Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Tak Perlu Pilihan Raya Kecil di Kajang

uruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan sebagai sesuatu yang tidak wajar, membazirkan wang rakyat serta membuang masa dan tenaga.

Tindakan tersebut menyebabkan badan bebas itu terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi melaksanakan pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos tersebut tidak termasuk untuk
 perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh agensi-agensi lain seperti polis, tentera, pihak media dan parti-parti politik.

Tegas beliau, walaupun peletakan jawatan Chin Cheh adalah sah dari segi undang-undang, dari segi moral dan politik, bekas ADUN PKR itu diharap dapat menjadi wakil rakyat untuk tempoh lima tahun.
"Kecualilah kalau meninggal dunia, sakit kuat atau tenat atau sebab-sebab lain di bawah artikel 48 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang wakil rakyat itu hilang kelayakkan.

"Pilihan raya kecil ini akan berlaku di Kajang iaitu sebuah bandar yang agak besar, sudah tentu melibatkan kos yang tinggi berbanding di Terengganu atau Kedah, kita terpaksa berbelanja untuk sesuatu yang tidak wajar dan dari segi moralnya tidak betul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Chin Cheh tanpa alasan semalam.

Nampaknya Anwar terdesak untuk berkuasa sehingga sanggup menyuruh Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar.

Ingatlah Anwar yang rakyat Kajang tidak sanggup dimanipulasikan oleh anda lagi.Ingat apa,pilihan raya ni suka-suka hati kau je nak buat bila-bila dan saja-saja je ek?Harap SPR tidak tunduk dengan permainan kotor PKR ini.


Tolak Anwar Ibrahim ,Bukti Pas Tak Sehaluan Dengan PR

Menurut setiausaha PAS Selangor itu, selagi tidak timbul isu penggantian menteri besar, parti Islam itu hanya menjadi pemerhati sahaja.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon utama kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan dikeluarkan selepas sidang media PKR pagi tadi yang turut disertai wakil PAS dan DAP yang memaklumkan Anwar akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas dikosongkan.
Semalam bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kerana dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar yang mahu menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.
Menurut Mohd Khairudin, pihaknya mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati-hati.
“Kita akan menghantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN,” katanya.
“Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR,” katanya.
PKR hari ini mengesahkan akan meletakkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee semalam.
Keputusan itu diumumkan oleh Abdul Khalid di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
“Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang,” kata Abdul Khalid.

PKR ingat depa dan DAPiG sahaja ke nak kuasa,PAs pun nak jugak.Rasanya dah terlalu lama Pas beralah dan berkorban untuk sekutunya,tiba masanya untuk PAs pula menunjukkan "taring" yang tersimpan lama sebelum ini..