Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

Menilai Perhimpunan KL112

Perhimpunan KL112 atau dipanggil Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam, tidak mencapai matlamatnya. Jika perhimpunan itu menetapkan kehadiran sejuta orang, ia jauh daripada menepati sasaran. Angka sejuta yang digembar-gemburkan mungkin sebagai daya tarikan untuk menarik peserta menghadiri perhimpunan itu. Adalah mustahil untuk mengira satu persatu individu yang hadir, tetapi umumnya mengikut kebanyakan laporan, ia dianggarkan antara 40,000 hingga 50,000 orang. 

Kebanyakan mereka datang dari seluruh negara kononnya mewakili perjuangan atau isu-isu yang mereka bangkitkan. Jika sejuta orang yang hadir, rasanya tidak ada kenderaan boleh bergerak di sekitar bandar raya Kuala Lumpur atau tidak ada lorong yang tidak ada peserta perhimpunan. Sewaktu perhimpunan berlangsung, keadaan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar. 

Perhimpunan itu mungkin juga diadakan untuk menaikkan semula semangat pembangkang setelah menyedari sokongan terhadap parti mereka DAP, PAS dan PKR, kian luntur disebabkan isu yang tidak menyebelahi mereka kebelakangan ini. Yang jelas, ini bukanlah pertama kali pembangkang mengadakan perhimpunan untuk menunjuk pengaruh. 

Ini kerana ia adalah perhimpunan politik yang dirancang oleh parti politik pembangkang. Sebahagian besar mereka yang hadir adalah ahli parti, bukan rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak mereka. Kehadiran ahli parti adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Selagi perhimpunan ini tidak membabitkan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, ia adalah perhimpunan politik yang tujuannya adalah semata-mata untuk menunjuk kekuatan.

Himpunan auta Anwar!!

Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain. 

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan? 

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat? 

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. 

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? 

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka. 

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. 

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Majlis Syura PAS tolak kalimah dalam Bible Melayu

Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.


 Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS, di sini yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. 

Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan” Kenyataan Majlis Syura PAS
Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.


 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama Haron dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

PAS jangan jadi bodoh dengan mengikut semua kemahuan DAP.Apa nak jadi dengan PAS ni?

Anwar 'tukang belit' politik

Penasihat PKR hanya mahu kuasa tanpa fikir soal negara: Tunku Aziz

Butterworth: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'tukang belit' yang hanya mahukan kuasa di Putrajaya tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan masa depan negara. Beliau berkata, Penasihat PKR itu memutarbelitkan fakta sehingga orang percaya semata-mata mahu memenuhi sasaran ke Putrajaya. 


Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita," Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP.

“Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Pakatan pembangkang tiada pelan jangka panjang, hanya ghairah mahu ke Putrajaya. Kalau kita pilih pemimpin jahat dan mempunyai niat tidak baik, siapa yang rugi? Sudah pasti anak kita dan cucu kita.

Apa akan jadi dalam tempoh 50 tahun akan datang jika kita tersilap memilih parti yang tidak tahu cara pentadbiran?



Mengenai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Tunku Aziz berkata, DAP menyingkirkan sesiapa yang bijak daripada parti itu kerana mahu pastikan agenda mereka tercapai.

“Guan Eng bukan orang Pulau Pinang pun, orang Melaka yang dibuang. Beliau tidak tahu apa yang rakyat negeri ini mahukan,” katanya.