Halaman

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kerajaan Negeri tidak jujur, dakwa Umno Selangor

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal

Wawancara Sinar Harian Dengan Ketua Pemuda Isu SELCAT Selangor




Sudah ada pengakuan dibuat dalam Selcat, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Apa komen saudara?

UNGKU SALLEH: Selcat ini hanya ditubuhkan untuk mengaburi mata rakyat yang hanya mencari kesalahan BN. Seolah-olah mereka menyiasat isu yang berbangkit, sedangkan tindakan itu hanya buang masa sahaja. Lebih baik kita laporkan kepada SPRM, yang lebih telus menyiasat perkara ini. Selcat ini adalah mainan Kerajaan Negeri kerana tiada tindakan dan keputusan diambil oleh Selcat. Bagaimana Speaker Dun nak siasat jika isu itu berkaitan dengan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar. Ini semua adalah mainan Menteri Besar PKR.

Saudara setuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Selcat 'double standard' dan tidak ubah seperti mahkamah kanggaru?

UNGKU SALLEH: Memang tidak dinafikan lagi. Malah mahkamah kanggaru lagi baik daripada Selcat. Datuk Seri Noh sebelum ini pernah mencabar Abdul Khalid sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau salah, Noh rela melepaskan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tapi jika berlaku penyelwengan dalam Kerajaan Negeri, Abdul Khalid patut minta maaf secara terbuka dan letak jawatan sebagai Menteri Besar. Saya rasa sampai hari ini Abdul Khalid tidak berani sahur cabaran itu. Kita nak lihat SPRM buat kerja, berdasarkan bukti yang ada bahawa wujud salah guna kuasa dalam Kerajaan Negeri. Pemuda Umno sendiri pernah meminta Abdul Khalid letak jawatan tetapi tiada sebarang respons. Ini kerana Menteri Besar masih dikawal oleh DAP dan pemimpin utama PKR.

LA Selcat hanya omongan kosong  pembangkang.

Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas


Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).


Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua.

Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas.


LA: Apa salahnya berkerjasama sesama Islam untuk kebaikan ummah,dengan yang kafir tak ada masalah pula untuk PAS berkerjasama,tapi bila dengan UMNO,banyak pula yang tak boleh.Tengok siapa yang bodoh sombong sekarang ni.

Zul Nordin mahu DAP nafi campur tangan paderi asing

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin menggesa DAP menafikan penglibatan dan campur tangan paderi asing, yang turut menyalurkan dana bagi aktiviti politik mereka.Menurutnya, paderi asing yang berasal dari Afrika Selatan dan United Kingdom memberi dana kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menewaskan Umno.

Dalam laporan yang saya peroleh itu, menyatakan paderi asing ini memberi dana kepada DAP dan PR untuk kalahkan Umno dan  di majlis kesyukuran di Hotel Red Rock di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu serta didedahkan oleh ahli DAP sendiri.

"Jadi saya minta DAP nafikanlah supaya tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, di sini.Kelmarin, satu portal media tempatan melaporkan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian."


Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran tersebut untuk menyatakan kesyukuran dan laporan akan dibuat atas tuduhan yang tak berasas itu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara ini serius dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.Kalau mereka perlukan saya untuk membantu siasatan, saya akan memberi kerjasama dan tidak takut dengan pendedahan perkara itu," katanya lagi.


LA: Isu yang sangat serius dan sensitif.Minta dijauhakn sejarah luka berulang lagi.