Halaman

Rabu, 10 Oktober 2012

Tolak projek Rapid

Tolak projek Rapid
Lebih 3,000 peserta dari seluruh pelusuk negeri ini berkumpul dan membanjiri Dataran Sungai Rengit di sini semalam, bagi memberi sokongan kepada Himpunan Hijau Lestari Pengerang.

Perhimpunan selama dua jam bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak keselamatan.


Ketua PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghentikan projek Rapid apabila mereka berjaya menawan Putrajaya ketika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Tolak projek Rapid

 Himpunan Hijau Lestari Pengerang dilihat sebagai usaha pihak pembangkang untuk mencari modal bagi berhadapan dengan PRU13.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perhimpunan yang kononnya bertujuan membantah projek Rapid dan projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang itu disifatkan sebagai tindakan yang sengaja untuk memburukkan projek pembangunan kerajaan.

Katanya, beliau juga menafikan kenyataan penganjur yang mendakwa menjemputnya ke perhimpunan berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Saya tidak pernah menerima sebarang pelawaan daripada mereka sebelum ini, kalau betul mereka hendak jemput saya, mereka boleh hantar surat jemputan di Parlimen atau pejabat saya.

“Pada perhimpunan itu mereka hanya letak kerusi dan tampal nama saya, kemudian kata saya tidak datang. Kepimpinan mereka ini dari atas sampai ke bawah kerjanya menipu sahaja,” katanya ketika dihubungi pemberita.



Sumber: Sinar Harian
LA: Pembangkang ketandusan idea bila melibatkan Projek Rapid sebagai modal untuk politik kotor mereka.Dan yang sedih,ada yang terlibat sama,memberi sokongan untuk menentang projek tersebut.

PR tiada halangan tubuh syarikat minyak dan gas

Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai halangan untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri sekiranya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.Pensyarah Jabatan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Mohd Anuar Md Amin berkata, apabila mereka menjadi pentadbir, akta berkaitan pengurusan minyak yang sedia ada boleh ditukar.

Menurutnya, mereka berhasrat untuk menubuhkan syarikat baru untuk menguruskan minyak kerana ia sumber utama negara.Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas di empat negeri itu sendiri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Anuar bimbang sekiranya PR menjadi pentadbir negara kelak, pihak luar yang selama ini memberikan bantuan kepada PR dan sekutunya akan terlibat dan mengawal syarikat minyak dan gas yang ditubuhkan.Beliau juga mempersoalkan mengapa PR mahu menubuhkan syarikat sendiri sedangkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada adalah sistem terbaik.


LA: Macam-macam lah,Anwar ni,apa yang merekaank buat tu,semua kerajaan dah buat terlebih dahulu.Cedok juga ,idea kerajaan BN.

'Nepotisme realiti dalam PR'

Penganalisis politik berpendapat amalan nepotisme dalam Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah tepat.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, amalan ini bukan hanya gambaran dalam Kabinet bayangan PR sahaja tetapi satu realiti diamalkan parti itu sejak sekian lama.

Menurutnya, keadaan itu sangat kontradik dengan apa yang dilaungkan oleh PR sebelum ini.Shahrizat menyelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan nepotisme susulan isteri dan anak Anwar tersenarai sebagai anggota jemaah menteri dalam Kabinet bayangan PR seperti dilaporkan sebuah akhbar, sebelum ini.


Shamsul berkata, amalan mendahulukan ahli keluarga itu bukan hanya ada pada Anwar tetapi juga dalam rakan parti yang lain seperti DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta antara Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh. rakyat boleh menilai sendiri bagaimana bentuk pentadbiran yang akan dilakukan oleh PR jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber: SInar Harian

LA: PR bukan parti untuk rakayt tapi parti untuk kronisme.