Halaman

Khamis, 7 Mac 2013

Isu ceroboh Sabah: MILF tidak mahu terlibat

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

Pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan Kuala Lumpur dan Manila.

"Masalah di sana ialah antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Kami serah kepada mereka untuk menyelesaikannya.

"Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif melalui telefon dari kubunya di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, Maguindanao, selatan Filipina hari ini.

Setelah rundingan yang diadakan selama tiga minggu menemui kegagalan, apabila pasukan keselamatan negara diserang hendap kumpulan pengganas itu dalam dua insiden, Malaysia semalam mengambil tindakan ofensif menggunakan jet pejuang
dan tentera yang menggunakan kereta perisai untuk menggempur Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang menjadi tempat persembunyian mereka.

Lapan anggota polis terkorban dalam dua insiden serang hendap itu - dua di Lahad Datu dan enam di Semporna - manakala di pihak pengganas, 18 orang terbunuh.

Operasi sebelum Subuh (semalam) dikenali sebagai 'Op Daulat' itu mencapai matlamatnya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Operasi membanteras pengganas melibatkan lebih 2,000 anggota polis dan tentera itu kini diteruskan.

Diminta memberi pandangan tentang tindakan kumpulan berkenaan menceroboh timur Sabah, pengerusi MILF itu berkata beliau tidak boleh memberi ulasan, sejajar dengan pendirian barisan itu yang tidak mahu campur tangan dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan Malaysia dan pihak pengganas dapat menyelesaikan perkara itu secara aman.

Sememangnya Malaysia mahu menyelesaikan perkara itu secara aman sebelum ini, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali melanjutkan tempoh akhir kepada pengganas terbabit untuk meninggalkan Kampung Tanduo dan pulang ke Filipina.

Bagaimanapun, usaha Najib untuk mengelak berlakunya pertumpahan darah itu tidak dihiraukan kumpulan berkenaan dan mereka terus menduduki Kampung Tanduo.

Mengenai laporan dari Filipina bahawa para pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bersiap sedia untuk membantu dan menyertai kumpulan pengganas itu, Al-Haj Murad berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu kerana ia melibatkan kumpulan lain.

Ditanya sama ada perjajiian damai antara pihaknya dan kerajaan Filipina, yang ditaja Malaysia, terjejas akibat pencerobohan di Sabah, beliau  berkata perkara itu tidak timbul.

"Proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina ialah perkara berasingan dan tidak akan tergendala kerana kejadian di Sabah itu. Proses damai ini sedang diteruskan," katanya.

Beliau berkata anggota pasukan perunding MILF dan kerajaan Filipina dijangka bertemu di Kuala Lumpur untuk mengadakan rundingan pusingan akhir mereka pada minggu terakhir bulan ini.

MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama antara kedua-duanya yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa melayang dan menyebabkan wilayah Mindanao yang kaya dengan sumber asli, tidak dapat dibangunkan.

Perjanjian rangka kerja antara MILF dan Manila itu ditaja Malaysia dan ditandatangani di Istana Malacanang pada 15 Okt dengan disaksikan Najib dan rakan sejawatan beliau Presiden Benigno Aquino III.- Bernama

PKR dakwa BN dalang burukkan Anwar di media antarabangsa

PKR mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang memburukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media antarabangsa.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab mengenai bayaran yang dibuat terhadap konsultan perhubungan awam Amerika untuk menyerang Anwar.

"Minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan Amerika Syarikat Geaorge W. Bush itu memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide dalam kempen mempromosikan pentadbiran Najib dan menyerang Anwar.

"Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN atau kepentingan berkaitan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Menurut Nik Nazmi, Najib pernah mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

Katanya, FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.

"Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dam CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

"Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel  dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,"  katanya.

Nik Nazmi berkata, Najib perlu segera menjawab mengenai isu ini kerana terutamanya mengenai jumlah wang yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam di luar negara.


PKR hanya berani bersuara, bila tembelang mereka hampir pecah,PKR ni,memang cakap tak serupa bikin.PKR bukan berjuang atas nama parti,tapi atas nama Anwar Ibrahim.Kerja asyik nak "cover line" untuk si bangsat ni.

Anwar dakwa kononnya kerajaan gagal tangani isu ceroboh Sabah

Sabah diceroboh
Anwar: Kerajaan gagal tangani isu ceroboh Sabah

Anwar mendakwa kononnya kerajaan tidak berjaya menangani isu pencerobohan ke atas Sabah.
Anwar turut menjadikan tragedi di Sauk sebagai contoh di mana insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.

Ketua Pembangkang itu juga mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen tergempar bagi membincangan isu tersebut dan mendapatkan penjelasan sepenuhnya tentang krisis itu. Anwar ni tau untuk memberi komen sahaja bukan dia tak tau ni melibatkan dua buah negara dan banyak benda yang perlu diperhalusi.

Anwar tak payah nak banyak bunyi sangat,maslaah dalaman PR pun dia tak daapt selesaikan.Baik dia selesaikan masalah rumahtangganya dulu sebelum masu kcampur dalam urusan negara.!!

Tian Chua: Soal minta maaf tak timbul, penting kedaulatan negara

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata beliau akan menghadapi tindakan saman yang hendak dibawa oleh Umno tetapi menegaskan, semua pihak termasuk parti lawannya itu perlu sedar bahawa negara berhadapan dengan isu besar yang perlu ditangani bersama.

Sehubungan itu kata beliau, soal perlu meminta maaf, yang dituntut Umno dan beberapa pihak, tidak timbul.

Tian Chua
Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.

Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua.