Halaman

Khamis, 28 November 2013

Beri Peluang Pada GST

GST
Rakyat harus bersikap adil dan memberi peluang kepada kerajaan untuk menerang dan menjelaskan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke peringkat akar umbi dalam usaha menambah baik sistem percukaian negara.

Pegawai Kemajuan Negeri Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Syed Shaari Syed Abdullah berkata rakyat perlu memberi masa dan ruang kepada kerajaan untuk memperjelas perkara itu dan jangan mudah mempercayai tohmahan pihak tertentu.

"Kalau kita lihat di negara mana pun memang GST ini satu sistem yang lebih adil. Cuma di negara kita ni kita belum biasa lagi, jadi adalah berbagai tohmahan. Semua orang tak suka  dikenakan cukai. Kalau boleh nak jadi macam Brunei tidak payah dikenakan cukai.
"Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan GST ini. Sebab itu, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakannya. Kita pun kena 'adil' kepada kerajaan, bagi peluang untuk memperbaiki   sistem ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat GST bertajuk 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksanakan Janji', di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Ishak Abdullah.

Kira-kira 300 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan Komuniti 1Malaysia menghadiri taklimat anjuran bersama anjuran bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu.
Sementara itu, Ishak berkata sesi penerangan pelaksanaan GST itu akan berterusan dari semasa ke semasa dan memfokuskan kepada penjawat awam kerana mereka adalah jurucakap tidak langsung kerajaan.
Beliau berkata sesi penerangan di peringkat akar umbi akan dibuat dalam skala yang lebih kecil menerusi pertubuhan bukan kerajaan di bawah jabatan itu iaitu Komuniti 1Malaysia. - Bernama

Janji Khairy

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengurangkan kos perbelanjaan dengan memastikan setiap sen yang dibelanjakan untuk aktiviti dan program di bawah kementerian itu mendapat pulangan dan nilai terbaik, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin

Walaupun belum menetapkan sasaran pengurangan kos itu, namun katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh baru-baru ini supaya memperincikan setiap perbelanjaan dan menjadikan kementerian sebagai model terbaik yang mempraktikkan perbelanjaan secara berhemah.

Sambil menyifatkan ia sebagai tugas berat, Khairy bagaimanapun yakin dapat melaksanakannya dalam menegakkan reputasi, integriti dan akauntibliti kementerian itu dalam kalangan rakyat.

"Kita perlu meneliti setiap perkara bagi memastikan kita mendapat nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan. Walaupun kita teruskan dengan program yang besar, tetapi kita belanja kurang. Memang ia sukar tetapi kita boleh melakukannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Integriti Bersama' bertemakan 'Mendakap Integriti Demi Menerajui dan Mengurus Perubahan Organisasi' anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini hari ini.

Menurut Khairy, pengurangan perbelanjaan dimulakan dengan kadar bayaran elektrik daripada lima hingga 10 peratus dan disusuli dengan perkara-perkara lain.

"Bajet KBS tetap sama tapi kos akan dikurangkan dan ia akan dibelanjakan untuk tujuan lain. Kita mulakan dengan pengurangkan kadar bayaran elektrik daripada 5 hingga 10 peratus," katanya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Bekas Menteri KBS Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan berhubung isu itu.

Sementara itu, berhubung cadangan perlunya potongan cukai berjadual bagi pemain bola sepak di negara ini yang memperoleh gaji lumayan, Khairy berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Itu saya kena bincang dengan FAM sebab setiap negeri ada pendekatan yang berbeza tetapi yang terbaik yang patut kita buat ialah potongan cukai berjadual supaya lebih senang," katanya. - Bernama

Jangan salah guna parkir OKU

Jangan salah guna parkir OKU


Orang awam diminta lebih prihatin dan bertimbang rasa dengan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini untuk orang kurang upaya (OKU).

Presiden Persatuan OKU Sungai Siput dan Kuala Kangsar (Pokusk), Tang Ah Lik berkata, kemudahan yang disediakan itu bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan tugasan seharian mereka.

Justeru, sikap tidak prihatin segelintir orang awam bukan sahaja menyukarkan mereka malah mereka kadangkala terpaksa membatalkan niat untuk berurusan kerana perkara tersebut.

Tambah Ah Lik, antara kemudahan untuk OKU yang  sering digunakan orang awam adalah petak tempat letak kereta.

“Tempat parkir khas bukannya banyak disediakan untuk OKU, biasanya di satu kawasan itu ada dua atau tiga. Itu pun orang awam hendak ambil sedangkan banyak parkir lain.

“Bertimbang rasalah pada OKU kerana keadaan mereka yang serba kekurangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar petak parkir untuk OKU dibuat dengan saiz yang lebih besar berbanding tapak parkir biasa.

“Bila ada kereta lain parkir bersebelahan dengan  parkir khas untuk OKU, sukar  untuk golongan tersebut keluar dan masuk kereta kerana ruang yang sempit.

“Kami harap sangat agar tapak parkir ini diluaskan untuk memudahkan pergerakan golongan OKU,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Ah Lik memaklumkan dia ada mendengar rungutan daripada ahli persatuan yang mahukan perkhidmatan lebih baik disediakan untuk OKU khususnya ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Menurutnya, ada antara ahli terpaksa beratur panjang untuk membayar bil atau menjalankan urusan lain dan situasi itu sedikit sebanyak mengecewakan mereka.

“Kadangkala, ada orang awam tidak peka dengan keadaan mereka dan hanya membiarkan mereka beratur panjang bersama orang lain.

“OKU berharap agar layanan baik diberikan  kepada mereka kerana ia dapat memudahkan segala urusan harian,” katanya.

Nik NAzmi "sound" Ooi

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu 'kucing kurap'.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, "tak patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah 'kucing kurap' terhadap pegawai kerajaan”.

Nik Nazmi turut menambah dalam 'tweet'nya itu "sakit kot", merujuk kepada perbuatan Ooi.

Dalam insiden berkenaan, ahli Parlimen Jelutong - DAP itu mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di kawasannya.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," Ooi dipetik sebagai berkata.

Kelmarin, ketika lawatannya ke Pasar Jelutong dekat Georgetown, keadaan turut bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP mendatangi Ooi dan menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP.

Ooi bagaimanapun beredar daripada sidang media selepas diminta berbuat demikian dan menyerahkan majlis kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah.

Mohd Rofi Osman, 58, yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP berkata, beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa bersalah dan memandang remeh permintaannya itu untuk menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini turut tampil di Parlimen membidas kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dan MPPP.

Memang patut di 'sound' pun.

Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat untuk membawa isu pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat kemalangan untuk pertimbangan lanjut Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi OKU.
    
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Azizah Mohd Dun berkata perkara itu kemudian akan diteliti Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Majlis itu.
    
Beliau berkata Jawatankuasa Pendidikan yang diterajui Kementerian Pendidikan dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OKU boleh membincangkan perkara ini secara terperinci.
    
"Ini termasuk mengambil kira isu-isu berkaitan implikasi perundangan, kewangan dan mekanisme pelaksanaan berkenaan isu pengecualian bayaran balik pinjaman," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika menjawab Seah Leong Peng (DAP-Telok Intan) yang bertanya sama ada agensi kerajaan atau badan-badan yang memberi pinjaman kepada peminjam yang dikategorikan sebagai OKU akibat kemalangan yang menimpa mereka, memberi pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan terhadap mereka.
    
Azizah berkata secara umumnya, agensi pemberi pinjaman tidak mempunyai sebarang kerjasama atau dasar khusus untuk memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman atas faktor ketidakupayaan seseorang kecuali pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
"Pemberian pengecualian bayaran balik pinjaman ini diberikan berdasarkan merit atau pencapaian akademik cemerlang pelajar itu," katanya.
    
Beliau berkata selain itu, pengecualian bayaran balik pinjaman JPA juga diberikan kepada peminjam yang menghadapi masalah kesihatan serta disahkan pakar hospital kerajaan bahawa penyakit yang dihadapi bersifat kekal sehingga tidak mampu bekerja termasuk mereka yang di bawah kategori OKU. - Bernama

Memang itu yang patut dibuat..

Jangan Tunggu Lama-Lama,Kata Pas Terengganu

Mohd Abdul Wahid Endut
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut optimis terhadap muzakarah antara Pas dan Umno dan berharap ia benar-benar direalisasikan dalam memastikan pemerintahan Islam dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Menurutnya, Pas Terengganu turut mengalu-alukan muzakarah tersebut sebagaimana dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dalam ucapan penggulungan sempena Muktamar Agung Pas Ke-59 barubaru ini.

“Saya daripada dahulu lagi memang berharap sungguh perkara ini (muzakarah antara Pas dan Umno) jadi kenyataan,” katanya.

Mohd Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam mencadangkan muzakarah tersebut dilakukan secara langsung bagi memberi peluang kepada rakyat di negara ini mengetahui inti pati perbincangan yang berlangsung.

Dalam laporan Sinar Harian 25 November, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dengan Umno dalam melaksanakan pemerintahan Islam.

Katanya, muzakarah itu akan disertai ulama Pas yang juga berperanan penting dalam melaksanakan ajaran Islam.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid turut menafikan bahawa penolakan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap cadangan muzakarah antara Pas dan Umno sebelum ini menyebabkan perkara itu gagal dilaksanakan.

“Dahulu pun tidak jadi bukan kerana Mursyidul Am tidak setuju, kadang-kadang orang berani tetapi apabila waktunya sudah dekat, tak jadi. Kita atas dasar untuk kebaikan bersama boleh bertemu dan berbincang,” jelasnya.

Katanya, Pas sebenarnya terbuka mengadakan muzakarah dengan semua pihak jika tujuan untuk kepentingan bersama.

Ditanya sama ada muzakarah perlu kepada persetujuan rakan parti iaitu PKR dan DAP, beliau melihat tiada keperluan sedemikian kerana masing-masing bebas berbincang demi kebaikan rakyat.

“Tidak timbul (persetujuan dari PKR dan DAP). Kalau hendak muzakarah antara BN dan PR pun boleh atau antara parti dan parti. Kita bebas (sebagai sebuah negara) demokrasi,” katanya.

Pergolakan PKR Di Sabah Umno Takkan Campur Tangan

Umno tidak boleh berada dalam zon selesa dengan kelumpuhan PKR Sabah kerana pemimpin parti pakatan pembangkang itu didakwa mempunyai kebijaksanaan menipu sekali gus memanipulasi pemikiran rakyat.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata contohnya di Selangor, pakatan pembangkang masih menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) biarpun gagal menunaikan janji kepada rakyat Selangor.
    
"Kita tidak boleh menganggap bahawa mereka (PKR) sudah lemah. Contoh di Selangor walaupun hanya 34 peratus janji mereka yang ditunaikan, tetapi kerana kebijaksanaan mereka menipu rakyat dan mempengaruhi rakyat, akhirnya rakyat kembali percaya kepada mereka," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
    
Semalam, pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).    

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua  penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media semalam berkata situasi itu bererti bahawa PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN semakin utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah.
    
Dengan memberi contoh isu 40,000 pengundi Bangladesh, Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40,000 pengundi Bangladesh pada PRU13 lepas setelah berjaya menipu rakyat.
    
"Jadi kita harap rakyat jangan percaya lagi dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR kerana mereka mudah menafikan," katanya. - Bernama

PKR kan ada Anwar,takkan lah Anwar tak boleh selesaikan sendiri Krisis "rumahtangganya" ..Tepuk dahi lah Anwar..

Selfie Atau "SYOK" sendiri


Siti antara artis yg terkenal dengan "selfie" nya..
macam syok sendiri je, macam tak sesuwai je...hihi



Laki pun tak terkecuali daripada "selfie" ni
Bukan isu besar kalau kita perhatikan ramai remaja tak kiralah sama ada si gadis atau si jejaka suka tangkap gambar sendiri pada zaman sekarang. Apatah lagi cabang media sosial yang semakin banyak membuatkan mereka semakin obses untuk tonjolkan diri sendiri dalam kalangan rakan lain.
Perempuan terkenal dengan sikap yang suka cantik dan sedikit menunjuk-nunjuk sekiranya penampilan terlebih cantik pada hari tertentu. Oleh itu, sikap ini secara tak langsung akan membuatkan mereka cuba berkongsi kegembiraan dengan rakam gambar sendiri untuk dimuat naik di laman sosial. 

Bagaimanapun, lain pula kisahnya turut terkena tempias tabiat ini. Lelaki yang terkenal dengan sikap ‘macho’, ego dan tegas juga tidak dapat tahan diri daripada tidak ‘selfie’. Tarikannya terlalu kuat hingga mampu buatkan golongan ‘control macho’ turut tergolong dalam kelompok ini. 

Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan. 

Banyak gambar ‘syok sendiri’ ini boleh dikatakan dengan ‘pose’ di depan cermin. 
Duckface’ merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah si ‘selfie’ kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat. 

Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi ‘trademark’ si gadis apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Cukup menggoda! Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini apatah lagi apabila ‘selfie’ beramai-ramai dengan rakan wanita. 

Obses di sini merujuk kepada mereka yang terlalu aktif ‘selfie’ hinggakan dalam satu hari, lebih lima gambar ‘selfie’ dimuat naik di laman sosial hingga membuatkan orang mula menyampah. Hakikatnya ramai gadis cantik dan jejaka tampan turut obses dengan ‘selfie’ contohnya seperti selebriti atau ‘public figure’ lain. 

Oleh kerana mereka mempunyai ribuan peminat, keadaan kadang-kala mendesak mereka untuk muat naik gambar sendiri kerana tidak mahu mengecewakan peminat. Itu kisah selebriti, bagi orang biasa pula, apa nak dikisahkan dengan pandangan orang asalkan anda buat perkara yang boleh membahagiakan anda, sudah memadai. 

Walaupun ramai beranggapan ‘selfie’ adalah perbuatan syok sendiri tetapi dari segi positifnya, lebih baik obses dengan diri sendiri daripada obses dengan orang lain yang jelas tiada faedahnya. Teruskan ‘selfie’ dan pedulikan pandangan sinis orang lain walaupun ketika anda sedang ‘selfie’ beramai-ramai di tepi jalan!



Tarif Elektrik Naik Lagi

Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
   
Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
   
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
   
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita, semalam.

Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.

Aduh naik lagi,semua nak naik,apa yang turun ni??