Halaman

Khamis, 30 Januari 2014

Anwar Gila Kuasa



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.

Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata : “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya.

Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.

“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.

Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.

“Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja,” katanya.

Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.

“Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : “Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia.”

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.

“Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

“Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu),” katanya.

Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan  Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.

Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.

Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka. – BERNAMA

Mengapa Anwar Tak Layak Jadi MB

Mengapa Anwar Ibrahim tak layak jadi Menteri Besar di Selangor:

1) Anwar ada masalah moral yang sangat berat dan kesnya masih lagi dibicarakan di mahkamah.

2)Menyokong kuat LGBT (lesbian,gay,biseksual dan transgender)

3) Menolak Islam dan cuba meliberalkan Pas (Pas je yang tak sedar-sedar)

4) Mempunyai hubungan erat dengan Israel

5) Menukar sistem negara kepada sistem republik seperti Indonesia dan Singapura

6) Anwar Ibrahim memperjuangkan soal peribadi bukan untuk rakyat.

Macam mana nak jadi pemimpin yang baik sedangkan diri sendiripun berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan masalah salah laku moral yang teruk.

Jadi,fikir-fikirkanlah......

Anwar Belum Tentu Jadi MB Selangor

PAS Selangor tidak semestinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar (MB) malahan akan meletakkan wakilnya sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan tersebut, kata Mohd Khairudin Othman.
Menurut setiausaha PAS Selangor itu, selagi tidak timbul isu penggantian menteri besar, parti Islam itu hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
PKR hanya mementingkan diri sendiri apabila mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mengisi kekosongan Dun Kajang atas tindakan  Chin Cheh meletakkan jawatan secara tiba-tiba.
Nampaknya permainan politik kotor Anwar dan PKR turut tidak disenangi oleh rakan pakatannya seperti Dap dan Pas.
Nampaknya Anwar  semakin terdesak untuk berkuasa,apabila kemaruk sangat untuk menjadi Menteri Besar sehingga sanggup menyuruh ADUN Kajang meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepadanya untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi orang penting di Malaysia.
Di harapkan penduduk Kajang tidak tertipu dengan permainan kotor PKR ini.Harap penduduk Kajang boleh berfikir secara rasional yang mereka sekarang ini sedang "dikangkungkan" oleh PKR.