Halaman

Khamis, 1 Ogos 2013

Hapus terus sistem pendidikan vernakular!!

Hujung minggu lalu, Persatuan-Persatuan Cina Malaysia telah bersidang di Dewan Besar SJKC Chung Kwo bagi membincangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.  Persidangan tersebut melibatkan hadirin seramai 2,500 orang dari 728 NGO.  

Turut hadir ialah Dr Yap Sin Tian (Pengerusi Dong Zong), Teresa Kok Suh Sim (AP Seputeh), Mahfuz Omar (AP Pokok Sena), Nurul Izzah (AP Lembah Pantai), Dr Tan Seng Giaw (AP Kepong), Kulasegaran (AP Ipoh Barat), Tan Sri Robert Pang (pembawa beg duit rasuah), Tian Chua (stuntman dari Batu), Fong Kui Lun (AP Bkt Bintang), Chow Sow Hong (Timbalan Pengerusi Dong Zong), Dr Loh Yoong Keong (New Era College), Arumugam (Wakil Tamil Foundation) dan Liew Chee Woon (wakil Hua Zong).   

Untuk makluman, Hua Zong boleh dikatakan sebagai ‘wakil MCA’. 

Di pendekkan artikel, persidangan tersebut diakhiri dengan kesemua yang terlibat sebulat suara menentang Pelan Pendidikan 2013-2015atas alasan ia tidak memberi ruang yang cukup untuk bahasa nenek moyang orang Cina.  

Sedikit pun Cina-Cina Malaysia ini tidak mengambil peduli hakikat bahawa Pelan tersebut telah dikaji dan disusun dengan begitu teliti bagi mengatasi masalah polarisasi kaum yang semakin meruncing di negara ini.  Sebaliknya mereka menyerang sebarang usaha murni untuk menyatupadukan semua kaum sebagai rasis dan diskriminasi. 

Kita harap kerajaan tidak mengambil pendekatan ‘defensive’ dalam menangani kelancangan mereka ini, sebaliknya menyerang puak-puak Cina ekstremis ini secara bertubi-tubi atas hakikat bahawa mereka tidak layak menuntut sesuatu yang bukan menjadi tanggungjawab kerajaan.   

Bukan mereka tidak tahu yang kerajaan telah terlalu banyak memberi dan bertolak ansur dalam membicarakan soal pendidikan vernakular walhal kerajaan punya kuasa untuk menghapuskan terus sistem tersebut. 

Justeru, kepimpinan tidak perlu takut atau segan untuk bersemuka dan berdiri atas kebenaran. 

Apatah lagi dengan hakikat bahawa Cina-cina yang terlibat dalam persidangan tersebut tidak mungkin akan memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional tidak kira sama ada tuntutan mereka dipenuhi ataupun tidak. 

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaum Cina negara ini benar-benar bertekad untuk memisahkan diri dari arus nasional. Dengan itu, mereka pun mengemukakan ‘usul’ dalam persidangan tersebut, seperti berikut.
‘Usul’ yang mereka kemukakan ini berupa tuntutan yang tidak berasas sama sekali kerana ia tidak disandarkan atas alasan kukuh tentang kenapa Pelan Pendidikan tersebut perlu ditolak.

Malah, mereka juga tidak dapat membuktikan sumbangan bahasa nenek moyang mereka kepada kemakmuran, kemajuan mahupun keamanan negara. Apa yang diulang-ulang hanyalah bahasa tersebut merupakan ‘aset’, namun mereka tidak mampu pula menterjemahkan nilai aset itu kepada negara ini.

Dalam perdebatan ilmiah, sesuatu usul yang dikemukakan tanpa alasan yang kukuh seharusnya dibakulsampahkan saja.

Sebenarnya pihak kerajaan punya lebih banyak hujah untuk menolak mentah-mentah ‘usul’ yang dibentangkan oleh puak ektremis ini.

Rakyat Malaysia dalam gundah!!

Bila mana senjata api makin mudah didapati dalam rakyat dalam gundah bila mana merasakan keselamatan diri tidak terjamin lagi di negara sendiri.
Adakah Malaysia juga hendak jadi seperti Thailand?? Di mana rakyat bebas membunuh dan menggunakan senjata api. Kembalikan balik Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika tidak mahu penejayah bermaharajalela.
Kerajaan sanggup memansuhkan ISA dan EO.tetapi kerajaan lupa akan keselamatan rakyat lagi penting dari tuntutan pembangkang.
Kerajaan harus mengambil tindakan drastik untuk membendung  jenayah ala mafia ini dari jadi makin teruk dan meruncing.