Halaman

Selasa, 4 Mac 2014

Anwar Propa Lagi Di Kajang

Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini sekali lagi menjawab tuduhan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa satu undi kepada dirinya ibarat memberikan undi kepada Amerika Syarikat.
Calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu berseloroh jika beliau menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu maka RM1 akan diisytiharkan bersamaan US$1.

Propa sungguh bang nong ni.Sebelum undi memanglah macam-macam dijanjinya.Tapi bila masa dah menang,segala janji dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.
Harap rakyat Kajang tidak buta mata dan hati dalam menilaii yang mana permata dan kaca.Jangan benarkan Anwar memenuhi cita-cita gilanya itu.

Jangan perjudikan nasib penduduk Kajang di tangan Anwar.

Perlu Ke Sampai Ke Gereja Untuk Berdoa ??

Anwar (tiga dari kiri) bercakap kepada pemberita di Sungai Sikamat, Kajang, hari ini. Turut bersama ialah (dari kiri) Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mac, 2014.

Walaupun dikritik hebat oleh kumpulan Melayu berhaluan kanan, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mempertahankan kehadirannya ke gereja pada pertengahan Februari lalu kerana berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama.
Ketua pembangkang itu berkata, kehadirannya ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia lagi.
"Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa," katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang, malam ini.
"Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit."
Anwar, semasa berucap di Gereja Holy Family di Kajang pada bulan lalu, berkata pihak tertentu sedang mengeruhkan lagi hubungan antara agama dan kaum berikutan beberapa insiden, tetapi penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.
Katanya, Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.
"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja, tidak ada yang ditangkap. Mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.
"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.
Anwar berkata semasa lawatannya ke gereja ada yang seakan tidak percaya umat Islam mendoakan kesejahteraan selepas menyebut nama Nabi Isa yang sekaligus dapat menjinakkan hati mereka.
"Kita dilatih. Mereka bertanya banyak kali. Mereka hairan. Ini menjinakkan mereka bahawa kita hormat mereka," katanya.
Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu turut menyifatkan media arus perdana memberi laporan yang salah berhubung kehadirannya ke gereja pada Februari lalu.
"Itu yang berlaku tapi apa yang dicerita Anwar dah mula jinak dengan gereja. Ini masalah tapi kita kena sabar," katanya di hadapan kira-kira 40 jemaah surau yang hadir.
Anwar semasa berucap pada perhimpunan di gereja yang dihadiri kira-kira 1,200 orang memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.
"Ungkapan Al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.
"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.
Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat."
"As surely as I live, says the Lord, every knee will bow before me; every tongue will acknowledge God," Anwar membacakannya.
Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain. 

Persoalannya,perlu ke pergi ke gereja untuk berdoa??Anwar tak perlulah berselindung lagi..Tembelang kau dah lama pecah,"true Color" diri kau juga telah lama diketahui umum.

Akhirnya Selangor Tanda Tangani MoU

Pertelingkahan berhubung isu air di Selangor dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.MoU yang ditandatangani Khalid membolehkan kerajaan negeri mengambil alih 4 syarikat konsesi air di negeri itu serta suntikan dana RM2 billion oleh kerajaan pusat, selain daripada memberikan pampasan RM9.65 billion kepada syarikat tersebut. – Gambar Pejabat Menteri Besar Selangor, 26 Februari, 2014.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
Maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambil alihan ini, ia diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.
Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.
"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.
"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.
"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut.
Kerajaan negeri sebelum ini mengambil keputusan membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Bagaimanapun, menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, mereka menolak tawaran itu.
Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) juga sudah dikeluarkan KDEB.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih konsortium air di negeri berkenaan.
"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 menyatakan hasrat mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," katanya.
Kerajaan Negeri Selangor juga meletakkan syarat agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) melantik dua pentadbir syarikat konsesi berkenaan iaitu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin.
Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.
Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pakatan pembangkang berkenaan menewaskan BN di Selangor.
Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan Syabas sering bertelagah menyalahkan satu sama lain.
BN sering kali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut, dan mereka turut menjadikannya sebagai isu bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Khalid turut dilaporkan sebelum ini berkata masalah air di negeri Selangor hanya boleh diselesaikan jika PR berjaya menawan Putrajaya. – 26 Februari, 2014.