Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

Rakyat Merindui Zaman Pemerintahan Tun Mahathir

Kita semua rindukan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Masa tu , kita ibarat 'budak kecik' kerana semuanya 'ayah' kita dah buat semuanya.

Tapi kita kena ingat, zaman Tun Dr Mahathir dah berlalu. Tetapi semua lupa, walaupun zaman itu dah berlalu tak bermakna kita boleh buang terus Dr Mahathir. Nasihat beliau sebagai org berpengalaman, gunakanlah sebaiknya. Jangnlah ditolak mentah-mentah.

Tun sangat bijak kerana mengamalkan konsep "tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus dan tepung tak berselerak" di mana tidak ada pihak yang akan terasa dalam setiap tindakan kerajaan.

Saya amat suka zaman Tun memerintah,rakyat aman ,tak ada yang gaduh-gaduh seperti sekarang.Tak ada pun tunjuk perasaan atau demonstrasi dari semua lapisan masyarakat dan kaum.Tak berlakupun kucar kacir macam sekarang.Saya rindukan zaman pemerintahan Tun yang sangat bijak dan dihormati seluruh dunia.

Zaman Tun ada juga berlaku kenaikan harga,tapi kenaikan tidak dilakukan secara mendadak sehingga menyusahkan rakyat,kerana Tun tahu kalau sekali dia menyusahkan rakyat,rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pimpinannya.

Rakyat Malaysia begitu sayang dengan Tun sehinggakan ramai yang bersedih bila mana Tun mengumumkan untuk menarik diri dari tampok pemerintahan negara.Berundur Tun menyaksikan pemimpin-pemimpin yang mengambil alih tidak dapat menanding kebijaksanaan Tun dalam mentadbir negara.

Tun Mahathir ibarat permata yang sangat berguna untuk rakyat Malaysia.

Tun sangat mementingkan kebajikan rakyat.Walaupun Tun sudah lama meninggalkan pemerintahan negara tapi setiap idea dan pandangan Tun sangat relevan sehingga sekarang.

Tun merupakan satu "anugerah" untuk rakyat Malaysia.Kerana kebijaksanaan dan kelantangan Tun,Menyebabkan Malaysia dikenali seluruh dunia.Sebut sahaja nama Tun Dr Mahathir,semua orang tahu.Pengaruh Tun sangat besar dan auranya sangat terkesan.

Sekarang rakyat merindui zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir.Kami sayang kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Kami doakan Tun terus diberikan kesihatan yang bagus untuk terus menegur pemimpin Melayu yang mudah lupa..



Teguran Tak Bermakna Tak Menyokong

Tak salah menegur kita sesama manusia kerana kita bukan nabi yang bersifat maksum.Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari kekhilafan dan kesilapan.Bukankah lebih baik menegur dari mencaci  dan mencerca.

Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

Nur Jazlan juga menyatakan  yang Perdana Menteri perlu mengambil  penasihat-penasihat baru bagi memberikan idea-idea yang baru bagi  memahami denyutan nadi rakyat.

kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN

Jika keadaan ini berterusan ,takut rakyat akan terus hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional dan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

Diharapkan BN melakukan sesuatu kalau masih mahu dilihat relevan dan berpengaruh untuk rakyat.

Perhimpunan Bukan untuk Gulingkan Kerajaan

Menurut Gerakan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),berkata perhimpunan di Kuala Lumpur yang dirancang oleh gerakan itu pada sambutan ambang tahun baharu bukanlah bertujuan untuk 'menggulingkan kerajaan'.
Katanya adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup.

Penganjur perhimpunan itu,  yang dikenali sebagai Gerakan 3112-Turun, turut disokong oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Tapi yang pelik,jika benarlah perhimpunan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan atas kos sara hidup yang meningkat,mengapa perlu diadakan pada 31 Disember ini.??

Mengapa tidak dilakukan sebelum ni??Mengapa pada sambutan malam tahun baru,SMM pun sibuk nak berhimpun untuk mengadakan bantahan.Jika benarlah niat mereka untuk membuat bantahan terhadap peningkatan kos sra hiudp,pasti mereka tidak memilih tarikh 31 Disember ini.Kerana bila terlalu ramai yang berhimpun untuk menyambut tahun baru,mungkin akan terjadi kejadian-kejadian yang tidak diinginkan dan di luar kawalan terjadi.

Jika benar,niat mereka suci untuk Menyatakan bantahan sahaja dan bukannya untuk gulingkan kerajaan pasti mereka lebih memikirkan keselamatan awam.

Bukannya mereka juga turut menangguk di air yang keruh untuk menggeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

Di harapkan pihak polis memantau keadaan ini sebelum "nasi menjadi bubur".

Banyak lagi cara untuk menyatakan bantahan bukannya dengan cara ini.Di harap anak-anak kecil tidak dijadikan mangsa oleh sesetengah ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka ke tempat seperti ini.

Bukan apa ,takut membahayakan kanak-kanak itu.

Kalau masih ada rasa sayangkan keamanan dan tanahair yang tercinta,diharapkan anda semua tidak hadir di Dataran Merdeka .Ketidak hadiran di situ memberi bukti yang rakyat Malaysia masih cintakan keamanan dan masih mengamalkan demokrasi.

Sayanglah dengan  apa yang telah kita miliki,jangan sampai ada tangan asing yang mengambil kesempatan atas kebodohan kita sesama kita.

Melayu sesama Melayu bertelagah DAPig bertepuk tangan.....



Dengarlah Rintihan Kami,Najib

2013 bakal melabuhkan tirainya,sekejap lagi akan muncul 2014.Tahun yang getir untuk rakyat Malaysia .Di mana tahun ini bagai jatuh ditimpa tangga di mana begitu banyak kenaikan yang dikenakan kepada rakyat.

Lepas satu,satu kenaikan dibuat bukan melibatkan 5 peratus atau 10 peratus tapi lebih dari itu.
Tak pernah terfikir dek akal dengan segala kenaikan ini.Untuk golongan pertengahan dan bawahan memang terasa sangat dengan kenaikan ini.

Mungkin golongan atasan tidak terasa dengan kenaikan ini ,tapi bagi kami terasa yang amat sangat.Hanya kerana kuasa wang kami tak sama seperti golongan atasan ataupun elit.
Kesan kenaikan ini amat terasa bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar .Pendapatan tidak setara dengan segala kenaikan yang terpaksa ditanggung.

Adakah tahun 2014 permulaan mimpi ngeri untuk rakyat Malaysia??

Kerajaan perlu memainkan peranan mengatasi kekurangan dalam menguruskan perbelanjaan negara dengan menyelesaikan pengurusan kewangan negara,bukannya mensasarkan kepada rakyat dengan cara menaikkan kos sara hidup.Tindakan ini tidak wajar sama sekali.

Jika kerajaan mampu mengelakkan ketirisan seperti dalam Laporan Audit baru-baru ini, rasanya mungkin rakyat tidak mendapat "hadiah" kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan dengarlah rintihan kami ini, hanya kerajaan sahaja yang dapat mengubah semua ini.
 
Diharapkan perkara ini dapat diusulkan oleh CUEPACS kepada Perdana Menteri nanti.Amat terkesan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Sabarlah duhai hati,dengan ujian ini....



Kerajaan ada penyelesaian tiap masalah

Sambutan memberangsangkan yang dicapai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) membuktikan kerajaan mempunyai jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah pengangguran di kalangan belia.
    
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah ini ternyata berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan tetapi tidak mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan.
    
"Saya yakin langkah yang dilaksanakan Pemuda BN merupakan satu langkah penyelesaian untuk mengatasi belia-belia yang tidak ada peluang pekerjaan.
    
"Ini berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan mengenai masalah tidak ada peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
    
Beliau berkata usaha yang dilaksanakan Pemuda BN sejak 2010 itu berjaya memberi peluang pekerjaan kepada hampir 140,000 belia di samping membantu memenuhi keperluan tenaga kerja dalam syarikat atau jabatan yang menyertai karnival berkenaan.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata karnival itu boleh diperluas merangkumi pelajar yang menuntut di luar negara supaya maklumat mengenai peluang pekerjaan di Malaysia dapat disebarluaskan.
    
Langkah itu juga sebagai tarikan kepada graduan luar negara untuk kembali berkhidmat di syarikat tempatan yang turut mempunyai daya saing tinggi dan memerlukan tenaga mahir seperti mereka.
    
"Bila lepasan ijazah sudah pekerjaan yang terjamin, bila balik ke Malaysia, mereka tidak akan ditempah oleh mana-mana syarikat asing atau negara luar untuk eksploitasi kemahiran dan keupayaan mereka.
    
"Daripada beri sumbangan di luar negara,lebih baik memberi sumbangan dalam negara kerana mereka mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk mengisi keperluan di dalam negara," katanya.
    
Sementara itu,  Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Karnival Kerjaya edisi keempat itu dibuka kepada golongan belia yang mencari pekerjaan dan tidak terhad mengikut parti politik atau pun
bangsa.
   
Langkah itu juga, katanya sebagai model baharu politik yang dahagakan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi khususnya golongan muda dalam mencari peluang pekerjaan.
    
"Belia hendak lihat penyelesaian kepada mereka yang jelas dan langkah ini ternyata mendapat sokongan di kalangan mereka.    

"Saya harap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.
    
Karnival Kerjaya Pemuda BN 2013 yang berlangsung tiga hari bermula semalam memberi peluang kepada pengunjung dan bakat terbaik untuk berinteraksi dengan wakil dari pelbagai kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, institusi kewangan dan sektor korporat yang menawarkan peluang pekerjaan serta
latihan kemahiran.
    
Karnival disertai 300 majikan yang menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan. - Bernama

MCA Tegur Kerajaan

Parti komponen BN, MCA menyifatkan kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata umum.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mereka seumpama itu mestilah diambil tindakan.

"Kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata seolah-olah tiada had ke atas wang yang digunakan.

"Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini.

Beliau menyarankan agar kajian semula dilakukan untuk mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

"Jika terdapat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mestilah berhadapan dengan tindakan yang sepatutnya.

"Oleh yang demikian, perlu ada satu bentuk kajian semula dilakukan oleh kerajaan untuk kukuhkan proses perolehan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa daripada terus berlaku tahun demi tahun," katanya.

Menurutnya lagi, peningkatan perbelanjaan mengatasi jumlah peningkatan pendapatan.

"Berhubung soal perbelanjaan, kerajaan mesti terus mengawal selia dan berjimat cermat.

"Jika trend ini berterusan, ia tidak akan dapat ditampung kerana kos perbelanjaan ini akan menelan perbelanjaan pembangunan," katanya.

Usah mengharapkan rakyat sahaja berjimat,kerajaan juga perlu melakukan perkara sama


Setiap kali ada kenaikan atau pengurangan subsidi,yang selalu dinasihatkan untuk melakukan penjimatan adalah  RAKYAT.hanya rakyat sahaja yang perlu berjimat cermat.Tapi pemimpin tak perlu ke??
Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pemimpin kerajaan digesa  melakukan perkara itu demi keadilan rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga barangan secara mendadak disebabkan tindakan itu menjelang 2014.

“Rakyat memang ada hak  yang sangat kuat untuk rasa tidak senang hati dengan kenaikan harga barangan disebabkan pengurangan subsidi berkuat kuasa tahun depan.

“Pastinya rakyat marah dan kecewa dengan tindakan itu yang pada masa sama pemimpin sendiri tidak berusaha untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.
    
Menurut Wan Saiful, kerajaan boleh mengambil inisiatif mengurangkan perbelanjaan dengan penjimatan kos guna elektrik di semua jabatan kerajaan termasuk kos perjalanan pemimpinnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerajaan harus menilai dan menimbang semula keputusan tersebut.

Menurutnya, sebolehnya pengurangan subsidi perlu dilakukan secara berperingkat termasuklah kenaikan kadar tol baharu diumumkan kelmarin, agar tidak terlalu membebankan rakyat.

“Kerajaan terlebih dahulu perlu mendidik masyarakat menjadi rasional dengan kenaikan itu, supaya lebih bersedia.

"Tambahan kenaikan semua barang tersebut ada kaitan dengan rakyat di mana akan beri impak besar kepada perkara lain,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pengurangan kadar tol juga pastinya memberi kesan kepada pengundi bandar terutama Kuala Lumpur terhadap sokongan mereka kepada BN.

“Tol sememangnya banyak di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, pastinya akan beri kesan pengundian pada masa akan datang,” katanya.
Jangan suruh rakyat sahaja,kerajaan pun perlu buat.Bagaimana nak jadi kerajaan yang prihatin kalau beban semua diletak di bahu rakyat sahaja.

Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

2014 Harus Disambut Secara Islam

Mengapa setiap kali sambutan tahun baru,mesti nak diadakan konsert??mengapa perlu kita menggalakkan percampuran antara lelaki dan perempuan dan ini akan menggalakkan berlakunya bermacam-macam malasah sosial.

Mengapa tidak diubah sambutan ini dari kebaratan menjadi keislaman??Islam itu indah ,tapi mengapa kita yang beragama Islam di dalam negara Islam tidak melakukannya??

Di manakah salahnya,adakah kepada pemimpin?
Usah kita undang bala dari Allah SWT tiap kali menyambut tahun baru.Lagi pun ini tahun baru dalam kalendar Masihi,padahal dalam kalendar Islam dah pun kita menyambut tahun baru. Inilah jadi kalau hidup terlalu berpaksikan barat.
Ikut membuta tuli tanpa menggunakan otak.Bila bala dah menimpa barulah nak ingat Allah SWT pada masa tu.
Alangkah baiknya sambutan tahun baru pada malam ini dilakukan dengan bacaan Yasin dan solat hajat agar negara kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
Tak perlulah konsert dan ambang tahun baru ni semua,ini semua perbuatan lagha.Usah persia-siakan peluang menyambut tahun baru yang Allah berikan kepada kita.
Kerajaan selalu menyuruh rakyat mengubah itu ini,tapi mengapa tidak kerajaan sendiri mengubah dulu cara sambutan tahun baru yang diamalkan selama ini??
Pemimpinlah yang perlu membuat perubahan dahulu.Jangan dok suh rakyat je buat.Lagipun ini untuk kebaikan semua selain boleh mengelakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada setiap kali menjelang tahun baru .
Renung-renungkan....

Hentikan Maksiat Tiap Kali Sambut Tahun Baru

Pesta yang menjuruskan ke arah kemaksiatan patut dihentikan ketika sambutan tahun baharu dan perlu digantikan dengan acara keagamaan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, adalah lebih baik kerajaan menyarankan semua penganut agama seluruh negara mengadakan upacara keagamaan di rumah ibadat masing-masing seperti yang dilaksanakan oleh perdana menteri pertama.

“Pada zaman Tunku Abdul Rahman (Al Haj), beliau meminta supaya setiap kali malam sambutan tahun baharu, penganut agama masing-masing berdoa untuk kesejahteraan dan keamanan negara daripada malapetaka dan bencana alam.

“Tapi sekarang, pesta maksiat yang diadakan bagi sambutan tahun baharu, ini yang menyedihkan. Sekiranya dapat dilaksanakan perkara tersebut, mungkin kegiatan maksiat dapat dielakkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata beliau, walaupun sebelum ini kerajaan pernah mengadakan program ceramah agama pada setiap kali malam tahun baharu, namun malangnya tidak mendapat sambutan.

“Ini masanya kita pupuk kembali apa yang telah kita tinggalkan supaya dapat mengembalikan suasana sambutan tahun baharu yang lebih keagamaan.

“Ajar rakyat supaya mereka lebih mendekatkan diri dengan keagamaan supaya mereka tidak terlalu terdedah dengan aktiviti maksiat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya bertemu dengan ketua semua agama dan mengarahkan mereka mengadakan program keagamaan di rumah ibadat masing-masing.

“Sekiranya kerajaan serius rasanya boleh berbincang perkara ini dengan ketua agama masing-masing. Kita juga menunggu berita yang menggembirakan supaya tiada lagi pesta maksiat.

“Kalau mahu pun untuk menyambut tahun baharu, mungkin tidak perlu sambutan yang melalaikan kerana akan mendekatkan dengan perkara yang tidak baik,” kata beliau.

MPK Batal Sambutan Tahun Baru

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai.

Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan.

“Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua,” katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.

Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.

“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.

Elaun menteri dikurangkan mulai 1 Jan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama

Siapa naikkan harga dulu, soal Najib

Siapa naikkan harga dulu, soal Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.

"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
 
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
 
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
 
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.

Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Semua nak berlawan-lawan ke,untuk naik menaik ni?? yang kekal sengsara adalah rakyat..

GTP terus beri manfaat kepada rakyat

Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang memasuki fasa kedua pelaksanaannya tahun ini, terus memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tidak dinafikan selepas tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, rakyat turut merasai kesan daripada pelaksanaannya, apatah lagi tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk NKRA menangani Kos Sara Hidup rakyat, yang terkandung dalam program berkenaan, sememangnya disasarkan kepada mereka.

Kerajaan membelanjakan RM2.34 bilion untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak diperkenalkan akhir 2011 dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat atau hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, Oktober lepas, berkata pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah pula diteruskan mulai Januari 2013 dengan peruntukan RM540 juta.

Kerajaan juga meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan prauniversiti dengan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.

Dari segi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memperkasa sistem pendidikan negara secara berterusan supaya dapat  meningkatkan daya saing negara pada peringkat global.

Memuji Malaysia bagi insiatif itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Dr Irina Bokova berkata PPPM yang dilancarkan pada September juga menjadikan Malaysia sebagai contoh baik dan ia boleh diaplikasi serta berguna untuk negara anggota Unesco yang lain.

Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014, kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di bawah NKRA Pengurangan Jenayah dan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan bagi pembelian 1,000 unit motosikal 250cc untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM akan menumpukan usaha membanteras jenayah khususnya di kawasan perumahan yang melibatkan kerjasama rakyat di bawah Kempen 1Aman.

NKRA Membanteras Rasuah pula dilihat mencapai sasaran melebihi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan apabila Forum Ekonomi Dunia (WEF), dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2013-2014, menyenaraikan Malaysia sebagai negara pada kedudukan ke-33 bagi Indeks Etika dan Rasuah daripada 148 negara.

Selain itu, menurut Transparency International Malaysia (TI-M), kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bertambah baik, iaitu dari tempat ke-54 tahun lepas ke-53 tahun ini, dengan mata CPI bergerak satu tangga daripada 49 ke 50.

Kerajaan membelanjakan RM145 juta untuk projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar bagi GTP 2.0 dan daripada jumlah itu, RM137 juta diperuntukkan untuk program Kampung Abad ke-21 dan Desa Lestari, manakala RM8 juta untuk Program Ladang berskala besar bagi kampung-kampung di luar bandar.

Sasaran kerajaan tahun ini adalah untuk membina sepanjang 441 kilometer (km) jalan luar bandar dan menambahbaik sepanjang 730 km jalan luar bandar dalam program penyelenggaraan luar bandar.

Selain itu, kerajaan akan menyediakan bekalan air kepada 24,000 buah rumah dan penyediaan bekalan elektrik kepada 19,811 buah rumah luar bandar di seluruh negara.

Projek Rimbunan Kasih (PRK), satu program transformasi kerajaan bagi memajukan masyarakat luar bandar, adalah bukti kerajaan membela nasib rakyat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Projek bersepadu termasuk di Terengganu, Perlis, Sabah dan Pahang itu menggabungkan perumahan dan projek pertanian yang didirikan di kawasan seluas 12 hektar bagi menempatkan kira-kira 100 keluarga berpendapatan rendah dan asnaf.

Malaysia juga diyakini boleh menjadi hab industri lokomotif rantau Asia dengan pembukaan kilang lokomotif dan gerabak di Perak, di bawah projek pembangunan kejuruteraan dan teknologi maju rel Malaysia.

Kilang yang dibuka syarikat Kumpulan CSR dari China itu menjanjikan 800 peluang pekerjaan awal di bawah pelaburan fasa pertama sebanyak RM400 juta. - Bernama

Pengumuman PM beri kesan positif

Penganalisis berpendapat langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui 11 langkah bermula 1 Januari ini, dilihat sebagai usaha memulihkan imej kerajaan di mata rakyat.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, langkah mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri akan beri kesan positif kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tindakan mengurangkan elaun keraian lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas pula, dijangka  beri reaksi berbeza di kalangan penjawat awam elit.

"Langkah ini adalah satu usaha untuk kurangkan kos perbelanjaan yang dijangka menyumbang kepada ekonomi negara yang lebih baik.

"Ini sudah pasti akan beri imej positif di mata rakyat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, langkah seterusnya untuk kerajaan mengambil semula hati rakyat yang dibebani dengan isu kenaikan, adalah memberi penjelasan berhubung langkah kerajaan membantu rakyat.

Menurutnya, kelemahan kerajaan adalah gagal berkomunikasi baik kepada rakyat.

"Ini ditambah dengan sentimen dimainkan pembangkang, kerana PR sekarang gabungan kuat. Oleh itu, kerajaan gagal tangani isu ini dengan baik," katanya.

2014 tahun ‘sengsara’ rakyat

Hari ini , tahun 2013 semakin melabuhkan tirainya namun ia bukanlah sesuatu yang mampu menggembirakan hati rakyat pelbagai lapisan. Rakyat seolah-olah dihantui oleh suatu episod yang ngeri yang bakal menjelma pada tahun 2014. Tidak cukup dengan pelbagai sekatan terhadap rakyat termasuklah yang terbaru, sekatan terhadap akhbar The Heat.
Kebebasan dan hak bersuara rakyat dihalang malah akan menahan sesiapa pun jika didapati bercanggah dengan suara kerajaan. Demokrasi di Malaysia makin lesu dek kerana kebebasan bersuara disekat! Suara rakyat hanyalah menghiasi di ruangan kedai makan namun itu juga dipantau ketat oleh kerajaan. Sungguh pun begitu, semua itu hanyalah satu segmen daripada hidup rakyat.
Selepas tirai 2013 dilabuhkan, rakyat akan berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin kronik. Ya, pada saat ini rakyat sudah pun terkesan dengan kuasa beli yang jatuh merudum ditambah lagi harga barang semakin meningkat. Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan untuk menarik subsidi sebanyak ataupun rasionalisasi subsidi sebanyak RM0.20 terhadap harga minyak.
Pada ketika itu rakyat sekali lagi menerima beban oleh kerana minyak merupakan antara barangan asas dalam kehidupan. Mahu ataupun tidak, rakyat terpaksa akur dan mengikut sahaja tindakan kerajaan. Bantahan demi bantahan telah dibuat namun hanya pelaburan yang sia-sia.
Tahun 2014 merupakan tahun sengsara bagi rakyat Malaysia. Inflasi ialah suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Kadar inflasi yang dijangkakan akan melonjak naik kepada 3.5% hingga 4% (Consumer Price Index). Kesan inflasi menyebabkan reducing purchasing power atau penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. Namun ada yang memberi respons bahawa kerajaan tidak mampu menyekat kenaikan harga barang dalam keadaan ekonomi semasa sekarang. Saya mungkin boleh bersetuju dalam satu sudut tetapi isu yang di highlightkan oleh rakyat adalah soal cara perbelanjaan dan mengurus kewangan oleh kerajaan. Laporan Audit secara jelas menunjukkan tahap ketirisan, rasuah, keborosan, perbelanjaan secara berlebihan dan tidak cekap dalam mengurus kewangan negara.
Tun Dr Mahathir juga menyelar bahawa banyak yang dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.  Pendapatan negara meningkat dua kali anda dalam tempoh 10 tahun namun persoalannya di mana hasil itu pergi?
Mantan Perdana Menteri keempat mengatakan Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan. Beliau mengatakan kerajaan boleh menggunakan konsep cost down untuk mengurangkan pembaziran.
Menurut beliau lagi, “kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya.”
GST
Kalau ikut keadaan sekarang, kita dikenakan satu cukai yang dinamakan Sales and Services Tax (SST). Kerajaan mengenakan SST atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan kadar 10%. Namun menerusi bajet 2014, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan akan menggantikan SST dengan Goods and Services Tax (GST) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 6% yang akan berkuat kuasa pada April 2015.
Apa itu GST?
GST ataupun dikenali juga VAT diperkenalkan oleh Maurice Laure di Perancis pada tahun 1954 yang merupakan negara pertama menggunakan sistem GST. Ia adalah cukai yang dikenakan bagi setiap urus niaga (sebarang pertukaran barang atau perkhidmatan di antara dua pihak atau lebih sama ada melibatkan pertukaran wang atau pun tidak).
GST dikenakan kepada semua barangan  dan perkhidmatan kecuali yang disebut oleh kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan mengecualikan barang makanan asas seperti:
1. Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu dan belacan.
2. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
3. Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.
4. Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih.
Dengan pelaksanaan GST, ia memberi kesan kepada 3 aspek utama iaitu skop, kos niaga dan inflasi. GST menghasilkan skop yang lebih besar berbanding dengan SST sehinggakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai walaupun kadar yang dinyatakan lebih rendah. Dalam pada itu, ia juga memberi kesan langsung kepada kos niaga kerana pengilang terpaksa mengadakan invois baru dengan mengupah firma akauntan untuk merekod.
Tahukah bahawa peniaga memerlukan perbelanjaan sebanyak RM15,000 setahun untuk melaksanakan sistem GST? Apabila hampir semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai  dan kos niaga meningkat, ia memberi kesan kepada peningkatan kadar inflasi dan harga sesuatu barang. Keadaan ini telah dibuktikan oleh negara-negara yang telah melaksanakan sistem GST.
Perbezaan di antara GST dan SST adalah GST dikenakan pada setiap peringkat manakala SST dikenakan hanya pada satu peringkat sahaja iaitu pengilang.
Kedua, GST dikenakan kepada setiap barangan dan perkhidmatan kecuali yang dinyatakan oleh kerajaan berbanding SST yang dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang dinyatakan oleh kerajaan.
Ketiga, kadar yang dikenakan terhadap GST ialah kadar standard iaitu 6% sebaliknya kadar yang dikenakan terhadap SST sebanyak 10%. Namun tidak dinafikan bahawa GST di antara  sistem cukai yang terbaik namun dengan keadaan ekonomi semasa di Malaysia sekarang, ia tidak sesuai. Rakyat bukan sahaja bangkang GST dilaksanakan tetapi juga dengan kadar awal ditetapkan sebanyak 6%.
TARIF ELEKTRIK
Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru sahaja mengisytiharkan keuntungan sebanyak RM4.46 bilion dalam laporan kewangan berakhir 2013 yang mana keuntungannya semakin meningkat daripada RM4.41 bilion pada tahun sebelumnya.
Sungguh aneh dan pelik kenapa dalam masa TNB mengaut keuntungan billion ringgit namun dalam masa yang sama tarif elektrik dinaikkan. Kenapakah kerajaan membiarkan sebegitu rupa ataupun ada perjanjian lain yang terpaksa dituruti sehingga rakyat yang terpaksa menerima beban.
Namun, kerajaan menjawab bahawa kenaikan tarif elektrik ini tidak melibatkan 4.6 juta isi rumah kerana kenaikan tarif tidak memberi kesan kepada golongan domestik disebabkan penggunaannya rendah.
TOL
Desas-desus mengatakan harga tol diramalkan akan naik antara 30 sen sehingga RM1 dan sebanyak 13 tol yang terlibat dalam semakan semula kadar tol. Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Wahib Omar mengesahkan kenaikan tol yang akan berlaku dalam tahun 2014 adalah disebabkan ia sebahagian daripada perjanjian konsesi yang dimeterai oleh kerajaan. 
Terdapat tiga syarikat besar yang memegang konsesi lebuh raya seperti PLUS, Prolintas dan Gamuda. Plus dan Prolintas dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan manakala Gamuda merupakan syarikat swasta namun terdapat juga agensi-agensi kerajaan sebagai pemegang saham.
Sebahagian besar pemegang konsesi lebuh raya terdiri daripada anak-anak syarikat milik kerajaan persekutuan. Kerajaan sepatutnya ada hak untuk campur tangan dan berunding semula demi kemaslahatan rakyat.
HARAPAN RAKYAT
Rakyat sudah cemuh dan hampa dengan segala kata-kata menteri yang langsung tidak merasai derita dan kepedihan rakyat. Cukuplah para menteri mengeluarkan statement yang langsung tidak masuk akal malah langsung tidak memberi solusi kepada kehidupan rakyat. Kerajaan selalu sebut bahawa peningkatan harga barang atau tarif elektrik tidak melibatkan semua lapisan namun tahukah kerajaan bahawa kenaikan itu memberi kesan kepada kenaikan kos pengeluaran.
Maknanya, syarikat-syarikat pengeluar terpaksa menanggung kos yang semakin tinggi dan dalam masa yang sama terpaksa menaikkan harga. Hal-hal seperti ini memberi kesan secara berderetan yang bermula dari pengilang sehinggalah isirumah.
Agak terkilan dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengatakan himpunan 31 Disember 2013 merupakan himpunan untuk menggulingkan kerajaan. Sebelum itu elok rasanya untuk kita rujuk semula apakah objektif asal perhimpunan ini yang mana bermotifkan membantah kenaikan kos sara hidup secara mendadak.
Sangat hairan dengan kerajaan yang seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Maka, tidak hairanlah kalau Tun Mahathir pernah menyebut, “jangan lama-lama memerintah, nanti akan lahir lebih ramai pemimpin yang bodoh”.
Ketika US berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 2011, Prof. Laurence Kotlikoff memberi amaran bahawa kedudukan fiskal Amerika terpaksa memilih di antara menjadi sebuah negara yang bankrup, menaikkan cukai atau memotong perbelanjaan.
Belajarlah daripada sikap tamak mereka yang berbelanja besar, defisit besar malah hutang semakin membesar seterusnya rakyat yang semakin sengsara. Menjual aset negara dan berniaga (securities mortgages) atas pajakan pembelian rumah kerajaan sememangnya langkah yang merugikan semua. Bak kata peribahasa Melayu, “tutup lubang, gali lubang” yang mana berhutang untuk membayar hutang, pokoknya masih berhutang.
Akhir kalam, kerajaan perlu kaji balik dengan keputusan untuk menaikkan tarif elektrik, mengenakan GST, menarik subsidi dan pengurusan kewangan negara perlulah cekap dan amanah. Masih ramai rakyat di luar sana yang tidak ada rumah dan tidak ada pendapatan tetap.
Pak-pak menteri perlu fikir apakah nasib golongan-golongan bawahan yang majoriti ini, untuk berhadapan dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup. Kerajaan tidak sepatutnya angkuh dengan sokongan 49% rakyat Malaysia dan tidak sepatutnya mengugut rakyat kerana makin kuat kerajaan menekan rakyat, makin kuat rakyat akan bangkit! – 30 Disember, 2013.
* Penulis adalah mahasiswa UIA dan juga Bendahari Kelab Mahasiswa TFTN.