bukan kes terpencil tetapi perlu diberi perhatian serius kerana modus operandi yang sama akan digunakan oleh penceroboh Sulu di masa depan.
Oleh itu, tindakan segera perlu diambil untuk memastikan sistem keselamatan diselaraskan di antara agensi-agensi keselamatan di pos-pos pengawasan berkenaan.
“Walaupun wujud pos kawalan di Pulau Mataking, Pulau Pandanan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Pulau Pom-Pom, jenayah masih juga berlaku. Ini mesti diberi keutamaan. Penculikan di pulau ini memberikan gambaran yang jelas bahawa kumpulan penculik ini bukannya kumpulan biasa.
“Mereka arif dengan keadaan perairan di Semporna dan Sabah. Mereka tahu masa, tempat dan kekuatan pasukan keselamatan kita,” katanya.
Menurut Nasir, tidak mungkin mereka yang melakukan angkara bunuh dan culik ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka jika mereka tidak mempunyai pengetahuan luas tentang keadaan keselamatan negeri ini.
Berasimilasi
Hakikatnya, kumpulan penjenayah ini sudah berasimilisasi dalam masyarakat tempatan hingga sukar untuk membezakan mereka dengan penduduk tempatan.
“Mereka mungkin bersembunyi dengan menyamar sebagai nelayan atau sebagai penjual ikan dan pekerjaan lain,” katanya menambah sementara pengeboman ikan tidak lagi menjadi topik utama, ia masih berkaitan dengan isu-isu keselamatan di negeri ini.
Aktiviti ini (pengeboman ikan), kata Nasir masih dijalankan di perairan di Semporna dan juga di Pantai Barat dan berharap pihak berkuasa akan dapat membanteras aktiviti itu sebelum menjadi berleluasa.
Di sidang ini, Nasir turut memberi amaran yang Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pengusaha pelancongan yang enggan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan pusat peranginan mereka.
Tindakan pengusaha pusat peranginan terbabit hanya mengganggu tugas pasukan keselamatan untuk menjaga ketenteraman awam khsusunya di kawasan perairan.
Dalam kes jenayah ini, polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kes bunuh dan culik dua pelancong Taiwan di Pulau Pom-Pom turut membabitkan orang tempatan atau penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.
Ini dinyatakan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, beberapa hari yang lalu.
Dalam kejadian berlaku kira-kira jam pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun, ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat.
Pulau Pom Pom adalah antara beberapa pulau yang jarang ditemui di Laut China Selatan. Ia terletak kira-kira setengah jam adalah dari tanah besar Semporna dengan bot laju. Pulau ini semakin popular dikalangan pelancong asing kerana pantainya berpasir putih dan santai yang belum tercemar.
Banyak kemudahan ditawarkan di pusat peranginan di sini. Ia mewah, selesa dan menitik beratkan privasi pengunjung.

Orang kata "malang tak berbau".Boleh berlaku di mana-mana sahaja.


Isu Cuti Johor Bocor

Polis yakin dapat menyelesaikan isu kebocoran kandungan dan penyebaran Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri.    

Ini berikutan rampasan 11 telefon bimbit baru-baru ini, dan penerimaan tiga laporan dari pelbagai pihak berhubung kebocoran dan penyebaran berkenaan, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.
   
Beliau berkata polis sudah merakamkan dua percakapan sehingga ini.
   
"Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan saya sudah arahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan untuk menyegerakan siasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.  
   
Mohd Mokhtar sehubungan itu menggesa mana-mana pihak terutama penjawat awam supaya tidak sewenang-wenang memuat naik dokumen rahsia kerajaan ke laman-laman sosial dan mematuhi peraturan seperti yang ditandatangani menerusi ikrar perkhidmatan awam.
   
Sejak awal minggu lepas, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor dari hari Ahad ke Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.  

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.
   
Cari samapi dapat ,jangan lepas mereka yang bersalah.

Keluar dari Selangor Jika Ingkar Perintah Sultan

Exco-Exco kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan pandangan bahawa sesiapa yang menentang titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri Selangor.
Pada 17 November lalu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, seperti yang dipetik dalam Utusan Malaysia berkata mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan Sharafuddin  berhubung pengunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri itu.
Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim bagaimanapun akur dengan titah Sultan Sharafuddin menetapkan bahawa semua rakyat negeri itu, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
“Walaupun mungkin daripada segi ideologi, dari segi pandangan orang ada pendapat masing-masing yang berbeza. Cuma saya kira tidak perlulah sampai satu keadaan yang mana sampai perlu menekankan sesiapa yang tidak setuju dengan titah sultan perlu keluar dari negeri.
“Saya ingat ini bukan satu cara penyelesaian yang baik kerana saya masih lagi melihat bahawa pandangan ataupun pendidikan kepada manusia sejagat itu adalah satu perkara yang penting,” kata Ahmad Yunus apabila ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Tambahnya lagi, para mufti boleh memainkan peranan untuk menerangkan kepada masyarakat mengapa titah ini dibuat.
“Mungkin pendapat bergantung kepada corak ilmu yang kita dapat. Kalau ilmu yang ada dan kita dapat menyedarkan…apatah lagi dengan nasihat mufti-mufti, kita boleh memberikan penerangan kepada masyarakat. Itu saya kira (cadangan) yang lebih baik,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, titah yang dikeluarkan oleh Sultan Sharafuddin sudah dilihat dari pelbagai sudut kepentingan dan semua pihak perlu akur dengan titah baginda.
Apabila ditemui, Teng berkata titah sultan itu tidak memang tidak wajar untuk dipersoalkan.
“Itu titah tuanku dan kita hormati titah tuanku,” katanya.
Namun, beliau mempersoalkan kembali cadangan Mahmood supaya mana-mana pihak yang menentang titah sultan untuk berhijrah dari negeri Selangor.
“Kalau orang tidak mahu pindah apa boleh buat? Kita ada undang-undang,” katanya lagi.
Sultan Sharafuddin, pada 14 November lalu menetapkan bahawa semua rakyat negeri itu, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Wee Ka Siong Biadap

Pemuda Umno Selangor menggesa Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menarik balik dan memohon maaf di atas kenyataannya sebelum ini yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Pemuda Umno Selangor Zainuri Zainal berkata, kenyataan Wee itu dilihat sebagai biadap dan mengecam tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan.
Zainuri berkata, sebagai seorang Ketua Pemua parti Komponen Barisan Nasional (BN), bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu sepatutnya berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung sensitiviti sesuatu kaum.
“Kami sebulat suara mengutuk perbuatan biadap Wee dan mendesak supaya beliau menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor khasnya kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang tempoh masa kepada Wee untuk berbuat demikian, tetapi berikrar akan terus mendesak termasuk usaha mengerakkan rangkaian Pemuda Umno seluruh negara menuntut sehingga Wee mengemukakan maaf.
“Sekiranya Wee tidak tahu sensitiviti masyarakat Melayu Islam kami sedia beri kursus percuma supaya beliau memahami isi Rukun Negara,” katanya.
Malah, pihaknya tidak teragak-agak mendesak supaya gelaran ‘Datuk’ Ahli Parlimen Ayer Hitam itu ditarik balik sekiranya masih tiada sebarang respon dikemukakan.
Katanya, Wee sebagai wakil rakyat Johor tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan berkaitan agama di Selangor dan menganggap Wee hanya mahu meraih perhatian politik menjelang pemilihan MCA pada Disember depan.
“Kita cabar dia kalau titah sama dikeluarkan oleh Sultan Johor adakah dia berani menidakkan dan memperlekehkan Sultan Johor,” soalnya.
Wee dalam laporan FMT minggu lalu mempersoalkan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab ‘Bible’ dan juga penerbitan ‘Herald’ versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta.
Merujuk kepada rayuan kes di Mahkamah Rayuan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan penerbitan mingguan Katolik, The Herald pada 14 Oktober lalu, Baginda menggesa semua rakyat di Selangor mematuhi keputusan itu.
Namun Wee dilaporkan berpendapat kerajaan juga perlu membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan ‘Allah’ merujuk kepada Tuhan.
“Pemuda Umno akan sentiasa menjunjung titah Sultan Selangor dan mempertahankan institusi raja dari diperlekehkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” tegas Zainuri.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut terkilan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal mempertahankan isu itu sehingga diperkotak-katikkan oleh pihak lain.
Katanya, Abdul Khalid sebagai ketua eksekutif negeri yang dilantik Sultan Selangor wajib berdiri teguh mempertahankan maruah institusi diraja dari diperlekehkan, namun sehingga hari ini beliau hanya mendiamkan diri.
“Sebelum ini kami menunggu kerana mengharapkan sepatutnya Menteri Besar perlu kehadapan memberi kenyataan mempertahankan maruah Baginda bukannya Pemuda Umno.
“Tetapi sekarang kami tidak boleh berdiam diri lagi dan akan berdiri teguh mempertahankan kedaulatan institusi diRaja,” katanya.

Pas patut contohi UMNO..Yang slaah tetap salah.Bukan macam Pas yang buat pekak dan tuli dengan kenyataan Dap.

Bajet Selangor 2014 Dihentam hebat

Bajet Selangor 2014 disimpulkan sebagai bajet ‘terdesak’ lantaran terdapat desakan kepada Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggunakan rizab negeri dalam belanjawannya.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata demikian berikutan berlakunya perjumpaan antara Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dengan Khalid sebelum bajet 2014 dibentangkan.
“Sebab ada memorandum yang dihantar kepada MB mendesak beberapa perkara minta ditambah kepada beberapa perkara. Apabila saya lihat, itu yang ada tambahan.
“Terdapat pertambahan sebanyak RM430 juta yang menggunakan wang rizab RM2.6 bilion untuk kegunaan pembangunan. Pada keseluruhan ada anjakan paradigma setelah barangkali MB ditegur bahawa tumpuan selama ini pada pendekatan populis.
“Saya melihat dengan populis ini tidak bertahan lama. Melihat kepada negara-negara barat pun yang menumpukan kebajikan, akhirnya akan menjadi tanggungan liabiliti yang besar kepada negara-negara berkenaan,” katanya lagi.
Beliau turut melahirkan kembimbangan Selangor akan tercicir dari segi kemajuan menjelang tahun 2020 jika kerajaan negeri berterusan memberikan penumpuan kepada program kebajikan tanpa memastikan ada peluang pendapatan tambahan.
Mohd Shamsuddin turut menambah bahawa kerajaan negeri Selangor seharusnya mencontohi kerajaan negeri Sarawak, Pahang dan Johor yang menghasilkan lebihan bajet dalam bajet 2014 negeri masing-masing.
“Itu kebimbangan saya. Apabila kita cakap tentang bajet, sebenarnya tiada apa sangat kita nak cakap tentang kehebatannya.
“Saya ada beri contoh di Sarawak, bajet lebihan sehingga RM200 juta lebih, Johor pun sama, dan Pahang yang kita nampak ekonominya masih rendah di Selangor pun ada lebihan bajet. Saya mengharapkan Selangor ada lebihan bajet, tapi MB kata bajet berimbang.
“Kita perhatikan dalam tahun-tahun yang lepas. Jika dia kata bajet berimbang, pada awal tahun, tengah dan akhir tahun ada pula bajet tambahan. Dengan alasan pendapatan yang akan kutip esok akan dapat menyamai perbelanjaan kita minta,” katanya lagi.

Selangor oh Selangor...Mengapa jadi sampai begitu sekali hah??

Mat Sabu VS Nik Amar

Perwakilan lebih yakin pada siapa untuk membela PAS, Mat Sabu ataupun Mohd Amar?

Perwakilan PAS harus ingat PAS hanya tinggal Kelantan sekarang. PAS akan menggunakan Kelantan untuk melaksanakan model pemerintahan Islamnya untuk menjadi daya tarikan kepada pengundi Melayu yang lain untuk bersama PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Ada perkara yang PAS Kelantan ingin laksanakan seperti hudud, banteras judi sepenuhnya yang bakal mendapat bantahan DAP. Jika isu sekecil salon yang mengasingkan lelaki perempuan pun menjadi isu nasional bagi DAP dan MCA, model pemerintahan Islam di Kelantan mungkin susah dilaksanakan.
Jika berlaku pertengkaran dalam isu-isu prinsip, apakah Mat Sabu ataupun Nik Amar yang perwakilan rasa boleh diharapkan untuk mempertahankan PAS?
Isu hudud kembali hangat sekarang. Karpal belum membuka mulutnya. Jika Karpal membuka mulutnya, siapa yang perwakilan rasa akan lebih ke depan untuk mempertahankan PAS – Mat Sabu ataupun Nik Amar?
Ada yang berhujah Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negeri dan tidak sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mereka yang berhujah ini sudah tentu tidak akan mempertikaikan kemampunan Lim Guan Eng menjawat tiga jawatan penting – Setiausaha Agong DAP, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka merasakan Nik Amar tak mampu meskipun beliau belum diberi peluang mencuba. Apakah bukan tindakan ini merendah-rendahkan kemampuan pemimpin sendiri berbanding pemimpin DAP?

Mat Sabu pula sedar bukan sahaja untuk menjadi Timbalan yang baik bukan sahaja menghentam UMNO semata-mata tetapi perlu juga menghentam rakan sekutu mereka yang lantang mengkritik Pas secara terang-terangan tanpa menjaga hati dan perasaan Pas yang dah lama tercalar dan makan hati..

Karpal Si Tua Biadap!!

alt

 PAS hari ini mengulangi gesaan agar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memohon maaf secara terbuka kepada parti itu susulan gesaannya agar membatalkan pendaftaran bagi pertubuhan dan parti politik berlandaskan agama dan kaum

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal sewajarnya bersikap jujur dan memohon maaf kepada DAP sendiri agar isu ini dapat dihentikan serta merta.

 Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," katanya memetik laporan Harakah Daily hari ini.

Pendedahan itu menimbulkan persoalan walaupun telah dinafikan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Sing dan Karpal Singh sendiri.

Haha...Karpal ni patut "dibersarakan" sahaja.Tengok lah dah cakap tak nak mengaku pula,Nyanyuk ke apa ni??
Sama seperti perumpamaan "dah baling batu sembunyi tangan".

Dewan Pemuda Pas Bertegas Mahu Karpal Minta Maaf

Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.
"Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas," kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.
"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu," katanya.

Pemuda Pas sudah menegaskan pendirian mereka ,cuma tinggal si tua-tua dalam parti yang "takut " sangat dengan Karpal.Sampai dah macam ni pun masih lagi "mendiamkan diri".

Anwar tuduh Khalid "Kedekut"

Isu cara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid membelanjakan wang kerajaan negeri menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini sehingga ada yang melebelkan beliau sebagai ‘kedekut’.
Ini kerana mereka berasa amat sukar untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan apa-apa projek di negeri itu walaupun Selangor mempunyai rezab wang yang banyak.
Pemimpin utama PR yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik Khalid secara terbuka di samping memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Abdul Khalid ketika menjawab kritikan itu berkata, beliau menerimanya dengan baik dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan Abdul Khalid bahawa dia lebih mengambil berat kritikan rakyat berbanding pemimpin dan ahli politik mendapat mendapat serangan balas Ahli Parlimen Pucong dari DAP, Gobind Singh Deo.
Gobind meminta Abdul Khalid memberikan penjelasan mengenai kenyataannya itu kerana pemimpin politik mewakili suara rakyat kerana rakyat memilih mereka.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Selangor Faekah Husin ketika menjawab kritikan itu, berkata majikannya itu bukan kedekut, tetapi berbelanja dengan baik (pruden).
Faekah berkata, Selangor sangat berjimat dalam berbelanja sebagai persediaan menghadapi sekatan daripada kerajaan Pusat terhadap negeri di bawah pentadbiran PR termasuk Selangor. – 23 Oktober, 2013.

Aik,peliklah Anwar ni,"orangnya' sendiri tak nak puji,tapi puji pula bukan main lagi kat anak Lim Kit Siang.Mungkin Khalid tak bagi Anwar duit,tu yang kata Khalid "KEDEKUT".Kesian kau Anwar..

Rafizi Dakwa SPRM Lindungi Ahli Politik Rasuah


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi ahli politik rasuah kerana hanya mampu membuat lima kes pendakwaan sejak tahun 2010 hingga Ogos 2013.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, jumlah tersebut tidak masuk akal, malah jumlah tersebut adalah lebih kecil berbanding pendakwaan yang dibuat terhadap penguatkuasa undang-undang.
Rafizi menyimpulkan SPRM juga sama seperti Peguam Negara yang cuba melindungi ahli politik rasuah apabila gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

" Jika SPRM berjaya mencatat kadar pensabitan yang begitu tinggi dengan rakyat biasa, kenapa SPRM memberi alasan tidak mendapat cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan ahli politik?" katanya.

Kalau macam tu,apa kata SPRM siasat masa Anwar jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri .Adakah Anwar terlibat atau tak dengan rasuah.Tak salahkan buka balik fail-fail lama...

Dap Johorpun Sokong Karpal


Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempertahankan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar) untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PAS.
Katanya kenyataan pemimpin tersebut mengenai parti politik tidak harus berasaskan kaum dan agama sebenarnya tidak ditujukan kepada PAS.
Bagaimanapun, beliau berkata semua rakyat di negara ini termasuk ahli PAS sepatutnya menghormati Karpal yang memperjuangkan kesamaan hak tanpa membezakan agama dan kaum.

"Saya percaya dia (Karpal) meluahkan kebimbangan beliau memandangkan situasi parti poltik dibezakan mengikut perkauman dan agama. Sekiranya ia berterusan maka terdapat jurang besar yang berlaku kepada rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai pegangan agama dan etnik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dewan Pemuda PAS menuntut Karpal memohon maaf kepada parti Islam itu dengan memberi tempoh lima hari kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.
Pemuda PAS juga turut mengedarkan transkrip penuh kenyataan media yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November 2013.
Karpal dalam kenyataannya pula menafikan ucapan beliau berniat supaya PAS membatalkan pendaftaran parti itu sambil berkata ia ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, Herald. – 20 November, 2013.

Karpal pun dah cakap pusing-pusing macam Kawan dia si Anwar tu..Hahaha..lawak-lawak..

Azmin bantah Bajet 2014 Selangor

Pengerusi PKR Selangor yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali tidak setuju tindakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat telah mengurangkan peruntukan jabatan dan agensi bagi tujuan pembangunan dalam pembentangan Belanjawan 2014 hari ini.
Menurut Azmin kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum agensi terbabit dengan mengurangkan peruntukan sekiranya jabatan tersebut gagal mencapai jumlah bajet yang telah ditetapkan pada penggal lepas.
"Ini persoalannya apakah BBC (Kelab Penyokong Kerajaan Selangor) akan menerima atau tidak memang menjadi perkara pokok yang dibangkitkan dalam memorandum pertemuan dengan menteri besar sebelum ini.
"Biarpun kita memahami gesaan kerajaan negeri mewajibkan setiap agensi perlu menggunakan sepenuhnya jumlah peruntukan bagi mencapai matlamat tersebut namun adalah perbuatan tidak adil memotong perbelanjaan agensi pada penggal ini berdasarkan penggunaan sebelum ini," katanya kepada media di Bangunan SUK, Shah Alam.
Beliau pada masa sama turut mengakui ini merupakan kali pertama kerajaan negeri menggunakan rizab negeri dengan pengagihan yang adil dan saksama.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2014 oleh Abdul Khalid.
Sebelum ini, BBC menghantar memorandum kepada Abdul Khalid bertarikh 7 Oktober lalu meminta Menteri Besar itu memperbaiki kelemahan urus tadbir memberi lebihan hasil rizab.
"Kerajaan negeri kena pantau secara dekat supaya penggunaan itu berhemah dan capai budget performance tapi jangan hukum rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan," katanya.
Khalid dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 itu turut mengusulkan rancangan penggunaan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan jambatan ketiga Klang, rumah mampu milik, bangunan sekolah, pembangunan desa, usahawan dan belia serta pemberdayaan wanita dan desa.
Walaupun perbelanjaan pembangunan kurang dari apa yang dituntut, Azmin menyifatkan belanjawan negeri itu menyeluruh.
Kerana itu beliau berkata akan membangkitkan semula isu itu dalam sesi perbahasan seterusnya demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Kita ambil contoh Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, penggal lepas agensi itu telah menggunakan RM6.1 juta dari RM6.7 juta yang diperuntukkan kerana mereka tidak menghabiskan bajet tersebut menyaksikan belanjawan mereka berkurangan kali ini.
"Jadi sekarang ini kami perlu ambil peluang semasa perbahasan untuk membangkitkan isu ini bagi pihak rakyat. Semoga kerajaan negeri akan pertimbangkan,"katanya
Dalam pembentangan belanjawan negeri 2014, Abdul Khalid telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.85 billion melibatkan belanja mengurus sebanyak RM1.225 billion dan RM625 juta bagi perbelanjaan pembangunan. - 19 November, 2013.


Macam mana ni, sesama mereka pun tak sekepala..Apa dah jadi Azmin??

Karpal "Tikam" Pas

Mengapa pemimpin Pas terus-menerus  mendiamkan diri berkenaan kenyataan Pengerusi Dap,  Karpal Singh menyarankan parti politik dan badan profesional berasaskan agama dan kaum dimansuhkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang diasak pelbagai soalan berkaitan isu itu enggan menjawab secara langsung atas alasan mahu melihat perkembangannya terlebih dulu. 

Kita bukan (berdiam diri) kerana sebelum ini pun, isu mana yang kita tak jawab? Kita jawab semua dan kita tidak berdiam diri,” katanya di ibu pejabat PAS di sini, semalam. 

Kenyataan Karpal yang dibuat dalam sidang media di Pulau Pinang pada 5 November itu, dikecam Dewan Pemuda PAS (DPPM) dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), dengan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf. 
Bagaimanapun, Pengerusi DAP itu menerusi kenyataan balas kelmarin, menegaskan tidak wujud keperluan beliau memohon maaf kerana kenyataannya itu merujuk kepada parti politik berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC.

DAP terlupa kot ,yang rakan sekutunya Pas juga parti yang berdasarkan kaum dan agama.Kalau tidak,takkanlah dari dulu sampai sekarang Pas memperjuangkan HUDUD nya.Kesian Pas nak sangat bersekongkol dengan Dap sangatkan.

Subjek Baru Untuk Murid Tahun Empat




Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. 


Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi. 



Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

Fahami sejarah negara

Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.

Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat. 
Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.





Mampukah pelajar Tahun Empat meggalas beban ini dibahu mereka???

Daim saran Hapuskan AP


 Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di Malaysia.

"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," katanya di sini hari ini. 
Daim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S. Folger yang berkata langkah itu jika dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah, dan menggalakkan pengeluar kereta untuk meningkatkan pelaburan bagi mengeluarkan kereta yang lebih murah di pasaran tempatan. 




"Bagi saya, ada satu cara kita dapat mengurangkan harga kereta. Ia merupakan penyelesaian yang mudah terhadap isu ini (iaitu) memansuhkan AP terbuka," kata Folger kepada akhbar The Sun baru-baru ini.
Penganalisis industri mengatakan bahawa kerajaan boleh menghapuskan barisan tambahan dalam perniagaan dan melepaskan kos penjimatan itu kepada rakyat memandangkan AP terbuka mengenakan beberapa ribu ringgit untuk setiap transaksi yang diproses. 

Penjimatan kos boleh digunakan oleh kerajaan untuk merangsangkan lagi industri itu atau menyalurkannya untuk perbelanjaan yang lebih produktif, kata mereka.

Penganalisis terbabit mencadangkan kerajaan mengeluarkan tender AP Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak hasil kerajaan yang seterusnya boleh mengurangkan cukai untuk pembeli kereta, dan sekali gus menjadikan harga kereta lebih murah.

AP Terbuka biasanya digunakan oleh pengimport yang sama untuk mengimport semula kereta mewah recond dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kereta yang dipasang dalam negara.

Sebagai contoh semakan di Internet menunjukkan Mercedes-Benz E200 baru dijual pada harga kira-kira 35,000 pound sterling (kira-kira RM179,000) di Britain berbanding RM366,000 untuk model yang sama yang dipasang di Malaysia.

Kereta Mercedes-Benz E200 terpakai di Britain akan menjadi kira-kira 10,000 pound lebih murah atau kira-kira RM51,000, bergantung kepada tahun pembuatan dan perbatuan.

Pengimport 'tidak rasmi' atau pemegang AP terbuka boleh mengambil kesempatan ke atas perbezaan harga yang lebih tinggi di Malaysia untuk menjual semula E200 recond daripada antara RM270,000 dan RM290,000 setiap satu, walaupun selepas membayar cukai.

Diskaun ini sering dilihat sebagai 'menguntungkan' pengguna atas perbelanjaan pengilang yang telah menanggung kos tambahan seperti perolehan tempatan, kos pemasangan, penjenamaan dan promosi, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

Pemansuhan AP terbuka juga akan menghapuskan Malaysia sebagai antara destinasi utama kereta terpakai mewah di dunia, kata penganalisis itu.

Mereka menegaskan supaya kerajaan perlu mengkaji semula keseluruhan struktur industri automotif, termasuk segmen rejim cukai dan tempoh akhir hayat kereta, bagi memastikan ia boleh bergerak ke depan memandangkan pembuat kereta nasional sudah wujud hampir 20 hingga 30 tahun dengan Proton Saga pertama dilancarkan pada Julai 1985 dan Perodua Kancil muncul pada Ogos 1994.

NAP diperkenal pada 22 Mac, 2006 dan disemak semula pada 2009 dan 2012 bertujuan menggalakkan daya saing dan berdaya maju dalam sektor automotif tempatan, khususnya pengeluar kereta nasional.

Ia juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai hab automotif serantau, dengan mengintegrasikan industri automotif tempatan ke dalam industri serantau dan rangkaian global dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing.

Penganalisis juga menyatakan bahawa menyediakan persaingan yang lebih tinggi akan menghapuskan rasa puas hati dalam kalangan pengeluar kereta dan pembekal.

Mereka juga berharap NAP yang akan dikaji semula itu dapat melihat gambaran yang lebih luas dan membantu memulihkan industri automotif tempatan supaya menjadi sumber pendapatan negara menerusi pertukaran mata wang asing. - BERNAMA

Tunggu apa kata PM kita.

Shabery Cheek pula bagi penjelasan

Menteri Komunikasi dan Multimedia ,Datuk Ahmad Shabery Cheek akan bertemu Jawantankuasa Kira-Kira Kewangan  Negara (PAC) yang akan diadakan esok bagi memberi penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K Pop dalam acara Hari Belia 2012 yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua  Audit Negara 2012.
 Pada ketika itu,beliau adalah Menteri Belia dan Sukan.Katanya ,beliau telah bersedia untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Laporan Audit Negara baru-baru ini.

Senang sahaja,benar kerana benar,takut kerana salah.

Cukai Pintu: DBKL bertemu 11 MP



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan perjumpaan dengan 11 anggota Parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok, untuk menjelaskan mengenai kadar cukai pintu yang akan dinaikkan mulai tahun hadapan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal berkata, kadar baharu yang akan ditentukan akan mengambil kira kepentingan para penduduk dan keadaan ekonomi semasa.

Diharapkan semua bersabar dan dengan dulu apa yang akan diumumkan kemudian.

Anwar cakap macam Bangla



Anwar duk pusing cakap pulak, kata PR tak pernah dakwa ada 40K pengundi BANGLADESH..
Aikk...Anwar pusing cakap pulak,dulu bukan maina lagi cakap yang BN menang sebab ada 40K pengundi hantu.Tapi sekarang tak pula..

Dtiduhnya pula isu pengundi Bangladesh adalah mainan penulis-penulis blog BN (BarisanNasional).Biar betul Anwar ni,cakap tak serupa bikin.Dulu cakap lain,sekarang cakap lain.

Jangan ingat rakyat Malaysia ni  bodoh sangat.Cukup lah dulu Anwar membodohkan rakyat Malaysia selama ini.

Sikap PEMANDU yang perlu ubah,bukan KERETA daa!!


"Apakah jaminan pihak kerajaan yang kereta baru tidak mengalami kerosakan dan selamat di jalanraya? 

"Adakah peratusan kemalangan berlaku sekarang berpunca dari kereta lama yang lebih dari 12 tahun?"


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tiba-tiba datang pula cadangan dari pihak kerajaan untuk menghadkan jangka hayat kenderaan di negara ini kepada 12 tahun. 

Cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon baru-baru ini yang merupakan suatu penemuan baharu. Pada Jumaat lalu, Dr. Shaw Voon memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya.

Adakah ini suatu penemuan baru cara untuk mendapatkan hasil pendapatan dari rakyat atau cara baru untuk menghabiskan stok kereta yang tidak laku? Apakah jaminan pihak kerajaan yang kereta baru tidak mengalami kerosakan dan selamat di jalanraya? Adakah peratusan kemalangan berlaku sekarang berpunca dari kereta lama yang lebih dari 12 tahun? 

Sebelum melaksanakan sesuatu peraturan baru, adakah pihak kerajaan pernah mengkaji apa akan terjadi kepada kereta terpakai yang lebih dari 12 tahun dan juga rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli kereta baru yang sudah tentu mahal dan terpaksa menanggung hutang seumur hidup? 

Sudahpun harga rumah mahal dan kos kehidupan yang tinggi sekarang terpaksa pula menanggung hutang kenderaan yang berpanjangan. Adakah ini dikatakan kerajaan menjaga kesejahteraan dan kebajikan untuk rakyat?

Ke manakah kerajaan hendak melonggok ratusan ribu atau jutaan kenderaan yang sudah melebihi had jangka hayat tersebut? 

Adakah pihak kerajaan sudah membina kilang memproses besi buruk untuk digunakan semula sebagai bahan membina kenderaan baru agar ianya boleh dijual dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat? Bagaimana pula dengan kereta antik yang lebih dari 12 tahun, adakah pihak kerajaan perlu melupuskannya juga? 

Banyak lagi kenderaan pengangkutan awam yang melebihi 12 tahun juga akan jadi mangsa pelupusan ini dan di manakah mereka hendak menjual kenderaan ini sekiranya dipaksa untuk dilupuskan? Adakah pihak kerajaan sanggup membeli kenderaan lama dan menanggung semua kos dan hutang yang belum diselesaikan oleh pihak pengguna?

Kalau kerajaan terpaksa juga melaksanakan peraturan tersebut, pihak kerajaan perlu menurunkan harga kereta sehingga ke paling maksima. Harga kereta buatan Malaysia perlu diturunkan sampai ke 50 peratus begitu juga dengan kereta import. 

Kereta lama yang melebihi 12 tahun akan digantikan dengan kereta baru dengan potongan harga 50 peratus maka rakyat tidak perlu menanggung bebanan hutang yang berpanjangan.



Punca sebenar kemalangan berlaku adalah atas sikap pemandu itu sendiri.  Kalau ada pun masalah kenderaan ianya lebih kepada masalah teknikal bukannya usia kenderaan tersebut. Kalau kenderaan yang sudah melebih 12 tahun dijaga dengan baik ianya tetap selamat digunakan. 

Kebanyakan kenderaan baru yang mempunyai CC yang tinggi menyebabkan pemandu ingin mencuba kelajuan kenderaan tersebut. Kalau pemandu itu cuai ketika memandu dengan kelajuan yang tinggi, walau bagaimana canggih kenderaan itu, kemalangan tetap akan berlaku. Semua ini adalah masalah dan sikap pemandu itu sendiri yang menjadi punca kemalangan berlaku.

Kita harap pihak kerajaan jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu peraturan baru, kerana ianya akan menyusahkan kebanyakan rakyat. 

Mungkin peraturan baru ini hanya akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada penjual kenderaan baru tetapi kepada pengguna ianya pasti menjadi satu bebanan hutang yang berpanjangan.


Pe kes Hishammuddin nie??

Wanita nadi Negara


Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.

Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. “Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.

“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. “Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.

“Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.

“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau seringkali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.

“Dan  air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. “Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata”


“Air mata wanita adalah air mata kehidupan,” tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita...



Kaum wanita adalah nadi kepada masyarakat dan negara. Saya (Najib Razak) percaya kita tidak mungkin dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni, sekiranya hak dan kepentingan wanita tidak dipelihara.

Kenderaan LAMA tak selamat??



Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat di Jalan Raya - Miros
 Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.
"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, Jumaat.

Apa Pendapat anda yang memiliki kenderaan lebih dari 12 tahun??nak lupus tak da duit nak beli baru,apa yang harus buat??