Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

IBU TUNGGAL KECEWA DENGAN KHALID


Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Pengerusinya Murtini Kasman berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempersoal undi golongan ibu tunggal berkenaan pada PRU lepas, adalah terpesong daripada janji manifesto yang tidak menyebut langsung mengenai perkara itu.

“Ini satu lagi putar belit, dulu janji kalau menang semua dapat bantuan tidak kira parti tetapi sekarang lain pula jadinya. Kenapa perlu persoalkan undi, bukankah undi itu rahsia.
Pada 12 Dis lepas, 3,011 ibu tunggal memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum pembangkang pada 2008.

Sementara itu, Murtini berkata persatuan yang mempunyai kira-kira 20,000 anggota itu akan mengadakan sesi penerangan dan untuk mendapat sokongan berhubung isu elaun itu di seluruh kawasan Parlimen di Selangor.

Buat permulaan, ia akan menjelajah ke lima kawasan Parlimen bagi tujuan berkenaan, katanya.

 LA: Khalid patut bela nasib ibu-ibu tunggal ini dulu.Sebelum sibuk nak cakap pasal politik

Kenyataan Ariffin Melayu punca rasuah diselar


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.

"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.


DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia.


LA: Masih tak sedar-sedar lagi ke orang Melayu ni,takkan nak terhantuk sekali lagi baru nak tengadah???tak faham aku dengan sikap orang Melayu yang mudah diperkotak katikkan.Bangunlah wahai bangsaku!!!

HARAM SOKONG DAP

Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu harus berfikir semasak masak untuk memberi undi kepada DAP   yang banyak menyusahkaan Orang Islam di Malaysia sehingga sanggup menghapuskan perlembangan 153 kepada orang melayu dan Nak mengatakan semuanya agama sama....Inilah patut kita tentang tapi PAS TETAP BODOH AKALNYA SEHINGGA BOLEH BUAT LUPA ATAU MEMANG BEBAL UNTUK MERAIH UNDI BUKAN MELAYU...YER lah dikatakan sehati sejiwa sebabnya sudah bersengkokol dengan DAP. 




LA: Sendiri fikirlah,siapa sekarang yang hendak menghancurkan umat Islam terutama orang Melayu!!!