Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

Pas tuduh UMNO gagalkan agihan geran pada peneroka

Pas menuduh UMNO cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir.
Kononnya Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.

“ Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.

Pas memang suka menuding jari pada orang lain.Salah sendiri,tak penah nak mengaku.Kerja asyik menuding jari pada orang lain sahaja. Sampai bila Pas nak sedar ni, yang UMNO takkan menganiaya bangsanya sendiri.Pas memang kuno dan ketinggalan zaman bukan dari segi kemajuan tetapi juga dari segi pemikiran!!

Rumah mampu milik Dap = rumah mahal

Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang yang banyak berdolak-dalih untuk menyediakan tapak bagi pembinaan rumah mampu milik oleh Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan Negeri tidak berminat untuk membina rumah-rumah sebegitu, terutama sekali di bahagian pulau, tidak akan memberi kesan kepada Melayu Pakatan Rakyat mahupun penyokong-penyokong DAP dari kaum mereka sendiri tetapi miskin papa kedana!

Pengerusi PERDA, Azhar Ibrahim mendakwa birokrasi kerajaan negeri telah menyebabkan berlaku kelewatan kelulusan permohonan untuk membolehkan agensi itu melaksanakan projek pembangunan termasuk pembinaan rumah mampu milik.

Azhar mendakwa, semenjak DAP mentadbir Pulau Pinang, setiap projek perumahan rakyat yang dibina oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan terpaksa melalui banyak projek tapisan sebelum diluluskan manakala layanan untuk perumahan swasta sangat berbeza kerana prosedur untuk mereka dipermudahkan serta diluluskan dengan sepantas mungkin oleh PBT, sekalipun projek perumahan yang dibangunkan oleh pihak swasta bukan untuk golongan marhein!

Makin miskin dan terseksalah Melayu Pulau Pinang.Rumah dah lah tak ada,apa lagi yang mereka harapkan dari Dap?? hanay orang-orang Pulau Pinang yang boleh jawab.

Pembangkang serupa "tin kosong"

Tuntutan 1 - Menuntut Pilihan raya Adil & Bersih
SPR telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.  Semasa PRU ke-12 dahulu PR telah menang 5 negeri tetapi tidak pula mereka pertikai SPR.  Ini semua sebagai satu perancangan rapi untuk menuduh SPR sekiranya mereka tewas PRU ke13 nanti.  Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR.  

Tuntutan 2 - Bebaskan tahanan ISA
Setiap tahanan yang ditahan di bawah ISA mesti mempunyai sebab tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara.  Bagi mereka yang tak faham undang-undang digalakkan baca dulu akta tersebut dan fahaminya. ISA digubal bagi mengekang setiap ancaman terhadap rakyat dan negara.  Ia juga merupakan undang-undang pencegahan bagi setiap ancaman.  Aku tak pernah pula dengar mereka yang ditahan di bawah ISA mati semasa dalam tahanan, malah kem kamunting juga bukanlah penjara untuk menghukum seseorang sebaliknya dianggap pusat rehabilitasi bagi seseorang tahanan.  Pernah berjumpa dengan seorang tahanan ISA kerana penglibatannya dengan al-arqam dan dia menjelaskan begitu bersyukur kerana dapat kembali ke pangkuan masyarakat setelah sesat dengan ajaran ashaari muhammad.

Tuntutan 3 - Martabatkan bahasa Ibunda
 Rasanya hasrat ini telah lama dijunjung oleh Kerajaan BN, malah bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi negara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Negara.  Di sekolah juga ada hari Bahasa Melayu malah Kerajaan juga menyokong sepenuhnya dengan mewujudkan bulan bahasa.  Tetapi  yang menjadi masalahnya apabila rakyat kita sendiri tidak mengagungkan bahasa Melayu dalam perbualan harian.  Harus diingat bahasa melayu lambang perpaduan negara!!

Tuntutan 4 - Menuntut pendidikan percuma
cakap memang senang....kalau boleh semua orang nak percuma.  Tapi PR yang memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak pula laksanakan pendidikan percuma untuk anak-anak tempatan. Kenapa tidak dilakukan di UNISEL dahulu????Cakap tak serupa bikin!!!  

Tuntutan 5 - Selamatkan kampung Warisan & Tradisi
Tak payah cakap banyak....Insiden perobohan kampung buah pala....siapa yang jahanamkan??dah tentu la Kerajaan ostat LIM Guan Eng selaku Ketua menteri Pulau Pinang yang berkuasa.  Selesaikan masalah sendiri dahulu baru boleh cakap!!

Tuntutan 6 - Selamatkan Alam Sekitar
Ini satu lagi retorik PR....Cakap tak serupa bikin!!! Apa jadi dengan Hutan Pedu di Kedah yang semakin gondol akibat ditebang balaknya??Kerakusan orang-orang PAS sememangnya tidak boleh dinafikan lagi...balak ambil sikit-sikit udah la....ini habis semua pokok ditebangnya sampai ke puncak bukit.  

Tuntutan 7 - Pulangkan Royalti Minyak Kelantan
Rasanya PM telah bentangkan dan terangkan di parlimen yang Kelantan tidak ada hak untuk membuat tuntutan royalti minyak tetapi atas keprihatinan PM, kelantan diberi wang ihsan bagi membantu pembangunan rakyat Kelantan.

Tuntutan 8 - Selamatkan FELDA
Kepentingan penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.  kini rata-rata masyarakat FELDA sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yang diberikan Kerajaan.  Malah ramai anak-anak FELDA yang berjaya.


Hanya omongan kosong pembangkang.Cakap serupa tin kosong.Bunyii je lebih,tapi habuk tarak woo.

Najib masih menjadi pilihan di Selangor dan Pulau Pinang


Datuk Seri Najib Tun Razak  meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
"Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya.


beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.
   
Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangikang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008.


BN juga akan merampas Pulau Pinang balik dari tangan DAP.Tapi terpulanglah pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang dalam menentukan siapakah pilihan mereka nanti.

Nasha tak terima surat lagi!

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini. 


“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”
 Nasha dihukum tanpa diadili terlebih dahulu. Inikah Pas yang menegakkan Islam dalam perjuangannya?? menganiaya orang lain hanya sebab bencikn seseorang?