Halaman

Rabu, 15 Ogos 2012

Kerajaan DAP Pulau Pinang mungkir janji

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menghormati Enakmen  KEbebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 berhubung permohonan mendapatkan semula dokumen lengkap membabaitkan 19 projek istimewa di negeri ini termsuk di lereng bukit.Tetapi DAP telah mungkir janji.BN juga emmbidas keikhlasan kerajaan DAP Pulau Pinang kera mengenakan pelbagai prodesur ketat dan menyusahkan kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.
Ketua Menteri Lim Guan Eng,tidak telus apabila gagal mengumumkan peralihan jawatan pengerusi LEmbaga Tender negeri pada 2010.

Sumber: BH 15 Ogos 2012
LA: kau lupa pada janji wahai kerajaan DAP Pulau Pinang

Bantahan rakyat dikaji

PM minta Kabinet semak Akta Keterangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak sudah meninta Kabinet membincangkan mengenai Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang mendapat bantahan warga internet dan pemimpin parti pembangkang.Najib menerusi entri Twitter semalam, berkata apa sahaja dilakukan kerajaan,kepentingan rakyat harus diutamakan.
Langkah itu berikutan tindakan pelbagai pihak termasuk pembangkang memprotes pindaan seksyen yang diluluskan parlimen awal tahun ini.Mereka menganjurkan Kempen Hari Tegah Siar atau Internet Blackout Day semalam bagi memprotes pindaan itu. Sehingga jam 6 petang semalam lebih 100 laman web menyatakan sokongan terhadap kempen dengan logo #STOP114A. Menerusi pindaan berkenaan, sesiapa termasuk kerajaan boleh memulakan tindakan undang-undang atua fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian sosial, pemilik laman web, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian kandungan  yang disiarkan individu lain.
Warga internet seharusnya lebih terbuka dan meletakkan kepercayaan untuk mahkamah mengadili  kes fitnah jenayah.

Sumber: BH 15 Ogos 2012

LA: Rakyat perlu rasional.Dan kerajaan harus tunjukan kebaikan dan keburukan pelaksanaan pindaan ini.Agar semua lebih jelas.

Masyarakat Siam selar PAS Kedah isu wat

Masyarakat Siam  di negeri ini menyelar tindakan kerajaan negeri PAS Kedah yang mahu setiap 45 wat Siam menjelaskan bayaran RM 2, 600 sebagai kos bagi pengeluaran surat keterangan untuk pusat ibadat itu.
Difahamkan ,bayaran keseluruhan RM117,000 bagi semua wat Siam itu diarah dilunaskan untuk membolehkan kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam bagi tujuan pengeluaran surat keterangan,dilakukan.
Ahli Dewan Negara,Datuk Boon Som Inong menyifatkan tindakan kerajaan negeri pelik kerana mengenakan caj untuk rumah ibadat dan tanah perkuburan sedangkan pada dasarnya, premis serta lokasi ibadat bagi semua ketua sami wat di lima daerah di negeri ini,iaitu Kubang Pasu, Padang terap, Pendang, Baling dan Sik.
Setakat ini 11 wat sudah baayr deposit RM1,300.00 seperti diarahkan untuk membolehkan kerja pengukuran dibuat, tetapi 34 lagi masih ragu-ragu serta khuatir ditipu.
Saya minta kerajaan negeri jelaskan perkara ini khuatir ditipu.Saya minta kerajaan negeri jelaskan perkara ini kerana khuatir ada pihak yang keliru dengan undang-undang termasuk mungkin cuba ambil untung mudah,katanya.
Bercakap ketika ditemui di sini semalam, Boon Som turut mengaku hairan dengan tindakan kerajaan negero yang mahu mengeluarkan surat keterangan kepada wat Siam, sedangkan mengikut Undang-undang tanah Negeri, kawasan yang diperuntukkan bagi tujuan kepentingan awam seperti rumah ibadat hanya di berikan Sijil Simpanan (RC).

Sumber: BH 15 Ogos 2012

LA: PAS da tak cukup duit sangat ke untuk berkempen dalam PRU13, sampai sanggup mengenakan bayaran ke atas wat Siam pula.

Pembangkang tidak matang

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar pemimpin pembangkang yang dilihat cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang di sebalik kemelut yang berlaku dalam pakatan berkenaan.
Sambil menyifatkan pembangkang tidak matang, beliau meminta mereak tidak cuba menuding jari dan menyalahkan pihak lain dalam isu berkenaan ,selain menyifatkan dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan hanya apabila PAS dan DAP berpecah sebagai tidak masuk akal.
"Kerajaan BN tak perlu tunggu PAS dan DAP berpecah untuk bubar Parlimen kerana mereka sudah lama bersedia berdepan pilihan raya umum,"katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau,semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Parlimen akan dibubarkan apabila wujud perpecahan di antara PAS dan DAP dalam isu negara Islam serta hudud.Laporan turut menyebut hubungan dua parti itu kian kukuh walaupun diasak kerana kebijaksanaan pimpinan pakatan pembangkang menyelesaikan isu di meja rundingan.

Sumber: BH 15 ogos 2012
LA: kenapalah pembangkang ni,suka sangat menuding jari kepada orang lain atas silap mereka sendiri.Tak reti ke, nak mengaku slaah sendiri.