Halaman

Jumaat, 25 Januari 2013

Pembangkang jahil ilmu ekonomi

Kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah rakyat kerana masih mempunyai kewangan yang kukuh walaupun mengetahui kemerosotan ekonomi negara maju.  Kemampun Barisan Nasional (BN) bukanlah sekadar berdasarkan gerak hati tetapi berasaskan fakta sejarah.Kerajaan bijak mengawal perbelanjaan negara dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan perdagangan ke negara maju terbabit. Berbanding dengan pembangkang yang jahil ilmu ekonomi ,tapi masi hada hati untuk mentadbir negara. Mahu ke tengok Malaysia nie telingkup dan rosak binasa di tangan mereka yang jahil??
Orang ramai yang kurang arif atau jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan mungkin termakan janji-janji pembangkang dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan negara.

Lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan. Beri ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi kalau kita berikan alat menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan, insya-Allah dia boleh mencari makan sendiri.Itulah di buat oleh kerajaan dari dulu lagi untuk rakyatnya,Bukan seperti pembangkang yang hanya merosakkan rakyat lagi.

PKR ,PAS kuda tunggangan DAP!!


Sedihnya bila orang Melayu ,penduduk asal Malaysia dipergunakan oleh kaum pendatang.Mana perginya maruah dan harga diri orang Melayu(PKR,PAS)? Mengapa sanggup diri diperkuda,diperkotak katikkan oleh  Dap? hanya kerana dendam kesumat pada UMNO, hingga sanggup menghancurkan agama dan bangsa sendiri?bangsa lain bertepuk tangan dengan pertelingkahan orang-orang Melayu,sedarlah diri wahai bangsaku,buanglah sikap dengki dan iri hati demi kesatuan ummah.Mengapa tidak PKR,PAS dan UMNO bekerjasama.Bukan ke,melayu akan menjadi lebih kuat, dan Islam lebih dipandang mulia di Malaysia ini??Apabila 3 parti besar ini pergabung,barulah dapat mengggerunkan parti -parti bukan Islam yang suka membuat onar.Aku Berdoa dan berharap sangat,satu hari nanti,tiga parti besar,PKR,PAS danUMNO akan bersatu.Demi agama dan bangsanya sendiri.Jangan sampai satu hari nanti bangsa lain hanya memandang bangsa Melayu seperti sampah.!!

Hasan ajak jihad tolak pakatan

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengajak ahli PKR dan Pas menolak kedua-dua parti itu setelah akidah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan terpesong serta matlamat Pas jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.
Hasan berkata, mustahil seorang bermasalah dilantik menjadi pemimpin kerana dikhuatiri mampu menjejaskan akidah pengikutnya.Seperti ketam mengajar anakya berjalan.Kalau diapun jalan senget,macam mana nak ajar anaknya berjalan tegak?? Samalah seperti PR,sesama mereka pun bertelagah,macam mana nak mentadbir Malaysia??

Pas disaran keluar dari PR!

Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya(UMNO).

Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan.

Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.
Pas seperti orang yang kehilangan punca dan pedoman.Jangan hanya kerana benci sangat dengan UMNO ,Pas sanggup menggadaikan agama dan bangsanya sendiri di tangan pengkhianat.Pas buka mata,jangan selalu sangat diperkudakan oleh Dap dan PKR.Kalau benci sangat dengan UMNO pon jangan sampai membisu sahaja bila parti bukan Islam yang terang-terangan mempermainkan agama Islam sewenang-wenangnya.Buka mata dan minda wahai ahli-ahli Pas sekalian.!!

Kau lupa pada janji pembangkang!!


Gelaran 'munafik' memang wajar diberikan kepada Pakatan Pembangkang Malaysia yang dikepalai DAP, dibontoti PKR dan diekori oleh Parti Islam PAS. Belum pernah ada lagi dalam sejarah dunia terdapat parti politik yang menabur begitu banyak janji semata-mata ingin merasai nikmat berkuasa sebagai pemerintah.

Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya berada ditahap kronik.  Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.  

Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan. Takan rakyat sanggup jadikan Malaysia negara yang muflis ditangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab?

Beliau berkata pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.