Halaman

Memaparkan catatan dengan label NUTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NUTP. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Pendidikan sejarah pengukuh patriotisme

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.

Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.

Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.

Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.

Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.

Sebab itu guru-guru disarankan menjadikan subjek sejarah lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.Peranan guru amatlah penting,bukan setakat mengajar tetapi dalam membentuk jati diri anak bangsa.

Isnin, 23 Julai 2012

JPA lengah naik gred guru


400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit. 
Mula pengajian 2003

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.


LA: cikgu oh cikgu.

Rabu, 18 Julai 2012

NUTP bantah bawa telefon dan gajet ke sekolah

Kuala Lumpur- Hasil kajian dan bancian yang dibuat oleh NUTP berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak.Termasuk dari pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) sendiri mahupun dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan juga Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia.

Tiga masalah utama yang diberikan oleh mereka daripada kajian yagn telah di buat adalah mengenai beban terhadap ibu bapa, peningkatan kes kecurian dan juga gangguan terhadap tumpuan pelajar.

Beban terhadap ibu bapa
 Jika dilaksanakan juga,ramai pelajar kurang mampu akan terasa hati melihat kawan-kawan bernasib baik membawa telefon bimbit dan gajet canggih ke sekolah. Dan ini boleh memberi bebanan yang besar kepada ibu bapa miskin untuk menyediakannya,apabila anak-anak mula merajuk atau 'mengugut' untuk tidak pergi sekolah jika tidak dibelikan.


Tingkat kes kecurian
Peningkatan kes kecurian di sekolah kerana peralatan mahal, sedangkan barang murah seperti alat tulis pun biasa dicuri.Dan memberi beban tambahan kepada guru-guru untuk mengawasi keselamatan dan pengunaan gajet pelajar di sekolah kerana tanggungjawab sedia ada pun sudah cukup banyak.

Gangguan terhadap pelajar
Menganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran, malah akan wujud budaya tunjuk menunjuk di kalangan mereka dan turut menganggu pembelajaran pelajar.

LA: tunggu dan lihat.