Halaman

Rabu, 8 Januari 2014

#KalimahAllah : Mengapa Islam Sering Dicabar



Benar seperti yang dikata dan buktinya dapat dilihat sekarang.Apabila sekarang bangsa lain di Malaysia bukan main lantang lagi mempertikaikan apa sahaja hak yang dimiliki Melayu.Jika sebelum ini,'Hak Keistimewaan Melayu" semakin dicabar secara terang-terangan.

Sekarang ini,mereka mencabar kalimah Allah yang sebelum ini hanya digunakan oleh agama Islam,tapi sekarang kristian pun nak juga.
Diharapkan Majlis Fatwa tidak tunduk dengan kemahuan kristian yang melampau ini!!!

NGO Islam desak Paderi Lawrence minta maaf kepada Sultan Selangor

KLANG,2 Jan: Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang akan menghantar notis bantahan kepada gereja di sini berikutan kenyataan pengarang majalah mingguan Katolik “The Herald” Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah Allah.
Pengerusi Bersama sekretariat itu, Norman Toha berkata langkah itu akan diambil sekiranya Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ahad ini sebagaimana dituntut oleh beberapa NGO yang membuat laporan polis terhadap paderi itu minggu ini.
Nota bantahan itu akan dihantar kepada Ketua Paderi Church of Our Lady of Lourdes di sini, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 27 Dis lepas, Andrew menerusi protal berita, themalaysianinsider.com berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Pada November lepas Sultan Selangor telah menitahkan semua rakyat di negeri ini perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Presiden Ikatan Kebajikan & Dakwah Selangor Ustaz Rosdi Long pula berkata JAIS perlu memantau dan memastikan penguatkuasaan Enakmen Kerajaan Negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.
Beliau berkata penguatkuasaan oleh JAIS perlu bagi memastikan isu seperti ini tidak berterusan dan menjadi duri dalam daging pada perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum dan agama.
Norman yang juga Setiausaha Petubuhan Jalur Tiga (JATI) berkata sebelum ini tiada masalah timbul mengenai hubungan di antara orang Islam dan orang Kristian di Malaysia tetapi ia menjadi isu apabila ada segelintir pemimpin-pemimpin Kristian yang nampaknya cuba menyeret isu agama ini ke dalam kancah politik  semasa.
Hadir sama ialah Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya; Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Kapar, Mohd. Khairi Hussin; Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Klang, Mohd. Pathan Hussin.

Isu Rampas Bible: Jais Perlu Toleransi

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu menggunakan kuasanya dan mengambil tindakan undang-undang berteraskan kebijaksanaan dan tidak membuat keputusan terburu-buru hingga boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara agama.

Ahli Parlimen Pas-Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sebelum tindakan tegas itu diambil, Jais sepatutnya boleh duduk berbincang serta berunding secara 'hikmah' dengan pihak berkepentingan agama.

"Sepatutnya tiada masalah kalau mereka duduk (berbincang) sebab Jais adalah pihak berkuasa agama.

"Kuasa itu ada pada Jais, mereka kena beri perhatian dalam pelaksanaan tugas, boleh runding dulu, bincang dulu, macam mana caranya, bukannya dengan kaedah gopoh yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu serbuan penguat kuasa Jais ke premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) Khamis lalu yang merampas 351 salinan naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban yang dipercayai mengandungi kalimah ALLAH.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin memberitahu, MKPN yang bersidang buat kali pertama, akan menjadi platform dan meja rundingan di antara pihak Jais dan BSM bagi menyelesaikan isu ini.

"Ia harus dilakukan berterusan, bukan hanya bila ada masalah, ada isu yang kita kena bincang secara terbuka dan ada kalanya secara tertutup.

"Kewujudan majlis ini untuk menginstitusikan kekuatan formula negara mengenai berbincang dan berunding dalam banyak perkara," katanya lagi.