Halaman

Isnin, 15 April 2013

Panggil guru menjelang PRU, Muhyiddin nodai institusi Pendidikan


Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam perjumpaan khas di Johor Bahru 16 April ini, ibarat menodai institusi pendidikan.
Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, Umno BN makin terdesak hingga sanggup memperalatkan Kementerian Pendidikan untuk meraih undi.BUkan PR pon terdesak untuk meraih undi???
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sementara dilapor akan mengadakan pertemuan dengan pendidik berkenaan di SJKC Foon Yew, Johor Bahru, empat hari sebelum penamaan calon.
Abbas turut membidas kenyataan timbalan Muhyiddin, Wee Ka Siong yang berkata program itu telah lama dirancang dan tidak bermotif politik.
“Kalau betul ia telah lama dirancang, KPM wajar batalkan program itu demi menjaga etika kebersihan dan ketelusan Pilihan raya. Buatlah lepas pilihan raya kalau mereka yakin dan tak terdesak,”katanya.

PR lagi terdesak,apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan semua salah dan jahat.macam mereka sahaja yang betul!!!!

Desakan undurkan Taib Mahmud atau mansuh SPRM...#APTB

Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur kerana enggan memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu.
Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu kerana gagal menjalankan tugasnya.
Taib Mahmud
“Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM,”

“Jika Taib tidak berundur, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah,” kata Lim dalam kenyataannya.

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau “tidak akan bekerjasama” dengan SPRM berhubung satu video yang didedah NGO antarabangsa, Global Witness.

Rakaman video itu Mac lalu membongkar skandal pembalakan melibatkan keluarganya yang merampas tanah pedalaman didiami rakyat miskin Sarawak.

Berkongsi pendapat sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar  turut meminta Najib membubarkan SPRM jika tidak berani mengambil tindakan.

“Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” tegasnya.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

“Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.


# da ketandusan idea pembangkang ni,semua benda diorang nak buat sebagai kempen..

"Saya Cabar Mustapa Mohamad, Dia Bukan Menang Dengan Undi Rakyat"-Husam


Selepas kegagalan demi kegagalan yang dilalui didalam umpan projek untuk PRU 13, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kelihatan bingung setelah tarikh sebenar PRU 13 tertunda dari tarikh yang diramalkan oleh beliau sehingga segala projek yang diumumkan oleh beliau tersasar dan meninggalkan batu asas 'tercacang-cacang'.

Akibat dari itu beliau tanpa sedar telah menyatakan cabarannya kepada Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamad bahawa MP Jeli itu memenangi PRU 12 yang lalu bukan sebab undi rakyat sebaliknya ia adalah undi tentera.

" Mustapa Mohamad, saya boleh cabar dia, dia bukan menang dengan undi rakyat, tetapi dengan undi tentera, bukan kita tak percaya tentera, sistem yang diatur dulu, bukan tiap-tiap individu tentera yang datang mengundi, tetapi diarahkan beberapa belas puluh orang mengundi bagi pihak tentera dalam banyak keadaan, walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu pengundian lebih terbuka", kata Husam beberapa hari lalu dalam satu forum bertajuk  "PRU- 13, Kuasa dan Penglibatan Rakyat" di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Namun disebabkan rakyat Kelantan sudah dianggap TERLALU BODOH oleh Husam sehingga beliau berani untuk menyatakan fakta yang salah mengenai perkara itu, bahkan bukan perkara itu saja, malah beberapa projek 'kencing atas darat' pun turut ditaburinya melepasi batas waktu yang sepatutnya.

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logiknya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan ? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Video lucah babit pemimpin kanan Pas satu fitnah


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS. 

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini. "Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini. 


Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. 

Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu. 

Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. 

PAS yang "fail".Ahli PAs bukan maksum sampai tak buat dosa langsung,mereka tetap ada nafsu seperti orang lain juga.

PAS’s non-Muslim candidates not a threat: Mukhriz


SUNGAI PETANI (April 14, 2013): PAS's strategy to field non-Muslim individuals as its candidates in the 13th general election (GE13) is not a big threat to Barisan Nasional (BN).
Kedah Umno liaison committee deputy chairman Datuk Mukhriz Mahathir (pix) said he viewed the strategy as PAS's response to the plan made by its ally, DAP, to field Malay candidates.
"When DAP decides to field Malay candidates in Kedah, it is somewhat threatening to PAS. So now, PAS is also planning to let non-Malay and non-Muslim individuals contest on its ticket in Johor.
"Whatever it is, we don't see it as a big threat. What matters is BN will field candidates who are credible, experienced and who deserve to be elected, to face them. We are prepared to face anybody," he told reporters after attending the BN Youth's Save Kedah Rally at the Sungai Petani Uptown Market here on Saturday night.
Johor PAS announced on Saturday that it would field two non-Malay individuals, who are supporters of the PAS Supporters Congress, to represent the party in the general election.
Mukhriz also advised former military officers who have ventured into politics and are planning to contest in the general election on the Opposition ticket to be careful in making statements and not to disclose classified information about the country.
He said such classified information, if leaked, could threaten national security.
"As a country where the government is formed by the people, we are the only Asean member country which is not under military rule. So, I'm worried that what
the Opposition is doing now will change the country and the atmosphere of peace and harmony that we have been enjoying all these years," he added. – Bernama