Halaman

Isnin, 11 Mac 2013

JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menganggap kenyataan 'U' mengenjutkan, yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful Bukhari berkenaan tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemungkinan dibiayai pihak tertentu.
JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai

Menurutnya, dia tidak terkejut sekiranya ayah Saiful itu akan menjadi jutawan baru dalam terdekat ini kerana dipercayai berkemungkinan telah dibiayai oleh pemimpin PKR.

"Ini berdasarkan kenyataan dibuat oleh ayah Saiful itu dilakukan bersama dengan pemimpin PKR ketika hampir menjelang pilihan raya dan ini sememangnya sesuatu yang mencurigakan.

"Saya juga pernah difahamkan di mana ayah Saiful juga ada beberapa kali bercakap soal kewangan dan sebagainya. Inilah kelebihan Umno di mana dalam kes seperti ini, Umno tidak akan mempengaruhi seseorang dengan sogokan duit," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri satu program di Bukit Antarabangsa dekat sini, semalam.

Azwanddin yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Bukit Antarabangsa berkata, walaupun kenyataan ayah Saiful itu mengejutkan tetapi ia tidak relevan kerana fokus isunya sekarang adalah yang diliwat, pertuduhan dan pengakuan sumpah yang dibuat oleh Saiful.

Katanya, ayah Saiful hanyalah seorang bapa yang menemani Saiful semasa kes mahkamah berlangsung walaupun sebelum ini dia sangat konsisten dan berpendirian dalam mempertahankan Saiful.

Jelasnya lagi, dia percaya kenyataan 'u-turn' ayah Saiful menjelang hampirnya pilihan raya adalah rancangan terdesak Anwar untuk menutup isu moralnya setelah sejak akhir-akhir ini, populariti Ketua Pembangkang itu semakin menjunam jatuh.

Hishammuddin: Tian Chua 'ibarat sudah hilang nilai kemanusiaan'


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumpamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara Umno, sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan  anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".
"Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara?
"Sakitnya kita tengok keluarga, anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan. Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita, nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi balu Allahyarham Sarjan Baharin Hamit, Sumiati Suarah dan anggota keluarga Allahyarham di Inanam Laut, dekat sini hari ini.
Allahyarham Sarjan Baharin dari cawangan khas ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, merupakan antara enam anggota polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.
Sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu, Hishammuddin berkata: "Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Sumiati yang mempunyai dua orang anak berterima kasih kepada Hishammuddin yang datang sendiri melawat anggota keluarga Allahyarham.
"Lawatan ini sekurang-kurangnua memberi semangat kepada kami untuk menghadapi detik-detik kehilangan orang yang tercinta.
"Anak-anak semua dah boleh terima dan kira okay, dah stabil. Sedih-sedih...tapi dah stabil, semangat dah ada. Kita dah faham...rasa bangga sebab dia (anak-anak) tengok ayah (gambar) di TV...balik-balik dia kata Perwira Negara," katanya. - Bernama

 Tian Chua ni,harus diajar,jangan bagi muka pada manusia berhati binatang ini.

Guan Eng draws more flak over RM6.3bil infrastructure projects


GEORGE TOWN: Chief Minister Lim Guan Eng faced a barrage of “missiles” at a public forum here over his planned RM6.3bil infrastructure projects, as the audience raised concerns of traffic congestion, tunnel accidents and fire outbreaks and excessive spending.
Lim's attempt to implicate the former Barisan Nasional in other projects were also heckled and, at one juncture, someone from the floor shouted to him, “Don't be a liar!”
Earlier, Penang Municipal Council engineering department deputydirector A. Rajendran gave a presentation of the four contentious projects while councillor Dr Lim Mah Hui gave a talk on the topic, Are we moving forward to the 21st century or moving backwards to the 20th century in our transportation policies?
Several hundred people attended the three-and-a-half hour event at the Town Hall here, focused on the planned 6.5km Gurney Drive-Bagan Ajam undersea tunnel; 4.2km Gurney Drive-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Bypass; 4.6km Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam Bypass, and a 12km road connecting Tanjung Bungah and Teluk Bahang.
During the question-and-answer session, the audience jabbed him with hard-hitting queries over their fears and concerns.
Questions were also raised on the rush to announce these projects, just when the general election was close by. To this, Lim said the projects were announced in 2011.
Concerns were also raised on the environmental impact from the projects.
A builder who gave his name only as Tan, said he spent his own money to monitor the quality of noise, water and air on the island.
He claimed his studies showed the noise levels in the city and at Batu Ferringhi and Jelutong did not comply with the limits set by the Department of Environment.
“The water quality in Jelutong, Batu Ferringhi and Balik Pulau is Class 3, meaning it is not safe to use even for a bath,” he said, adding that the air quality in various places was also poor.
Blogger Anil Netto questioned Lim on the key players behind the companies that were awarded to carry out the mega projects and whether there were any political connections.
To this, Lim said: “I am not aware if they were politically connected in any way. They were evaluated and picked based on the best price, quality and assurance that the job would be done.”

Insaniah dikompaun ambil 34 pelajar tak ikut syarat

 Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikompaun RM272,000 kerana mengambil 34 pelajar di bawah kelayakan syarat masuk yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
 
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Profesor Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata kompaun itu perlu dilunas sebelum 26 Mac ini, dan jika gagal, secara automatik tanpa notis, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kuin.
 
"Jika sabit kesalahan, pihak Kuin boleh dikenakan denda RM50,000 bagi setiap pelajar dan setakat ini, pengurusan Kuin berjanji akan menjelaskannya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut ke kolej itu di Mergong hari ini.
 
Beliau berkata 34 pelajar berkenaan sedang mengikuti kursus Pengajian Islam yang masuk di bawah kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
 
Rujhan berkata lawatan mengejut itu dibuat berdasarkan Seksyen 3(3) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, yang membolehkan beliau selaku Ketua Pendaftar, antaranya, membuat penguatkuasaan ke atas mana-mana IPTS untuk memasuki premis, memeriksa, menyiasat salah laku (dan aduan), memeriksa, meminta dan mengalih dokumen atau membatalkan pendaftaran.
 
Mengulas pertemuan dengan Rektor Kuin Profesor Datuk Dr Jamil Osman selama lebih kurang dua jam, Rujhan berkata pihaknya turut meneliti aliran tunai kolej itu bagi 2007 hingga 2010 dalam laporan teraudit, dan mendapati ia adalah negatif.
 
"Pihak pengurusan Kuin memaklumkan bahawa laporan teraudit untuk 2011 adalah positif tetapi masih belum menyerahkan kenyataan bertulis kepada kami, dan kami meminta mereka berbuat demikian dengan segera.
 
"Kita memaklumkan supaya pengurusan Kuin berbincang dengan Pengerusi Lembaga Pengarah, yang juga Menteri Besar Kedah, supaya meneliti perkara ini dengan segera kerana aliran tunai yang positif sangat penting bagi sesebuah IPTS," katanya.
 
Selain itu, Rujhan berkata mereka membincangkan aduan yang telah dibangkit pihak dalaman Kuin sendiri seperti kelewatan pembayaran gaji lambat, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pembayaran pinjaman bank yang tidak mengikut bulan tertentu sehingga menjejas kebajikan staf.
 
"Kita dimaklumkan bahawa tunggakan bayaran itu telah diselesaikan sehingga Januari secara lisan, dan meminta pihak Kuin memberi kenyataan bertulis secepat mungkin.

"Kita juga memberi peringatan kepada Insaniah supaya mengambil berat tentang kebajikan staf agar moral staf tidak terjejas kerana IPTS bergantung kepada tenaga pengajar," katanya.
 
Rujhan berkata pengurusan Kuin juga perlu bersikap terbuka serta lebih berlapang dada apabila warga kerjanya menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati dan menyelesaikannya secara duduk bersama serta berbincang.
 
Mengulas isu asrama di kampus induk Insaniah Kuala Ketil, beliau berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 17 Mac ini pihak berkenaan menyediakan penginapan pelajar itu, selepas tujuh minggu pengajian tertangguh.  - Bernama

Bapa Saiful dah jadi kawan Anwar pulak!!!

Saiful Bukhari dan Azlan Mohd Lazim
Pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim berhubung kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dilihat mengelirukan banyak pihak yang turut menganggap ia hanya mainan politik.

Orang ramai yang ditemui Sinar Harian Online, rata-rata melahirkan pendapat yang sama serta mengaitkan kenyataan itu dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak  bertanggungjawab mendalangi kes liwat tersebut.


“Perkara ini memang mengelirukan terutama apabila sudah dekat dengan pilihan raya. Jadi, perkara-peraka seperti ini mungkin dipolitikkan. Sebelum ini pun dia (Saiful) sudah bersumpah. Bapanya pun duduk sebelah dia ketika mengangkat sumpah.

“Kenapa awal-awal dia cakap nak lindungi anak dia. Tak rasa ke itu pun sudah menjatuhkan maruah anak dia.  Rasa sangat mengelirukan kenapa dah nak dekat PRU13 baru nak keluar?

Ini semua mainan politk PKR.Anwarkan  pandai bermain politk dan sandiwara..Rakyat janga tertipu dengan permainan Anwar ini.