Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

Pas jangan jadi Tipah tertipu!!!!


DAP pada 22 Disember lepas memberitahu pihak media dinegeri Perak, dengan lantang menyatakan, pelaksanaan hukum hudud langsung tidak termasuk dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri campuran di Perak kerana sudah mempunyai prinsip pemerintahan tersendiri.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, dasar kerajaan negeri sedia ada adalah untuk memerintah negeri ini berlandaskan prinsip keadilan, kewibawaan, ketelusan, amanah dan kebajikan. Beliau yang juga Exco kanan kerajaan negeri menegaskan, prinsip berkenaan mesti sentiasa dipegang kuat kerana telah dipersetujui secara bersama antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah jauh dari apa yang disebut oleh pemimpin DAP Perak itu !  


Tetapi dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak di atas , telah menjelaskan bahawa PAS selama ini ditipu oleh para pemimpin dan ahli DAP yang berpura-pura menerima kehendak PAS, tetapi apa yang sebenarnya, ialah mereka hanya memperalatkan PAS untuk memenuhi cita-cita DAP untuk memerintah negeri Perak, dengan menjadikan PAS dan Menteri Besar Perak itu sebagai alat semata-mata ! 

Oleh Yang demikian PAS sendiri kenalah benar-benar ikhlas untuk melaksanakan Islam. Jika sudah benar-benar ikhlas, rakan PAS yang sebenarnya ialah UMNO . Hanya UMNO yang benar-benar mahukan Islam. Rakan kongsi UMNO dalam BN tidak pernah menentang Islam  sebagaimana DAP menentang  Islam. Ketepikanlah DAP dan bersatulah dengan wakil-wakil rakyat  UMNO atau BN .
jika PAS memang ikhlas mahukan Islam, tetapi jika PAS hanya mahu sekadar makan gaji sahaja, apa nak buatkan, teruskanlah berumahtangga dengan DAP ; ibarat pasangan suami isteri yang dipaksa kahwin, tetapi bergolak sentiasa , yang langsung tidak melambangkan rumahtangga yang bahagia, apalagi untuk mengejar cita-cita pengundi yang beragama Islam .

Masihkah anda buta mata hati melihat komen Ngeh ini?


Apa komen pecacai Pas melihat komen Ngeh ini?

Masih leka dan tak sedar dengan lakonan dap yg berpura-pura baik dengan Pas itu?
Kenyataan ini jelas membuktikan Dap memang memandang rendah terhadap maruah agama Islam.

PKR gesa wujud garis panduan iklan pembantu rumah


PKR menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mengeluarkan satu garis panduan khusus kepada agensi pembantu rumah supaya tidak mengeluarkan iklan yang boleh memberi implikasi kurang baik.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, iklan tersebut tersebar luas sehingga menerima surat protes yang dihantar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Seharusnya, kementerian memantau iklan-iklan seperti ini supaya tidak menyentuh maruah dan sensitiviti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Katanya, iklan tersebut jelas menunjukkan sikap kurang bijak dan tidak wajar dipaparkan.

“PKR akan menghantar surat kepada syarikat ini supaya menarik iklan ini dan dihentikan serta-merta.

“Jika perlu, mereka boleh membuat permohonan maaf di atas sikap kurang sensitif dan menyentuh maruah seperti ini,” katanya.


Sumber:Sinar Harian 30 Oktober 2012

LA: PKR lebih fokus isu remeh dari isu besar di Selangor.Isu air lagi pentinglah PKR oi.

Rakyat Malaysia disyaki pengganas bukan anak peneroka


Salah seorang rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda bukan anak peneroka, sebaliknya hanya anak kakitangan Felda.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, Mohd Razin Shaaban, 28, merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Felda, namun tidak menamatkan pengajiannya di kolej itu.
Mohd Isa berkata, pihaknya juga pernah menghubungi keluarga Mohd Razin, namun mereka juga tidak dapat mengesan anaknya itu.
 
“Kes ini tidak ada kena-mengena dengan Felda. Sudah terbukti dia bukan anak peneroka, jadi tidak ada apa yang perlu Felda risaukan,” katanya.
 
Media semalam melaporkan, dua rakyat Malaysia disyaki anggota kumpulan al-Qaeda ditahan di Beirut Hamra kerana disyaki merancang serangan ganas di negara berkenaan.


Sumber: Sinar Harian 30 Oktober 2012
LA: orang kata, kalau nak tuduh,biar bersaksi.Jangan buat tuduhan melulu sahaja.Buruk padahnya.

Pas-DAP sudah ada titik persamaan, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi dalam pandangan panjang lebar dikeluarkan hari ini, yang antara lain menyentuh isu hudud.

Sumber: Sinar Harian 30 Oktober 2012

LA: Jangan cakap macam "tin kosong" ,tapi hakikatnya semua orang tau yang Pas dan Dap tidak penah sebulu mengenai hudud.Pas cuba" menegakkan benang yang basah."

Isnin, 29 Oktober 2012

Anwar cadang MB pertahan Bandar Tun Razak


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Anwar dipetik portal berita Media Selangorku berkata, beliau yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kecekapan dan ketokohan Abdul Khalid serta prestasi memberangsangkan dalam mentadbir Negeri Selangor.


Abdul Khalid pada sidang medianya berkata, beliau mempunyai beberapa cadangan yang akan dilaksanakan jika memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam PRU13.

“Saya akan menyediakan pucuk pimpinan pelapis selepas PRU13 sebab jika saya menang dua penggal saya tidak patut untuk terus menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

“Pengumuman itu tidak akan menjejaskan peluang saya untuk bertanding dalam dua kerusi dalam satu masa untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Tujuan pengumuman ini adalah supaya masyarakat di Parlimen Bandar Tun Razak tertanya-tanya,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

LA: Tunaikan dulu,janji utk PRU12 dulu,barulah PKR boleh berangan-angan untuk menang PRU13.Jangan pandai buat janji sahaja,tapi tidak reti nak tunaikan.

DAP: 'Ada baiknya rahsia nama calon'

DAP percaya tindakan merahsiakan nama calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh membawa manfaat tertentu kepada parti.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, pendekatan yang diambil oleh pihak kepimpinan adalah terbaik dan mereka di peringkat negeri sentiasa memberikan sokongan.

“Jika membuat pengumuman lebih awal mungkin ada juga baiknya kerana sudah tentu ramai yang ingin mengetahuinya dan tertunggu-tunggu. Kebiasaannya, DAP atau PR tidak akan membuat pengumuman lebih awal dan ini yang kita lakukan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut kepimpinan kedua-dua parti itu, mereka tidak mahu terikut dengan rentak BN.

Sementara itu, beliau berkata, dengan usaha yang dilakukan DAP dan rakan dalam PR yang lain, pihaknya percaya bakal menumpaskan BN di Pahang pada PRU kelak.


Sumber: Sinar Harian

LA: Mengapa perlu berahsia, kalau mereka betul telus dan tulus?Ataupun DAP dan PR takut dengan nama-nama calon yang tak setanding dengan calon-calon BN.

Khamis, 25 Oktober 2012

DAP tarbiah PAS


Begitu yakin PAS adalah pihak yang membiarkan dan membenarkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan 'tazkirah' dan sebagainya. Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya. PAS juga gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan alasan beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.

Menguatkan lagi, bila Nik Aziz dalam kenyataannya terbarunya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Aziz akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran pendek dan kedangkalan pemikiran Nik Aziz hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman di mana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang. 

Pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.

Jadi dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan pengikut PAS bahawa penggabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Yang kita nampak, PAS pula yang ditarbiah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras serta mencemarkan kesucian masjid dan surau.

betapa banyaknya fakta2 menunjukan bahawa DAP begitu membenci Islam antara kita semua sedari atau tidak.Namun hakikat yang sebenar ini sering dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong tegar bodoh alias bangang yang hanya tahu angguk2 dan geleng2 saja apa yang dikatakan oleh pemimpin munafik mereka betul tanpa memikirnya secara mendalam. 



LA: PAS  dah jaid seperti lembu kena cucuk hidung dengan DAP.

Apa jadi dokumen negara Islam?


Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.


Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.


Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.


Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?


LA: hangat-hangat tahi ayam je,PAS ni.Cakap macam tin kosong.Bunyi je lebih.Tapi hasil memang tak ada lah.

Tak adil Asri dakwa ulama masuk Umno hanyut

 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.


Sumber:Sinar Harian
LA: Jangan pandai-pandai buat fatwa sendiri,orang kata, cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.

PAS desak Soi Lek minta maaf

Leonard Tan Soon Huat -  Idris Ahmad - Khairul Faizi


Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka.

Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Pas yang memerintah Kelantan selama 22 tahun pun tidak pernah menekan orang Cina, jauh sekali menghina dan memperlekehkan agama anutan mereka.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad,menggesa semua rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam supaya menolak Umno-Barisan Nasional serta parti komponennya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kebiadapan Soi Lek.

LA:  Ada masa, senyap itu lebih baik dari terus berkata-kata perkara yang boleh menyentuh sensitivit agama lain lebih-lebih lagi yang sudah menyentuh Perlembagaan Persekutuan.Perlu di pandang serius.

Rabu, 24 Oktober 2012

Hudud tidak boleh laksana selagi rakyat Malaysia tidak faham

Penganalisis berpendapat isu hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan selagi seluruh rakyat Malaysia tidak memahami dengan jelas bagaimana undang-undang itu hendak dilaksanakan dan diterima baik oleh semua pihak.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, kefahaman tentang pelaksanaan hukun hudud itu sangat penting jika tidak, rakyat akan menganggap perkara itu hanya sebagai isu politik semata-mata.

“Apa yang pasti, selagi elemen tersebut masih belum boleh dilaksanakan, hudud memang tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat ini walaupun umat Islam di negara ini mahukan hukuman itu dilaksanakan.

“Sedangkan negara yang mempunyai 100 peratus penduduk Islam pun tidak berjaya laksana Hudud dengan berkesan, apa tah lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum,” katanya kepada Sinar Harian Online.


SUmber: Sinar Harian

LA: Bukan senang nak laksanakan undang-undang baru,bercakap memang lah senang,hakikatnya susah.

Jangan biadap hal agama


 Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.
Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.
Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.
Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.
Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.

LA: Bila sesuatu isu itu sudah menyentuh Perlembagaan Persekutuan, memang patut dipandang serius.Kepentingan parti perlu ditolak tepi dulu.


PAS jangan jadi seperti Ayatollah

PAS diminta tidak menjadi seperti pemenrintahan Ayatollah  Khomeini di Iran sekiranya berjaya meemritah Putrajaya kelak.
Menurut Datuk Dr Asri Zainul Abidin,satu masalah dalam PAS ialah tidak boleh ditegur kerana mereka beranggapan orang agama yang memerintah tidak boleh ditegur.Ini boleh menjurus kepada negara yang korup dan lebih teruk dari apa yang berlaku sekarang.
Menurutnya ulama bukan setakat membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Sumber: Sinar Harian


Isnin, 22 Oktober 2012

MCA tak takut hadapi DAP

Perang antara MCA dan DAP berterusan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek petang ini menegaskan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah takut untuk berdepan dengan DAP.
Katanya, MCA sudah bertarung dengan DAP dalam 10 pilihan raya umum lalu dan rekod terbukti menunjukkan MCA selalu menang

Beliau turut mendakwa, DAP terkenal dengan 'kecemerlangan' mereka untuk memutar belit fakta dan bila DAP baru menang sekali, sudah menganggap DAP akan 'tutup kedai'.
Dalam pada itu, Soi Lek turut berpuas hati terhadap kehadiran perwakilan-perwakilan MCA pada mesyuarat kali ini dan dianggap berjaya mencatat kehadiran terbaik iaitu melebihi 1,600 orang.
Beliau menambah, isu-isu yang dibangkitkan ketika sesi perbahasan juga sangat kondusif dan menunjukkan kesediaan parti bagi menghadapi pilihan raya.

Sumber: Sinar Harian 22 Oct 2012
LA: DAP memang patut disingkirkan,kerana suka memutar belitkan fakta dan melaga-lagakn rakyat berbilang bangsa di Malaysia.Seperti mana yang penah dibuat oleh Lim Kit Siang pada peristiwa 13 Mei.

Hudud: MCA bangkang kerana DAP, kata Perkasa


Perkasa mendakwa isu hudud yang dilaporkan berhadapan dengan tentangan MCA sejak kebelakangan ini berpunca daripada pendirian DAP yang mempertikaikan isu itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA terpaksa bercakap mengenai isu hudud disebabkan mahu mengekalkan undi dan sokongan kaum Cina.
"MCA lebih bangkitkan perkara sensitif ini disebabkan DAP, ini semua politik, ini semua mainan politik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ibrahim juga berkata, pihaknya memohon  perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya lebih banyak program diadakan bagi menyediakan ruang kepada Raja-raja Melayu mendekati rakyat demi mendaulatkan semula institusi diraja.
Tambah beliau, "saya sebagai Presiden Perkasa akan memperkasa dan mempertahankan institusi diraja yang kini dilihat makin goyah dengan perubahan politik dunia."



Hudud: MCA nafi kawal Umno


MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.
Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.
Sebagai pemimpin di sebuah negara yang demokratik, tidak ada sesiapa yang wajar memonopoli apa-apa isu dan sewajarnya kita sama-sama menyumbang untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

LA: Banyak lagi yang boleh dibincangkan oleh Pas mengenai kebajikan rakyat daripada terus terusan bercakap mengenai hudud sahaja.Selesaikan lah dulu isu pembangunan di Kelantan tu.



Jumaat, 19 Oktober 2012

Nazri: Pembangkang juga dapat sumbangan politik


Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.


Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

LA: Mengata dulang paku serpih,mengata orang DAP yang lebih.DAP cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap UMNO Sabah pula.Kotor sungguh taktik DAP ni.

DAP: Dana RM40 juta Umno Sabah ragukan

DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menjalankan siasatan terhadap sumbangan RM40 juta yang didakwa diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana statusnya meragukan meskipun ia dikatakan sebagai sumbangan politik sah.

Pemimpin pusat DAP, Tan Kok Wai berkata, jawapan yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat pagi ini mengenai sumbangan diterima Musa tidak munasabah dan perlu disiasat oleh SPRM sendiri, bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa antirasuah Hong Kong.


"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja.

"Ini jelas menunjukkan SPRM tidak memainkan peranannya, SPRM tidak menyiasat kes RM40 juta dan Perdana Menteri yang bagi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah," kata Kok Wai pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, DAP akan mengumumkan jumlah dana yang diperolehi pihaknya bagi membina bangunan parti itu di Pulau Pinang, yang menelan belanja RM2.2 juta, sekiranya BN turut berbuat demikian.

"Kita tak sembunyikan wang diperolehi, kita memang kutip derma secara terang, tak ada nak sembunyi.


Sumber: Sinar Harian

LA: DAP cakap tak serupa bikin.DAP pun sama dapat dana asing.DAP lagi tak tulus dan telus

Bajet 2013 tidak dikritik pakar

Kerajaan tidak pernah menerima sebarang kritikan atau komen negatif daripada pakar antarabangsa sejak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen 28 September lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini membuktikan bahawa bajet itu mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab.


Menurut Perdana Menteri, undi atau politik bukan keutamaan dalam pembentangan bajet oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana yang diberikan perhatian ialah soal keperluan semua lapisan masyarakat berteraskan prinsip keadilan sosial, bersifat inklusif serta lengkap.

Katanya, pembangkang menghasut rakyat agar membenci kerajaan, namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Najib menjelaskan, agenda BN membangunkan negara untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat adalah lebih unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman, rekod serta turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh.


LA: 55 tahun  BN menerajui negara, malah telah mendapat pengiktirafan dari kuasa luar, tidakkah rakyat masih hendak menidakkan lagi keupayaan BN.Bodohlah kalau rakyat boleh tertipu dengan pembangkang yang tidka penah sekali pun memerintah negara.Tak cukup lagi ke bukti yang BN dah bagi ni.

Khamis, 18 Oktober 2012

Ada Berani Lawan DAP Untuk Islamkan Iklan Separuh Bogel Di Kedah?


Lee Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah telah menyatakan dengan tegas bahawa pihak dan partinya akan menentang usaha-usaha Dewan Bandaraya Alor Star untuk menguatkuasakan garis panduan iklan di seluruh Kedah, terutama yang membabitkan model wanita separuh bogel  yang sekarang ini bagaikan satu fenomena di Kedah, khususnya di Alor Star.
Menurut Pengerusi DAP Kedah itu lagi, partinya akan menentang sebarang undang-undang yang berunsur Islam di Kedah sekiranya, itulah yang cuba dilakukan oleh PAS Kedah bagi mendapatkan undi serta pengaruh di kalangan pengundi-pengundi di seluruh Kedah yang bermajoritikan Melayu-Islam.
Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star, Datuk Mat Noh mengulas garis panduan pemasangan papan iklan berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan. Antara lain, garis panduan berkenaan menekankan tentang model  yang tidak boleh memperagakan pakaian menjolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.
Lebih menarik lagi ialah apabila Lee Guan Aik menyatakan, MPKS sebelum menggubal apa-apa peraturan, memerlukan KEIZINAN DARIPADA AHLI-AHLI MAJLIS dari DAP terlebih dahulu. Tanpa persetujuan, sebarang penggubalan peraturan tidak boleh dilakukan oleh MPKS.
Apa lagi agaknya yang akan dikatakan oleh para penyokong DAP yang berpakaian PAS di Kedah? Adakah mereka akan mendakwa tentangan yang diberikan oleh DAP Kedah itu jauh lebih baik daripada usaha-usaha UMNO yang cuba mencari jalan tengah dengan PAS Kedah?Tunggu apa kta MB Kedah?mengapa diam menikus pula?Takut ke kenyataan PAS Kedah akan mengguris hati Kawan baiknya itu.Sedarlah wahai Pas,DAP sedang memijak-mijak anda.

LA:Sudah terang-terangan yang DAP memang tidak boleh bekerjasama dengan PAS.Hnaya PAS sahaja yang tidak sedar diri.Bukalah mata wahai tok-tok lebai sekalian!!

Pemuda UMNO Kedah tegur Keng Liang

UMNO parti yang tidak menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah dan akan  ditegur walaupun kawan sendiri.Bukan seperti PAS yang selalu mempertahaankan DAP. Ini berikutan tindakan Pemuda Umno Kedah yang menegur Ketua Pemuda Gerakan negeri ,Tan Keng Liang kerana membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan agama Islam,.
Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, perkara yang berkaitan dengan agama Islam wajar dibawa berbincang atau sebaik-baiknya janganlah mereka yang bukan Islam membuat kenyataan kerana ini boleh menyentuh sensitiviti perbezaan agama. Walaupun tujuan Keng Liang mahu mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu garis panduan pakaiana model dalam iklan .
Dalam isu sangkutan dengan hukum -hakam agama Islam, bukan sahaja Keng Liang ataupun pemimpin Gerakan tetapi mana-mana ahli politik yang bukan Islam dalam BN atau Paktan Rakyat tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangya mebuat kenyataan, kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekanrang lebih jelas ,siapa yang betul-betul mempertahankan agama Islam Umno atau PAS.PAS menikus bila mana DAP memperkotak katikkan agama Islam tetapi Umno sebaliknya.

LA:Jangan campur adukan kepentingan politik dengan agama.Dua perkara yang berbeza.Kalau PAS betul-betul berjuang atas agama Allah, PAS patut lebih tegas dengan DAP yang terang-terangan memperlekehkan agama Islam sewenang-wenangnya.

Pas anggap DAP lebih baik dari Umno

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Sumber:Sinar Harian 
LA: PAS semakin taksub dengan DAP.Apa sahaja kata DAP akan di iakan .PAS betul-betul bodek DAP.

Rabu, 17 Oktober 2012

'Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'

DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya 
Umum ke-13 (PRU13).
Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa  bahawa MCA sebagai anti-Islam.
Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.

Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus.


Sumber: Sinar Harian 

LA: Kenapa PAS lebih sanggup bekerjasama dengan orang yang nak menghancurkan agama Islam, daripada bekerjasama dengan UMNO.Padahal PAS lebih tau ,yang patut diperangi kafir laknatullah bukan sesama Islam.

PR setuju Rapid Pengerang, tapi ditangguh

Pakatan Rakyat (PR) berkata pihaknya tidak menolak Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid) di Pengerang tetapi tidak mahu ia menjejaskan kepentingan rakyat dan mahu ditangguhkan buat sementara.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tapak yang dijadikan kawasan Rapid itu bercanggah dengan prinsip-prinsip yang diputuskan PR.

Menurutnya, projek Rapid yang mengambil kawasan kampung tradisi dan rakyat dihalau tidak dipersetujui PR, tetapi ia boleh diteruskan di kawasan alternatif yang berdekatan.

Tambahnya,  projek tambak laut juga diteruskan sebelum diambil tanah rakyat, terutamanya nelayan menjadi mangsa dan mengalami kerugian besar serta PR tidak yakin dengan keputusan kajian alam sekitar.

"Kita pada dasarnya memang tidak menghalang projek pembangunan, tapi projek Rapid di Pengerang yang mengancam rakyat, kita tak setuju.

"Kita minta projek itu ditangguhkan bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak supaya tidak membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PKR, hari ini.

Sebelum ini, Pas pernah menggesa kerajaan supaya mengubah projek Rapid itu di kawasan tanah kerajaan yang tidak jauh daripada 10 kampung tradisi di Pengerang.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, beliau meminta Menteri Besar Johor menyatakan mengapa projek itu perlu dijalankan di kampung tersebut.

Sementara itu, rakyat Pengerang turut mengadakan himpunan bantahan pada Sepetember lalu bagi membantah projek Rapid di kawasan kampung tradisi itu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, kerajaan perlu menangguhkan projek tersebut terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah yang dituntut rakyat.

Katanya, "ini pejuang-pejuang Melayu yang nak musnahkan kampung Melayu ini, kenapa?"

Dalam pada itu, Salahuddin turut menyokong kenyataan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan kerajaan perlu memikirkan hak rakyat yang tertindas ekoran projek tersebut


LA: PR ni macam sesumpah.,tak tetap pendirian>Sekejap ok dan sekejap tak.Tak faham sungguh dengan mereka ni.

Pas dakwa Umno 'menikus' depan MCA


 Pemuda Pas berkata pihaknya ada tiga bukti Umno terpaksa tunduk terhadap ugutan dan tindak tanduk MCA terutamanya dalam isu-isu berkenaan dengan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.

Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Cho Ha mengemukakan pertanyaan sedemikian sedangkan dakwa beliau, pemimpin-pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka secara konsisten menegaskan  kepada  masyarakat bukan Islam bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud.Sehubungan itu, Nasrudin berpendapat, persoalan yang dikemukakan oleh Cho Ha itu tidak wajar dibangkitkan, sebaliknya apa yang pasti, MCA masih tegar menentang Islam.

Malahan, menurut Nasrudin, jika dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas parti komponen BN itu agar tidak biadab terhadap Islam serta penganutnya seperti menuduh hilang akal dan habis idea.

Sumber: Sinar Harian 17 Oct 2012
LA: PAS nak tutup bangkai sendiri,sebab tu alih fokus pada BN pula.PAS oh PAS.

Selasa, 16 Oktober 2012

Isu Soros jadi 'bumerang' buat BN, kata Pakatan

 Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan dibuat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai George Soros,  sering berubah-ubah disebabkan agenda politik mereka dan bakal menjadi "bumerang" kepada perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun 1997 dan 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Soros adalah penyangak mata wang, namun pada tahun 2006, Dr Mahathir menafikannya setelah pertemuan mereka diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada 2012 kerajaan BN menimbulkan semula isu Soros dan mengaitkannya dengan PR yang menerima dana daripadanya serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin turut mengubah 'skrip' percakapannya mengenai Soros.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula berkata, isu Soros yang dimainkan BN adalah untuk menjadikan bahan mengaitkan individu tertentu pada tahun 1990 yang terlibat dengan penyangak mata wang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu Soros akhirnya menjadi 'bumerang', yang akan makan diri sendiri seperti yang dikatakan oleh Saifuddin, ahli Majlis Tertinggi Umno, baru-baru ini.


Sumber: Sinar Harian

LA: Nampaknya pembangkang semakin terdesak bila mana cuba mengaitkan Soros dengan BN pula.Dah kering idea sangat ke mereka ni!!

PEMBANGKANG SEMAKIN TERTEKAN...!!!

 Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat
Pertikaman lidah turut berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading); Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berhubung isu tersebut yang berlarutan selama setengah jam dan akhirnya membuatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak menyuraikan pertikaman itu.

Memberi reaksi terhadap permintaan Nurul Izzah itu, Wan Junaidi berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya. Jangan desak saya."

Sejurus dewan reda seketika, Wan Junaidi kemudiannya membenarkan Juslie untuk menyatakan soalan tambahan berhubung isu sama.

Menjawab soalan terbabit, Anifah berkata, selagi BN berkuasa, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kenapa Ketua Pembangkang pentingkan keselamatan Israel? Apa yang penting, bagi kita adalah keselamatan Palestin. Kita lebih pentingkan keselamatan Palestin," tegasnya.

Selain itu, pembangkang juga tertekan dengan janji-janji pembangkang pada PRU12 yang masih belum ditunaikan padahal PRU13 semakin hampir. Perubahan yang dibawa oleh UMNO sudah lama.namun ia nampak atau tidak.Apabila rakyat mula sedar kemungkaran pembangkang dan kebaikan kerajaan barulah mereka buka mata.

Sumber: Sinar Harian 16 oct 2012.

Salahuddin: Pas tidak goyah diserang bertubi-tubi

Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.  Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.
Sementara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan susulan tindakannya mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP.

Hasan kemudian meminta tempat Nik Aziz digantikan dengan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Salahuddin berkata, kritikan mereka yang meninggalkan parti itu sama ada melibatkan dasar atau hala tuju parti, tidak mendatangkan kesan atau mencacatkan rekod parti itu

Sumber : Sinar Harian 

LA: Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.